Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Wednesday, December 28, 2011

Tahukah anda?

Assalamualaikum

gediks ok waktu2 final exam ni la nak update blog. lusa paper Research Method yang menyeronokkan(??). memandangkan ianya 1 kredit jadi sedikitla dipandang enteng (salah ok!!) oleh aku. huhu

nak cerita sikit pasal trip last week aku ke NIOSH (National Institute of Occupational Safety and Health) di bangi. walaupun pergi kesana atas kapasiti pelajar bioperubatan pengkhususan kesihatan industri, perkara yang paling terkesan ketika berada di sana tidaklah berkaitan dengan ruang lingkup bidang yang aku dalami tu. tapi lebih kepada ilmu kemanusiaan itu sendiri.

waktu kami diberi penerangan tentang NIOSH, banyaklah video2 berkaitan yang ditayangkan. cuma ada satu video ni yang aku kurang pasti apa kaitannya dengan NIOSH tapi memang sangat memberi impak kepada aku, aku ambil word yang buat aku terpana sekejap tu jela ek.tahukah anda?

"children see, children do"

pastinya ramai pernah nampak word ni, aku rasa aku pun pernah ternampak kat fb kot, tapi bila word ni ditayangkan dan dimainkan sekali dengan video yang berkaitan. memang terkesan sungguh untuk aku. antara yang babak yang dipaparkan bila mak ayahnya marah2 dan meyumpah seranah, si anak melihat dan terus mengikut perbuatan ibu dan ayahnya.

masa ni terus memori aku memutarkan kembali peristiwa peristiwa hidup aku sebelum ni. betapa banyak kalinya aku mengeluh depan anak2, betapa banyak kalinya aku marah2 depan mereka, betapa banyak kalinya aku mengeluarkan kata2 yang tak sepatutnya depan mereka, betapa banyak kalinya aku memberikan contoh yang kurang baik untuk mereka lihat....adakah mereka akan meniru tingkah laku negatif aku?Nauzubillah...peringatan untuk aku sendiri dan semua. Awas, mereka memerhati..andai qudwah hasanah yang disajikan..hasanah lah hasilnya.

moga aku diberi kesempatan memperbaiki diri yang serba kekurangan ini. for them, maafkan cik dodi..cik dodi rindu kat korang semua..

mak n abah...akan aku cuba mencontohi tabahnya dan sucinya peribadi mak dan belajar menjadi penyayangnya seperti abah..

p/s : ada feeling2 aku balik rumah sekejap je ni..huhu

Sunday, December 25, 2011

Apa yang dah terjadi~

Assalamualaikum

exam mood.


ini saki baki hidup saya di sini, saya mahu nikmatinya dan menghabiskan sisa saya di sini tanpa rasa menyesal. (fokus pada exam dan project)

Alhamdulillah,abah saya dah keluar wad petang tadi dan kemungkinan besar beliau akan masuk semula ke wad. Allah sebaik2 tempat meminta dan berlindung. Moga Abah di beri kesihatan dan kekuatan menghadapi dugaan dari Nya.

Memang, hanya Allah yang tahu betapa saya ingin pulang tapi saya tak boleh. saya mahu percaya pada keluarga saya dan saya juga mahu mereka mempercayai saya.

saya akan berusaha sebaiknya insyAllah.

oh ya lupa nak update, abang dan kakak saya dah selamat mendirikan rumahtangga. bermakna mereka2 yang paling rapat dalam hidup saya sudah berkeluarga. iya, saya rasa gembira bagi pihak mereka sebab mereka dah temui pasangan hidup masing2. daan semestinya di sebalik kegembiraan itu saya terasa sedikit(?) kehilangan. ada sedikit cerita disini, 3 kali sepanjang hidup saya, saya menangis di majlis perkahwinan.

1. di majlis pernikahan kak milah (1997)
2. di majlis pernikahan abg fikri (2011)
3. di majlis pernikahan leha (2011)

mungkin ada yang pelik bila adik sendiri menangis di majlis pernikahan adik beradik sendiri mcm bf/ gf yang kawin dengan org lain pulak, ye tak?

sebenarnya aku pun tak pasti kenapa aku menangis...mungkin tu tanda betapa akrabnya kami, dan selepas sahnya ikatan masing2 bermakna masing2 sudah melangkan ke satu tahap yang lebih mencabar dari sebelumnya, punya tanggungjawab yang lebih besar..dari satu segi, mungkin saya juga merasakan pertambahan tanggungjawab tersebut,buat hati jadi sebak...

yang pasti, cukuplah 3 kali itu sahaja aku menangis di majlis org lain. andai aku menangis lagi waktu majlis pernikahan biarlah waktu itu di makjlis pernikahan aku sendiri. tangisan yang positif

p/s : pernah tak rasa sedih dan gembira pada masa yang sama? dan air mata itulah hasilnya.

Friday, December 16, 2011

Jumaat yang negatif

Assalamualaikum

hari ini hari jumaat. patutnya hari jumaat ni hari yang penuh dengan keindahan tetapi
sebaliknya pulak yang berlaku .

Cerita cerita negatif :

1. bermula dari awal pagi dah start rasa panas hati.

