Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan
Dikau membuat hidupku ceria
dengan senyummu ku memuja kebesaran
tuhan yg Maha Esa
bahgia kurasa tika bersamamu
tiada yg dapat digambarkan
menbawa sinar baru
janjimu kepadaku
sentiasa disisi ku selalu
menempuhi segalanya namun kini
kau tiada lagi
mungkin kita kan bertemu
takdir penentu
namun kan kuteruskan hidup ini
kan kubuktikan segala cita dan janji
suatu hari nanti
sukar utk kutemui lagi
insan mulia yg sejati
suka dan duka bersama kita lalui
namunku kan teruskan cita2/janji kita
walau kau tiada di sisi ku lg
menempuhi segalanya
kan ku teruskan jua
mungkin kita kan bertemu
takdir penentu
october 2008
UM road
6 pm
DULU...
aku : knp mak bg nama khodijah kat kita ye? kan banyak lagi nama lain.
mak : tanyala abah, dia yang bagi nama tu.
aku : (dalam hati : ermmm....mcm xsesuai je nama ni dgn aku, mcm x best2 je...huhu.x puas hati)
tanya pd abah pulak la..
aku : knp abah bg nama khodijah kat kita ye?
abah : kan bagus nama tu...nama isteri nabi. boleh jadi solehah mcm isteri nabi..(sambil tersenyum)
aku : tapi kita tak baik pun...
abah : (senyum lagi)...sebab tu abah bg nama tu
aku : tak faham...
di sekolah
kawan2 : nak panggil khodijah boleh?
aku : xtak2!...aku mcm hipokrit je kalau korang panggil aku mcm tu
SEKARANG...
Allah maha mengetahui. stuktur otak yg tak matang akan susah terima informasi2 yg berat. sebab tu kita disuruh mengajar anak sesuai dengan perkembangan usianya. waktu kecil lain, naik kanak2 berubah caranya sikit, pra remaja, remaja, lewat remaja, hatta dewasa sekalipun ada cara yg berbeza dlm mendekati anak2...hebatkan Islam?
Besar impak nama pd peribadi seseorang kan.setuju?
sekarang, cukup berbangga dengan nama yg diberi..tapi..
mampukah aku mencontohi akhlak peribadi saidatina khadijah...
persoalan yg sentiasa berlegar2 di benakku semenjak dua ni..
pandangan dari tingkap bilik..dulu kosong je,sekarang dah ada masjid,maksudnya???hanya Tuhan yg tahu.
sayup memandang binaan masjid yg sedang dalam pembinaan sambil lagu "Mahligai Kebahgiaan by brothers" berkumandang menjadi lagu latar di pagi hari.
"walaupun usia kita masih muda..
janganlah kita hanyut dalam arus dunia
kerana ajal, tiada mengenal tua atau muda
umur dan usia
jikalau kita dipanjangkan usia janganlah ingkar lalai
atau leka.
bersyukurlah kita diatas segala
nikmatnya yg tidak terkira"
Alhamdulillah...
p/s : sempatkah aku nak tunaikan impian kecil ku yg besar..
aiseh...lagu permata hati pula...
SubhanAllah..
hati aku terus memuji kekuasaan Ilahi seusai mendengar lecture dari Dr. Nazar.
nak tau fact apa yg buat aku kagum sgt tu???(terus terang aku cakap aku mmg kadang2 kurang ambil tau pasal organ transplantation ni. Tapi dah nama pun bdk biomedic, nak tak nak akan tau jugak sbb kena belajar kan?hehe)
Plus baru2 ni nefrologist ada suggest kat ayah aku untuk buat kidney transplant sbb dah teruk sgt condition kidney beliau. tapi, ayah aku kan...mestilah dia xnak
aku : abah ambik buah pinggang kita 1 nak?ganti yg abah punya?
abah : tak payah2...simpan je buah pinggang tu,ko muda lg...abah ni dah tua, xlama dah pun..insyaAllah tahan lg..
