Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Saturday, January 29, 2011

Menerawang

Ajaibnya kehidupan tatkala Allah menjadi harapan
Hinanya kehidupan tatkala manusia jadi sumber harapan

juga cinta
prinsip yang sama

jangan dinafikan anugerah yg diberi
jangan ditidakkan fitrah yg lahir dari hati
usahalah untuk dilorongkan ke lorong yang menuju Ilahi

pilihan di tangan empunya diri,tanyalah hati.
bersediakah kamu mencari yg Hakiki dari sumber yang asli?

tanggungjawab dilaksanakan dengan rasa cinta
lagi manis kan?
(^.^)

fighting!
pejuang sebenar tak pernah kenal erti putus asa.

kata hati di pagi buta
"tin kosong biasanya lebih nyaring kuat bunyinya"

mood : a bit gloomy sesuai dengan mendung di luar.
Hebatnya balasan bagi mereka2 yang sabar!
kawan2,mari bersabar!=)




Monday, January 24, 2011

Steambot!!!

sabda Rasulullah S.A.W " bertenang-tenang itu dari Allah dan bergopoh gopoh itu dari syaitan"(riwayat Baihaqi)

dalam kesibukan nak midsem,nak hantar assignment,presentation,menyiapkan lab report n riuh2 inter kuliyyah,meh kita bertenang2 dulu dengan steambot=)
(kelmarin buat tapi disebabkan internet takut nak singgah bilik baru hari boleh post,kurang dah sikit rasa excited.T.T)

homemade tau,mari memasak dengan barang apa yg ada,mungkin x semewah mana2 restoran tapi kepuasannya tetap the best!hehe,termakbul hajat nak mkn steambot dlm bilik.=)

lets prepare!
list item
1. periuk
2.air
3.bahan2 perencah
4.bahan bahan untuk dicelur

panaskan air dulu,kasi mendidih.


tomato n cili(perencah fav aku,hehe).kasi potong2 didihkan sekali dalam air masak tadi

bahan2 yg ada.kobis bunga,cendawan,ketam,bebola ikan,kek ikan,hotdog,kue teaw,mee,kangkung

masukkan stok kiub tomyam+ayam.gaul2 kasi hancur itu tomato
tutup sekejap bagi mendidih

yey!dah mendidih=)(boleh mula celur bahan )

test rasa,ermmm...sedap2!ok2,bole mula makan=)


haaiii,kenapalah gambar ni senget,dah betulkan pun senget lagi.bagi jiran tetangga(walaupun 1 bilikje yg dapat)sorry..semua dah masuk dlm perut org2 yg kelaparan.=p
alhamdulillah,licin periuk,masak untuk budak2 belaja ni mmg untung,mesti habis punyala mknn,hehe
ok.post ni saja2 nak bagi pihak tertentu jeles,pihak berkenaan"kakak syg,meh la datang bilik sebelum grad,nnt kita masakkan akak ye,=D"

the end,kembali kpd exam mood.

Thursday, January 13, 2011

Teladan yang Baik

i want nobody2 but u..
i want nobody2 but u..
(sambil sengih sorang2 teringat anak2 kat rumah yg teruja setiap kali dengar lagu ni,hehe)
again..
morning without class.
tu yg rasa gatal tangan je nak menaip mcm2.
kekadang terfikir jugak mcmmana la korean artis ni bole hafal step2 menari
susah!serius,aku try juga kadang2(hohoho,time2 rasa nak buat aerobic kat bilik=p),tapi
dah jadi mcm pokok bergoyang kena tiup hangin je,hahaha
mesti practise x hengat mereka tu kan.ermm...boleh apply. practise make perfect!
practise bersungguh2 memahami subject haematology ni ye cik dod!(baik!!!)

tiba2 nak selit cerita kereta boleh?salah satu dari dream list,mimpi bukan sebarang mimpi,mimpi aku mesti jadi realiti,hehe.
si gemok yang comel,=)
cool kan?
hehe,bayangkan aku yg bawak,aiseh..smart habis la=p(start your engine now,aim!)

bercerita pasal aim..selepas subuh tadi baca soal mendidik anak perempuan. bezanya dengan mendidik anak lelaki?beza memang berbeza. anak perempuan itu perlu banyak diraikan dengan kata2,belaian dan pemberian.hakikatnya perempuan memang makhluk yg penuh perasaan.jadi pendekatan kejiwaan itu perlu lebih diutamakan.panjang kalau nak dihuraikan.nnt2 la share,huhu

umum sekarang ni masyarakat kita sarat dengan kerenah remaja(aku remaja lagi ke?boleh la termasuk jugak,hehe),macam2!
hati mana yang x risau bila fikirkan anak2 yg kecil sekarang ni akan terpaksa lalui zaman yg penuh cabaran masa akan datang.

ermmm...sebab tu didikan awal di rumah mainkan peranan yg sangat2 penting. kita2 ni yg perlu beri contoh terbaik agar mereka2 mencontohi teladan yang baik.teladan dan ajaran yang baik itu lebih penting dari keturunan yg baik.keturunan yg baik tanpa ajaran yg baik tak kemana, tapi dengan ajaran yg baik keturunan yang xbaik itu boleh jadi baik,iman itu tak dapat diwarisi,setuju?

buat2 anak2 ku(aku lagi senang panggil anak2 aku instead of anak saudara aku sbb dah dibiasakan dari aku kecik kot),maaf andai diri ini x mampu jadi contoh yang terbaik,tapi acik akan berusaha jadi yang terbaik.

