Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Thursday, September 30, 2010

Rindu Seorang sahabat..

21 Syawal 1431H
ok,hari ni aku rehat jap drpd berpuasa,pelik kan?puasa berturut2 dlm bulan ramadhan xla rasa sepenat puasa dlm bulan2 biasa ni...honestly,aku mmg kurang masalah kepenatan yg amat bila puasa dlm ramadhan,tapi bila bulan lain....adoi...rasa macam diserap tenaga,siapa ntah yg serap..huhu
mungkin itu barakah yg ada dlm bulan ramadhan...=).Wallahulam,Allah maha mengetahui(mintak2 sempat la habiskan puasa dalam syawal ni)

best kan tajuk entri ni?hehe...aku suka,entri ni aku tujukan khas untuk my best buddy during high school,KHAIROM MAWADDAH BINTI BAHAROM.Nama pendek karom,walaupun dia tua sikit dari aku,tp aku panggil dia nama je,kenapa tak panggil kakak?xkuasa aku...haha,sori karom.=p

kitorang kenal since 2004. Masa tu kami sama2 baru pindah sekolah baru SAMTSSAAS,BT38..aku antara student yg paling awal pindah.Sekolah tu pulak amalkan system assobiyah sikit dikalangan pelajar lama n baru(biasala sekolah asrama,mana2 asrama pun lebih kurang sama je kan).Akulah mangsanya..budak baru kan,dahla nama pelik,muka kerek (yela,baru lepas conflict rumahtangga kat rumah,takkan nak tunjuk muka happy,i'm not hypocrite ok).So,jadilah aku pendatang baru yg kera sumbang.huhu...yang nak kawan dengan aku pun bdk2 lower n upper six (form 6) ex senior aku kat sekolah lama,tu pun semuanya lelaki..lagila aku dipandang laser...yela,kan sekolah agama..tak baik rapat2 dengan lelaki ni..(hello...kawan je kot,diorang over aku blah la,yg korang (refer kat kakak2 senior lama) nak pandang serong kenapa?(=p)tak main la feeling2 time kanak2 ni,apa barang..,haha,kan aku cakap aku kerek,masa sekolah dulu mmg aku sgt jual mahal...tu ada yg bengang tu..hehe)

eh,nak cerita pasal karom,melalut la pulak cerita pasal aku.hehe..beberapa bulan lepas tu,ramaila student baru masuk,antaranya karom n tiqa(tua gak dari aku,tapi aku belasah je panggil nama). Alhamdulillah,episod hidup berseorangan aku berakhir...biasanya,kami bertiga bersama2 ke mana2...ke musolla,prep,DM, n etc...cuma ke kelas xla,aku mmg agak masalah nak pergi kelas awal,bukan sbb bangun lambat..sbb study dulu b4 g kelas,(eleh,yela ko dodi..=p,ahahaha).bukan apa,malas nak g kelas awal sbb bila datang awal,nnt classmate bising je dengan gosip mcm2,malas nak join,kan aku kera sumbang..huhu

yg paling aku suka pasal karom ni,dia ni x pernah nak cari pasal ke cari gaduh,relax n cool...tu la aku senang berkawan dgn dia,(cuma kadang2 dia ni skema sgt...haha,takut nak langgar peraturan,budak baik kan..hehe).Baiknya perangai dia mcm tu,terkawal la sikit aku dari buat menda ntah apa2(aku suka buat perangai ntah apa2 sikit masa kat sekolah lama)...dah kawan dgn budak baik,kita pun terpengaruh la sedikit byk dgn perangai dia kan..=),Alhamdulillah.Syukran karom!

Pernah satu ketika aku ada selisih faham dgn tiqa,(Tiqa ni orang melaka,well known kan kebanyakan org melaka ni mulut xde penapis,tapi x semua..hehe),walaupun aku tau dia xde niat apa2 pun,tapi aku kan sentisip...mudah terguris..(aish....,hello..perempuan ok),terasa sgt2 dgn statement dia pada aku. lg satu aku tak biasa lg dengan kata2 mcm tu. aku bila dah terasa malas nak cakap byk,aku buat keje sendiri je. Karom nila antara manusia yg bersabar je dgn aku. Dia la yg jd agent pendamai antara
kami.1 ogos,masa friendship day,Karom bagi aku surat diatas(ada lagu feveret aku kat surat tu=),aku simpan lg tau karom surat ni,6 tahun sudah..hehe).dia xsuruh pun aku berdamai,tapi dia selalu wujudkan perbualan yg melibatkan kami ber3,nak xnak kena involve la kan..hehe.kami pun berdamai...maaf2 selesai masalah. Lepas dari hari tu,aku dah xde masalah dgn org2 bermulut laser ni,lantak korang la nak cakap apa..malas aku peduli.(aku pun kadang2 out spoken juga)huhu

"sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara"(lupa ayat berapa.huhu).
to karom,sebagai saudara baik saya,saya mendoakan anda sentiasa berada dalam rahmat Allah,dilindungi dari segala bencana, diberi kemudahan dalam setiap perkara dan juga diberi kejayaan di dunia dan akhirat...sayang dan rindu sgt kat kamu=)
Rajin2 la tulis blog,bole kita update cerita dia di sana,hehe...balik malaysia nnt,pastikan jumpa kita ye...balik dulu tu x jumpa langsung pun..(karom,jgn geli gelaman ye baca=p)

P/S :Bila la aku berpeluang nak menjejakkan kaki ke bumi anbiya' mcm karom ni..

By : hati seorang sahabat.







Tuesday, September 28, 2010

Belajar, Diajar dan Mengajar

Bismilahirahmanirrahim..
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yg menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan tuhanmulah yg maha Mulia. Yang mengajarkan (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yg tidak diketahuinya.." (Al-'Alaq : 1-5)

Ayat diatas adalah wahyu pertama yg diturunkan kpd semulia2 manusia Nabi Muhammmad S.A.W.ayat tersebut sangat berkait rapat dengan ilmu..setuju?bagus...hehe.(bunyi skema la kata2 aku ni..huhu).

19 Syawal 1431H bersamaan 28 Septembar 2010M.Pening aku tengok telatah sekumpulan manusia yg menggelar diri mereka pelajar di UIA ni...haish,nak kata x bagi tazkirah, tiap2 pagi rasanya ada tazkirah sebelum start kelas...tapi jd mcm ni juga.
(hati dodi yg jahat ckp: tula,datang kelas lambat hari2 mcm mana nak dgr tazkirah,patutlah cakap pun x guna otak..)mcm ni la hati aku mengutuk perilaku manusia td..
(hati dodi yg baik ckp:astagfirullahalazim...dodi ingat!ko tu pun sama je ok,jgn beria ckp org nnt 1 day ko yg mcm tu..huhu..mereka tu xtau agaknya,tggjwb ko yg kena ingatkan..kasi berani sikit ok)
dodi ans : baik.....

Apa yg berlaku sebenarnya di kelas td?xperlu aku cerita detail kot,cukup aku gambarkan yg aku tersangatlah kesal dengan perbuatan segelintir manusia...mcm kurang diajar.
Nak tanya la,dlm diri semua kan,apa asas utama yg perlu ada pd seorang manusia yg berani gelar diri dia pelajar?...mungkin pandangan semua org berlainan tapi aku yakin kalau anda berani gelar diri anda muslim,asas utama kita tak jauh berbeza.
Dan ingat sekarang ni kita adalah pelajar UNIVERSITY bukan lagi pelajar SEKOLAH, dah takde adegan suap menyuap ilmu ni,nak faham dan hadam ilmu,USAHA lebih sendiri ok..dah nama pun MAHASISWA

Asas utama yg perlu ada(bagi diri aku)
1. Belajar kerana Allah
2. HORMATI GURU kita
3.
4....

Perkara seterusnya boleh agak2 sendiri sbb bagi aku dua tu yg paling utama dan paling asas. Kalau perkara asas pun x lepas,baik xpayah belajar..setuju?xsetuju sudah...memang aku emo kalau masuk bab hormat x hormat ni.Aku sendiri bkn org yg sangat beradab tapi sekurang2nya aku masih sedar diri yang aku ni masih perlu diajar..

Iya,aku tak nafikan kadang2 ada guru kita kurang pandai dlm menyampaikan sesuatu ilmu,bkn mereka xnak dan dengan sengaja buat mcm tu...rata2 yg macam tu masih baru dlm dunia pengajaran (ada juga yg dah bertitle bagai tapi kita xfaham juga mereka ajar apa kan). Nak tunggu sampai ada yg betul2 terer mengajar,x grade2 la jawabnya kawan.Syukurlah ada jugak yg sudi nak jd guru kita,nak didik kita,ingat SENANG ke jd pengajar ni.lg2 ajar budak yg dah boleh jadi mak bapak org ni?ada yg gunakan alasan "kami bayar lebih..!",hey! kalau la adab tu boleh dibeli dengan duit,hancur la dunia ni..mmg bumi sudah di akhir usia la gamaknya.Nak complaint boleh,tapi biar betul caranya...kan masing2 dah besar,umur pun dah meningkat..tapi kenapa xmatang2 lg pemikiran..(fikir2kan ye..untuk aku juga)

