Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Thursday, March 31, 2011

Kenangan EOP

kelas terakhir tahun 3
kek tu boleh cakap juga sebagai kek harijadi ke 1 aku(perasan okeh!;p)
pertama kali aku sekelas tutorial bersama2 student biotech (kan aku dah cakap,byk betul perkara kali pertama masa tahun 3 ni,mentang2 tu feveret number)

Tarikh :15 april 2011
Paper : English for Occupational Purpose

lama lagi okeh,boleh memain dulu,hahaha

p/s : oit,jgn lupa 12 april ada toxicology.muntah2 dulu baca note tu (dodi : baik!)

entri pendek di petang hari

habis exam..
kepala makin sakit..
pelik x?

biasa lepas exam kepala rasa ringan

apa aku mengarut ni.
kesimpulan disini
saya sayang lecturer saya "Dr. Tariqurrahman".noktah

Tuesday, March 29, 2011

FYP + final year..??

Memandangkan aku ialah pelajar yang masih bersekolah,so tajuk tertera diatas menjadi topik hangat kami sejak beberapa minggu yang lalu...walaupun agak terlewat berbanding sedara mara dan sahabat handai aku yang lain yang akan grad sem ni ( UIA kan..),tapi tetap excited.haha.kenapa?paham2 sendiri la,semua rasa gitu kot,kan?

Tajuk FYP (Final Year Project) dah dapat. cuma belum officially approved je.verbally dah.aku kan rajin jenguk lecturer kadang2,=p. after exam la ye saya jumpa prof. kasi saya buat question list dulu. sekarang kurang rajin nak fikir sebab nak nikmati saat2 akhir tahun 3,hehe

Title : "The Effect of Holothuria Scabra coelomic fluid on induced wound or blood pressure"

apa menda Holothuria Scabra tu?nanti aku share( terfikir2 mampu x aku handle sample yang mcm lintah bulan tu...huhuhu)

1st paper
date : 31st March 2011
subject : hematology and oncology
note : subject yang sangat sangat menarik dan best (antara dlm list for further study field)

Mahu sambung menelaah semula.Doakan saya ye!=)

Saturday, March 26, 2011

Cerita Hari Sabtu

Antara soalan yang di tanya bila haiwan gambar di bawah ni dibela.

  1. "kenapa nak bela kura-kura?"
  2. "kenapa rajin sangat nak bela bintang?"
  3. "tak susah ke nak mandikan hari2?
jawapan untuk ketiga tiga soalan : sebab aku suka,haha(jawab soalan x?=p)
saja nak tayang my ponyo n totoro yang makin aktif ni,hehe

lagi cerita,2 minggu lepas masa waktu hujan lebat selama beberapa hari tu,saya telah kehilangan beberapa ekor anak ikan talapia merah dan 2 ekor udang,kehilangan yang selama2nya..huhu.salah aku juga sbb terdesak sangat tukar air guna air paip, biasa tukar diorang guna air sungai belakang blok ni..tapi dah hujan lebat,air sungai jd keruh.mcm mana nak tukar kan..ikan2 ni plak sensitif dengan chlorine..
dodi redha jela ye..yang pergi tu tetap pergi(mcm siapa mati je..=p)
tinggal 2 ekor ni je hidup,both!please keep alive with me ya!
dari mana dapat ikan2 ni?
hahahaha..lawak ok,dipendekkan cerita,waktu sampling kat tasik utk amek sediment for toxicology subject hari tu,sebab lama sangat tunggu turn,ni la jadinya bila bosan(budak xleh duduk diam la katakan,=p)..tangkap anak ikan n udang.guna payung tau,jgn main2,haha
bukti g sampling(nak jugak tunjuk..).dodi: suka hati akula,(merong!hehe)
now, turn pokok ni plak kena campak kat luar bilik,sebab bila pokok ni besar baru perasan ianya adalah money plant.(oh, no!).kenapa aku campak keluar bilik?ini kerana money plant ni adalah pokok yang mengandungi kadar toxic yang tinggi.bahaya bela pokok ni sbnrnya.(patutlah aku selalu x sihat sejak bela pokok ni..ikan2 aku pun mati..make sense x?hehe

