Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Monday, January 21, 2013

Dua Jasad Satu Hati

Assalamualaikum

wah..tajuk..kemain..bukan apa, tetibe terfikir tentang masa depan. Masa depan yang kita tak pasti. yang confirm pasti hanya mati. Tapi xdela agama kita ajar suruh tunggu mati semata mata kan. 

”Apabila telah ditunaikan sholat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah karunia
Allah...............” (Al-Jumu’ah;10).

berkerjalah kamu seolah olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beribadahlah kamu seolah olah esok kamu akan mati. Allah berfirman suruh manusia berusaha mencari rezeki yang Allah dah sediakan. bukan extreme dengan ibadah semata mata dan bukan extreme dengan dunia semata mata. Jadilah manusia yang seimbang dan jangan terlalu berlebih lebih atas sesuatu perkara.Yang jelas, perlu letakkan matlamat akhir, mendapatkan redha Allah dalam setiap perkara ( sedang berusaha, mencabar woo, bukan senang senang, kalau senang maksudnya ada something wrong somewhere la tu kan. tapi tetap tak mustahil =))

panjang intro.haha..sebenarnya nak cerita sweet pasangan orang tua zaman dolu2..tu yang tajuk gitu. contoh yang paling dekat mak n abah aku la. (aku suka cerita pasal diorang, tak tau kenapa,hehe). mak abah aku memang suka nooo gaduh gaduh mulut. kadang kadang aku macam pelik, apahal la diorang ni, sebab tu pun bole jadi gaduh. lupa letak pisau je pun kadang kadang. tapi gaduh gaduh mak abah aku tak lama pun, hanya beberapa minit, tak pun jam, paling lama pun 2-3 hari kot. bergantung kepada sebab gaduh.

tapi tak pernah aku dengar dari mulut diorang kata kata yang macam nak berpisah ke apa ke. kata kata yang tak senonoh ke, tak penah dengar la. paling koman mak aku merajuk tak nak cakap dengan abah aku. hahaha. comel ok, tapi abah aku tak heran pun..buat dek je. Tapi bila tak nampak mak depan mata barulah melilau mencari. Ingat lagi masa mak pergi haji, abah aku mcm orang angau, hehe..kesian pun ada tapi lawak ok. sebab depan depan fuhh buat main ego, depan kitorang cair dah.hehe

sweet kan?hehe, kadang kadang terfikir, mcm manalah hidup lepas kawin nanti (ahaha, gatal ok, nak buat cenggana, faktor umur kot,=p). bole ke aku jadi sabar mcm mak aku. huhuhu. Need to learn a looot of things. Mcm mana agaknya kehidupan aku lepas ni kalau masih dipanjangkan umur. baru kelmarin kakak  aku mimpi aku meninggal mengejut. insaf kejap aku. dahla, tu je, tak tau nak tulis apa dah,hehe

P/S: Mak abah aku bole dipanggil Dua Jasad Satu hati kot.hehe

Wednesday, January 9, 2013

Bila waktu dah petang...

Dulu ketika belajar

Bila dah petang..Samaada
1. Tengah dalam lab buat experiment
2. Tengah dalam kelas kusyuk mendengar(??) kuliah. 
2. Tido sebab penat kelas pagi penuh
3. Tengah layan anime or cerita korea 
4. Masak memasak di dalam bilik sebab bosan dengan makanan cafe

Sekarang bila dah bekerja

Bila dah petang..Samaada
1. Ngantuk sementara tunggu waktu balik
2. Sibuk menyiapkan kerja sebab taknak esok harinya bertambah kerja

Nampak tak beza seorang pelajar dan seorang pekerja??masa belajar ada banyak pilihan aktiviti tapi bila dah keje, ada 2 pilihan je..dan sekarang pilihan ke dua tu mcm tiap2 hari je..-.-. Alhamdulillah( cuba untuk ikhlas.hoho)

Monday, January 7, 2013

2012 yang penuh kenangan~Continue

Sambungan entri ini

JULY

ermm..apa yang berlaku ek bulan ni...Oh, aku dapat keje. Alhamdulillah, 1st job after grad. Di Jabatan perubatan psikologi. PPUM. masa ni betul betul rasa macam bebas. wahh!!aku dah jauh dengan segala quiz, assignment, lab report bagai. Seronok? biasa je..hehe. layan kehidupan macam biasa. 

AUGUST

event paling aku ingat kala ini ialah pertama kali beraya tanpa abah, sadis tau perasaannya, no words can describe. tapi Allah maha adil, bila dah sedih Allah bagi perkara gembira, ada orang masuk meminang. =).perasaan? (...............seronok kot?hehe)

SEPTEMBER

Officially menjadi tunangan orang. chewahhh..masa ni macam tak rasa apa apa.  lepas tu macam pelik pelik apakah itu darah manis??