Kita berhak dapatkan yg terbaik kalau niat kita adalah untuk menjadi yg terbaik kerana maha TERBAIK. kalau tak...toksah mimpi la.Ada hikmahnya setiap aturan Allah untuk kita,Dia yg Maha Mengetahui. Hak yg kita kena jalankan sekarang..REDHA dan terima SEADANYA. Guru2 ni umpama ibu n bapa kita kat sini,kalau pada mereka kita x hormat,pada siapa lagi kita nak hormat...Dapat atau tidak ilmu tu bkn letaknya pada mcm mana cara mengajar tu,tapi dengan keizinan Allah."Kun fayakun....".Redha Allah itu adalah segala2nya.nak dptkan Redha Allah kena dapatkan redha guru dulu,Kalau guru dah tak redha..nauzubillah...Jangan sebab diri kita seorang,semua org dapat kesannya...fikir2kan sahabat2ku, Dalam kita belajar kita diajar dan kita berhak untuk mengajar...

p/s : menda ni dah jd baaaaaaanyak kali,xtaula puncanya apa...tu yg jd emo sikit ni..huhu(-.-")
ingat ye..sebab utama berjaya adalah atas izin Allah dan usaha diri sendiri,cara mengajar dan bagai2 tu cuma faktor2 tambahan je ok

by : insan yg sedang membaiki diri

Saturday, September 25, 2010

Emptiness

16 Syawal..
selesai sudah keje laundry.Hari ni hari yg sangat lapang...free weekend.rasa pelik..hehe.Tapi Sabtu jela yg free,esok ada program pula.

Selama ni member2 dok tegur. "ko ni x penat ke asal weekend je program,jarang nampak kat bilik.." dodi ans : =),nak buat mcm mana,dah keje aku cenggini..nnt dah beranak pinak x merasa rasa mcm ni.
itu jawapan standard aku,bunyi agak kerek kan?hahaha...aku mmg kerek sikit hakikatnya,=p
*just now baru ada sorang member datang bilik tanya aku "x g mana2 ke?mcm pelik je ujung2 minggu ni nampak ko kat bilik?"
see...haha

Hari ni Allah nak bg aku nikmat rehat agaknya,relax,tenangkan kepala otak yg penuh dgn sawang2 ni...huhu
Hakikatnya,semester ni aku mmg berusaha keras supaya dpt abaikan perkara2 yg bukan hak aku untuk fikirkan lebih2..tapi..tapi....tapi...huhuhu..it keep on bothering me..why?xtau la...makin active ke program makin x bole nak lupakan...mungkin byk sangat kenangan kot.menjerat jiwa dan rasa je..yaAllah,tingkatkanlah keSABARAN dlm diriku ini.

satu perkara yg aku realize hari ni,byk hikmahnya knp Allah selalu penuhkan ujung minggu aku dgn aktiviti..i feel so empty when i seat alone here.=(
It better to have "berkecamuk feeling" than this "empty feeling" for me.
Kenapa?
Bila rasa kosong mcm ni,rasa mcm zombi...hidup dlm x hidup..
I hate zombie!huhu

p/s : bulan n bintang still lingered on my head.Semalam puas marathon 4 movies.sampai org kat panggung tu sengih2 je tgk kami.

by : "Jauh"


Friday, September 24, 2010

Sepetang Layan Hati..


Apa yg biasa kita buat time xde keje?
aku?ermmm...............
serius,lepas paper patho td aku rasa mcm batu seberat 10 kg dialihkan dari kepala aku...plan mmg nak tido je sepanjang petang td..tapi,mengingatkan kena cari daun kelapa untuk aktiviti mlm nnt,aku gagahkan diri merempit seorang diri ke tempat favourite aku..mana?gambor sebelah ni la tempat tu...hehe,Baitul Husna


Ni tempat kami bercucuk tanam..=D,knp??xcaya?xcaya sudah...=p..setiap kali dtg sini rasa damai terus meresap dlm hati..aku x boleh nak explain kenapa,aku ingat aku je rasa mcm tu..tanya shbt usrah lain(Baitul Husna ni lokasi usrah campuran kami),rupa2nya mereka2 pun sama...so its not wierd la kan?mungkin sbb ini tempat anak2 yatim kot..kan rahmat Allah ada bersama mereka=)..sampai sana adik2 tu tgh belajar mengaji..aku pun terus ke belakang rumah cari sasaran aku

ha!ni dia,pokok kelapa!hehe...sbb nak ambik daunnya kan,kena la cari pokoknya..fadlin n ida tgh dok menenggek kat pokok ni,hehe..minat sungguh mereka2 tengok aku anyam ketupat..termasuk ust.Hilmi...sorry ustaz sbb gelakkan ustaz bila ustaz ckp xtau nak anyam mcm mana,rasa bersalah sikit..tp sikit jela..hehe