aku :............(no words)
Masa tu ada niat nak cari info pasal tranplantation ni tapi asyik x sempat2 je,alhamdulillah Allah maha mendengar. Dia tunaikan hajat aku waktu dlm kelas,=)
Fact yg aku baru tau pasal organ tranplant ni :
1. organ transplant boleh diletakkan bukan pd tempat asal organ. contoh,sepatutnya lokasi asal buah pinggang di kedua belah pinggang kan, tapi untuk organ derma yg baru x perlu pun letak di lokasi tersebut. boleh letak kat bawah perut ke kat bawah hati ke,it doesn't matter n no need to remove the old one. sbb tu baby boleh terima organ org dewasa. boleh letak kat mana2 space dlm badan
2. actually, we just need 1/2 of a kidney to process our circulation. means, even we have only one kidney, and half of that kidney was impair, we can live healthy if another half of that kidney still functioning well. dapat x kat sini?bygkan kita ada 2 kidney, setiap kidney tu bahagi 2, so ada 4 bahagian la kan? 1/4 bahagian tu sudah cukup nak tampung penapisan seluruh system badan kita. subhanAllah...betapa indahnya ciptaan Allah.telitinya ciptaan Dia, sebab tu manusia mmg memerlukan antara satu sama lain...ini semua pinjaman kan.
3.hati pulak..pasal ni dah lama tau cuma meh kita kongsi ye. a lobe of the liver cukup untuk menggantikan fungsi keseluruhan liver pd manusia. dan yg menariknya, lobe of the liver yg didermakan tu akan tumbuh membesar seiring dengan pembesaran si penerima organ. Hati yg didermakan tu seolah2nya hidup untuk sesuaikan diri dgn bdn baru.(knp guna a lobe of instead of a part of?sbb dah kena tegur dgn dr. waktu dlm kelas "bukan a part... a lobe ..")
menarik kan?Maha suci Allah...Jadi bersangka baiklah terhadap pencipta kita,Dia lah pemilik segala pengetahuan..
terfikir2 kenapa kadang2 kita2 menganggap sesuatu yg susah jalannya tu sebagai halangan,knp x anggap itu sebagai cabaran yg harus di tempuhi?bukan mudah nak dapatkan sesuatu yg manis tu kan...ingatlah, Allah maha kuasa, dia mampu nak tunaikan hajat kita bila2 masa je. Lambat dikabulkan mungkin Dia nak uji sejauh mana kebergantungan kita padaNya.. hanya yg benar yakin layak mendapatkannya kan.. Wallahualam
hari ni rasa mcm Allah kabulkan hajat aku,alhamdulillah...moga hati ini berterusan berharap dan berserah padaNya..(tambahan semata2...xde kena mengena dgn sesiapa yg hidup atau meninggal dunia)
*senang melihat pemandangan lelaki mendukung baby.(hangeng,chuae!)hee...tu je. (sekadar gambar hiasan)Alhamdulillah...
18 october 2010
bermaksud lg 12 hari menanti...(faham2 la dalam keadaan aku sekarang ye,zaman2 peralihan ni memang banyak dugaan,jadi duhai hati yg dipinjam dari Ilahi,ingatlah siapa pemilik sejati engkau ye...
hati dodi ans : baik...insyaAllah cuba dikawal diri
pertamanya nak minta maaf kpd siapa2 yg singgah atau melawat blog terutama yg ada niat mencari input yg bagus disini..maaf andai tak dapat tunaikan hajat itu (Allah yg tunaikan semua hajat,ini in term of "ayat manusia").sebab tujuan menulis disini pun kerana
satunya : ingin mencuba
duanya : berkongsi cerita suka duka di alam maya
tiganya : merasakan perlu adanya 1 ruang untuk mengekpressi diri
ok?dah faham ye semua...kalau tiba2 nampak ada post yang agak baik tu..anggapla rezeki anda ye(^.^)v
nampak tak gambar seorang lelaki memegang anak kat atas tu?
hange!!!
hati dodi : sila jangan melampau ye dodi...
dodi ans : baik....huhuhu
walau di mana pun aku berada,dgn siapa aku berkawan,aku tetap aku.aku mmg begini..jadi,shbt2ku...harap boleh terima aku seadanya.=)(apa yg aku merepek ni..)
berkenaan gambar di atas..
