Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Sunday, March 25, 2012

Hujung Minggu

Assalamualaikum.


lamanya tak luahkan perasaan kat sini. xde menda kot nak ditulis. masih sibuk dengan FYP, exam, dan sebagainya yang berkaitan dengan tugas seorang yang belajar. 


hari ni nak merepek repek je cerita perkara yang aku buat sepanjang hari :


bangun lambat sebab tido balik lepas subuh.huhuhuhu. sangat tak baik tapi buat jugak. gara gara Hong Gil Dong punya drama. sangat berisi ok. short synopsis : Dari seorang yang berprinsip tak ambik peduli dan do nothing for nothing. Bila dah jelas tentang soal tanggungjawab dan peranan terus bertindak mengikut situasi. tapi menda yang salah tetap salah. tak habis tengok, 4 to go. 20 episod ok. 


Tengahari makan kek besday diorang bagi semalam sebab lapo. owh lupa nak tulis, semalam birthday aku, yeay! makin singkat waktu aku. ermm. 


malam makan kat kak ana petai ikan bakar. sedap dan puas hati, Alhamdulillah. 
tu je .


p/s : kadang2 aku masih berada dlm keadaan denial state. tau tapi buat buat tak tahu. tak tahula...yang penting i miss him so much....moga aman dan tenteram rohnya disana. kita jumpa kat sana ye abah.

Tuesday, March 6, 2012

Different world

Assalamualaikum


sungguh, rindu sangat mahu metatap wajahnya
rindu mahu mendengar suaranya
rindu pada senda guraunya
rindu mendengar nasihatnya
rindu sangat nak cium pipinya
rindu sangat pada pelukannya
ah, banyak nya perkara yang dirindukan..
dunia kita sudah berbeza tapi hati ini tetap sama..


Al-fatihah buat Ayahanda tercinta Hamzah bin Kusiran
genap 3 minggu pemergiannya
hati hati ini masih sangat terkesan dengan kehilangan abah
moga segala amalannya diterima dan moga abah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.amin.