X : tido lepas subuh ke?
aku : tak la, baring2 je
X : yelaa tu..
aku : rasa tak sedap badan la, hidung tersumbat dengan sakit2 tulang...
X : yelaa tu...
aku : ingat aku saje ngada2 ngadu mcm tu ke???huh! lain kali tak nak cakap apa apa dah ( ok, ckp dalam hati je...nasibla ko x, kena marah dalam hati aku walaupun ko tak salah apa apa2. nak ter emo pagi pagi)

2. pagi pagi dah hujan, member overslept. jadi terpaksa tunggu sebab aku dah paksa dia g kelas jugak. tunggu punya tunggu dah 1/2 jam lewat, tapi tak leh nak marah sebab aku yang willing nak tunggu.huhu.pendam rasa.

3. sampai kelas. start dah gelong gelong kepala sebab selesema+ kena hujan, sejuk lagi...hidung tersumbat, sore throat lagi sebab malam tadi tak boleh nafas kat hidung, nafas guna mulut sampai tekak kering. ditambah lagi dengan pengisian final exam "banyak giler kena study weh!, ni 4 kredit ke apa??, rasa 3 kredit je". panas hati lagi bila ada kes report mereport sesama classmate ni, rilek la weh...bukan diorang meniru ke mencuri ke apa ke yang penting penting..bg la nasihat bukan report diam2 camtu....tak elok arr..

4. 10 mark untuk sampling and trip.dimana kedua2 aktiviti tersebut aku tidak hadir!mana boleh..aku ada emergency case la...huhuhu.banyak tu mark....kena buat surat pulak.

5. tak tahan dah dgn badan tak sedap n selesema yang mcm makin teruk. g klinik. balik bilik makan ubat terus pengsan. bangun2 2.30 ptg. ada lab pulak. kat luar tengah hujan yang boleh buat kuantan banjir~solat, redah jela hujan..belum sampai lab baju dah kuyup kuyup dah. ok fine..

6. kat lab. mula mula cam rumit giler experiment. bila dah nak faham, ada beberapa makhluk kurang best ni buat diri rasa mcm budak bodoh. ok fine, aku mmg kurang cerdik berbanding korang yang gila cerdik tuh..jadi, aku blah dulu ye...malas nak layan makhluk makhluk yang kurang adab susila ni. iye. report nanti aku contribute jugak, jgn risau ye "budak2 bijak" semua.

takat petang jumaat yang sepatutnya indah ni, tu perkara2 remeh yang buat hati panas. huhuhuhu. aku tak faham la kenapa hari ni aku macam ni. sooo not me untuk menulis begini.

ya Allah aku memohon hidayah dan cahaya dariMu..

moral of the story :

mulakan hari anda dengan positive thinking!

Wednesday, December 7, 2011

Bersinar akhirnya~

Assalamualaikum

Jika difikir2 dengan akal yang sihat
Alangkah indahnya aturanNya
indahnya segala ciptaanNya
Hingga kadangkala kita lupa kita ialah hamba
kita hanya hamba yg "bebas"

Akan tetapi, andai kecerdikkan akal itu
disertakan dengan kecerdikkan hati
keindahanNya itu akan terus membuatkan kita sedar kita milikNya

bersinar akhirnya...ternanti2 jejak yang pertama disini.

p/s : esok feeling student law! ke gombak ler kita.to cik adilah.kalau bc, calling2 ye esok=)))

Thursday, December 1, 2011

Apa yang aku fikirkan kala ini...

Assalamualaikum

selamat tahun baru semua!1433H telah memunculkan dirinya dengan membawa seribu satu misteri

ok, starting ayat tak bole blah, macam tak kena dengan tajuk pulak, ye tak?huhuhu

mari masuk cerita berkaitan tajuk...

~abah sakit, mak kurang rehat : mcm mana nak laksanakan tanggungjawab dlm keadaan aku yang mcm ni...
~majlis leha dah dekat, lebih kurang seminggu lebih je lagi : apa yang aku dah tolong????
~FYP : tak siap lagi....barang2 dah belonggok bawah katil..(yang ni jumpa solution dah)
~tanggungjawab kat gerakan : apa yang dah aku buat selama ni?????mcm tak buat apa2 pun...
~umur naik lagi satu : makin pendek masa yang aku ada.....byk lagi perkara tak settle
~impian indah=p aku : umur 23 tinggal sebulan je lagi...tak sempat dah nak kawin umur 23.(yang ni lawak.mari gelak ramai,hahahahaha). dari dulu bercita cita nak kawin umur 23, mcm sweet2 je umur tu kan?(mari gelak lagi,hahahaha)
~mahu kerja dimana nanti, senang ke susah nak dapat kerja tu??
~tiba2 rasa mcm keseorangan je hidup di perantauan....( ini aku pun tak faham knp tiba2 muncul rasa mcm ni, rasa mcm kurang kasih syg la pulak,haha)

moral of the story

ye, saya memang sedang banyak berfikir sekarang ni, ada bukan2 dan ada yang tak bukan2. owh duniawi~memanglah engkau ini membebankan, tapi dengan bebanan2 inilah kita akan dinilai dan diputuskan tempat kita di alam kekal sana.