jadi,daripada cerita2 bela,ternak,simpan kat atas tu,ada beberapa kesimpulan boleh kita buat
  1. fikir betul betul sebelum beli/bela sesuatu.(cth : pokok ni ha,ingat nak cari pokok utk tambah oksigen dlm bilik,tup2 dapat ko poison plant,huhu)
  2. dah fikir betul2,rasa yakin.beli/bela lah dengan sebaiknya dengan penuh rasa tanggungjawab.(cth : kura-kura. tiap tiap hari diorang mandi tau mcm tuannya,=p.no regret!=))
  3. Hak kita jaga dan bela sebaiknya,nyawa dia Hak Allah.jadi jgn salahkan sapa2 andai haiwan peliharaan kita tu mati.kita dah jaga sebaiknya kan.sihat atau sakit juga yg tentukan adalah Allah. itu semua ujian kan,(pujuk diri -.-)
semua cerita2 di atas ni mcm menda kecik/remeh kan?mesti ada sesetengah pihak rasa mcm ni pun nak cerita..
tapi sedarkah anda,segalanya bermula dari menda kecik yang akhirnya menjadi besar
contoh terbaik ke 1: manusia-ada x yang lahir tup2 dah boleh lari,boleh cakap bagai?mesti mula dr kecik pastu jd besar kan

contoh terbaik ke 2: perang - semuanya bermula dari rasa negatif dalam hati(hasad,marah,benci).dari rasa2 yang negatif yg kecil tu develop jadi rasa2 yg negatif yg besar(niat memusnahkan).kan

bahaya kan?
jadi jgn sesekali ambil perkara kecil tu remeh dan mudah.sebab tu Allah ciptakan perempuan.perempuan common dgn sikap yang suka pandang perkara2 yg dianggap remeh oleh lelaki.xpercaya?ok,kalau kat rumah,bab2 cari barang yang hilang,siapa yang akan jumpakan?mesti mak punya..jarang la ayah yang akan jumpa,ye tak?
HARGAI WANITA DI SEKELILING ANDA!=)
selamat hari wanita!(walaupun lewat 18 hari(official date : 8 march))

p/s : Sabda Rasulullah S.A.W
" Bertakwalah kpd Allah di mana saja engkau berada, dan balaslah perbuatan kejahatan itu dengan kebaikan supaya terhapus kejahatan, dan bergaullah sesama manusia dengan budi yang baik" (riwayat Tirmidzi & Abu Daud)

tolong bagi sy semangat nak study!huhu.

Thursday, March 24, 2011

Happy Happy Day!

Assalamualaikum,
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah
the power of positive thinking,hehe
terima kasih sangat2 kepada sahabat2 yang wish birthday saya(atas bantuan facebook?=p).dan juga yang sambut birthday saya,sangat terharu dan gembira especially bila dapat kek feveret,=).walaupun dah letih giler masa meeting tu,bygkan dah pukul 12.04 pagi baru habis meeting..ingat nak terus balik,tup tup ada kek yang keluar,waa!terima kasih lagi sekali ye.
Blueberry cheesecake tau,nyum3!

malam tadi juga kelas terakhir bersama madam Jaspal Kaur,ada event juga,ada kek juga,dapat nyanyian bday song dari classmates juga,gumbira aku juga ok,hehe.thank you so much madam for being our teacher!
(wani,putri,aku dan ika)*madam tiada dalam gambar

ptg semalam pula,sempatkan juga reunion sekejap dengan rummate zaman matric,(walaupun selalu jumpa,xpernah keluar sekali sepanjang kat kuantan ni kot,huhu).sayang korang!=)

(che nor,syu,ika dan aku lagi,hehe)muka malu2 semua sbb suruh orang tepi jalan amek gambar.huhu.moga ukhuwah kita berpanjangan!ni la sahabat2 yang aku mula2 kenal masa di matric pj dulu.
birthday girl yang poyo semalam,(bole?=p).saja nak semakkan blog dgn gambar aku mengada ni,haha
lagi sekali,terima kasih semua kerana sudi bersahabat dengan saya,moga persahabatan ini kekal di dunia dan akhirat=)
alhamdulillah dengan nikmat gembira semalam..

p/s : makin usia bertambah makin pendek masa kita di dunia,moga Allah memberkati perjalanan hidup kita semua,amin!dalam kegembiraan jangan lupa masukkan konsep kesederhanaan,jadi dodi jgn lebih2 ok,(dodi ans : baik!=])

Tuesday, March 22, 2011

Lurus ke tak??