nak tau mcm mana aku "berkenalan" dgn dia?hehe
1st time tengok variety show super junior (suju) (previously, he is one of the suju's member)ni masa zaman kat matrix dulu,tapi aku x berapa minat sebab suju ni mcm agak kebudak-budakan sikit. agak kurang maskulin..haha.aku lg prefer DBSK.lagi cool...haha. sekarang dah lain, umur hangen ni pun dah masuk 26.so, org tua2 cakap, makin tua makin berisi kan?hahaha..from my view la...x semestinya kan.dunia....kan mcm2..hehe
Tapi semenjak aku buat keputusan penting dlm hidup aku, aku dah agak jauh dgn dunia maya aku ni.Ingin menjadi seorg yg lebih baik niat aku....alhamdulillah sampai sekarang aku masih cuba meneruskan niat tu. Allah Maha Penyayang kan =)
cuma semenjak2 dua menjak ni aku merasakan perlu untuk kenal balik siapa diri aku. Banyak perkara yg terjadi.mmg banyak...tapi mestilah tak setanding langsung kalau nak dibandingkan dgn yg terjadi pada saudara kita di palestine sana (moga Allah sentiasa memberi kekuatan dan perlindungan kpd mereka,kemenangan Islam itu pasti). Allah itu Maha adil...diuji hamba2nya sesuai dengan kemampuan masing2.
aku mula kembali mencari hobi2 lama aku, buat balik perkara yg aku suka buat (Credit to teha sbb sudi layan aku..hehe). Dan ada sedikit kelegaan di situ sbb aku masih mcm dulu...masih selesa dengan diri aku yg lama,dan...diri aku yg baru
la td kan cakap dah aku masih aku..
dodi ans : ye tak ye jugak ye..hehe
tapi kan niat asal ckp nak berubah jd lebih baik,tapi kalau sama je...apa pekdahnya cakap nak berubah?
nah,jawab ko dodi soalan yg fikiran ko lontarkan tu.
hati dodi jawab: Just follow me as long as Allah still there.=)
Jadi,pastikan Allah di hati,secara sendiri nya taraf diri pasti menjadi lebih tinggi,kena faham berubah mcm mana yg kita mahukan,baru hati rasa aman( bercakap mudah, tapi nila yg paling susah nak lakukan..moga2 Allah sentiasa bersama kita)
hakikatnya, aku masih dodi,yang suka baca komik,suka tengok anime,layan k-pop and Kbs, japan series dan etc.......
owh,lupa nak kenalkan...itulah hangeng aka hankyung. Aku bukan mengidolakan dia dlm hidup aku atau mengagungkan2 dia dalam hidup aku. Cuma bila follow hidup dia...betapa terserlahnya kasih sayang Allah pd setiap hamba2nya hatta pada hambanya yg kafir sekalipun. (Semestinya nak lihat contoh terbaik lihat pd Rasulullah, contoh ini dibuat sbb ianya contoh dlm realiti zaman kita....don't get me wrong ya)
Jelas yg ayat2 dlm kitab kesayangn kita Al Quran memang hakikatnya untuk panduan manusia sejagat. Janji2 dlm Al Quran tu pasti. "selepas kesusahan pastinya datang kesenangan" siap ulang lagi supaya tambahkan keyakinkan kita lg.SubhanAllah. Tapi syaratnya 1, jangan putus asa atau putus harapan. di bibir atau di hujung jari mudah bukan?pelaksanaan nya....perlukan jiwa2 yg kental
.Kalau orang kafir sendiri boleh aplikasikan konsep ni,kita yg sememangnya sedia maklum akan jalan hidup kita sbagai muslim ni bagaimana?jawablah sendiri...aku pun masih mencari2 lg..
sekadar gambar hiasan (sorry....it just me yg suka dgn chinese or korean look, but perkara yg buat hangeng ni special, character dan attitude dia sendiri...)p/s : rupa ni umpama topeng...yg paling penting siapa di sebalik topeng tu.owh my crush!=p
Sultan Muhammad Al fatehsiapa yg x kenal baginda? penakluk kota konstantinopel, kota kebanggaan kerajaan ROM..
nak aku story pasal baginda ke?lain kali la ye..ni pun saja2 mengisi ruang blog
menghabiskan baca kisah hidup baginda sekurang2nya menaikkan sedikit semangat aku balik..
dodi!
perjuangan anda belum selesai...bertahanla ye!
be positive ye!!!