Ya Allah, bantulah hambaMu ini.(mari amin ramai2.aaaamiiiiin~)

Wednesday, November 23, 2011

~Himpunan kisah kisah~

Assalamualikum

Alhamdulillah.
Kuantan dah rasa macam winter. beza cuma salji tak turun yang turun air hujan.hehe.

kisah 1 :
akhirnya aku dapat bunga for the first time!=). thank u darling!haha
Kisah 2 :
dan ini kisah pagi td.
Dalam keadaan cuaca yang menggalakkan orang meneruskan proses hibernasi, kami gigih jugak menapakkan kaki ke kelas walaupun kaki sakit main netball dan berjalan seharian semalam di Biomalaysia tak hilang lagi.Dalam2 berjalan tu tiba2 rasa mcm romantik2 je hujan2 share payung. hahaha. tu je kisahnya,=p.sempat snap gambar walaupun dah lambat.peace!

haha,romantik kan?=p

Kisah 3 :
selesai kelas research method pagi td, terus sahaja aku dan group berniat menyudahkan video assignment subject industrial toxicology yang dah lama tertangguh. keluar2 kelas je...ermmm, hujan lagi la,camne nak shooting ni?.memandangkan dah kena submit dan presence jumaat ni, shooting wajibla dilakukan dalam kadar sesegera yang mungkin. jadi decide kita kena buat jugak!hujan pun hujan la.

memandangkan kami dapat tajuk aircraft, airport adalah tempat paling strateegik nak dapatkan view kapal terbang. on da way pergi punyala harapan ada banyak kapal terbang kat airport kuantan tu. sampai2 je....adeh, ada 1 je tu pun baru landing.tapi sebab dah tak de masa. buat gak shooting dalam keadaan hujan lebaaat( lebat ok tak renyai2 langsung!).

Alhamdulillah settle tu pun nyaris2 kapal terbang xda langsung sbb yang baru landing tu start nak fly balik. tu baru babak 1, babak lain pun dah siap tadi cuma ada sikit lagi malam ni akan di sambung semula.hopefully video assignment ni akan dihasilkan dengan jayanya.mari doa sama sama.Amin!

the making of..................(tak suprise la bagi tajuk kan?=p).

mic : aku punya starch spray.haha

sibuk hafal dialog.
see, ceno'et je kapal terbangnya,hehe

oh yeah!banjir pun banjirla~.selain video, slide presentation pun kena buat jugak ye, ok, nak sambung buat slide pulak.bye

Thursday, November 17, 2011

Random entry

Assalamualaikum

Alhamdulillah result intern dah keluar, aku memang x expect flat pun cuma harapan jadi kenyataan.hehe. sapa2 ada baca harapan untuk result intern aku kat entry sebelum, confirm akan tahu la.terima kasih yaAllah.

kala ini memang diluar tahap kerajinan untuk mengupdate blog. midsem, quiz, antara faktor2 penyebabnya. ye, dgn sukacitanya dimaklumkan, midsem sudah tamat dan dgn dgn "best"nya perlu fokus pada FYP.

lagi, alhamdulillah anak buah aku Nur Atikah berjaya dapat 5A n Mumtaz untuk result UPSR dan PSRA. gembira ok!=)

itu je, just random thought here.

nitee~

Wednesday, November 2, 2011

Dikala berjaga di Kelas Law

Assalamualikum

iya.cuaca sepanjang hari ini mendung+hujan renyai2+sejuk2~.memang membuatkan nafsu tidur dan bergolek-golek sambil tengok anime amat tinggi. seawal jam 7.30 pagi hujan gerimis sudah sedia membasahi bumi UIA kuantan nih.

selesai exam research method pagi tadi terus pasang niat untuk melelapkan diri tetapi tidaklah terjadi.hanya mimpi belaka.kunci bilikku hilang entah kemana dan rummate2 ku juga tidak dapat dikesan.dekat pukul 12 baru dpt masuk bilik. terus tunaikan niat,hehe...tapi tak terus lelap pun,golek golek sambil layan Fullmetal dulu.haha

alarmku berbunyi. tengok tengok jam dah pukul 1.40 pm.(padahal set waktu pukul 1.15).owh..terlelap jugak aku. pukul 2 ada kelas Law. duduk termangu2 sekejap sambil fikir nak buat apa.(boleh???)..tup2 dapat sms ber berbunyi begini :

"miss XX : Dodi, ko p kelas x?"
(senyap..)
*tak reply.kredit tak do

aku pun menyusun langkah malas menuju ke tingkap. owh...hujan lebat. patutlah tanya soalan begitu. sayup2 kedengaran bisikan syaitan di benak fikiranku....

" alang2 da hujan ni, apa kata ko ponteng jo kelas, mesti ramai yang ponteng jugak ni..lagipun selama ni ko tak pernah ponteng pun kan...80% je pun att. bukan 100%..hihihi"

terpedaya sejenak. pergi buat discussion dengan rummate. rummate pun bg sokongan moral untuk ponteng.ceh!=p. wanita yg sms aku tu pun datang bilik join sekali discussion bertajuk

*perlu atau tidak pergi kelas dikala hujan renyai2 dan tidak mempunyai kenderaan berbumbung*

-/+ 5 minit berbincang. dengan campur tangan rakan rakan lain. akhirnya keputusan muktamad.

keputusannya :
dapat tengok muka prof aku yang comel nih. hehe.dannn...surprisingly, aku tak tidur langsung ok. it never happen during law class before this .or in the other hand means wajib tido dalam kelas law.

sebelum ni punya lena tido sambil beliau tegur pun aku tak perasan. tambah nyenyak tido ado. (perasan pun bila esoknya borak2 dgn rummate aku, mmber sekelas g report kat rummate aku pulak,ayoyo)