assalamualaikum
1st time ever aku buat entri pasal lab exp aku rasanya(yeke ntahla...memory kurang bagus kebelakangan ni)
kenapa nak post pasal lab ni,senang cakap sbb aku gembira lab dah habis!!!xpayah buat lab report dah(bukan x suka cuma cuma cuma....rasa macam bila kita tengah xde duit orang bg duit,hehe..sesuai x?=p)

xnak cerita pun pasal experiment ni cuma nak tayang gambar tikus(ada sesetengah pihak tu takut tikus,jadi mungkin dia akan rasa "gerun2" bila view page saya;p)*xde keje.hahaha
ok2,cerita sikit la ek exp ni pasal apa,basically, exp ni pasal dose response relationship. nak tengok effect dose yang diberi terhadap tikus tu.dan nak study juga pasal ED50 dan LD50
sebelum di suntik dengan sodium pentobarbitol
ni dia drug yang digunakan.
selepas di suntik IP...haha,terus baik je tikus ni,xgerak2...dah mula effect drug time ni

ermm
nak kongsi cerita sikit apa yang berlaku semasa menyiapkan lab report tadi.
ni pasal peel aku(maaf ye andai saya "skema" sikit,huhu)
memandangkan ianya utk mencari ED50 dan LD50 jadi graf adalah sangat diperlukan.paham2 jela bila gunakna graf mesti banyak gunakan garis lurus

aku ni pulak ada penyakit sikit bab2 lurus ni.
pantang nampak2 menda senget2..ish,rasa xbest2..hehe
nak dijadikan cerita,kami buat report ni berdua,sahabat saya ni buat graf...tapi,aku xpuas hati dengan graf itu sebab tidak mengikut piawaian aku,huhu...

jadi sebab rasa xbest sangat,aku pun padam apa yang dia dah buat dengan alasan ada sedikit pembetulan(kejam x aku?huhuhu).semua pulak tu.minta maaf ye,saya mmg skema sikit bab2 garis lurus ni..kalau pergi rumah org ke bilik org ke,perkara pertama yang akan saya pandang adalah susunan barang2 dan buku..lurus ke senget ke,kalau senget2 tu rasa mcm nak betul2kan je..huhuhu..penyakit betullah..nasib baik member tu steady,mekasih ye.huhu..feel so bad sebenarnya..

jadi kawan2,sila berhati2 dengan saya bila saya melawat bilik anda=p

p/s : malam ni saya berumur genap 23 tahun.Alhamdulillah,terima kasih mak!

Monday, March 21, 2011

Beri,Memberi dan Berilah..

"bukanlah satu kebajikan itu kamu menghadapkan muka ke Timur dan Barat,tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, segala malaikat, segala kitab, dan sekalian Nabi ; dan mendermakan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak anak yatim,orang miskin, orang yang musafir,orang yang meminta minta,orang yang memerdekakan hamba abdi ;orang mendirikan sembahyang, serta mengeluarkan zakat, dan perbuatan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji, orang yang sabar dalam kesempitan, dan kesakitan,dan dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar, dan mereka itulah juga orang yang bertakwa". (Al-Baqarah : 177)

Kata Herman Tino "harta bukan milikmu,untukmu hanya rezeki,terkurang himpun lagi, terlebih memberilah.."
sms quoted from Dr.Aswati Hamzah

berilah semampunya
bukan banyak atau sedikit yang menjadi soalnya
soalnya mahu atau tidah mahu memberi?
andai sedikit yang ada berilah sedikit
andai banyak yang ada berilah banyak
Allah maha Menilai

Jangan terlalu berkira kira
Jangan pula sampai terlalu alpa
beringat sentiasa adalah jalan terbaiknya

ok,berpantun sikit hari ni,terbawak2 program kelmarin la ni,hehe
Alhamdulillah hari ni murah rezeki
rezeki yang mcm mana?
yang macam2..=)
gembira sikit sebab hari ni perasaan aku jadi normal
*normal disini maksudnya ada gembira dan ada sedih

kalau tak mcm happy je memanjang,pelik plak kan?=p
terima kasih kepada insan2 yang tersayang yang sentiasa sudi terima diri ni seadanya,dan sentiasa bersama waktu suka dan duka...sangat appreciate dengan sikap caring mereka!
ish,mcm tau2 ke je kan mereka mereka ni,=)

p/s : suka tengok orang mata sepet tapi tak suka bila orang cakap mata kita sepet,hahaha(ada kena mengena dengan tajuk x?=p)