akmal,khadijah, elisya dan husna ni pun pengikut setia aku petang td,sorry semua akak xdpt nak anyam setiap sorang 1 sbb dah xsempat.nak prepare untuk jamuan raya lg..huhu
thanx to pak long sbb tlg kaitkan daun kelapa yg tinggi tu=)








ni la rupa makcik ( ngaku jela diri ni dah berzaman jd makcik,hihi) yg bersungguh2 mengajar adik2 tu anyam ketupat(walaupun xde sorang pun yg jadi buat tp xpela..janji diorg ada rasa nak belajar benda baru kan).

Kat sini (Baitul Husna) byk mengajar aku pasal parenting skill,sbb tu aku suka sgt bila buku Tarbiyatul Awlad tu dimasukkan dlm silibus usrah kami.bila lepas dpt input terus praktikkan kat adik2 kat situ.

Ingat senang ke nak jadikan seorg anak tu soleh,taat,faham bahasa...ermmm.susah weh,SUSAH!Bkn nak bg negative mind setting..cuma nak ingatkan diri yg tggungjawab mendidik dan mengasuh tu bkn calang2 tanggungjawab.WAJIB ada ilmu sesuai yg tinggi,kesabaran yg saaannggggat tinggi dan keimanan yg benar2 mantap.

Bila difikir2 kan kadang2 aku rasa takut sendiri,besar cabaran membesarkan anak zaman sekarang ni...aku pun xtau aku mampu atau tidak.Ingat lg ujung tahun lepas aku pernah menangis sbb jaga anak2 sedara aku..sungguh!aku mmg menangis sbb dah tau rasanya mcm mana ( dari baby lg kdg2 aku jaga diorg sbb kakak n abg aku keje, n waktu abg ipar aku kena warded more than 2 weeks thn lepas,aku diberi tggungjawab menjaga mereka)...lg 1 bdk2 kecik ni bila mak ayahnya ada yg xkena contoh mcm bila mak ayahnya sakit,ragam diorg lebih sikit..(naluri seorang anak) .

bayangkan,bila malam,setiap 1 jam akan terbangun..sbb apa?

pukul 12
Ahmad Adam : cik dod,ahmad nak susu
aku : ok,jap ye cik dod buat

pukul 1
Alia Athilah (yaya): wawawawwawa(tiba2 menangis)
aku : knp yaya?
yaya : yaya nak mamaa...huhu,yaya nak mama...
aku : mama jaga abah sakit kat hospital
yaya : yaya nak mama jugak!
aku : esok pg kita call mama ye,meh cik dod peluk,yaya bobok dulu ye..
yaya : xnak,nak mama...huhu,nak mama
adam : cik dod,suruhlah yaya diam..nape dia nangis je tu..(muka mamai n risau,cute sgt adam masa ni=))
aku : ye adam,cik dod cuba pujuk ok..adam tido ye..
lepas setengah jam adegan pujuk2 memujuk,akhirnya susu berjaya pujuk yaya..

pukul 3
adam : cik dod,kaki ahmad gatal...
aku : kat mana (sambil dok menggaru2 kaki kecik adam)
adam : cik dod....ahmad ingat mama abah la...abah sakit lg ye cik dod?
aku : iye,abah kat hospital lg..mama kena jaga abah,jaga Bina...kesian kat mama,sabtu ni kita lawat abah ye..ahmad tido dulu,esok pg kita call mama ye..
adam : ok....(baring semula sambil pejam mata)

pukul 4
yaya : wawawawwa...(yaya menangis lg)
mak : di,pujuklah yaya bg diam...dia bkn nak dgn mak pun,dengan ko je dia nak..
aku : iye mak,tgh nak bg diam ni..(sambil dukung yaya kulu kilir dlm rumah)
beberapa ketika lps tu yaya terlena dlm dukungan aku

pukul 5.30
adam : ahmad nak susu....
aku : jap ye..(g dapur basuh botol,hari2 biasa aku mmg penakut nak g dapur sorang2,tapi time2 critical mcm ni aku dah x terpk apa2,terpk nak buatkan susu je)
adam : bila abah nak sihat ye cik dod?
aku : nak abah sihat,ahmad kena la doakan untuk abah..ok,adam doa mcm ni,"bismilahirahmanirahim,yaAllah,sembuhkanlah penyakit abahku"
adam : "
bismilahirahmanirahim,yaAllah,sembuhkanlah penyakit abahku" (baring,tertido dgn botol susunya di mulut)

pukul 6
mak : khodijah.....bangun2,dah subuh ni..
aku : ha??dah subuh?...xsempat rasa nak tido...

bangun pagi,kemas2 bilik...mandikan adam n yaya,buat breakfast..terus kemas rumah.Lepas kemas rumah,ajar abc pulak...(mak aku mmg terer bab mengajar bdk2 kecik ni,sabar sgt...aku xmampu nak sabar mcm tu lg,sbb tu biasanya aku yg mulakan nnt mak aku yg take over,
aku? g masak la plak apalagi.)....