Dan perlulah saya fokus hanya pada sejam pertama. waktu seterusnya dihabiskan dengan makan asam sambil memotretkan gambar lecturer didalam buku note
*rujuk gambar diatas, beliau ialah prof X yang bertugas di AIKOL .korang agak2 sapa?hehe

moral of the story :
kalau takde sebab yang kukuh jangan sesekali ponteng kelas. kita tak pernah tau bila Allah nak turunkan berkat ilmu tu kat kita. Alhamdulillah hari ni ada perasaan jadi budak universiti sebab faham belajar.=)

p/s :
mereka sudah membesar!gembira!gembira!haha

Monday, October 24, 2011

Most memorable memory~during internship~

Assalamualaikum

mood cuti~
sungguh, memang sunyi suasana di blok aku.(biasanya aku yg buat bising pun=p)
ramai yg pulang disebabkan cuti yang berlambak2 membuatkan aku rasa menyesal pulak tak balik.

tapi bila berfikir semula weekend ni akan pulang jugak ke rumah sempena majlis pernikahan dan persandingan abg aku, hilang pulak rasa menyesal tu walaupun the next 2 days after return ke UIA ada exam.hoho..wa tak kesah dah dengan exam2 ni,layankan aje.

dah maklum kan aku berjaya menamatkan sesi internship dgn jayanya(??) masa semester break yg lepas.iye,result belum keluar.lama kan kena tunggu dah almost 3 bulan,tapi takpe,sabaaar~ko mesti dapat A punya(ramai ramai : amiiiiin!!!).

rasanya aku tak pernah cerita detail pengalaman aku semasa menjalani sesi praktikal. Jadi, dikesempatan ini aku nak share cerita sikit berkenaan memori latihan yang amat memberi impak pada sejarah hidup aku.(ayaat~ihik)

sesiapa yg pernah baca post aku sebelum ni mesti korang tau kerunsingan/ dilema aku bila disuruh melakukan phlebotomy(amek darah). terpampang lah di ruang blog dan fb aku kegusaran mengenai perkara itu. sampaikan ahli keluarga aku dapat merasai aura kegelisahan aku.haha, exaggerate giler kan.

Memang! yela, nak cucuk vein (salur darah) manusia hidup yang bernafas kot, maunya tak ketar badan, nak keluarkan darah segar dari manusia yang derianya masih lagi berfungsi. manusia yang penuh misteri tentang kondisi kesihatannya (well, precaution first, kita xpernah tau bahaya yang mendatang)

Gabra dan nervous dan takut dan risau dan dan dan yg sewaktu dengannya....itu memang perasaan yang asyik2 menyelubungi diri di peringkat permulaan tugasan, siap kat rumah test cucuk2 tangan kakak aku guna pen lagi(thank u so much leha for being my awesome sister). abis tangan dia kena tepuk tepuk dan picit picit dengan aku.tapi xde la sampai terpancut2 darah.haha

1st trial : pass!(dengan bantuan)
2nd trial : pass!(dengan bantuan)
3rd trial : also pass!bravo, bravo!!
ni gambar 3rd trial. see siap ada org amek gambar lagi.nampak sangat kekekokkan tangan tu kan.hihi. iye, saya masih amatur, maafkan saya.=]
done! longgarkan tali dan tekan tempat kena cucuk, then plaster! sungguh mudah kan?(iyelaa..=p)

tau tak apa yang memotivasikan aku supaya dapat buat menda tu? senang je jwpnnya.
"kalau orang lain buleh buat, aku pun buleh".
hehe.sangat senang kan ayat motivasi tu. tapi pelaksaannya tak semudah menyebutnya. aku rasa mau beratus kali aku sebut dalam hati ayat tu baru betul2 hati aku konfiden.

jadi, haruslahlah kita ingat bahawa semua manusia punya kebolehan tersendiri termasuk diri kita sendiri. boleh lihat dan kagum dengan keupayaan orang lain tapi bukan sampai mematikan rasa percaya pada diri sendiri.

lagi bukti kesengalan(aku). selama 23 tahun hidup ini.ingatkan test kit yang keluarkan 2 lines ini hanyalah pregnancy test kit tu je. xpernah tau yang preliminary test utk other disease pun bole guna kit yg gunakan prinsip yang sama.(keluar 2 lines as positive result)

dibawah adalah gambar test kit utuk mengenal pasti jangkitan influenza, sama ada influenza A/ B.(early evaluation)
hok ni pulak untuk kesan sakit jantung/ related to cardiac failure
semua result diatas adalah positive. =(. positive is not always good.

p/s : lepas berjaya berkali2 buat phlebotomy rasa macam gatal mata dok tengok vein orang kat bahagian atas telapak tangan dan d sendi antara lengan dan tangan. dok terfikir senang tak nak withdraw darah orang2 tu,hahaha..da jadi mcm vampire plak=p

Thursday, October 20, 2011

Tidur Selepas Subuh..

Memang penyakit!

Ibnul Qayyim pernah berkata, empat perkara yg menghalang turunnya rezeki ialah:
  1. tidur di waktu pagi
  2. sedikit solat
  3. bermalas malas
  4. berkhianat
dan, tidur selepas subuh juga mendatangkan pelbagai penyakit pada tubuh. symptom asyik-mahu-tido-lepas-subuh sbnrnya tanda aras menunjukkan badan berpenyakit.