Sunday, March 20, 2011

Jejak Cinta dari Hati

Assalamualaikum
ni nak kira entri emosi ke jiwang ek?ermm..bole jela dua2 tu.hehe
sebelum ni ada buat en3 pasal perintah berkurung,ye mak saya xbagi saya kemana2...tapi kalau dah namanya siti khodijah....(minta maaf mak,kita dah siapkan semua keje sekolah yg kena hantar cepat sebelum pergi smlm,kira lab report settle sudah,alhamdulillah).dalam dilarang larang tu dah "ter"pergi 2 program,minggu lepas (rujuk pic badge bawah ni) ke training program dan minggu ni ke program "jejak sunnah dengan cinta"
-program kat training cube ni basically pasal grooming and communication skill punya training,sangat seronok tau!
"Dengan yang demikian,sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan,sedang dia beriman,maka tidaklah disia siakan amal usahanya dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya"(21:94)

berbekalkan ayat diatas,atas pelawaan seorang sahabat akhirnya aku berkesempatan jejakkan kaki ke bumi taman sri putri cheras.sebenarnya program ni anjuran medical society UIA k,aku biasalah,buat muka xmalu je join,hehe
bagi yang tak tahu,taman sri putri ni adalah rumah perlindungan wanita dan kanak2.kebanyakan dari mereka(boleh kata semua) pernah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral hingga mengandungkan anak luar nikah.tempat ni dikendalikan oleh jabatan kebajikan masyarakat.
sayu...
sedih...
terkilan...
hati dah hujan renyai2 seawal tiba di muka pintu pusat tersebut...
dengan wajah adik adik yang innocent,perut yang membulat,badan yang masih lagi memerlukan belaian seorang ibu,terpaksa menanggung derita atas kesilapan sendiri..paling terkilan,mereka saudara islam kita,sebangsa melayu dengan kita...tapi hati tetap yakin mereka masih punya masa depan.

perasaan2 negatif tadi tak sesekali mematahkan semangat untuk meneruskan misi di situ.
Alhamdulillah,penghuni disitu menerima kami dengan respon yang cukup baik.paling muda berumur 12 tahun (sedang pregnant 8 bulan) dan paling tua berumur 20 tahun (masih dalam tempoh di reman).kebanyakan dari mereka sedang mengandung 7-9 bulan.walaupun adik2 ni masih muda kagum dgn tindakan mereka meneruskan kandungan.sekurang2nya mereka x gugurkan kandungan atau buang baby tu kan.

saat paling menguji aku,saat adik2 ni ceritakan kisah silam mereka,time ni bukan setakat renyai,dah bah dah dalam hati sampai terkeluar air bah tu,huhuhu..nasib baik cepat cover kunun2 nak buat air kat luar.tak tahan tau...boleh bayangkan x kalau anak kita sendiri ke,adik ke,anak sedara ke,duduk depan kita,umur baru dalm 13-14 tahun sedang mengandung,ceritakan kisah hidup mereka dan punca utamanya adalah keruntuhan institusi kekeluargaan mereka sendiri.seawal usia 10 tahun sudah di suruh bekerja,tidak bersekolah...tidak diajar membaca,menulis,soal agama semestinya jauh sekali..adik2 ni kadang2 tak tahu pun apa yang salah apa yang betul.sebab?tiada contoh yang baik dalam kehidupan sekeliling mereka.

semestinya besar cabarannya untuk mengubah semula pemikiran dan cara hidup mereka,tetapi tidak mustahil juga bukan?mana tahu mungkin suatu hari nanti mereka akan jadi insan yang jauh lebih baik dari kita..aminn!(itu harapan saya)

dalam hal ni,soal tanggungjawab ibubapa yang perlu dipersoalkan semula,kenapa sebuah rumahtangga itu didirikan...kalau setakat nak berkasih syg lelaki perempuan,nak hasilkan anak,"bela" anak tanpa memikirkan masa depan anak,emosi anak...
kena tambah2 ilmu dulu kot?ye tak?

peringatan untuk diri sendiri juga, adik adik yang berada di pusat2 begini mereka sangat2 dahagakan kasih sayang dan perhatian dan juga bimbingan. jngan sesekali sisihkan mereka,terima mereka dan cuba tunjukkan contoh yang terbaik buat mereka. mereka hanya budak biasa yang tersasar dari landasan kerana kesalahan kita yang dewasa.
awal pagi sekitar jam 7.30 pagi kami sampai ke lokasi
bertolak dari kuantan jam 2.00 pagi.

p/s :
wanita hiasan dunia..
seindah hiasan adalah wanita solehah
yang akan membahagiakan..
syurga..
didalam rumahtangga..

apa masa depan depan anak2 yang bakal lahir itu nnt...tanggungjawab kita bersama utk selesaikan
*hati tetap berharap adik2 di sana masih punya harapan yang cerah!

