Assalamualaikum
mood cuti~
sungguh, memang sunyi suasana di blok aku.(biasanya aku yg buat bising pun=p)
ramai yg pulang disebabkan cuti yang berlambak2 membuatkan aku rasa menyesal pulak tak balik.
tapi bila berfikir semula weekend ni akan pulang jugak ke rumah sempena majlis pernikahan dan persandingan abg aku, hilang pulak rasa menyesal tu walaupun the next 2 days after return ke UIA ada exam.hoho..wa tak kesah dah dengan exam2 ni,layankan aje.
dah maklum kan aku berjaya menamatkan sesi internship dgn jayanya(??) masa semester break yg lepas.iye,result belum keluar.lama kan kena tunggu dah almost 3 bulan,tapi takpe,sabaaar~ko mesti dapat A punya(ramai ramai : amiiiiin!!!).
rasanya aku tak pernah cerita detail pengalaman aku semasa menjalani sesi praktikal. Jadi, dikesempatan ini aku nak share cerita sikit berkenaan memori latihan yang amat memberi impak pada sejarah hidup aku.(ayaat~ihik)
sesiapa yg pernah baca post aku sebelum ni mesti korang tau kerunsingan/ dilema aku bila disuruh melakukan phlebotomy(amek darah). terpampang lah di ruang blog dan fb aku kegusaran mengenai perkara itu. sampaikan ahli keluarga aku dapat merasai aura kegelisahan aku.haha, exaggerate giler kan.
Memang! yela, nak cucuk vein (salur darah) manusia hidup yang bernafas kot, maunya tak ketar badan, nak keluarkan darah segar dari manusia yang derianya masih lagi berfungsi. manusia yang penuh misteri tentang kondisi kesihatannya (well, precaution first, kita xpernah tau bahaya yang mendatang)
Gabra dan nervous dan takut dan risau dan dan dan yg sewaktu dengannya....itu memang perasaan yang asyik2 menyelubungi diri di peringkat permulaan tugasan, siap kat rumah test cucuk2 tangan kakak aku guna pen lagi(thank u so much leha for being my awesome sister). abis tangan dia kena tepuk tepuk dan picit picit dengan aku.tapi xde la sampai terpancut2 darah.haha
1st trial : pass!(dengan bantuan)
2nd trial : pass!(dengan bantuan)
3rd trial : also pass!bravo, bravo!!
ni gambar 3rd trial. see siap ada org amek gambar lagi.nampak sangat kekekokkan tangan tu kan.hihi. iye, saya masih amatur, maafkan saya.=]
done! longgarkan tali dan tekan tempat kena cucuk, then plaster! sungguh mudah kan?(iyelaa..=p)
tau tak apa yang memotivasikan aku supaya dapat buat menda tu? senang je jwpnnya.
"kalau orang lain buleh buat, aku pun buleh".
hehe.sangat senang kan ayat motivasi tu. tapi pelaksaannya tak semudah menyebutnya. aku rasa mau beratus kali aku sebut dalam hati ayat tu baru betul2 hati aku konfiden.
jadi, haruslahlah kita ingat bahawa semua manusia punya kebolehan tersendiri termasuk diri kita sendiri. boleh lihat dan kagum dengan keupayaan orang lain tapi bukan sampai mematikan rasa percaya pada diri sendiri.
lagi bukti kesengalan(aku). selama 23 tahun hidup ini.ingatkan test kit yang keluarkan 2 lines ini hanyalah pregnancy test kit tu je. xpernah tau yang preliminary test utk other disease pun bole guna kit yg gunakan prinsip yang sama.(keluar 2 lines as positive result)
dibawah adalah gambar test kit utuk mengenal pasti jangkitan influenza, sama ada influenza A/ B.(early evaluation)
hok ni pulak untuk kesan sakit jantung/ related to cardiac failure
semua result diatas adalah positive. =(. positive is not always good.
p/s : lepas berjaya berkali2 buat phlebotomy rasa macam gatal mata dok tengok vein orang kat bahagian atas telapak tangan dan d sendi antara lengan dan tangan. dok terfikir senang tak nak withdraw darah orang2 tu,hahaha..da jadi mcm vampire plak=p
No comments:
Post a Comment