2 minggu lebih, ini la rutin aku hari2...penah 1 mlm jam 2 pg,baru aku perasan susu habis..dah susah hati dah masa tu,diorg nak minum susu esok pg bila bgn tidur..mana sempat nak beli,kalau nangis mcm mana,masa tu plak..purse aku kosong,habuk je ada,x withdraw lg...huhuhu,ingat yaya n adam cari mak n abahnya lg...mcm mana aku x nangis..pilu,sebak sgt...masa ni la baru tau perasaan ibu tunggal ni mcm mana...sbb itu aku ckp nak jd mak ayah ni iman kena kuat..time mcm ni akan teruji keimanan kita pd Allah..lg satu,nampak sgt kepentingan suami dlm sama2 menjaga anak2 ni..sbb tu aku berharap sgt dpt suami yg faham sebenar2nya tggjawab dia..itu hanya harapan aku,Allah yg maha terbaik dlm menentukan takdir hidup kita.

Wahai anak2...selagi mana anda bernama anak,selagi itu tggjawab anda pada ibubapa x pernah padam.mak aku selalu pesan,"anak2 perempuan mak ni bila dah kawin,taat kat suami,jg nama baik keluarga,mak x berharap sgt untuk korang balik rumah selalu,korang dah jd hak org lain.."(ni pesanan mak aku dari dari dulu lg),sedih kan bunyinya??huhu...
Lelaki pula,sila ingat yg mak itu nombornya 1,bukan 2 atau 3,isteri itu dtgnya slps mak.."Syurga itu dibawah tapak kaki ibu bkn isteri"...mmg perempuan ni suka "bengkeng",tapi tolonglah guna kecerdikan yg dibangga2kan lelaki itu untuk mengawal kebengkengan perempuan itu...jgn jadikan alasan itu utk menurut aje kehendak isteri itu atau mencari isteri lain
..kuang3 (moga aku dapat jd seorang yg memahami...)

rasa mcm panjang la plak entri kali ni,hehe...bkn apa,bila sorang2 duduk pagi2 buta mcm ni..teringat waktu2 jaga anak2 aku ni,walaupun dah setahun lbh berlalu tapi rasa lg..sekarang ahmad adam dah 6 tahun,alia athilah dah 5 tahun...dah change a lot,alhamdulillah..mudah sikit maknya nak handle..

ni la yaya..masa ni umur dia 3 tahun..raya 2thn lepas,(aku xde gambar raya thn ni..)..to yaya n adam (xlupa juga buat Bina n Safiya)moga kalian menjadi anak yg soleh dan solehah..kalian byk mengajar aku erti kesabaran...miss n love u all so much!=)

by : Acik Dodi




Thursday, September 23, 2010

Pathology

Alhamdulillah...Alhamdulillah
hari ni aku hidup lg...=)

apa yg best hari ni???exam patho...huuaaaaa..aku tak tau nak ckp apa,tu yg tulis ni..;p
ermmmm...honestly,aku mmg suka patho,suka suka dan suka...siap berimpian sambung master specific dlm pathology lg...tp tula,mcm yg aku ckp sblm ni..ada apa kalau sekadar suka...usaha tu yg lg penting kan...

tapi xpe..walaupun exam kali ni kurang memuaskan hati aku sikit,aku ku balas dendam masa final nnt...nak muntah pun muntah la masa tu menghafal segala jenis penyakit ni..hehe

"ingat,yg Allah nilai usaha kita,bukan markah kita...hal markah itu Hak dia,ingat lg dodi,Allah tu Maha Adil...jd..aja aja fighting!" ( whispered by my heart)

lg satu..tahniah buat sahabat handai yg melangsungkan majlis perkahwinan dan yg dah mengikat tali pertunangan..semoga bahagia..aku jambatan xsempurna lg kot...huhu

Da..bebelan di ptg hari..nak prepare untuk jamuan raya blok..
(minta2 la ada orang ganti aku jadi MC mlm ni..huhu)

