Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Monday, October 24, 2011

Most memorable memory~during internship~

Assalamualaikum

mood cuti~
sungguh, memang sunyi suasana di blok aku.(biasanya aku yg buat bising pun=p)
ramai yg pulang disebabkan cuti yang berlambak2 membuatkan aku rasa menyesal pulak tak balik.

tapi bila berfikir semula weekend ni akan pulang jugak ke rumah sempena majlis pernikahan dan persandingan abg aku, hilang pulak rasa menyesal tu walaupun the next 2 days after return ke UIA ada exam.hoho..wa tak kesah dah dengan exam2 ni,layankan aje.

dah maklum kan aku berjaya menamatkan sesi internship dgn jayanya(??) masa semester break yg lepas.iye,result belum keluar.lama kan kena tunggu dah almost 3 bulan,tapi takpe,sabaaar~ko mesti dapat A punya(ramai ramai : amiiiiin!!!).

rasanya aku tak pernah cerita detail pengalaman aku semasa menjalani sesi praktikal. Jadi, dikesempatan ini aku nak share cerita sikit berkenaan memori latihan yang amat memberi impak pada sejarah hidup aku.(ayaat~ihik)

sesiapa yg pernah baca post aku sebelum ni mesti korang tau kerunsingan/ dilema aku bila disuruh melakukan phlebotomy(amek darah). terpampang lah di ruang blog dan fb aku kegusaran mengenai perkara itu. sampaikan ahli keluarga aku dapat merasai aura kegelisahan aku.haha, exaggerate giler kan.

Memang! yela, nak cucuk vein (salur darah) manusia hidup yang bernafas kot, maunya tak ketar badan, nak keluarkan darah segar dari manusia yang derianya masih lagi berfungsi. manusia yang penuh misteri tentang kondisi kesihatannya (well, precaution first, kita xpernah tau bahaya yang mendatang)

Gabra dan nervous dan takut dan risau dan dan dan yg sewaktu dengannya....itu memang perasaan yang asyik2 menyelubungi diri di peringkat permulaan tugasan, siap kat rumah test cucuk2 tangan kakak aku guna pen lagi(thank u so much leha for being my awesome sister). abis tangan dia kena tepuk tepuk dan picit picit dengan aku.tapi xde la sampai terpancut2 darah.haha

1st trial : pass!(dengan bantuan)
2nd trial : pass!(dengan bantuan)
3rd trial : also pass!bravo, bravo!!
ni gambar 3rd trial. see siap ada org amek gambar lagi.nampak sangat kekekokkan tangan tu kan.hihi. iye, saya masih amatur, maafkan saya.=]
done! longgarkan tali dan tekan tempat kena cucuk, then plaster! sungguh mudah kan?(iyelaa..=p)

tau tak apa yang memotivasikan aku supaya dapat buat menda tu? senang je jwpnnya.
"kalau orang lain buleh buat, aku pun buleh".
hehe.sangat senang kan ayat motivasi tu. tapi pelaksaannya tak semudah menyebutnya. aku rasa mau beratus kali aku sebut dalam hati ayat tu baru betul2 hati aku konfiden.

jadi, haruslahlah kita ingat bahawa semua manusia punya kebolehan tersendiri termasuk diri kita sendiri. boleh lihat dan kagum dengan keupayaan orang lain tapi bukan sampai mematikan rasa percaya pada diri sendiri.

lagi bukti kesengalan(aku). selama 23 tahun hidup ini.ingatkan test kit yang keluarkan 2 lines ini hanyalah pregnancy test kit tu je. xpernah tau yang preliminary test utk other disease pun bole guna kit yg gunakan prinsip yang sama.(keluar 2 lines as positive result)

dibawah adalah gambar test kit utuk mengenal pasti jangkitan influenza, sama ada influenza A/ B.(early evaluation)
hok ni pulak untuk kesan sakit jantung/ related to cardiac failure
semua result diatas adalah positive. =(. positive is not always good.

p/s : lepas berjaya berkali2 buat phlebotomy rasa macam gatal mata dok tengok vein orang kat bahagian atas telapak tangan dan d sendi antara lengan dan tangan. dok terfikir senang tak nak withdraw darah orang2 tu,hahaha..da jadi mcm vampire plak=p

Thursday, October 20, 2011

Tidur Selepas Subuh..

