Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Wednesday, May 9, 2012

Pernah tak?

Assalamualaikum


Pernah tak korang runsing nak buat assignment sampai menangis?
Pernah tak korang sakit kepala n nak muntah sebab takde idea nak buat thesis?
Pernah tak korang rasa macam nak demam sebab nervous nak jumpa orang yang garang?
Pernah tak korang susah hati sampai tak bole tido?
Pernah tak korang tak lalu nak makan sebab stress?


ermm. ok. aku pernah sangat2. huhuhu.


the best ways for me to overcome such hurdles are : 
1. Istighfar (wudu' is the best)
2. Solat sunat 2 rakaat dan berdoa
3. Membaca Al quran dan terjemahannya.  
4. Alternative way- tengok video yang bagi positive punya inspiration ( macam aku suka tengok video orang mengandung yg positif2[?] baby or budak kecik yang ada abnormalities tapi tetap bersemangat). 


Musuh yang paling susah ditangai ialah nafsu yang hadir dalam diri kita sendiri, jadi melawan nafsu  ialah satu proses peperangan jangka panjang yang berterusan. maka wajiblah kita mempersiapkan diri kita dengan kelengkapan2 peperangan yang sepatutnya. kelengkapan paling utama. sentiasa sedar bahawasanya kita ialah hamba Allah yang akbar. 


Tips : lembutkan hati orang bila kita mahu berhadapan dengan mereka
Allahulatif (6x) Allahulatifum bi'ibadihi yarzuku mai yasa' wahuwal qowiyul'aziz" (As-syura : 19)

Saturday, May 5, 2012

Percaya

Di alam tadika
-taknak makan kicap, nanti takut gelap macam kap lam ya nga. 
sebab percaya kicap mampu menggelapkan kulit(?).
-takut makan nasik dalam bilik(makan benda lain takpe) 
sebab percaya butir nasik yang tumpah tu mampu bertukar jadi "gula2 bungkus putih yang besar"(?)
-ada terowong rahsia bawah tanah dalam kolam belakang rumah
sebab percaya selalu tengok cerita fiksyen mcm tu(kena tipu dengan abang) 


Di alam persekolahan (rendah)
-wajib gosok gigi sebelum tido
sebab percaya bila tak gosok gigi nanti gigi rosak
- takut cakap masa azan 
sebab nanti mayat berat masa meninggal
- bila tak mandi enzyme akan jd banyak 
sebab percaya enzyme tu menda tak baik dan mampu dihasilkan dengan banyaknya bila tak mandi(ni pun kes kena tipu dengan abang)
-takut cacing
sebab percaya cacing tu mampu memberi mudarat(?)
-wajib masuk universiti
sebab percaya bila masuk universiti akan jd budak pandai


Di alam persekolahan ( menengah)
-Subjek sains dan matematik wajib dapat A yang lain takat2 lulus je pun redha je
sebab percaya seseorang itu dikira pandai bila dapat A subjek2 tu
-Takut minum ais 
sebab percaya mampu menjadi gumuk dengan minum ais
-Bajet budak pandai sebab berjaya duduk kelas sains tulen (padahal...)
sebab percaya sapa2 amek pure science dia hebat
-rasa diri buruk sebab banyak jerawat
sebab percaya jerawat tu buruk
(zaman peralihan remaja ni banyak sangat macam2 la..sampai lupa..hehe)


Sekarang (20 and >>)
- kita adalah apa yang kita percaya


Saya percaya saya mampu menjadi hamba yang taat kepada penciptanya(Allah)
Saya percaya saya mampu menjadi umat yang taat kepada Rasulnya(Rasulullah)
Saya percaya saya mampu menjadi anak yang solehah kepada ibubapa saya(mak n abah)
Saya percaya saya mampu menjadi isteri yang solehah kepada suaminya(.............)


Saya percaya saya mampu menjadi insan yang cemerlang dan terbilang dari pelbagai segi. banyak sangat saya nak percaya buat waktu sekarang. Saya percaya sebab saya sangat yakin Allah sentiasa bersama saya.Amin!


p/s : saya percaya saya bukan di usia yang muda remaja lagi..