Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Wednesday, December 28, 2011

Tahukah anda?

Assalamualaikum

gediks ok waktu2 final exam ni la nak update blog. lusa paper Research Method yang menyeronokkan(??). memandangkan ianya 1 kredit jadi sedikitla dipandang enteng (salah ok!!) oleh aku. huhu

nak cerita sikit pasal trip last week aku ke NIOSH (National Institute of Occupational Safety and Health) di bangi. walaupun pergi kesana atas kapasiti pelajar bioperubatan pengkhususan kesihatan industri, perkara yang paling terkesan ketika berada di sana tidaklah berkaitan dengan ruang lingkup bidang yang aku dalami tu. tapi lebih kepada ilmu kemanusiaan itu sendiri.

waktu kami diberi penerangan tentang NIOSH, banyaklah video2 berkaitan yang ditayangkan. cuma ada satu video ni yang aku kurang pasti apa kaitannya dengan NIOSH tapi memang sangat memberi impak kepada aku, aku ambil word yang buat aku terpana sekejap tu jela ek.tahukah anda?

"children see, children do"

pastinya ramai pernah nampak word ni, aku rasa aku pun pernah ternampak kat fb kot, tapi bila word ni ditayangkan dan dimainkan sekali dengan video yang berkaitan. memang terkesan sungguh untuk aku. antara yang babak yang dipaparkan bila mak ayahnya marah2 dan meyumpah seranah, si anak melihat dan terus mengikut perbuatan ibu dan ayahnya.

masa ni terus memori aku memutarkan kembali peristiwa peristiwa hidup aku sebelum ni. betapa banyak kalinya aku mengeluh depan anak2, betapa banyak kalinya aku marah2 depan mereka, betapa banyak kalinya aku mengeluarkan kata2 yang tak sepatutnya depan mereka, betapa banyak kalinya aku memberikan contoh yang kurang baik untuk mereka lihat....adakah mereka akan meniru tingkah laku negatif aku?Nauzubillah...peringatan untuk aku sendiri dan semua. Awas, mereka memerhati..andai qudwah hasanah yang disajikan..hasanah lah hasilnya.

moga aku diberi kesempatan memperbaiki diri yang serba kekurangan ini. for them, maafkan cik dodi..cik dodi rindu kat korang semua..

mak n abah...akan aku cuba mencontohi tabahnya dan sucinya peribadi mak dan belajar menjadi penyayangnya seperti abah..

p/s : ada feeling2 aku balik rumah sekejap je ni..huhu

Sunday, December 25, 2011

Apa yang dah terjadi~

Assalamualaikum

exam mood.


ini saki baki hidup saya di sini, saya mahu nikmatinya dan menghabiskan sisa saya di sini tanpa rasa menyesal. (fokus pada exam dan project)

Alhamdulillah,abah saya dah keluar wad petang tadi dan kemungkinan besar beliau akan masuk semula ke wad. Allah sebaik2 tempat meminta dan berlindung. Moga Abah di beri kesihatan dan kekuatan menghadapi dugaan dari Nya.

Memang, hanya Allah yang tahu betapa saya ingin pulang tapi saya tak boleh. saya mahu percaya pada keluarga saya dan saya juga mahu mereka mempercayai saya.

saya akan berusaha sebaiknya insyAllah.

oh ya lupa nak update, abang dan kakak saya dah selamat mendirikan rumahtangga. bermakna mereka2 yang paling rapat dalam hidup saya sudah berkeluarga. iya, saya rasa gembira bagi pihak mereka sebab mereka dah temui pasangan hidup masing2. daan semestinya di sebalik kegembiraan itu saya terasa sedikit(?) kehilangan. ada sedikit cerita disini, 3 kali sepanjang hidup saya, saya menangis di majlis perkahwinan.

1. di majlis pernikahan kak milah (1997)
2. di majlis pernikahan abg fikri (2011)
3. di majlis pernikahan leha (2011)

mungkin ada yang pelik bila adik sendiri menangis di majlis pernikahan adik beradik sendiri mcm bf/ gf yang kawin dengan org lain pulak, ye tak?

sebenarnya aku pun tak pasti kenapa aku menangis...mungkin tu tanda betapa akrabnya kami, dan selepas sahnya ikatan masing2 bermakna masing2 sudah melangkan ke satu tahap yang lebih mencabar dari sebelumnya, punya tanggungjawab yang lebih besar..dari satu segi, mungkin saya juga merasakan pertambahan tanggungjawab tersebut,buat hati jadi sebak...

yang pasti, cukuplah 3 kali itu sahaja aku menangis di majlis org lain. andai aku menangis lagi waktu majlis pernikahan biarlah waktu itu di makjlis pernikahan aku sendiri. tangisan yang positif

p/s : pernah tak rasa sedih dan gembira pada masa yang sama? dan air mata itulah hasilnya.

Friday, December 16, 2011

Jumaat yang negatif

Assalamualaikum

hari ini hari jumaat. patutnya hari jumaat ni hari yang penuh dengan keindahan tetapi
sebaliknya pulak yang berlaku .

Cerita cerita negatif :

1. bermula dari awal pagi dah start rasa panas hati.