Memang penyakit!

Ibnul Qayyim pernah berkata, empat perkara yg menghalang turunnya rezeki ialah:
  1. tidur di waktu pagi
  2. sedikit solat
  3. bermalas malas
  4. berkhianat
dan, tidur selepas subuh juga mendatangkan pelbagai penyakit pada tubuh. symptom asyik-mahu-tido-lepas-subuh sbnrnya tanda aras menunjukkan badan berpenyakit.

*huhuhu....geleng kepala...

hari ini aku tewas! hampir jam 3 pagi tadi baru terlena gara gara nafsu drama korea. dan itu dijadikan alasan untuk tidur semula seusai solat subuh...lemahnya aku~

Cubaan menghalang aku dari tidur semula dilakukan dengan pagi2 menghantar gambar lontong seksyen 14,PJ. bikin aku terliur(serius sedap kuah kacang dia!! teransang parotid, submandibular dan sublingual gland aku ok!) tapi bantal n tilam lagi sedap di kala tak cukup tidur dan badan lesu.huhu..diikuti dengan beberapa siri panggilan telefon yang dijawab dlm keadaan separa sedar dengan nada2 "aku mahu tidur semula". akhirnya tersedar bila jam hampir di angka 9 A.M. sabau jela

Ingatlah dodi sesungguhnya orang orang soleh amat membenci perbuatan tidur di awal pagi....
(aku :uhuk,uhuk.....................................................)

p/s : aku akan berjaya dihari hari mendatang!

Tuesday, October 18, 2011

Masyarakat kita...

Assalamualaikum

baru je jalan2 di sekitar dunia maya dan kebanyakan story pasal budak perempuan 16 tahun mengelar baby nya sendiri hasil dari hubungan zinanya.Jujurnya aku malas nak baca paper ( tak bagus sbnrnya, kena baca hari2 utk tgk perkembangan negara).

sebab? sebab biasanya berita2 yang mcm nilah yg akan terpapar. hari ni pun selak2 thestar je. tu pun sbb salah waktu nak ke kelas jadi sementara menunggu waktu ke kelas singgah jap library. headline pun 2 x 5 je. pasal sindiket2 seludup tenaga seks ni. bikin hati hancur. dan biasalah reaksi org kita * aku juga*tsk tsk tsk
adalah begini :

  • orang tu mmg bangang
  • orang tu mmg bodoh
  • tau buat dosa tak tau nak b tanggungjawab dgn dosa
  • anak siapa ntah tu, mak bapaknya tak ajar ke
  • ingat sedap je
tapi jarang2 yg bereaksi begini :
  • yaAllah, apa yg aku dah buat, saudara aku sendiri tu
  • macam mana nak selamatkan diorang tu
  • apa yg aku boleh bantu untuk kurangkan situasi mcm tu
  • tindakan pembaikkan yg boleh diambil
  • minta diampunkan dosa mereka dan kembali ke pangkal jalan
ingatlah, dia masih manusia...sedangkan Allah maha pengampun. benci dosa yg dibuat jgn dibenci si pendosa kerana kita ialah pendosa juga.

Tuesday, October 11, 2011

Aku boleh!!!

nervous PRESENTATION datang lagi...
dah beriya nervous hari Ahad n Isnin ingat present hari selasa..
padahal Rabu ialah hari sebenarnya....1 hari smlm kena dgn jiha,wahaha

owh,finally.ianya ESOK ok!!!!!!!!

Candidate : Siti Khodijah bt. Hamzah
Title : Antibacterial activity of selected sea cucumber ( Holothuria scabra)
Supervisor : Prof. Dr. Haji Ridzwan b. Hashim


Ground floor (Diet- seminar room 1)
Examiner : Dr.Syaiful and Dr. Ariffin
Time : 4.15 PM

ermmm...nervous sampai xtau nak prepare apa..bole?huhu
tak pegi lab lagi...tak order chemical lagi. lepas present mmg saya akan buat!


