Ibnul Qayyim pernah berkata, empat perkara yg menghalang turunnya rezeki ialah:
- tidur di waktu pagi
- sedikit solat
- bermalas malas
- berkhianat
*huhuhu....geleng kepala...
hari ini aku tewas! hampir jam 3 pagi tadi baru terlena gara gara nafsu drama korea. dan itu dijadikan alasan untuk tidur semula seusai solat subuh...lemahnya aku~
Cubaan menghalang aku dari tidur semula dilakukan dengan pagi2 menghantar gambar lontong seksyen 14,PJ. bikin aku terliur(serius sedap kuah kacang dia!! teransang parotid, submandibular dan sublingual gland aku ok!) tapi bantal n tilam lagi sedap di kala tak cukup tidur dan badan lesu.huhu..diikuti dengan beberapa siri panggilan telefon yang dijawab dlm keadaan separa sedar dengan nada2 "aku mahu tidur semula". akhirnya tersedar bila jam hampir di angka 9 A.M. sabau jela
Ingatlah dodi sesungguhnya orang orang soleh amat membenci perbuatan tidur di awal pagi....
(aku :uhuk,uhuk.....................................................)
p/s : aku akan berjaya dihari hari mendatang!
No comments:
Post a Comment