Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Sunday, December 25, 2011

Apa yang dah terjadi~

Assalamualaikum

exam mood.


ini saki baki hidup saya di sini, saya mahu nikmatinya dan menghabiskan sisa saya di sini tanpa rasa menyesal. (fokus pada exam dan project)

Alhamdulillah,abah saya dah keluar wad petang tadi dan kemungkinan besar beliau akan masuk semula ke wad. Allah sebaik2 tempat meminta dan berlindung. Moga Abah di beri kesihatan dan kekuatan menghadapi dugaan dari Nya.

Memang, hanya Allah yang tahu betapa saya ingin pulang tapi saya tak boleh. saya mahu percaya pada keluarga saya dan saya juga mahu mereka mempercayai saya.

saya akan berusaha sebaiknya insyAllah.

oh ya lupa nak update, abang dan kakak saya dah selamat mendirikan rumahtangga. bermakna mereka2 yang paling rapat dalam hidup saya sudah berkeluarga. iya, saya rasa gembira bagi pihak mereka sebab mereka dah temui pasangan hidup masing2. daan semestinya di sebalik kegembiraan itu saya terasa sedikit(?) kehilangan. ada sedikit cerita disini, 3 kali sepanjang hidup saya, saya menangis di majlis perkahwinan.

1. di majlis pernikahan kak milah (1997)
2. di majlis pernikahan abg fikri (2011)
3. di majlis pernikahan leha (2011)

mungkin ada yang pelik bila adik sendiri menangis di majlis pernikahan adik beradik sendiri mcm bf/ gf yang kawin dengan org lain pulak, ye tak?

sebenarnya aku pun tak pasti kenapa aku menangis...mungkin tu tanda betapa akrabnya kami, dan selepas sahnya ikatan masing2 bermakna masing2 sudah melangkan ke satu tahap yang lebih mencabar dari sebelumnya, punya tanggungjawab yang lebih besar..dari satu segi, mungkin saya juga merasakan pertambahan tanggungjawab tersebut,buat hati jadi sebak...

yang pasti, cukuplah 3 kali itu sahaja aku menangis di majlis org lain. andai aku menangis lagi waktu majlis pernikahan biarlah waktu itu di makjlis pernikahan aku sendiri. tangisan yang positif

p/s : pernah tak rasa sedih dan gembira pada masa yang sama? dan air mata itulah hasilnya.

No comments:

Post a Comment