Tuesday, September 21, 2010

Cerita Raya Sikit

selamat kembali ke sekolah....antara ucapan2 mereka2 kpd aku..huaaaa....ye!ye!nak belajar la ni...
aku pun x pasti knp sem ni semangat nak belajar kurang sikit...sikit2 down,dah naikkan balik pun senang down balik,..jumpa member lama masa raya baru2 ni,byk yg sama je situasi mcm aku...shahila la yg paling xbole blah,dia ni kawan aku dari darjah 1 lg,sekarang dah final year kat usm,bdk forensik..dia ni kalau dah study gempa bumi pun x perasan,bdk straight A dari kecik sampai besau ni pun ckp dah mls nak ngadap buku apakan lg aku yg naturally 'rajin' nih...aishhh....xbole jd betul..tp xpe...aku tak kan putus asa..go!go!go!

cerita raya...apa cerita raya??biasa2 jela...xdela meriah sgt,xdela bosan sgt...tp ada 3 perkara yg best :
1. tahun ni 1st time aku bg duit raya...hehe..suka la bdk2 kat rumah tu...kalau diorg gembira aku pun bahagia..kalau diorang buat hal aku pun buat hal la jg,hehe..tp yg bestnya,diorg ni pandai pujuk makciknya ni bila makciknya ni marah.Muhamad Aqeef Hazman, dia ni antara anak buah aku yg paling bermulut manis la(jgn la jd mat romeo bila dah besar nnt..hehe)

aman (3 thn) : cik dod ni kan baik...tapi kalau marah,garang....
aku : memangla....dah aman xnak dgr ckp cik dod...(buat muka)
aman : (datang dekat2 aku pastu dia bg hug n kiss)
aku : syg cik dod x?
aman : sayaanng saangat
aku : =D..syg man juga..muahh!(mood bahagia=))

aisehman...tengok,mcm mana nak marah lama2 kalau mcm ni,tapi dia la raja buat sepah kat rumah...abis semua nak dipunggahnya..kalau dia sorang ok lg....ni ada 6,7 org yg dekat2 sebaya..semua mcm tu..bygkan jela mcm mana rumah tu time diorg ni balik..tp xpela,dah nama pun bdk2 kan..xde diorg sunyi sepi je rumah...tu yg best kalau anak ramai tu..haha

2. tahun ni aku ada 6 pasang baju raya,hahaha....gila ah,nak buat mcm mana...ni la nasib anak last2..hehe,untung apa kan

3. setelah bertahun2 tak pulang ke johor..tahun ni akhirnya pulang beraya juga ke johor...simpang renggam,byk dah berubah....dah xde pokok getah blkg rumah...dulu siap ada kambing biri2 woo...best2...
pasal kat johor ni teringat 1 menda yg lawak gila la..anak2 buah aku yg ramai tu jangok sangat nampak kambing dan angsa..sampaikan binatang2 tu terdiam bila nampak budak2 ni jerit2...hahaha,rasa nak rakam je..tp xsempat

ermm...cerita yg sedih pulak,pasal abah aku la...biasala dah tua2 ni sakitnya mcm2,pastu payah plak nak pujuk pergi hospital..tp pujuk2 punya pujuk alhamdulillah....pergi jg akhirnya..confirm2 la kena tahan kat wad kan kalau kandungan glucose dlm darah pun xleh nak baca...dudukla 4,5 hari kat hospital tu...

kami adik beradik gilir2 jaga...abah aku ni plak satu,dia ni kalau tengah bosan kat hospital malas nak borak2,diam aje...halau g jalan2 adala..aku n epi pun dengar la cakap,hehe
jalan2 jumpa la 1 kedai aksesori ni....pusing2 dlm kedai,jumpa dgn 1 menda yg sgt cumil!
nila menda tu...comel kan?kan?kan?=D
cuba teka ni apa menda?hehe
dalam byk2 org yg aku tanya,teha je yg berjaya teka dgn betulnya..sgt practical bila kelas xda aircond.
jeng2....ni la menda tu,hehe..siapa biasa tgk cerita korea cam la menda ni apa.=))

tu jela yang aku nak mengarut kat sini..
otak asyik ngeng...cerita pun kdg2 ngeng la jg..manusia manusia....ermmm
sedikit sharing kot kat sini
  • hargai apa yg ada pd diri dan perkara di sekeliling kita,walaupun kadang2 nampak remeh.
  • berbaktilah pd mak ayah selagi mana mereka masih hidup di muka bumi ni...berbakti tu mcm2...bagus balik rumah jenguk mak ayah...tapi kan lagi bagus kalau bg 'tanda' berbakti tu sikit..sejuk je hati mak ayah kita tgk hasil bakti anak2 diorang kat rumah tu.
  • anak2 muda sekarang..silalah fahami betul2 maksud hari raya tu sendiri.....(termasuk aku)..raya tu dirai untuk apa,apa yg wajib,sunat,haram....semua tu kena amik tau....
p/s: sedikit kesal tgk segelintir manusia2 yg dah baligh dgn jayanya tp masih sambut raya dgn bunyi2 yg xsepatutnya.......