*huhuhu....geleng kepala...

hari ini aku tewas! hampir jam 3 pagi tadi baru terlena gara gara nafsu drama korea. dan itu dijadikan alasan untuk tidur semula seusai solat subuh...lemahnya aku~

Cubaan menghalang aku dari tidur semula dilakukan dengan pagi2 menghantar gambar lontong seksyen 14,PJ. bikin aku terliur(serius sedap kuah kacang dia!! teransang parotid, submandibular dan sublingual gland aku ok!) tapi bantal n tilam lagi sedap di kala tak cukup tidur dan badan lesu.huhu..diikuti dengan beberapa siri panggilan telefon yang dijawab dlm keadaan separa sedar dengan nada2 "aku mahu tidur semula". akhirnya tersedar bila jam hampir di angka 9 A.M. sabau jela

Ingatlah dodi sesungguhnya orang orang soleh amat membenci perbuatan tidur di awal pagi....
(aku :uhuk,uhuk.....................................................)

p/s : aku akan berjaya dihari hari mendatang!

Tuesday, October 18, 2011

Masyarakat kita...

Assalamualaikum

baru je jalan2 di sekitar dunia maya dan kebanyakan story pasal budak perempuan 16 tahun mengelar baby nya sendiri hasil dari hubungan zinanya.Jujurnya aku malas nak baca paper ( tak bagus sbnrnya, kena baca hari2 utk tgk perkembangan negara).

sebab? sebab biasanya berita2 yang mcm nilah yg akan terpapar. hari ni pun selak2 thestar je. tu pun sbb salah waktu nak ke kelas jadi sementara menunggu waktu ke kelas singgah jap library. headline pun 2 x 5 je. pasal sindiket2 seludup tenaga seks ni. bikin hati hancur. dan biasalah reaksi org kita * aku juga*tsk tsk tsk
adalah begini :

  • orang tu mmg bangang
  • orang tu mmg bodoh
  • tau buat dosa tak tau nak b tanggungjawab dgn dosa
  • anak siapa ntah tu, mak bapaknya tak ajar ke
  • ingat sedap je
tapi jarang2 yg bereaksi begini :
  • yaAllah, apa yg aku dah buat, saudara aku sendiri tu
  • macam mana nak selamatkan diorang tu
  • apa yg aku boleh bantu untuk kurangkan situasi mcm tu
  • tindakan pembaikkan yg boleh diambil
  • minta diampunkan dosa mereka dan kembali ke pangkal jalan
ingatlah, dia masih manusia...sedangkan Allah maha pengampun. benci dosa yg dibuat jgn dibenci si pendosa kerana kita ialah pendosa juga.

Tuesday, October 11, 2011

Aku boleh!!!

nervous PRESENTATION datang lagi...
dah beriya nervous hari Ahad n Isnin ingat present hari selasa..
padahal Rabu ialah hari sebenarnya....1 hari smlm kena dgn jiha,wahaha

owh,finally.ianya ESOK ok!!!!!!!!

Candidate : Siti Khodijah bt. Hamzah
Title : Antibacterial activity of selected sea cucumber ( Holothuria scabra)
Supervisor : Prof. Dr. Haji Ridzwan b. Hashim


Ground floor (Diet- seminar room 1)
Examiner : Dr.Syaiful and Dr. Ariffin
Time : 4.15 PM

ermmm...nervous sampai xtau nak prepare apa..bole?huhu
tak pegi lab lagi...tak order chemical lagi. lepas present mmg saya akan buat!


~sekian~

p/s : bak kata sv aku

prof : "relax sudah, kalau dia tanya jawab jela.."

aku : "ouhh..senangnya, kalau xtau jawapannya?"

prof : " jawabla tak tahu...saya kan baru belajar...hehehehe"(sambil gelak comel)

membantu x?hahahaha

Monday, October 10, 2011

Fishing Trip

Assalamualaikum
berakhirnya minggu yg padat dgn aktiviti.huhuhu...midsem exam untuk IH..ermmm,no komen pasal midsem sbb aku dah jawab dgn hehehe..

dah lama nak update pasal aktiviti memancing nih tapi asyik lupa je,mlm td dok tengok gambar2 terjumpa gambar2 masa g mancing hari tu, terus semangat nak update.=)=)=). jujurnya aku tak tau pun memancing,jauh sekali kaki pancing yg sanggup redah lubuk mana2.nak kata suka pun tidak juga. cuma suka cari pengalaman,hehe.

3 bulan lepas (Dalam bulan Julai).memang tak termasuk dlm plan aku hari tu untuk follow abg dan sepupu papat aku g memancing, asalnya saja petang2 g umah makcik2 aku n drop by umah pakcik sbb 1 jalan je, sekali terbukak cerita nak g mancing kat pulau mlm nya tu. Di offer untuk g sekali,then pegi jela..sekali sekala..selama ni dok ikut abang mancing kolam,tepi laut, tepi sungai.tepi parit,semua yg tepi2 la, tak thrill ok(belagak kan?hehe)...xpernah pulak ikut mancing tengah laut.

lepas maghrib pun berangkatlah kami. lokasi berdekatan dgn Jeram ikan bakar, kat jeti tu kami berkumpul utk naik bot ke pulau kecik @aku pggl pulau terbiar, ada dua pulau biasa org memancing kat area situ,pulau kecik n pulau besar,kat pulau besar tu byk ular..dari jeti ke pulau terbiar tu lebih kurg 15 minit perjalanan dgn menaiki bot...15 min je kot seingat aku tapi aku rasa mcm lama sbb laut gelap gelita,kat bot x de lampu bagai, hanya cahaya bulan yg samar2 beri cahaya.

