Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Monday, August 22, 2011

Late Nite Entry

Internet membuatkan ku kelihatan kurang pandai..huhu

nak upload pic pun kena tunggu orang ajo..haish...memang buta IT la aku nih..

Positive view : ada aku kisah..yg penting aku kena belajar di situ, i looove belajar ok..=p,hehe

Moga esok hari yg lebih baik buat semua!selamat malam...sebelum tido niat bangun malam ye .sama2 kita kejar precious ramadhan nih..

Saturday, August 20, 2011

Misi Bantuan Selatan Thai II

17 August 2011

kg Jamu Tiga terletak di Wilayah pattani kalau x silap( sedikit gelong waktu itu).. perjalanan hari seterusnya adalah ke Ke Kg Ayer Tempayan. terletak di hujung Wilayah Pattani
. Mmg jauh perjalanan,sampai nak terjatuh2 dari seat.huhuhu..sebelum sampai ke kg ayer Tempayan kami singgah sebentar di kg Gajah Mati di Wilayah Narathiwat. juga kali kedua buat penulis ke sini. Sempat kami agihkan sedikit barangan mentah untuk kegunaan harian. kg ni masih lagi dilabel sebagai red area. dapat informasi dari keluarga disitu berkenaan ziarah penulis yg lepas. Rupanya sejurus kami keluar dari kg terus pihak askar bergegas ke rumah kami berkumpul bertanyakan pelbagai soalan mencurigakan.

jadi kali ini hanya 4 -5 org kampung sahaja yg brkumpul,itupun hanya sebentar. Mendengarkan kisah hidup seorang ibu tua yg hidup sehelai sepinggang cukup membuatkan hati terasa berombak2. Hanya manusia yg tak normal akan melakukan kekejaman serupa itu. bayangkan ibu tua itu xde rumah,anak dan suami sudah mati ditembak...hidup merempat di tanah2 orang. Dengan tubuh kecil dan halus cukup menggambarkan kesengsaraan yg dialami...Kampung ini mmg sangat kekurangan pemuda kerana ramai pemuda dah mati ditembak dan ditahan.paling menyayat hati. Ada jenazah pemuda dihantar ke rumah dengan menggunakn tali dari helicopter. semasa ditangkap masih sihat walafiat. tetapi selepas 3 hari di tahanan yang dikembalikan hanyalah jasad sejuk penuh kesan luka.........

setelah bertanya tentang kedudukan kg kpd masyarakat sekitar (kg ni terletak jauh di pedalaman,berdekatan kaki bukit) akhirnya kali sampai juga. disini seramai 10 orang mati ditembak,12 orang cedera sewaktu kejadian pada tahun 2009. mendengarkan pengalaman mangsa yg masih hidup semasa kejadian cukup menggambarkankan betapa ngerinya keadaan waktu itu,peluru bersimpang siur di dalam masjid. mangsa2 ditembak waktu sedang rakaat kedua solat isyak...cukup keji pihak askar yg membuat onar.. masih ada kesan peluru di pintu2 masjid..Kami juga melawat kuburan mangsa.

selesai mengucapkan kata semangat kpd penduduk kg,kami berangkat pulang ke Yayasan. seterusnya,Jam 5 kami bertolak ke Kg bandar yg terletak di Wilayah Pattani. sebelum sampai sempat kami singgah di masjid Kreu se. Masjid yg berusia ratusan tahun(>300 thun). di masjid ni juga berlaku pembunuhan beramai2 yg pernah saya mention dalam entry ini

http://dodihamzah.blogspot.com/2010/09/ziarah-mahabbah-thailand-siri-3.html

kami tiba hampir waktu berbuka di situ. makanan berbuka sangat la lazat dan enak. dia punya murtabak mmg buat kita rasa nak datang lagi.hehe.serius sedap.selepas solat maghrib/ isyak kami menziarahi seorang remaja yg kehilangan kedua belah mata kerana ditembak oleh askar. remaja berkenaan ditembak dibahagian kepala.Ajal milik Allah..remaja tersebut masih terselamat dan masih bersemangat meneruskan kehidupan.kejadian berlaku sekitar tahun 2008, berita harian ada menyiarkan peristiwa tersebut. Dalam perjalanan pulang kami singgah di kedai makan sekitar masjid Wilayah Yala utk "medang2".makanan di sana kebanyakannya pedas dan masam. Teh ais dia mmg terbaik!cukup rasa!
Pulang ke rumah keluarga angkat menikmati buah buahan tempatan.DUUURRIIIIANNN!!!!!hehe