OKTOBER

Oh, ini bulan memang tragedi oktober...kerana kawan aku keciwa. sakit tau kena betray atas hal yang aku tak faham. Tapi kesimpulannya bila hal ini berlaku, tak payah la simply percaya kat orang. mungkin rambut sama kerinting tapi hati Allah je tahu. bukanlah nak mengajar kita jadi berburuk sangka sesama manusia tapi sekurang kurangnya jadi lebih berhati hati bila berkawan. ok? salah sendiri juga termakan dengan sikap manusia yang banyak topeng ni. including me. ( jom perbaiki dan muhasabah diri..huhu)

NOVEMBER

wohoo tukar kerja sudah, Alhamdulillah. moga keberkatan Allah sentiasa bersama saya (and anda semua) waktu ini dan sampai bila bila. masih lagi belajar tentang hidup. dan nak polish lagi skill kat IMR ni. 

DISEMBER 

Baru rasa kot erti darah manis tu..huhu. Moga Allah sentiasa memberi kesabaran dan keimanan dalam diri ini.

Conclusion? Sambung next entri la~

Wednesday, January 2, 2013

2012 yang penuh kenangan~

Assalamualaikum

Tahun baru masihi 2013 dah muncul. xde mood pun nak wish happy new year. sebab?? kita dah sambut new year kan awal muharam hari tu?hehe. Apa2 pun, tahun baru tetap tahun yang baru. 2012 dah selamat meninggalkan kita..dan aku rasa tahun 2012 ni la paling byk warna warni dalam kehidupan aku. 

Antaranya..

JAN:
Tak ingat apa yang berlaku..haha. tapi seingat aku, tengah struggle menyiapkan FYP and gigih balik hospital sebab abah kena warded dekat 3 bulan...memang kerap la balik selangor. dan masa ni tengah final exam untuk first sem year 4. masih teringat malam2 tu dok study bersuluhkan lampu kat koridor ward sebab gelap. pastu Dr. yang yang round2 dok intebiu aku blaja apa, bla bla bla..

FEB:
Abah dah tenat sangat waktu ni...tapi masih ingatannya masih segar..waktu masa ni memang masing2 dah mula redha apa pun ketentuan Allah. dalam dalam redha tu aku tetap ada simpan harapan lagi abah boleh sihat cergas semula. Alhamdulillah Allah bg kesempatan kami adik beradik tunaikan tanggungjawab sebagai anak, walaupun tak sesempurna mana. 

4.40am 20 Feb, Pagi Isnin..abah pergi meninggalkan kami. kembali ke sisi Penciptanya. Mula mula, memang blur..betul ke abah dah takde..betul ke betul ke...abah..abah..abah...yang buat rasa sangat2 kehilangan tu sebab abah memang manja dengan anak2nya...buat facial, mandikan, potong kuku, sapukan losyen, sapukan minyak..bila dah takde, rasa macam macam macam...tak bole nak describe, siapa siapa yang tak pernah rasa hilang bapak jgnlah claim korang tau perasaannya mcm mana. 

hilang pakcik ke, atuk ke apa ke, lain okeh rasanya dengan hilang bapak sendiri. Jadi kalau dgr anak2 yatim ni mengadu, dengar je...dengan penuh empati, bukan compare2 dengan diri sendiri punya situasi, nak compare2 diri sendiri lagi kesian ke apa ke, tak payah ok. tak membantu pun. emo plak, sebab penah berlaku kat aku menda tu, tu yang aku emo sikit tu. 

MAR:
1st birthday tanpa abah...sedih woo, tapi simpan dalam2 punya. Moga Allah sentiasa memberkati dan merahmati abahku..Hamzah Kusiran, dan dimasukkan dalam golongan orang2 yang beriman..amin.

APRIL:
Giat menyiapkan tugasan FYP sebab dah masuk final sem final year. waktu ni rasa tua betul kat UIA kuantan tu.haha

MAY: 
Submit keje FYP and start final exam, waktu ni memang gambang kuantan tu laluan utama kami. meronda kawasan lori2 tu sebab nak cari hardcover bound untuk bukukan thesis FYP. Duit mengalir macam air, sewa kete, minyak, photostat, binding, makan, duit enjoy untuk terakhir kalinya sebagai pelajar tahun akhir degree.   

JUN: 
Selepas habis exam and thesis submission. wohoo!!! saya dah habis belajar! bunyik macam seronok kan?? tapi tak pun sebenarnya. tipulah pulak kata tak seronok langsung kan...setelah 6 tahun berhempas pulas belajo, akhirnya habis jugak..sekarang boleh la jawab dgn senang hatinya soalan makcik2 n pakcik2 yang dok tanya ko bila nak habis belaja ni..ehem, saya dah habis belajar dah dan saya tak extend ok. course di UIA memang lama sikit.

Pening pulak fikir nak sambung study ke, keje ke, keje2 dakwahnya mcm mana, soal berumahtangganya lagi,ahaha. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki dapat keje terus. dan dan submit thesis terus dapat keje kat PPUM. 

JULY:
sambung next entri la, panjang sgt pulak rasanya.