oh lupa na sebut, sbnrnya b4 pergi tu ingat xnak mkn byk sbb kat pulau tu xda bekalan air dan letrik,perut aku ni kan cepat sgt process penghadaman nya,jadi decide xmo mkn lebih2..takut nak terkareb kat sana,hahaha..tapi dah nama rezeki,masa call pakcik yg bawak bot tu dia ajak singgah umah...sampai2 rumah pakcik tu tau x tengah ada apa kat rumah beliau?kenduri arwah kot! adehh~dahla pakcik tu suruh kitorg masuk rumah mkn dulu,kitorang dgn baju ala2 nelayan ni, seluar yg lusuh toksah cakapla..masuk2 rumah suruh g kat area perempuan yg kebanyakan wanita2nya sangat la berwangian2 n berayu2aan ala gadis melayu terakhir,merah dah muka masa ni sbb sogan,huhuhu..tapi bila disuruh mkn, bertukar terus jd mcm tuan punya rumah,haha...ikan pari masak asam pedas, sambal udang(besar n fresh giler udang dia), ayam masak merah, sayur campur, masak lemak ikan apa ntah..n etc etc etc..marvelous giler ok!nyum2. lama gak kat situ...pastu buat2la sopan (walaupun nampak giler kejanggalannya) g dapur nak tlg basuh pinggan, xpasal2 merewang rumah org kan..rezeki..rezeki...

sampai2 pulau terus kami angkut barang n cari lokasi utk port barang...agak ramai org mlm tu, mungkin sbb mlm minggu kot, dan of coz hanya kami ber tiga perempuan diatas pulau tu. the rest semua lelaki. di sekitar pulau nampak cahaya2 hijau tanda ada org memancing di situ,cahaya hijau tu dtg dari menda yg diikat kat tali pancing (aku xtau nama menda tu apa). abg aku pun sediakan alat memancing untuk kami, aku n leha mmg zero la bab2 ikat2 mata kail, tali tangsi ni,tengok taula.umpan yg digunakan ialah anak ikan belanak saiz 1 inci lebar dan 4 inci panjang (bajet ikan besar nak mkn,hahaha),hanya abg aku yg boleh guna umpan udang yg dijala pd petangnya (udang hidup ok,hidup dan besaaaar,mkn pun sodap).semua umpan hidup2 belaka
nak baling umpan pun xtau aku ni,parah tak,tapi belagak nak ikut,=p.dgn sabarnya,abg aku ajar la sorang2 adiknya yang agak lem ni..dah agak pandai, beliau suruh kami lepak kat port yg dia syorkan, dia mancing xjauh dari kami (bawak anak2 dara tgh laut kan, terpaksalah dia monitar kami).gambar adalah port aku memancing. baling jauh2 pastu tunggu jela..balik2 asyik tersangkut kat batu2..sabau jela..mmg survival habis kat pulau tu, takungan air hujan pun xde, nasib kitorang dah siap2 prepare bawak air utk amek wudu', nak guna air laut masin sgt..melekit nanti. pukul 2,rasa mcm umpan dimakan tgk2 mmg dimkn tapi makan lari..berani ko curi ikan aku ye ikan!lepas tu mmg dah rasa ngantuk2...dekat2 jam 3 pagi dah x larat masing2 dah terbaring atas tikar plastik yg dibawa, pancing dah putus sbb tersangkut, sepupu aku dok dapat kerapu bodo( mmg nama ikan tu gitu ye..), lepaskanlah balik..tidurlah kami berlantaikan batu berbumbungkan langit..kat tengah laut mmg sejuk gilar...seeeejukkk sangat ok,alhamdulillah dikurniaan common sense utk bawak stoking dua pasang sbb mmg dah rasa2 akan sejuk sgt

nyenyak sgt waktu tu tido, walaupun hanya berbantalkan lengan sendiri, air panas tumpah atas kaki pun xsedar..haha.bangun2 dah pukul 4.30 pagi.sebab apa t'bgn?menda yg paling xnak buat terpaksa buat..hohoho. tula sapa suruh mkn banyak sgt..sakit perut nak terkareb,wawawaw..mmg sadis waktu tu, abg aku suruh membuang kat celah2 batu..tiba2 rasa mcm zaman batu,cari2 sekitar pulau terjumpa toilet lama, xnampak la plak bersih ke x, mmg amek air laut agak2 bersih dah dlm toilet tu, lepaslah kat situ...lega giler,hahaha.nasibla air minum jadi air basuhan, x sanggup nak basuh guna air laut yg bercahaya tu..seram kot,buat siram2 bolehla..
tak tido lepas tu terus solat subuh n kembali menyibuk kat org2 yg masih elok pancingnya. makin terang makin terserlah keindahan alam di sekitar pulau,subhanAllah..sangat nyaman dan segar, terasa sangat2 kerdil waktu ni berada di tengah2 lautan ciptaan yg Maha Esa. benarlah andai ingin merasa kekuasaan Allah,lihat pada ciptaan2Nya..
pancing yg masih elok dan sedang menunggu hasil
prepare breakfast.
megi!!paling mudah n senang, umpan digunakan sebagai bahan perasa tambahan,hehe..banyak sgt umpan, guna sikit untuk breakfast,hehe
cantik kan...waktu baru jam 6.45 pagi, tapi dah terang sbb kat laut kan.
bot nelayan..
sesi mengajar kanak2 baru belajar memancing.pagi kami memancing style apollo( iye kot bunyik cenggini)
yang hasilnya akan jd begini. apollo ni mancing yg ada banyak umpan kat 1 pancing
sesi menganyam tali tangsi
main sesuka hati je ikat tali tangsi tu, iye2 je leha ni,hoho
cousin aku sorang ni pun lebih kurang kami je,tapi dia up sikit la.
hasil2 kami (opps bukan kami ye, abg n sepupu aku je berjaya dpt hasil)

