Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Thursday, December 30, 2010

Kem Gen Y

24-26 Disember 2010 lepas, alhamdulillah kem gen y aka tamrin jundi berjaya dilaksanakan. ni sebab aku x dapat nak join PMG pepias tahun ni. maaf sangat2..disini prioriti saya.

honestly, ni antara program yg cemerlang dan sgt lancar dlm sejarah hidup aku. adapun sikit je masalah2 kecil yg timbul.tahniah kat adik2 batch gen 5 yang berusaha laksanakan program ni. kagum memang kagum. makcik cafe (aku in charge catering bersama2 dgn ika) ni rasa lega dan puas hati.hehe

basically program ni nak kenalkan adik2 junior tentang PKPIM,budaya2 yg diterapkan, apa misi yg diperjuangkan, berorientasikan apa. jujurnya pada awalnya aku malas2 sikit nak terlibat sebab rasa tak sedap badan,mcm nak demam2 tapi fikir2 balik rasa rugi kalau x involve. lepas beberapa kali buat perbincangan modul, ok aku kena join.

xdpt nak story banyak sbb xdapat nak digambarkan dgn kata2 betapa indahnya suasana dlm program ni walaupun aku x tido kat kem (1st time prog tido kat bilik sendiri sepanjang prog, sejuk la kat hutan tu,huhu).

gambar kenangan program..

tag nama hand made. sgt menarik, boleh apply dlm program lain
sementara menunggu peserta sampai kat checkpoint aku, merenung alam ciptaan Allah...sambil merenung nasib diri yg best..
see the calit2 on their face?haa...x lepas misi tempat aku la ni.hehe
membincangkan isu semasa,menguji tahap keprihatinan peserta..checkpoint 5
dapur kami!!! breakfast for the last day. nasi goreng kampung, nyum2~
my colleague, the only one..cik ika=)
belakang : kereta BFF,berjasa tu walaupun seat beberapa kali tumpah kuah sayur..huhu

sementara menunggu peserta balik jungle tracking, kerja pembersihan dijalankan..
majlis penutup~menyanyikan lagu Hidup Biar Berjasa...

~membina khaira ummah~
dlm lagu ni,this part yg buat hati rasa bergetar
kenapa?
ini beza kita dgn org lain
kita faham yg kita mahu capai bukan sekadar menjadi seorang individu yg baik
tetapi kita mahukan ummah kita menjadi ummah yg terbaik
dari segi sosialnya,ekonominya,institusinya..
banyak lagi tugas yg menanti kita
terima kasih yg amat sangat kpd Allah kerana telah gerakkan hati2 kami untuk menjayakan program ini.
untuk semua juga terima kasih byk2 kerana memberikan hati2 semua sepanjang program ini
moga Allah sentiasa membantu memudahkan jalan dakwah kita..

p/s : habis prog terus shopping dan nonton movie...fuh memang letih, letih shopping!=)

Wednesday, December 22, 2010

Ujian & Nikmat

alhamdulillah
masih diberi peluang meneruskan pengajian utk semester baru..apa nak cerita sem lepas ye?ermm...pasal result,result yg bg aku teruk jgkla tp still lulus semua n xde C (at least capai target utk tidak memburukkan lg transcript aku dgn huruf O x sempurna tu,cukup2la dah mengumpul waktu matric dulu)...pengajaran,jgn ambik ringan carry mark ok. sbb berusaha mcm mana pun even final full mark pun xde nak dpt A kalau carry mark sikit.
dahla cik siti,rezeki namanya tu...

semestar baru ni dimulakan dengan virus2 menyerang. betullah teori yg aku pakai selama ni, keadaan emosi tu sendiri antara faktor2 utama peyebab berlakunya jangkitan. memandangkan emosi aku yg kurang stabil selama beberapa bulan ni dan faktor alam yg agak membantu menambah penyakit maka pakcik demam pun suka la menyinggah kat aku. baru seminggu bukak sem dah balik rumah semula dan ponteng kelas atas sebab kesihatan..huhu. ptg tadi baru aku pulang semula ke singgahsana aku kat indera mahkota ni. org suruhan xde, maka berlonggok2 baju tak berlipat atas katil aku ni(baju bersih ok). balik2 je terus ada short induksi utk tamrin weekend ni maka terbiar jela baju2 ni..tidur bawah la mlm ni jawabnya.