Friday, September 3, 2010

Ziarah Mahabbah Thailand-Siri 3-

29 ogos 2010
hari terakhir kami di bumi thailand..
seawal jam 7.30 pagi (8.30 pg waktu malaysia) kami sudah berkumpul di perkarangan masjid.sementara menunggu shbt2 lain...sempat kami meninjau2 keadaan kampung
aku??aku apalagi...masuk kandang kambing la,hajat dari semalam yg x kesampaian..huhu,smlm xdpt g sbb aku naik motor dgn khodeeja (student medic thai yg belajar di rusia),dan2 tu hujan lebat...kuyup la jawabnya,xdpt den nak g tgk orang perah susu kambing.

orang2 kampung semua datang masjid untuk menghantar kami pulang...terharu aku masa ni,siap pagi2 lg dah announce kat masjid kot bgtau 1 kg yg kitorang akan berangkat pulang..2 yg beramai2 datang tu..dari baby,bdk tadika,sek ren.sek men. abg kakak pakcik makcik atuk nenek..semua peringkat usia la ada..
bergambar beramai2 bersama orang2 kampung thasap.
sesi selamat tinggal....salam terakhir kami untuk makcik2,insyaAllah ada rezeki dan kesempatan kami dtg lg ya=)

antara bekalan2 yg dibekalkan kpd kami..ni baru 1 kotak,kotak yg kat bros lg...wa...manyak woo...aku dpt special sikit la...apa dia???dapat hati...hehe..alhamdulillah dpt kain batik n buah2 buahan...terima kasih mek timah n kak jah
selesai sesi selamat tinggal dgn org kampung(huhuhu...sedih...) kami meneruskan misi perjalanan kami. berjumpa dengan keluarga2 mangsa pembunuhan askar bangkok...ini antara pemandangan di sepanjang perjalanan ke pattani..
byk deretan kedai2 pakaian di sepanjang jalan,ala2 mcm jalan TAR gitu..
ni pula lbh kurang mcm masjid jamek kat jln TAR...bezanya,masjid ni besar lg la..(x sempat nak shopping apa2 kat sini..Allah mmg bantu aku untuk teruskan niat asal la...xde la sempat nak tunaikan niat menyimpang2 ni..hehe)
lokasi pertama kami,masjid kreu se(sebut kerisik je)..di masjid berlakunya peristiwa menyayat hati di mana seramai 32 saudara muslim kita terkorban...(dibunuh oleh tentera dgn menggunakan bom dan tembakan peluru)......masjid ni berusia hampir 300 tahun...skrg bhgn dlm masjid ni dah cantik..dah renovate,kerajaan thailand belanjakan hampir 13 juta baht untuk baiki kerosakan yg diorg buat tu(dah namanya kafir kan,pandai je nak tutup kejahatn yg diorg buat.....ermmmm)
sempat lagi pukul gambar(ambik gambar,jd wallpaper aku nih,huhu...rindu suasana di sana)..panas terik masa ni....walaupun puasa tapi alhamdulillah,Allah hilangkan rasa penat tu..yg ada,semangat bertambah kuat untuk berkongsi pengalaman bersama mangsa2 dan keluarga2 mangsa di pattani dan takbai.

pemandangan dalam van...tinggi giler van,aku boleh berdiri dengan jayanya tanpa bongkok2 dlm van ni,nama dia comuter kot x silap aku..huhu...1 lagi,ada 24 road blok sepanjang perjalanan ke rumah2 mangsa...aiyoyo,kasi pening kepala aku jala..lina sorang je yg selamat dari kejadian muntah2 di blkg..aku n athirah dan kosong isi perut dah..uwek2..

lokasi seterusnya...kg jambu tiga(ni madrasah anak2 muslim kita..diorg belajar agama ujung minggu,sblh madrasah ni ada tentera bangkok yg mengawal..tapi diorg ni sgt kuat semangat,teruskan memberi ilmu pada generasi2 muda ini..(aku hanya mampu...errmmmmm dan huhu..)
baju putih : mangsa tahanan penjara..baru dibebaskan bulan july lepas dgn ikat jamin 1.2 juta baht(kejam betul tentera thailand ni...)..bro ni tgh cerita pengalaman dia diseksa di penjara..siap kaki kena rantai...betul2 diorg d'buat mcm binatang..ish! destinasi seterusnya...kg gajah mati..untuk pengetahuan,kg jambu 3 dan kg gajah mati ni still red area lg..di mana kejadian tembak menembak masih lg berlaku...di kg jambu 3, rumah2 disitu dah 2 kali dikepung dlm ramadhan ini shj,dan bulan lps ada bebrapa saudara kita syahid ditembak...alhamdulillah perjalanan kami dilindungi..