~sekian~

p/s : bak kata sv aku

prof : "relax sudah, kalau dia tanya jawab jela.."

aku : "ouhh..senangnya, kalau xtau jawapannya?"

prof : " jawabla tak tahu...saya kan baru belajar...hehehehe"(sambil gelak comel)

membantu x?hahahaha

Monday, October 10, 2011

Fishing Trip

Assalamualaikum
berakhirnya minggu yg padat dgn aktiviti.huhuhu...midsem exam untuk IH..ermmm,no komen pasal midsem sbb aku dah jawab dgn hehehe..

dah lama nak update pasal aktiviti memancing nih tapi asyik lupa je,mlm td dok tengok gambar2 terjumpa gambar2 masa g mancing hari tu, terus semangat nak update.=)=)=). jujurnya aku tak tau pun memancing,jauh sekali kaki pancing yg sanggup redah lubuk mana2.nak kata suka pun tidak juga. cuma suka cari pengalaman,hehe.

3 bulan lepas (Dalam bulan Julai).memang tak termasuk dlm plan aku hari tu untuk follow abg dan sepupu papat aku g memancing, asalnya saja petang2 g umah makcik2 aku n drop by umah pakcik sbb 1 jalan je, sekali terbukak cerita nak g mancing kat pulau mlm nya tu. Di offer untuk g sekali,then pegi jela..sekali sekala..selama ni dok ikut abang mancing kolam,tepi laut, tepi sungai.tepi parit,semua yg tepi2 la, tak thrill ok(belagak kan?hehe)...xpernah pulak ikut mancing tengah laut.

lepas maghrib pun berangkatlah kami. lokasi berdekatan dgn Jeram ikan bakar, kat jeti tu kami berkumpul utk naik bot ke pulau kecik @aku pggl pulau terbiar, ada dua pulau biasa org memancing kat area situ,pulau kecik n pulau besar,kat pulau besar tu byk ular..dari jeti ke pulau terbiar tu lebih kurg 15 minit perjalanan dgn menaiki bot...15 min je kot seingat aku tapi aku rasa mcm lama sbb laut gelap gelita,kat bot x de lampu bagai, hanya cahaya bulan yg samar2 beri cahaya.

oh lupa na sebut, sbnrnya b4 pergi tu ingat xnak mkn byk sbb kat pulau tu xda bekalan air dan letrik,perut aku ni kan cepat sgt process penghadaman nya,jadi decide xmo mkn lebih2..takut nak terkareb kat sana,hahaha..tapi dah nama rezeki,masa call pakcik yg bawak bot tu dia ajak singgah umah...sampai2 rumah pakcik tu tau x tengah ada apa kat rumah beliau?kenduri arwah kot! adehh~dahla pakcik tu suruh kitorg masuk rumah mkn dulu,kitorang dgn baju ala2 nelayan ni, seluar yg lusuh toksah cakapla..masuk2 rumah suruh g kat area perempuan yg kebanyakan wanita2nya sangat la berwangian2 n berayu2aan ala gadis melayu terakhir,merah dah muka masa ni sbb sogan,huhuhu..tapi bila disuruh mkn, bertukar terus jd mcm tuan punya rumah,haha...ikan pari masak asam pedas, sambal udang(besar n fresh giler udang dia), ayam masak merah, sayur campur, masak lemak ikan apa ntah..n etc etc etc..marvelous giler ok!nyum2. lama gak kat situ...pastu buat2la sopan (walaupun nampak giler kejanggalannya) g dapur nak tlg basuh pinggan, xpasal2 merewang rumah org kan..rezeki..rezeki...