tapi kan, kalau dikira dari sudut positifnya,bagus jgk sakit2 ni,sakit tu kan ujian. setiap ujian diiringi dengan nikmat yg tersendiri (Allah maha mengetahui). Allah akan memberikan kelapangan setelah kesempitan (7 : 65). nak ayat lg? (5-6: 94). ni ayat feveret aku. nak rasa lagi best masa baca ayat ni?
meh aku share sikit tip aku lapangkan dada

masa baca ayat demi ayat dalam surah Al Insyirah ni, susuli bacaan2 tu dgn perbuatan2 ni.
ayat 1 : baca sambil kedua belah tgn letak di bahagian dada
ayat 2 : baca sambil kedua belah tgn pegang bahu perlahan2 lurut sampai bwh tgn
ayat 3 : baca sambil teruskan pergerakan lurut ke bahagian hujung kaki.(kira lurut 1 badan la)
ayat 4 : baca n tiup kat tapak tgn n sapu ke bhgn sekitar muka ( ni supaya mudah utk memberi nasihat,lagi2 utk mak bapak. biar anak2 senang dengar cakap mak ayah)
ayat 5-8 : pejamkan mata,hayati maksud ayat...Allah maha Adil.

ok,cuba jgn x cuba.memang masalah xkan selesai tapi sekurang2 nya kita akan mendapat kekuatan jika pengharapan tu diletakkan hanya padaNya.

nak sambung cerita pasal positif tadi. dlm kes aku ni. bila demam mestila kena telan 2 3 bijik ubat kan kasi reduce itu symptoms dan biasanya ubat xkanla sedap ye tak?pahit tu rasa biasa kan. maka setelah terlampau tak tahan dgn sakit kepala aku pergila aku ke klinik utk mencari ubat. klinik 1,ubat x berkesan. usaha lagi g klinik ke 2 baru ok itu pun setelah dpt injection.huhuhuhu...x pasal2 doc cakap aku kena gastric. terima jela cik siti, mmg dah gastric pun, ko pun dah belajar kalau emosi tak stabil penghasilan jus gastrin pun meningkat kan. sape suruh x lalu nak makan. mendapat sendiri la. tapi serius ek, mmg sakit ek rupanya2 kena gastric ni..sampai xleh tido malam, nak berjalan pun susah.
nila ubat ubatan yg aku kena telan,sampai bau ubat baju aku.

ujian kan rasa sakit tu? td ada sebut setiap ujian tu disusuli dgn nikmat. Allah maha berkuasa, setelah Dia bg rasa sakit, Dia bg aku rasa nikmat mknn yg aku mengidam selama ni.
douk bokk n kimchi chige!!!
kimchi chige aka kimchi soup. sedap time berasap
dokk bokk. sgt sedap! strongly recommended. mesti cuba. mkn waktu panas ok
stone bowl bibinpa with secret kochujan. sizzling sound dia boleh buat usus menari.haha
cara mkn,gaulkan semua bahan atas ni sekali dgn telur2 dia pastu mkn dgn kimchi.daebak!!
saje nak tunjuk gambar kim hyun joong tu,model baru the face shop. kunun2 mkn dgn dia la ni.=D
dlm proses menggaulkan mknn ni. lapar tiba2 kan??huhu
Terima kasih Allah.
terus dpt kot,tunggu sekejap je.selama ni dok tgk org korea mkn je...merembes je saliva aku.Alhamdulillah dpt gak rasa. mmg sedap sgt rupanya....sedapnya!!!huhu.patutla dbsk mkn bersungguh2..
awalnya kena rasa pahit slpsnya rasa sedap,terus lupa pahit ubat tu.
simple je kan konsepnya kat sini. nak sedap nak senang nak bahagia,kenala lalui rasa2 yg tak best dulu.ok dah ngantuk.mau bobok dulu...sambung lain hari cerita.

p/s :
teringat muka pakcik korea yg buat mknn ni.ermm.tiba2 rasa nak rindu org boleh?huhu