18 August 2011

pagi2 lagi kami sudah berkumpul utk sessi POA. Bahagi kepada dua kumpulan utk bincangkan dua situasi.
Kumpulan 1 : Zaleha, Ruzanna, Zikri, Zudin dan Suhairi..membincangkan pembaikkan issue dari dalaman
Kumpulan 2 : Penulis,fatimah,Ina,dan Amir..menbincangkan masalah luaran

Selesai berbincang, sempat curik masa belajar thai..hehe,,sikiit jela mcm belajar ABC 123 gitu..neng song sam si ha hok jed peet kau sip.
yip sip sam....samm sip ed...hehe (ddiorang cakap aku cakap mcm cina,haha)

2 dari kami meneruskan perjuangan ke sekolah rantau panjang(follow up prog di sana), baki 7 orang berpoya poya???=p di Hatyai. sebelum berpecah sempat kami ronda Bandar Yala.

perjalanan ke Hatyai mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit dgn menaiki van. (rasanya kali ni punya trip mmg banyak dalam kenderaan...) selepas berbuka kami terus ke tempat menaiki bas. hhuhuhu..lambat tu sesuatu yg boleh dijangka barangkali kan?. Awal cakap jam 6.30 bas,then jam 7.00 last2 jam 7.45 bru sampai..tapi rilek sudah kan...kami keluar melalui sempadan Kedah.

19 August 2011

jam 6. 15 pagi kami sampai ke Hentian Pudu setelah 5 kali berhenti di beberapa hentian..huhu(lbh 10 jam dalam bas...patut 8 jam sampai dah..). Nag Ahjussi terpaksa tunggu lama. minta maaf la ye..hehe. Pulang dalam keadaan letih sebab penat tido..bole??huhu

finally:

"Wahai manusia! sungguh janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia menperdayakan kamu dan janganlah (syaitan) yg pandai menipu memperdayakan kamu tentang Allah...

Sungguh syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh,kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yg menyala nyala"
(Al Fatir : 5-6)

sesungguhnya setiap muslim itu adalah bersaudara.tanggungjawab bersama yg perlu dipikul untuk menolong sesama kita..walau dimana kita berada.Kesedaran dan kebersamaan itu penting dalam memajukan ummah.Tiada paparan gambar kerana penulis cuai tidak membawa camera dan Hanphone penulis mengalami kecederaan serius. xdapat nak share gambar.nnt kalau dah ada akan di upload gambar ya.

By : Hati dari Yala

Friday, August 19, 2011

Misi Bantuan Selatan Thai I

Assalamualaikum

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang bernafas di bumi tuhan ini. Jam 6.15 pagi 19/8/2011 selamat tiba di Terminal Bas Pudu. Bertolak dari Bandar Hatyai jam 7.30 malam waktu thailand. Masih terngiang2 kata2 mahu ke sini selatan thai semula tepat setahun yg lepas. Alhamdulillah Allah makbulkan hajat. Mcm xsangka pun ada berpeluang datang lagi..

Sememangnya perjalanan yang mencabar kesabaran ( asyik tido je,huhu). Mana tidaknya, kebanyakan lokasi2 terletak jauh di pedalaman dan berjauhan antara satu sama lain. memang penat tido dalam van kesihatan jiwa tu la..hehe. Entry ke thailand kali ni tidaklah se detail kali seperti kali pertama dahulu. Jika dulu Ziarah mahabbah kali ni Misi Bantuan..

Walau tidak banyak yang dapat kami bantu, tetapi pengalaman kali ni cukup menginsafkan tambah lagi dengan kehadiran senior yg membantu memahamkan kami tentang situasai sebenar di sana. Rasa sangat diri ini masih sangat2 kekurangan ilmu. melopong2 mendengar penjelasan dari seorang senior dari Malaysia tentang Birokrasi antarabangsa (malu okeh..huhu).

di bawah catatan serba ringkas sepanjang perjalanan dan aktiviti ketika di Selatan Thailand.