Friday, March 18, 2011

Gembira

perasaan hari ni umpama turun hujan setelah kemarau yang berpanjangan..=D
mahu orang lain gembirakan kita?kita yang perlu gembirakan diri kita dulu..
segalanya bermula dari diri sendiri=)

Thursday, March 17, 2011

Taaree Zameen Par

alhamdulillah,fully recover=).
bukti,baru lepas derma darah ni dan masih ok,rasa dizzy pun xde,hehe(mak jangan marah ye,darah kita banyak,tu yang kena bagi orang)
berkenaan tajuk yang comel tu (tajuk cerita hindi ok) a.k.a every child is special,cerita wajib tengok!

seusai presentation EOP mlm td,terus menonton movie ini(dalam bilik je,xtau la tahun bila movie ni keluar,aku ni outdated sikit).mmg niat dah selesai assgnment EOP terus nak tengok movie ni.(padahal lad report toxico x siap lagi T.T).jalan cerita sangat simple,lancar,xde belit2 ke misteri ke,jiwang2 ke,xde langsung ok,tapi content cerita superb!awal cerita dah start berhingus,sangat touching ma..

Every child is special child,sangat100x betul!(sangat rindu pada anak2 saya yang ramai tu...=(...).movie mengisahkan tentang seorang budak lelaki berumur 8 tahun yang xpandai menulis dan membaca,berada dalam keluarga yang boleh dikatakan berkemampuan.ibubapa yang berkerjaya dan perpendidikan.abang yang cemerlang dalam pelajaran. boleh kata budak ni mcm anak angkat la,lain sungguh perwatakan dan kemampuan jika nak bandingkan dengan keluarga normalnya. tapi dia ni ada satu kelebihan yg parent dia nampak,suka dan sangat pandai melukis,tapi ayahnya xberapa peduli sebab dia rasa melukis tu xboleh bagi perut kenyang.ayahnya selalu marah ishaan(nama budak tu) sebab xpernah lulus,kerja sekolah xpernah nak siapkan. sampai satu tahap ayah dia sangat marah,hantar ishaan ni ke sekolah berasrama. disitulah conflict bermula apabila ishaan rasa dia mcm kena hukuman atas perbuatan yg bukan salah dia.syukur ada sorang cikgu sekolah khas ni dapat detect masalah sebenar ishaan ni.nak tau mcm mana cikgu tu selesaikan prob dia dan apa ending ishaan ni...Tengok la sendiri..hehe

sebenarnya seawal budak kecik ni boleh pegang barang kita dah boleh kesan tentang kemampuan dia. cara dia handle menda kecik2,cara dia pakai kasut,kalau umur dah 6 tahun masih pakai kasut terbalik,note ye,budak2 mcm ni perlukan cara pembelajaran berbeza.movie ni stress kan pasal Dyslexia. ramai mak bapak yang tau tapi xnak terima sebab diorang ingat dyslexia tu mcm mental retarded.BODOH ok orang mcm tu.ha kena satu dengan aku. sangatla berbeza....walaupun ada kaitan dengan genetic disorder,masalah dyxlexia bukan berlaku pada XY chromosome.jadi xde kaitan dengan dapat tu inherit dari siapa.Allah boleh uji sapa2 dia nak uji.

memang setiap mak bapak nak anak mereka comel cantik sempurna,cemerlang,gemilang,terbilang and bla bla bla..tapi harus diingat,cemerlang mcmmana nak kita mahukan?harus diingat itu semua indicator murahan ciptaan manusia.Anak itu anugerah...(kalau ramai diluar yang sedar betapa susahnya nak hasilkan seorang bayi...susah ok,cuba belajar bio..berapa percent je yg boleh jadi).Rezeki dari Allah...hargailah.Degil mcm mana pun seorang budak,ingat...degil seorang budak x sehebat degil mak bapak budak.
sarah sabrina,memang noti,hehe..sangat menguji kesabaran tapi cik dod tetap sayang sangat bina tau!muah2!

ini pun sama,Mohd Adeef Haidir,manja!dan perangai mmg sangat noti juga,hahaha.love u too mok!
Alia athilah.ni anak buat makcik dia suka konfius...mcm dah matang tapi belum..kakak yaya kakak yaya...jadi princess muslimah ye sayang,=)
huhuhuhu...saya sangat rindu ini baby!!!!!sarah safiyyah,cik dod rindu piya,ermm..setiap malam terbau2 je baby ni.. Mohd aqif hazman,dia punya kes same goes to yaya.acik konfuis..hehehe,punya berhabuk cakap sampai pelat pun xde,baru genap 4 tahun.rindunyaa nak melon2 aman...nak susu sikit bole?aman : xbole!
hehehehe
ini entri penuh emosi...dah lama x balik jenguk mereka,(lama ke???)huhu..rindu juga parent saya,mak dan abah..huhu
p/s : nak letak semua gambar takut banyak sangat,saya ada 18+1 anak,hehe,tapi semua sama dalam hati cik dod tau,sayang sangat pada semua.tengok cerita ni buat saya tambah rindu pada mereka.rindu juga pada anak2 kawan saya..rasa nak jaga sorang kat kuantan ni,bagi x rasa2nya?=p



Monday, March 14, 2011

Perintah berkurung.

assalamualaikum.