" sedang2 berjalan di satu jalan tiba2 kaki termasuk dalam satu lubang, ok,boleh dimaafkan sebab xperasan lubang tu. esok harinya jalan2 lg di jalan yang sama dan tiba2 kaki termasuk lagi ke dalam lubang yang sama"
rasa2nya lah,apa yang x kena dengan org yg kakinya termasuk lubang untuk kali yg ke 2 tu ye?
untuk kebiasaan orang yg normal,mesti dia akan ambil langkah berjaga2 bila berjalan supaya
takkan termasuk lagi ke dalam lubang yg sama.
tapi...walaupun dah ambil langkah berjaga2,tetap termasuk juga lubang yg sama, itu
maksudnya apa?
itu salah siapa ye?dirinya sendiri?tuan punya jalan?atau dah memang ketetapan dia akan masuk lubang tu untuk kali yg kedua?
manusia2...jgn mudah2 menyalahkan takdir, "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum
melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya"
mahukan yang terbaik,usaha pun perlulah yg terbaik baru bertawakal setelah berusaha...itu kesungguhan namanya
tapi saya sekarang.......
saya sedang sedih dengan diri sendiri,
makin kecewa dengan diri sendiri,
makin lama saya makin lemah,
makin keliru,
makin kecewa dengan manusia2 sekeliling,
makin jauh dari semua,
makin disisihkan,
saya tau,diri saya yg perlu tolong diri sendiri untuk berubah.
tapi...
saya perlukan hati saya semula
saya perlukan semangat2 yang pernah hadir dalam hidup saya
saya sangat2 perlukan kekuatan dari Dia yg Satu..
"Bila engkau memandang segalanya dari tuhanmu
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hatimu....
akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja
mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang Dia mahu
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah
yang selalunya lebih lunak dan mudah
untuk dekat dan akrab denganNYA..."
by : Siti Khodijah Hamzah
lelaki idaman sy adalah seorg lelaki yg berimanyang hatinya disalut rasa takwa kpd Allahyang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islamyang sentiasa haus dengan ilmu,yang sentiasa dahaga akan pahalayang solatnya adalah maruah dirinyayang tidak pernah takut untuk berkata benaryang tidak pernah gentar untuk melawan nafsuyang sentiasa bersama kump org2 yg berjuang d jalan Allahlelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanyayang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinyayang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinyayang sentiasa berbuat kebajikan krn sifatnya yg penyayangyang mempunyai ramai kawan dan tidak punya musuh yg bersifat jembalanglelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunyayang sentiasa berbakti kpd kedua org tuanya dan keluarganyayang bakal menjaga kerukunan rumahtanggayang akan mendidik isteri dan anak2 mendalami Islamyang mengamalkan hidup penuh kesederhanaankerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhiratlelaki idaman saya adalah sentiasa bersedia menjadi imamyang hidup di bawah naungan Al Quran dan mencontohi Rasulullahyang boleh diajak berbincang dan berbicarayang menjaga matanya dari berbelanjayang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnyalelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masamatanya kelesuan kerana penat membacasuaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikirtidurnya lena dengan cahaya keimananbangunnya subuh penuh kecergasankerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematanganlelaki idaman saya sentiasa mengingati matiyang baginya hidup di dunia adalah ladang akhiratyang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijagaagar berputik tunas yg bakal menjadi baka yg baikmeneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudianlelaki idaman saya adalah lelaki yg tidak terpesona dengan buaian duniakerana dia mengimpikan syurgadisitulah rumah idamannyadan dia ingin membawa saya bersamadialah lelaki idaman sayap/s : adakah dia untukku?sebelum fikirkan ada atau tidak lelaki mcm ni di dunia ni, fikirkan layakkah kita mendapat lelaki sebaik ini.
pesanan untuk diriku,adik2ku,kakak2ku,anak2ku,shabat2ku...
insan2 sekaumku...tinggikan standard pilihan kita supaya kita lebih gigih berusaha memperbaiki diri hingga mencapai taraf yg diinginkan.
"try shooting the moon, if u didn't get it,u will be among the star"
by : kasihmu amanahku
25 Syawal 1431H
1st time missed mass lecture EAP hari ni...kenapa?lepas subuh x sedar diri,tup2 dah 9.30..huhu..walaupun mmg ada niat nak ponteng malam td tapi tetap berharapan akan ke kelas(syaitan dah menang,huhuhu)...menyesal?memang menyesal..sebab aku bukan orang yg suka2 akan ponteng..kasi buruk sejarah hidup je..
Tapi, setiap aturan Allah ada hikmahnya kan,menyesal tu bagus tapi kalau over jd negatif pulak, so dodi think positive ok! berlambak lagi kerja sekolah ko kena siapkan ni
dodi ans : ye!!!
YaAllah,kuatkanlah semangatku menempuh hari2 mendatang,walau aku x pasti apa yg bakal ada di hadapan, moga hidayahMu sentiasa mengiringiku...
moga hari2 esok lebih baik dari hari ni...
Siti Khodijah bt. Hamzah!be positive ye!
by : insan lemah