X : tido lepas subuh ke?
aku : tak la, baring2 je
X : yelaa tu..
aku : rasa tak sedap badan la, hidung tersumbat dengan sakit2 tulang...
X : yelaa tu...
aku : ingat aku saje ngada2 ngadu mcm tu ke???huh! lain kali tak nak cakap apa apa dah ( ok, ckp dalam hati je...nasibla ko x, kena marah dalam hati aku walaupun ko tak salah apa apa2. nak ter emo pagi pagi)

2. pagi pagi dah hujan, member overslept. jadi terpaksa tunggu sebab aku dah paksa dia g kelas jugak. tunggu punya tunggu dah 1/2 jam lewat, tapi tak leh nak marah sebab aku yang willing nak tunggu.huhu.pendam rasa.

3. sampai kelas. start dah gelong gelong kepala sebab selesema+ kena hujan, sejuk lagi...hidung tersumbat, sore throat lagi sebab malam tadi tak boleh nafas kat hidung, nafas guna mulut sampai tekak kering. ditambah lagi dengan pengisian final exam "banyak giler kena study weh!, ni 4 kredit ke apa??, rasa 3 kredit je". panas hati lagi bila ada kes report mereport sesama classmate ni, rilek la weh...bukan diorang meniru ke mencuri ke apa ke yang penting penting..bg la nasihat bukan report diam2 camtu....tak elok arr..

4. 10 mark untuk sampling and trip.dimana kedua2 aktiviti tersebut aku tidak hadir!mana boleh..aku ada emergency case la...huhuhu.banyak tu mark....kena buat surat pulak.

5. tak tahan dah dgn badan tak sedap n selesema yang mcm makin teruk. g klinik. balik bilik makan ubat terus pengsan. bangun2 2.30 ptg. ada lab pulak. kat luar tengah hujan yang boleh buat kuantan banjir~solat, redah jela hujan..belum sampai lab baju dah kuyup kuyup dah. ok fine..

6. kat lab. mula mula cam rumit giler experiment. bila dah nak faham, ada beberapa makhluk kurang best ni buat diri rasa mcm budak bodoh. ok fine, aku mmg kurang cerdik berbanding korang yang gila cerdik tuh..jadi, aku blah dulu ye...malas nak layan makhluk makhluk yang kurang adab susila ni. iye. report nanti aku contribute jugak, jgn risau ye "budak2 bijak" semua.

takat petang jumaat yang sepatutnya indah ni, tu perkara2 remeh yang buat hati panas. huhuhuhu. aku tak faham la kenapa hari ni aku macam ni. sooo not me untuk menulis begini.

ya Allah aku memohon hidayah dan cahaya dariMu..

moral of the story :

mulakan hari anda dengan positive thinking!

Wednesday, December 7, 2011

Bersinar akhirnya~

Assalamualaikum

Jika difikir2 dengan akal yang sihat
Alangkah indahnya aturanNya
indahnya segala ciptaanNya
Hingga kadangkala kita lupa kita ialah hamba
kita hanya hamba yg "bebas"

Akan tetapi, andai kecerdikkan akal itu
disertakan dengan kecerdikkan hati
keindahanNya itu akan terus membuatkan kita sedar kita milikNya

bersinar akhirnya...ternanti2 jejak yang pertama disini.

p/s : esok feeling student law! ke gombak ler kita.to cik adilah.kalau bc, calling2 ye esok=)))

Thursday, December 1, 2011

Apa yang aku fikirkan kala ini...

Assalamualaikum

selamat tahun baru semua!1433H telah memunculkan dirinya dengan membawa seribu satu misteri

ok, starting ayat tak bole blah, macam tak kena dengan tajuk pulak, ye tak?huhuhu

mari masuk cerita berkaitan tajuk...

~abah sakit, mak kurang rehat : mcm mana nak laksanakan tanggungjawab dlm keadaan aku yang mcm ni...
~majlis leha dah dekat, lebih kurang seminggu lebih je lagi : apa yang aku dah tolong????
~FYP : tak siap lagi....barang2 dah belonggok bawah katil..(yang ni jumpa solution dah)
~tanggungjawab kat gerakan : apa yang dah aku buat selama ni?????mcm tak buat apa2 pun...
~umur naik lagi satu : makin pendek masa yang aku ada.....byk lagi perkara tak settle
~impian indah=p aku : umur 23 tinggal sebulan je lagi...tak sempat dah nak kawin umur 23.(yang ni lawak.mari gelak ramai,hahahahaha). dari dulu bercita cita nak kawin umur 23, mcm sweet2 je umur tu kan?(mari gelak lagi,hahahaha)
~mahu kerja dimana nanti, senang ke susah nak dapat kerja tu??
~tiba2 rasa mcm keseorangan je hidup di perantauan....( ini aku pun tak faham knp tiba2 muncul rasa mcm ni, rasa mcm kurang kasih syg la pulak,haha)

moral of the story

ye, saya memang sedang banyak berfikir sekarang ni, ada bukan2 dan ada yang tak bukan2. owh duniawi~memanglah engkau ini membebankan, tapi dengan bebanan2 inilah kita akan dinilai dan diputuskan tempat kita di alam kekal sana.

Ya Allah, bantulah hambaMu ini.(mari amin ramai2.aaaamiiiiin~)