sampai2 pulau terus kami angkut barang n cari lokasi utk port barang...agak ramai org mlm tu, mungkin sbb mlm minggu kot, dan of coz hanya kami ber tiga perempuan diatas pulau tu. the rest semua lelaki. di sekitar pulau nampak cahaya2 hijau tanda ada org memancing di situ,cahaya hijau tu dtg dari menda yg diikat kat tali pancing (aku xtau nama menda tu apa). abg aku pun sediakan alat memancing untuk kami, aku n leha mmg zero la bab2 ikat2 mata kail, tali tangsi ni,tengok taula.umpan yg digunakan ialah anak ikan belanak saiz 1 inci lebar dan 4 inci panjang (bajet ikan besar nak mkn,hahaha),hanya abg aku yg boleh guna umpan udang yg dijala pd petangnya (udang hidup ok,hidup dan besaaaar,mkn pun sodap).semua umpan hidup2 belaka
nak baling umpan pun xtau aku ni,parah tak,tapi belagak nak ikut,=p.dgn sabarnya,abg aku ajar la sorang2 adiknya yang agak lem ni..dah agak pandai, beliau suruh kami lepak kat port yg dia syorkan, dia mancing xjauh dari kami (bawak anak2 dara tgh laut kan, terpaksalah dia monitar kami).gambar adalah port aku memancing. baling jauh2 pastu tunggu jela..balik2 asyik tersangkut kat batu2..sabau jela..mmg survival habis kat pulau tu, takungan air hujan pun xde, nasib kitorang dah siap2 prepare bawak air utk amek wudu', nak guna air laut masin sgt..melekit nanti. pukul 2,rasa mcm umpan dimakan tgk2 mmg dimkn tapi makan lari..berani ko curi ikan aku ye ikan!lepas tu mmg dah rasa ngantuk2...dekat2 jam 3 pagi dah x larat masing2 dah terbaring atas tikar plastik yg dibawa, pancing dah putus sbb tersangkut, sepupu aku dok dapat kerapu bodo( mmg nama ikan tu gitu ye..), lepaskanlah balik..tidurlah kami berlantaikan batu berbumbungkan langit..kat tengah laut mmg sejuk gilar...seeeejukkk sangat ok,alhamdulillah dikurniaan common sense utk bawak stoking dua pasang sbb mmg dah rasa2 akan sejuk sgt

nyenyak sgt waktu tu tido, walaupun hanya berbantalkan lengan sendiri, air panas tumpah atas kaki pun xsedar..haha.bangun2 dah pukul 4.30 pagi.sebab apa t'bgn?menda yg paling xnak buat terpaksa buat..hohoho. tula sapa suruh mkn banyak sgt..sakit perut nak terkareb,wawawaw..mmg sadis waktu tu, abg aku suruh membuang kat celah2 batu..tiba2 rasa mcm zaman batu,cari2 sekitar pulau terjumpa toilet lama, xnampak la plak bersih ke x, mmg amek air laut agak2 bersih dah dlm toilet tu, lepaslah kat situ...lega giler,hahaha.nasibla air minum jadi air basuhan, x sanggup nak basuh guna air laut yg bercahaya tu..seram kot,buat siram2 bolehla..
tak tido lepas tu terus solat subuh n kembali menyibuk kat org2 yg masih elok pancingnya. makin terang makin terserlah keindahan alam di sekitar pulau,subhanAllah..sangat nyaman dan segar, terasa sangat2 kerdil waktu ni berada di tengah2 lautan ciptaan yg Maha Esa. benarlah andai ingin merasa kekuasaan Allah,lihat pada ciptaan2Nya..
pancing yg masih elok dan sedang menunggu hasil
prepare breakfast.
megi!!paling mudah n senang, umpan digunakan sebagai bahan perasa tambahan,hehe..banyak sgt umpan, guna sikit untuk breakfast,hehe
cantik kan...waktu baru jam 6.45 pagi, tapi dah terang sbb kat laut kan.
bot nelayan..
sesi mengajar kanak2 baru belajar memancing.pagi kami memancing style apollo( iye kot bunyik cenggini)
yang hasilnya akan jd begini. apollo ni mancing yg ada banyak umpan kat 1 pancing
sesi menganyam tali tangsi
main sesuka hati je ikat tali tangsi tu, iye2 je leha ni,hoho
cousin aku sorang ni pun lebih kurang kami je,tapi dia up sikit la.
hasil2 kami (opps bukan kami ye, abg n sepupu aku je berjaya dpt hasil)