*semalam orang kesayangan telefon
dibawah perbualan kami

mak : dah sihat belum ni?
aku : dah2,dah bole makan banyak2,hehe
mak : ada duit x?
aku : ada2 (dalam hati...huhuhuhu)
mak : betul ke ni?ada duit nak makan x?
aku : ada,betul2 ni..mak jgn risau ok,perut asyik penuh je ni,hehe
mak :jadi mak ni mmg risau je kalau fikir anak2nya,lagi2 jauh kat sana tu,taulah ko nanti rasanya bila jadi mak..kalau ada apa2 cakap,xde duit ke,jgn diam2 je...lagi satu,batuk tu nape tak baik2?ada madu?(feveret ubat yg mak aku paling suka sarankan).kalau xde beli ye.
aku : mak baik..hehe
mak : bila balik rumah?
aku : bulan 4,tarikh xsure lagi
mak : ha,dah jangan nak pergi mana2,jangan nak pergi program jauh2,balik rumah pun x payah,tunggu habis sem terus baru balik..tunggu betul2 sihat nak pergi mana pun pergilah. asyik sakit je..napela dengan ko ni,degil pulak tu bila dah cakap jgn pergi nak juga pergi...badannya tu bkn larat sgt pun...duduk jela kat sana tu elok2
aku : kita kan kuat mak,sihat je ni ha(buat2 bunyi bersemangat)

tak de manusia yang boleh sayang kita mcm mak sayang kita kan?tapi sayang kita sendiri terhadap mak?
saya sayang ibu saya walaupun beliau suruh saya berkurung diam2 di sini!=) (boleh ke aku duduk diam2 je....?*thinking...)

p/s : nak sgt join mission pergi pakistan bulan 5 ni,4 minggu berkhidmat di sana tapi masalahnya masa tu tgh internship...boleh ke???huhuhu+ mak bagi ke?(soal no 2 sbb mak saya boleh dipujuk,=D)
soal no 1 : sapa nak sponsor duit tiket?(main problem)

Sunday, March 13, 2011

Apabila perut berbunyi di malam hari...

perutku berbunyi kriuk kriuk kriuk..huhu
tapi dah malam....hujan+cafe+jauh+malas tukar baju.

akhirnya ni la penyudah nya..megi telur..(ermm,kalau ada nasik putih panas2 lagi sedap...tapi malangnya sem lepas encik nyet telah berjaya menceroboh bilik kami,habis beras sedapur..huhu)..makan apa yang ada jela ek.=)
simple+sgt satisfied+fav!-
WARNING! jangan amalkan-MSG,rosakkan neuron cell(*.*)

p/s : buat blog walking-recently asyik terbaca blog orang nak kawin,sedang kawin,baru lepas majlis kawin,honeymoon,nak dapat baby...semua mau kawin ye,semangat sungguh.selamat berbahagia la ye=D

Saturday, March 12, 2011

Secret Garden*

assalamualaikum
=)
hari ni hari mood mengada ngada,=p
balik symposium biomedical kunun2 dalam hati nak buat brisk walk tapi takde maknanya ok,jadi sesi potography guna hphone kurang canggih aku adala.

serius,pertama kali jejakkan kaki kat taman sebelah mahalah maimunah(byk betul perkara pertama kali di tahun 2011 ni ye,uhuk.).pergi sini atas hasutan?? kak H,hehe(maaf ye=p).subhanallah!cantik + nyaman!,umpama taman terbiar tapi masih kekal cantik..dan agak terkejut bila tau ada padang bola dekat dengan masjid(kesian x aku..huhuhu).

pokok2 di taman terbiar...


today main model*tak bertauliah,bole?=p
rasa2 wujud x baby buluh betung ek?kenapa pokok buluh dia tumbuh berumpun mcm ni ek?
ada perasaan berada di bukit bendera kan?hehe

berbaju oren : cameragirl a.k.a 2nd model *tak bertauliah hari ni,=p
aku : zira2!cepat snap gambar org tu.
zira : pergh...layan giler duk sini
aku : tau xpe..
zira : aku nak buat cenggini juga la.mkn2,lukis2..jom2 beli buku sketch!

aku : a'ah kan,best gak kan.