sangat sedap ikan ni,berlemak,manis, sedap la senang cakap, tapi dia punya lendir keliling badan berbisa ok..
hasil kebanggaan,hehe..tengah pregnant ikan pari ni,patutnya lepas tangkap ikan ni, kita perlu cek perut dia,kalau ada baby tekan2 sikit smpai dia bersalin, kita lepaskan baby tu dlm laut balik biar boleh hidup, tapi lupa nak buat cenggitu..dah masuk dalam ice box tengok2 dah terberanak ikan tu, menggelabah kitorg lepaskan balik baby dia dlm laut, ada dua ekor baby masa tu...xtaula hidup lagi ke x..campak2 dlm laut terus hilang..
selepas tangkapan ikan pari kami decide utk balik,jam waktu tu pukul 8 pagi
bersiap mahu pulang..kemas apa yg patut..byk tau barang2 kami.
sempat posing.hohihohi..biar diorg yg angkut barang,berat ok.i kan perempuan..=p

dlm perjalanan pulang, masing2 muka gembira dapat pari walaupun kecik..hehe
best!
pakcik yg bawak kitorang,kat belakang tula pulau terbiar tu,kecik jo
finally, sampai ke darat, sapa2 pernah g kat Jeram Ikan Bakar dia taula tempat ni, terletak di daerah Kuala Selangor.
Alhamdulillah, seronok dan dapat banyak experience baru semasa trip singkat ni,ok, dah kurang rajin nak tambah mcm2, happy monday!=)

Tuesday, October 4, 2011

Kahwin n poligami

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, selesai majlis pernikahan sahabat saya pd sabtu lepas, 1/10. beliau ni bole kata kawan yg awal2 aku ada sejak aku lahir, mmg dari perut dah kawan sbb dudukberjiran n mak2 kami pun mmg shbt baik, lahir sama2, tido mandi makan semua sama2..main sama2, sekolah sama2..masuk sekolah menengah jalan kami berbeza, tapi kawan tetap kawan..tahniah ye medot!(dia marah aku panggil medot kat public ni, tapi dia xkan baca blog aku,tu yg berani tu,haha).

memang nervous, sampai aku turut sama nervous,hehe..siap pengantin perempuan bole ajak aku lari sbb nervous sgt,ada ke..he, semua urusan berjalan lancar, rasa bersalah sbnrnya xdpt tolong sungguh2...banyak kekangan,kalau aku dok rumah je mmg setiap hari aku merewang rumah dia.

dari bertunang sampailah nikah, ni la keje aku..dok sebelah dia, haha..dia cakap aku kena temankan jugak x kira mcm mana pun,fine..meh aku teman,hehe
kan aku cakap aku teman,hehe..dia suruh aku jd pengapit waktu bersanding..tapi i kan pemalu,hahaha, tu yg jd pengapit time nikah je...masa baca khutbah nikah ni,aku pun debar sekali dgn pengantin, rasa nak menangis kot bila tok kadi sebut soal tanggungjawab, rumahtangga,peranan masing2...huhuhu..

Alhamdulillah,selesai akad,sessi bersalaman dgn keluarga baru masing2..masa ni mmg terkedu kejap tgk pengantin lelaki menangis teresak2,bukan nangis sikit2 je tau..siap terhenjut2 bahu masa salam parents tu...pengantin perempuan tak payah mention la confirm2 la nangis jgk,sampai serabut mekap=p,hehe..walaupun kita jd pemerhati je, mmg waktu ni rasa sangat2 besarnya tanggungjawab lepas ijabkabul tu...dari status hidup seorg diri dah upgrade jadi hidup berdua org...kalau seorg diri pun dah mencabar apalagi berdua kan? moga2 perkahwinan ni akan sentiasa diredhai Allah..
selesai majlis pengantin berjaya dihasut utk bergambar di sawah,waktu ni lawak ok, punya aku dok berkepit dgn pengantin perempuan sampai pengantin lelaki ckp begini " kenapa asyik jalan dgn dodi je, kan nak amek gambar dgn sy, jalan la dgn sy..kawin dgn sy bukan dgn dodi" hahaha,aik?jeles ye..=p

dan seperti biasalah...sessi posing dipelamin mmg tabiat aku n leha,hehe
serius sweet pelamin dia...tapi ada org xnak buat mcm ni ye xpela kan..
my sis ni plak insyaAllah tunggu hari je..moga2 waktu tu aku dah x berapa bz..bole tlg buat persiapan kat rumah nnt.ok tu cerita pasal kawin shbt saya. apa pulak kaitan dgn tajuk poligami nih?hehe..cenggini ceritanya.

keesokan hari slps majlis, seorg shbt call, dpt berita sedih dari dia...dan aku biasala,awal2 dgr mmg beremosi la, lelaki ni mmg mcm ni la tu la (padahal perempuan pun ada mcm tu jgk...) cuma aku biasa jumpa lelaki la...apa2 pun yg berlaku pasti ada hikmahnya, sedih mmg sedih,sakit mmg sakit, manisnya?confirm lagi manis...tunggu aje,Allah itu maha Adil kan=)..