sangat sedap ikan ni,berlemak,manis, sedap la senang cakap, tapi dia punya lendir keliling badan berbisa ok..
hasil kebanggaan,hehe..tengah pregnant ikan pari ni,patutnya lepas tangkap ikan ni, kita perlu cek perut dia,kalau ada baby tekan2 sikit smpai dia bersalin, kita lepaskan baby tu dlm laut balik biar boleh hidup, tapi lupa nak buat cenggitu..dah masuk dalam ice box tengok2 dah terberanak ikan tu, menggelabah kitorg lepaskan balik baby dia dlm laut, ada dua ekor baby masa tu...xtaula hidup lagi ke x..campak2 dlm laut terus hilang..
selepas tangkapan ikan pari kami decide utk balik,jam waktu tu pukul 8 pagi
bersiap mahu pulang..kemas apa yg patut..byk tau barang2 kami.
sempat posing.hohihohi..biar diorg yg angkut barang,berat ok.i kan perempuan..=p

dlm perjalanan pulang, masing2 muka gembira dapat pari walaupun kecik..hehe
best!
pakcik yg bawak kitorang,kat belakang tula pulau terbiar tu,kecik jo
finally, sampai ke darat, sapa2 pernah g kat Jeram Ikan Bakar dia taula tempat ni, terletak di daerah Kuala Selangor.
Alhamdulillah, seronok dan dapat banyak experience baru semasa trip singkat ni,ok, dah kurang rajin nak tambah mcm2, happy monday!=)

Tuesday, October 4, 2011

Kahwin n poligami

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, selesai majlis pernikahan sahabat saya pd sabtu lepas, 1/10. beliau ni bole kata kawan yg awal2 aku ada sejak aku lahir, mmg dari perut dah kawan sbb dudukberjiran n mak2 kami pun mmg shbt baik, lahir sama2, tido mandi makan semua sama2..main sama2, sekolah sama2..masuk sekolah menengah jalan kami berbeza, tapi kawan tetap kawan..tahniah ye medot!(dia marah aku panggil medot kat public ni, tapi dia xkan baca blog aku,tu yg berani tu,haha).

memang nervous, sampai aku turut sama nervous,hehe..siap pengantin perempuan bole ajak aku lari sbb nervous sgt,ada ke..he, semua urusan berjalan lancar, rasa bersalah sbnrnya xdpt tolong sungguh2...banyak kekangan,kalau aku dok rumah je mmg setiap hari aku merewang rumah dia.

dari bertunang sampailah nikah, ni la keje aku..dok sebelah dia, haha..dia cakap aku kena temankan jugak x kira mcm mana pun,fine..meh aku teman,hehe
kan aku cakap aku teman,hehe..dia suruh aku jd pengapit waktu bersanding..tapi i kan pemalu,hahaha, tu yg jd pengapit time nikah je...masa baca khutbah nikah ni,aku pun debar sekali dgn pengantin, rasa nak menangis kot bila tok kadi sebut soal tanggungjawab, rumahtangga,peranan masing2...huhuhu..

Alhamdulillah,selesai akad,sessi bersalaman dgn keluarga baru masing2..masa ni mmg terkedu kejap tgk pengantin lelaki menangis teresak2,bukan nangis sikit2 je tau..siap terhenjut2 bahu masa salam parents tu...pengantin perempuan tak payah mention la confirm2 la nangis jgk,sampai serabut mekap=p,hehe..walaupun kita jd pemerhati je, mmg waktu ni rasa sangat2 besarnya tanggungjawab lepas ijabkabul tu...dari status hidup seorg diri dah upgrade jadi hidup berdua org...kalau seorg diri pun dah mencabar apalagi berdua kan? moga2 perkahwinan ni akan sentiasa diredhai Allah..
selesai majlis pengantin berjaya dihasut utk bergambar di sawah,waktu ni lawak ok, punya aku dok berkepit dgn pengantin perempuan sampai pengantin lelaki ckp begini " kenapa asyik jalan dgn dodi je, kan nak amek gambar dgn sy, jalan la dgn sy..kawin dgn sy bukan dgn dodi" hahaha,aik?jeles ye..=p