best ok pot ni,banyak biawak,haha..dengan angin petang yg mcm nak hujan(dah berhari2 hujan kuantan ni,petang ni stop kejap dia).sebenarnya kepala serabut banyak perkara xbuat lagi dan byk barang yang tgh misplaced.cari berhari2 xjumpa2..hurmm.tapi buang tepi dulu,the best way nak tenangkan fikiran pandang dan hayati alam,insyaAllah hati ini kembali dgn fitrahnya.=)

p/s : hargai apapun yang berada disekeliling kita,jangan sampai xsempat kita merasai keindahannya kerana kebodohan kita sendiri,go green!(terlewat tak aku?=p)

Thursday, March 10, 2011

Unplanned Lunch


assalamualaikum=)
tajuk hari ni mmg best kan?rezeki yang datang tiba2(yeke..poket sendiri punya sponsor ok,huhu...Allah nak bagi mkn sedap hari ni kot,hehe,positive kan?walaupun ada RM6.50 je dalam tangan,haha)

Niat asal nak beli sepotong kek je,yela...sem ni baru ni ha sekali singgah tempat makan ni kot,tu perut menanges2 nak makan kek di bawah..ntah mcm mana,tiba2 terduduk kat meja siap terorder sekali,boleh?
dah lepas order baru teringat niat asal nak mkn kek je,ermmm...nak salahkan siapa?nafsu?*huhuhu...nafsuku besar hari ni kot..*sigh
drpd salahkan sapa2 baik bersyukur dapat rezeki yg best hari kan?Alhamdulillah=D(teringat pesan mak aku,kalau nak makan ni jangan nak berkira2 sangat..)tapi kalau tengah sengkek sangat cenggananya???hehe..
Lunchku....
lagi....sedap ok!=)
sama juga sedap=)
selesai...masa2 kebulur biasalah.hehe
ermmm...kurang menarik sikit la bab ni,tiba nak join kitorang makanan serangga alah ni..

nak dijadikan cerita,bila dah nama tak dirancang tu Allah la nak tentukan,jadi terimalah dgn redhanya(memang redha pun!=D,haha)
rezeki tu milik Dia,hak kita minta...tengok betapa sygnya Allah kat kita,kalau kita merengek2 kat org nak perhatian ke,mengadu ke,minta2 kat orangke,ada diorang suka?kena balik adala...paling tidak pun diorang buat bodoh je,malas nak layan..ye tak?mmg tak semua...tapi itu sifat yang semua manusia ada

tapi Allah lain,makin kita merengek2 kat Dia,mengadu2 kat dia,meminta2 kat Dia,makin Dia suka,betul x?jadi nak apa2 minta la pada yang Satu.Allah maha mendengar bukan?=)

YaAllah,murahkanlah rezeki hamba2Mu ini..
p/s : dalam meminta jangan lupa berusaha ok!
-dalam 3 tahun kat kuantan ni,1st time lunch kat kedai makan ni ok,memang rezeki kan..hehe

Wednesday, March 9, 2011

Ringtone~

hahaha...rasa nak gelak pagi2 bole?=p
sebab xde orang nak teman stay up jadi aku pun merantau la ke musolla,nampak kak wahid,kak ira dan im dah bergelimpangan di situ,aku pun apalagi terus amek pot side2 diorang....and sambung buat keje sikit tiba2....zzzzzzzzzzzzzzzz..tup2 dah pukul 5 pagi.hehe(aku biasala...xde kemananya niat stay up tu,kejap je...siang x rest langsung,mana nak tahan mata,huhu)

dan lepas subuh pun terlena seketika....
nak dijadikan cerita..dalam terlena terkejut dengar bunyi lagu "siti khadijah"...menggelabah cari hphone.cek hphone..tapi diam je pun hphone aku...???(bagi sesiapa yg xtau,ringtone i lagu siti khadijah ok,obses dgn nama sendiri,bole?haha=p),pandang sekitar...lahh...hphone org lain yg bunyi rupanya....=p
jadi kesimpulan : memang kita berbeza tapi adakalanya kita tetap serupa sebab kita sama sama manusia..dapat?=D(senang ckp bukan ko sorang yang ada nama tu,hik hik hik ;p)

pagi yang segar dan indah!have a nice day!=D

Tuesday, March 8, 2011

Kembali Segar

Aktiviti petang

Alhamdulillah,memandangkan sudah boleh kembali bernafas seperti biasa (walaupun suaraku masih seperti suara yonghwa,=p),jadi rutin petang yang tergendala seketika dijalankan semula..hehe. brisk walk di tasik bandar.nak jogging x mampu lagi,huhu...nak detoxify drug kat liver ni, tu yang kena rajin sikit,poyo x ayat?haha


mood nak menaip entry pun datang kembali,so layankan jela ek.=D
setelah duduk dekat2 3 tahun kat kuantan ni baru aku perasan, rajin orang2 kat kuantan ni bersenam,serius...setiap petang mesti penuh je tasik bandar ni dengan manusia2 sihat..semua lingkungan usia korang boleh nampak,bagus kan?teringat sms dari abg aku,berbunyi "selagi belum mati wajib jaga kesihatan tu dik"..saya jaga kesihatan ok,cuma dah sampai masa nak diberi ujian..huhu,see saya rajin buat brisk walk tau..tiap2 hari.