dok tgh rasa mcm2 tu teringat dalam majalah solusi bil 36 ada sentuh soal poligami di ruangan Fitrah,tajuknya "menyantuni fitrah berpoligami". agak terkejut sbnrnya bila Dr Harlina ada sebut perempuan pun ada naluri berpasangan lebih dari satu.gulp!patutla ada byk kes perempuan curang... tapi itu semua sekadar naluri. Naluri @ fitrah yg wajib dibendung dgn akal dan iman. cuma lelaki Allah bg kelebihan utk dihalalkan fitrah semulajadi nya tu atas sebab2 kukuh yg Allah lebih tahu. Dia maha mengetahui atas segala ciptaanNya. Jujurnya la kan bagi aku sendiri pun, berkongsi tu mmg best lg2 kalau mknn ke apa, tapi berkongsi suami.....ermmmm...xmau cakap lebih2 sgt, kita tak tau bila kita akan diuji kan?tapi bila diuji tu maksudnya Allah ingat kita.

lepas tu teringat lagi perbualan waktu semester pertama minggu pertama di UIA kuantan ni,isu ni jgk yg naik...malam tadi, kononnya nak meluahkan rasa hati, tup2 dapat tazkirah sejam..alhamdulillah. walaupun xnak dengar sgt sbnrnya(=p) tapi at last, hati jadi tenang bila diperjelaskan..apa2 pun Allah tu yg pertama, jgn terlalu terikut2 dgn budaya asing yg dihidangkan sekarang.

Perempuan mmg kebanyakkan emosinya akan tersentuh dahulu berbanding akalnya, jadi...kalau dia manusia normal,akal rasionalnya akan dtg jg. Bagi lelaki2 yg benar2 ingin berpoligami, pastikan agamanya nombor satu dahulu...rasanya perempuan tidak menolak lgsg poligami,bahkan menerima cuma mungkin kerana terlalu sygkan suami, takut2 di akhirat sana si suami byk yg tersangkut bila soal tanggungjawab dipersoalkan...sedangkan satu sudah berat apatah lagi lebih kan? kalau boleh didunia mahu bahagia di akhirat pun mahu lebih bahagia kan. ukur baju di badan sendiri!=)

pic ni masa tgh jaga baby pooh ni, parent dia g kenduri kwn aku tu.saja nak selit gambar ni sbb mcm suka sangat waktu ni. the best therapy bila hati gundah gulana. rasa hilang semua masalah bila pegang baby ni.mungkin sbb diorang ni xde dosa kot. lagi2 bila tido peluk kita mcm ni...(rasa nak balik rumah lagi~huhuhu)

mahu sambung baca buku,annyong!=)
ada paper esok n lusa, doakan saya ye!

p/s : sawah sgt cantik....

Thursday, September 22, 2011

Memory Raya 2011

Assalamualaikum..
baru nak buat entry proper sikit pasal raya,hehe
tak terlambat kot nak ucap selamat hari raya =)
(bak kata aku, raya kan sebulan,memandangkan esok insyaAllah aku akan raya kali ke 2, elok sangat aku wish sekarang kan,dah x ramai yang wish lagi dah.)

Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd semua,maaf atas segala silap salah saya=D

Alhamdulillah raya tahun ni memang seronok dan meriah walaupun x semeriah zaman kanak kanak..8 org adik beradik aku beraya dirumah beserta keluarga masing2 tahun ni, lagi 3 org beraya di rumah mertua, tapi ptg raya tu dah balik rumah aku dah..yela dekat2 je pun semuanya,sekitar selangor...

Paling best, sawah padi sekarang tgh mmg waktu2 cantiknya, tgh zaman2 remaja gitu..jadi tidaklah kami melepaskan peluang bergambar di lokasi penggambaran nur kasih tu,hehehe Gambar2 suasana raya pertama
my beloved parent.Mak n Abah

Adik beradik,ipar duai,anak cucu Keluarga Haji Hamzah
(tak semua ada, 15 people missing)
*sila bg perhatian putri2 bunian berbaju serba putih tu.tgh kena sampuk sakan,hahaha
sesi bermaafan.anak mak kan?hehe=p

ni la jadinya bila kanak kanak disuruh minta maaf,diorg pun xfaham nak minta maaf buat apa,hehe.tapi kalau tak diajar dari sekarang bila lagi ye tak?..M.Aqif Hazman sampai pening2 kepala buat skrip nak minta maaf.haha

Adik beradik abah bersama pasangan masing masing. 8 orang je ada..lagi 2 org beraya di negeri masing2
The bachelors. Cucu cucu Keluarga Haji Kusiran
(girls semua mmg sepet, leha je dpt gene mak mata bulat)
riuh2 sebelum bergambar. lihat Alia Athilah yg duduk kat tingkap tu,mmg tak terkawal dah,hehe
Cucu cicit Haji Kusiran( tak semua juga, bole kata ni 2/3 la)

photoshoot di sawah( waktu senja ni dalam pukul 7..hahah,mmg mcm bunian turun ke bumi=p)
bersama waris2 kami,hehehe..(bakal ikut jejak langkah kami ni si comel ber 3 tu=p)
motif gambar(jom beraya di lokasi penggambaran nur kasih,=D)
lihat,bakat yg mmg tidak boleh dinafikan,Alia : belajar rajin2 ye,=)
bersedia terbang pulang ke tempat asal si putri2 bunian=p
kembali ke tempat asal kami,haha. Selamat Hari Raya semua!!!

p/s : isi masa lapang (?) buat keje berfaedah ni?,hehehe=p. nak sambung edit proposal,daa~