14 August 2011

selepas waktu Asar tiba di KL Sentral. Berbuka dan Maghrib disana. Usai berbuka kami terus bergerak ke Terminal Putra. Jika kali lepas peserta sepenuhnya datang dari UIA Kuantan kali ini peserta datang dari berlainan Institiusi. Antaranya, UIA Kuantan,UIA Gombak, UM dan UKM. seramai 7 orang peserta bergerak dari Kuala Lumpur, seorang dari kedah dan seorang lagi sudah menunggu di Kelantan.

15 August 2011

Jam 5 pagi tiba di stesen Rantau Panjang, Kelantan. Selesai subuh sahabat dari Thailand menjemput kami dengan menaiki van. Selesai urusan imigresen kami terus ke Yayasan Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia yang terletak di Bandar Yala. Perjalanan mengambil masa kira2 2 jam. kami tiba jam 11.30 waktu thai. Setibanya di Yayasan kami diberi penerangan activity sepanjang disana.Kami terus berangkat ke Kg. Susuk yg terletak di Songkhla selepas berehat dan solat zohor/asar . Di sana kami menemui beberapa buah Keluarga mangsa keganasan tentera. Seramai 19 orang pemuda mati ditembak . kebanyakan di tembak beberapa kali ni anggota badan. Marah, Benci,Bengang dan perasaan sewaktu dengannya menguasai hati..huhu,nasibla penulis ni ingat diri ni masih lagi berpuasa. Allah Maha menilai sesuatu..Sebaik2 keadilan ialah keadilan disisi Allah. kami menziarahi kuburan para korban kejahatan tentera. Sebak bila melihat ibu bapa tua yg kehilangan harapan keluarga. anak2 kehilangan tempat bergantung. Isteri2 kehilangan teman hidup...para ibu,isteri yg sepatutnya menjaga keselesaan dan melakukan kerja2 di rumah terpaksa menoreh dan bekerja keras utk mencari sesuap nasi utk keluarga. T.T...(nak nangis lebih2 xboleh, x gentleman la kan?)huhu. Selesai solat maghrib/ isyak(buka Petai rebus terbaik!=p) kami pulang ke yayasan utk dibahagikan dgn keluarga angkat masing2...peserta wanita seramai 5 orang ditempatkan rumah yg sama di kg lemuk,masih di wilayah Yala.

16 August 2011

hari kedua bermula dgn baik. seawal jam 8 pagi ( sudah panas di sana) kami berjalan di sekitar kg melihat pemandangan pagi di sana. Kami singgah sebentar di subuah nursei yg di panggil Raudhah. Nurseri ni mcm ala2 tadika di malaysia cumanya pelajarnya seawal umur 2 tahun- 6 thaun. Ada sesi bertemu pengetua raudhah. Pengetua menzahirkan perasaan gembira yg bersungguh atas kedatangan kami. kagum mmg kagum dgn semangat beliau mendirikan raudhah. sudah beberapa kai diarahkan tutup oleh kerajaan. dalam2 tekanan Raudhah sudah beroperasi lebih 25 tahun. SubhanAllah. Sememangnya mencari ilmu itu salah satu dari Jalan Jihad. seterusnya kami berangkat ke kg Jamu Tiga.
sebelum bergerak kami sempat join pembahagian baju kepada anak yatim di sana. hampir 100 org yg hadir Kali kedua datang kesini.keadaan masih sama. masih ada askar yg berkawal. orangnya masih sama, cuma ada beberapa penduduk yg baru dibebaskan dari tahanan. disini banyak perkara baru yg dipelajari termasuklah Immunity law yg jika difikirkan logik langsung x masuk akal. situasinya sama seperti di kg Susuk, pemuda dibunuh tanpa usul periksa. Para pemuda lebih2 lagi guru dan ustaz di anggap sebagai pengganas negara. hurrmm..tulisan disini tidak cukup nak gambarkan emosi sewaktu disana.kami berbuka bersama org kampung.Hidangan cukup sederhana tapi tetap superb! bikin beratku naik 2kg barangkali..hehe.Terharu dgn layanan org kg yg cukup2 mesra.

to be continue.