antara pemandangan di tasik bandar..kolam ni penuh dengan ikan,banyaaak sangaat!
teman sebilik juga teman "jalan cepat"hehe
stop jap di tempat senaman,terserempak dengan ika..tengok ika gembira bersenam bersama si comel tu,budak2 kecik pun rajin execise tau,bagus tak bagus la org kuantan ni,hehe
aku yang kembali sihat,dah beberapa hari ni dok dengar kengkawan complaint muka pucat..muka saya sudah berdarah kembali ok=p,aku pun xtau tengah senam apa ni,tapi ala yang pusing2 tu biasa ada kat taman2,alat bantu senam nak bagi pinggang ramping kot namanya,hehe,ntahla
lagi gambar di tasik
mari melintas,dah petang dah..nak pergi Baitul Husna pulak lepas ni,lama dah tak melawat adik2 tu rasanya..
sempat snap pintu gerbang UIA ni,see admin building( bangunan yang belakang tu) pun dah nak siap,dah bertukar wajah UIA K,aku pun xhabis ronda lagi bangunan2 baru tu,kesian x?=(
selesai solat maghrib,aktiviti biasa,ajar adik2 mengaji...terharu jap tadi masa tengok adik sorang ni amek wudu',masa mula2 masuk BH dulu,waktu solat pun xtahu...bila nampak adik sorang ni amek wudu' dengan tertib...rasa rasa rasa mcm2 dalam hati (semua rasa2 yang bahagia ok)boleh?huhu

lepas solat isyak,teman adik2 ni buat kerja sekolah kejap then pulang semula ke UIA,time aku plak siapkan kerja sekolah...jom,sapa nak teman aku stay up?=D

p/s :(terfikir2 jadual hidup bila sudah berkerja dan beranak nanti..sempat@larat tak nak ngadap anak buat kerja sekolah..?kadang2 takut nak fikir masa depan tapi kena jugak fikir..ermm)

Tungku

wah,lama x meninggalkan jejak disini walaupun selalu singgah rumah sendiri.hehe.internet slow punya pasal la ni..huhu(yela...ke ada penyakit mim alif lam sin bak kata siti najihah=p).

alhamdulillah,nikmat sihat datang kembali setelah diberi rehat..(gara2 minum air sungai congkak)pengajaran,JANGAN MINUM AIR SUNGAI even org cakap dah bersih ke dah tapis ke yang penting JANGAN MINUM ok lagi2 bagi mereka2 yang ada system biology skema mcm aku.

kembali kepada gambar diatas,comel macam bantal kan?tapi hakikatnya,itu bukan bantal.xtaulah kalau aku yang baru tau ke biasala aku ni pesen ketinggalan zaman sikit,huhu

dari pengetahuan aku tungku tradisional biasanya diperbuat dari batu sungai.nak guna kena panaskan atas api lepas tu balut dengan daun2 herba sikit balut dengan kain baru tuam2 kat badan.tapi tungku zaman moden ni nak guna senang sangat,hanya perlu cas 10minit mcm cas hphone tu lepas tu terus guna.mudah kan?=).yang lagi best sapa2 boleh guna.kalau dulu aku ingat tungku ni hanya utk mak2 orang je.belum jadi mak orang x elok guna(yeka?)tapi madam aku cakap bole je sbnrnya,kesahihannya aku belum kaji,so x berani cuba lagi.hihi
tapi antara kebaikan bertungku dapat melancarkan peredaran darah.bila panas blood vessel kita ni mengembang la kan.lancar la sikit blood flow tu.

ermm...dalam pertimbangan nak jadikan harta atau tidak gambar diatas...menarik memandangkan status kesihatan yang cepat sangat letih sekarang.huhu

p/s :rindu adik2 LAKEP saya. kiah,dayah,lina,hassyati,mirul,amir,lah dan fathi.
moga kalian diberi kekuatan dalam berjuang
dalam meminta diberi kemudahan jangan lupa diminta diberi kekuatan dalam menghadapi ujian2 hidup=)