di rumah ini dikumpulkan balu2 dan ibu2 kpd mangsa2...kat sini paling byk cerita sedih yg diorg sharing...setiap kali cerita berlinangan air mata diorang (aku : huhuhuhu...sebak toksah cakap la..hanya simpati x mampu nak ubah apa2,tapi dari rasa simpati yg akan menggerakkan kita untuk mengorak langkah empati..kita menangis xdpt nak ubah apa2,kat sini yg byk bg kesedaran kat aku...)..insyaAllah,misi seterusnya lebih bermakna...

baru 2 minggu lepas di tempat ini,saudara islam kita di tembak mati...(makcik2 kat situ ngoyak kat kawe)..masa ni rasa takut,seriyau ke dah xde dah...yg ada rasa benci yg amat kat tentera2 kafir bangkok tu....astagfirullahalazim..
fokus pd adik yg pakai tudung merah tu je(yg keliling2 nya abaikan je..,gambar adik tu sorang xde,huhu..)..sedih sgt cerita family dia ni...

nama : nazrin(bongsu)

ada 7 adik beradik,ayah dia ditembak tentera bangkok masa tgh dukung dia time dia baby,kejadian tu berlaku kat hospital.masa tu mak dia masuk bilik untuk tgk anak yg sakit,ayah dia tuggu diluar dok dukung dia..tentera datang terus tembak kat bhgn dada si ayah..meninggal di tempat kejadian...(argh..kejam,kejam,kejam sssggggttttt!!!!)..masa mak dia cerita..asyik berlinangana air mata,cerita sikit..laju je air yg mengalir....air mata seorg ibu...hilang seorg suami,ayah kpd anak2nya,hilang tempat bergantung hidup....skrg keje upah menoreh di kebun2 org untuk menyara anak2...(bayangkan betapa susahnya hidup mereka..kita kat sini?????fikir2kan lah sejauh mana sudah kita bersyukur..huhu)


destinasi terakhir kami,takbai...
ini mek yg jaga saudara2 mualaf kita di sana...aku berani ckp mama(panggilan beliau mama) ni wanita besi la..umur dah lanjut,tapi masih kuat semangat dlm membela saudara2 mualaf kita,suami mama ni di tembak mati dihdpn beliau di kawasan depan rumah ni..suami beliau lah ustaz yang mengislamkan saudara2 dari north thai...(sasaran2 tentera ni ialah para2 ilmuan,ustaz,dan pemuda2)

kenangan bersama saudara baru kita di takbai..serba kesusahan,sgt memerlukan bantuan....(lokasi ustaz tersebut ditembak :tempat ukasyah berdiri...p/s : beliau dah cuak?? masa ni,hehe)
..kami hanya dapat berikan beras,kurma dan bhn masakan utk kegunaan sepanjang ramadhan..x sempat nak cari sumbangan byk2,huhu....

setelah ucap slmt tinggal pd mereka,kami bergegas ke imigresen krn waktu sudah suntuk..waktu terakhir imigresen tutup adalah jam 4 thailand...alhamdulillah kami sempat sampai tepat pd waktunya.

selamat tinggal shbt2 perjuangan di sana...(syahdu je rasa waktu ni)

untuk ke seberang pengkalan kubor,kami menaiki bot (waaaa...best!)..bumi thailand kami tinggalkan dgn seribu 1 kenangan dan pengalaman...1 niat kami,insyaAllah,misi ini akan berterusan..

alhamdulillah segala2 urusan pulang selesai dgn jayanya..kami menaiki bas pulang ke kuantan pd jam 8 mlm dan selamat sampai ke bumi uia kuantan jam 4 pagi(shamisa express yg berjasa)

kesimpulan :

" wahai org2 yg beriman!jika kamu menolong (agama ) Allah,nescaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
-jgn takut untuk berjuang,janji Allah itu pasti

-ini saudara kita,tanggungjawab kita,sebahagian dari kita(harap tersedar bg yg terlena :terutama nya aku..huhu)
-yaAllah,kukuhkanlah dan istiqomahkanlah jiwa2 kami dalam mencariMu..keredhaanMu yg paling utama bg kami
-do not quit..(magic word for me by: panda..)

by : hati dari Yala