dan seperti biasalah...sessi posing dipelamin mmg tabiat aku n leha,hehe
serius sweet pelamin dia...tapi ada org xnak buat mcm ni ye xpela kan..
my sis ni plak insyaAllah tunggu hari je..moga2 waktu tu aku dah x berapa bz..bole tlg buat persiapan kat rumah nnt.ok tu cerita pasal kawin shbt saya. apa pulak kaitan dgn tajuk poligami nih?hehe..cenggini ceritanya.

keesokan hari slps majlis, seorg shbt call, dpt berita sedih dari dia...dan aku biasala,awal2 dgr mmg beremosi la, lelaki ni mmg mcm ni la tu la (padahal perempuan pun ada mcm tu jgk...) cuma aku biasa jumpa lelaki la...apa2 pun yg berlaku pasti ada hikmahnya, sedih mmg sedih,sakit mmg sakit, manisnya?confirm lagi manis...tunggu aje,Allah itu maha Adil kan=)..

dok tgh rasa mcm2 tu teringat dalam majalah solusi bil 36 ada sentuh soal poligami di ruangan Fitrah,tajuknya "menyantuni fitrah berpoligami". agak terkejut sbnrnya bila Dr Harlina ada sebut perempuan pun ada naluri berpasangan lebih dari satu.gulp!patutla ada byk kes perempuan curang... tapi itu semua sekadar naluri. Naluri @ fitrah yg wajib dibendung dgn akal dan iman. cuma lelaki Allah bg kelebihan utk dihalalkan fitrah semulajadi nya tu atas sebab2 kukuh yg Allah lebih tahu. Dia maha mengetahui atas segala ciptaanNya. Jujurnya la kan bagi aku sendiri pun, berkongsi tu mmg best lg2 kalau mknn ke apa, tapi berkongsi suami.....ermmmm...xmau cakap lebih2 sgt, kita tak tau bila kita akan diuji kan?tapi bila diuji tu maksudnya Allah ingat kita.

lepas tu teringat lagi perbualan waktu semester pertama minggu pertama di UIA kuantan ni,isu ni jgk yg naik...malam tadi, kononnya nak meluahkan rasa hati, tup2 dapat tazkirah sejam..alhamdulillah. walaupun xnak dengar sgt sbnrnya(=p) tapi at last, hati jadi tenang bila diperjelaskan..apa2 pun Allah tu yg pertama, jgn terlalu terikut2 dgn budaya asing yg dihidangkan sekarang.

Perempuan mmg kebanyakkan emosinya akan tersentuh dahulu berbanding akalnya, jadi...kalau dia manusia normal,akal rasionalnya akan dtg jg. Bagi lelaki2 yg benar2 ingin berpoligami, pastikan agamanya nombor satu dahulu...rasanya perempuan tidak menolak lgsg poligami,bahkan menerima cuma mungkin kerana terlalu sygkan suami, takut2 di akhirat sana si suami byk yg tersangkut bila soal tanggungjawab dipersoalkan...sedangkan satu sudah berat apatah lagi lebih kan? kalau boleh didunia mahu bahagia di akhirat pun mahu lebih bahagia kan. ukur baju di badan sendiri!=)

pic ni masa tgh jaga baby pooh ni, parent dia g kenduri kwn aku tu.saja nak selit gambar ni sbb mcm suka sangat waktu ni. the best therapy bila hati gundah gulana. rasa hilang semua masalah bila pegang baby ni.mungkin sbb diorang ni xde dosa kot. lagi2 bila tido peluk kita mcm ni...(rasa nak balik rumah lagi~huhuhu)

mahu sambung baca buku,annyong!=)
ada paper esok n lusa, doakan saya ye!

p/s : sawah sgt cantik....