p/s : teringat perbualan dengan yaya beberapa bulan lepas
yaya : cik dod..nanti yaya dah besar,yaya xnak kahwin
aku :ish,kenapa yaya xnak kahwin?
yaya : cik dod pun x kahwin.yaya nak jadi mcm cik dod
aku :err....(sudah,aku nak jawab apa ni ye)
*aku menjawab dengan beberapa patah perkataan tapi jawapan dirahsiakan disini,hehe





Wednesday, January 12, 2011

Insan Bernama manusia

subhanAllah.
indahnya pagi ni...
entah kenapa setiap hari rabu hati rasa lain,rasa mcm berbunga2(sebab xde kelas =p).lagi satu sebab aku lahir hari rabu kot,tu yang rasa setiap hari rabu rasa jadi orang baru,freshnya!=)

rasa mahu cerita soal manusia.manusia yg dijadikan serba indah penciptaannya. tapi jika silap jalannya boleh jadi makhluk terhina. kadang2 terasa nak rasa mcm mana perasaannya jadi daun,siput,tikus,kura2 dan mcm2 lagi makhluk.apa pandangan makhluk2 lain ni pada manusia ye?haha,boleh?

hidup memang misteri kerana hanya Allah yang tahu rahsianya tapi Allah maha penyayang.

".....,sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan dirri mereka sendiri,..."(Al Ra'd : 11)

Dia beri peluang manusia untuk memilih.Dia beri manusia akal untuk berfikir.Dia beri kita nyawa untuk merasai kehidupan. Dia menciptakan manusia dengan ciptaan yang saling melengkapi ,lelaki dan perempuan.

lelaki dan perempuan,punya tanggungjawab dan peranan yg berbeza tetapi sama penting dalam membangunkan kehidupan.jangan di persoal tanggungjawab dan peranan mana yg lebih berat kerana dua2 ada peranan yang sama berat.saling melindungi.

untuk hawa sekaumku, sehebat atau setaraf lelaki itu bukan sesuatu yg perlu dikejar.berusahalah jadi diri anda sebaiknya. jadikan tugas2 yg kelihatan biasa itu luar biasa.

untuk kaum adam,jika jiwamu benar2 tulus dan tunduk pada Ilahi, pasti lurus perananmu sebagai lelaki.

untuk kedua2 kaum,inginkan sesuatu?berilah sesuatu.hanya tangan yg sudi memberi berhak menerima pulangannya.=)

tiba2 rasa berat boleh?hehe...mcm post motivasi la pula kan,sekadar sedikit perkongsian bagi siapa2 yg baca.
p/s : kagum dengan parent aku yg dah 47 tahun kahwin alhamdulillah masih bersama lagi.tiap2 hari gaduh tapi tiap2 hari juga baik,mcm mana tu?hehe...heran tak heran juga la aku.
moga2 hari2 yang mendatang mematangkan lagi diri ini,amin!



Monday, January 10, 2011

khas untuk zira

berlatih memarking kereta.
zira : tgk line putih,bajet sikit baru masuk,jangan terus laju je.slow2
aku : ok2 makcik

post ni khas untuk zira yg teman aku dari pagi sampai malam.haha.berjaya juga ke pasar malam. banyak kenderaan kot.
the tourist.nak bagi berapa bintang pun aku xtau.3.5 ok kot. slow,action kurang menarik,nasib ada johnny dep.haha.
to zira : prepare untuk next class ye,=p
ko lah guru aku untuk menambahbaik skill memandu ni.hehe

Impian

Impian...manusia hidup dengan impian.manusia yang bercita2 besar dan berjuang bersungguh sungguh menuju cita2nya,jiwanya sentiasa hidup sebaliknya manusia tanpa cita cita dan impian jiwanya mati,hidupnya tanpa nilai.1 dari etika perubatan islam juga adalah dengan memberikan harapan.

kisah pemuda yg telah membunuh 99 org.setelah melakukan byk dosa besar pemuda tersebut ingin sekali bertaubat kembali pd yg yang Satu.mengembaralah dia berjumpa org alim dengan harapan dosanya diampunkan tuhan. dalam perjalanan berjumpalah dia dgn seorang rahib. maka dengan penuh harapannya dia bertanya kpd rahib tersebut,

pemuda : aku ni orang yg terlalu byk berbuat dosa, terimakah Allah atas taubatku?
rahib : sebesar mana dosamu itu?
pemuda : aku ni orang yg terlalu besar dosanya,dosaku lebih tinggi dari gunung ganang,lebih luas dari seluruh lautan (telah bunuh 99 orang)
rahib : *terkejut lalu mengatakan "terlalu besar dosamu itu",aku tidak pasti akan diampunkan Allah atau tidak

pemuda tersebut mati harapan setelah mendengar kata2 rahib tersebut,maka dengan rasa marah dibunuhnya pula rahib tersebut, genaplah angka 100 org yg dibunuhnya.dengan perasaan hampa,pemuda tersebut berjalan lagi tanpa tujuan...dalam pengembaraannya,berjumpalah dia dengan seorang imam. pemuda tersebut sekali lagi bertanyakan soalan sama seperti ketika berjumpa rahib 1 td.

imam : sebesar mana dosamu?
pemuda : lebih tinggi dari seluruh gunung ganang dan lebih luas dari seluruh lautan.masih adakah keampunan Allah untukku?
imam :"sesungguhnya rahmat Allah itu lebih besar dari seluruh alam semesta"mintalah keampunan dariNya,jika benar2 ingin berubah,hiduplah bersama2 dengan orang beriman,jauh dari tempat asalmu.

mendengarkan kata2 imam tersebut, jiwa pemuda tersebut terus hidup dgn harapan,setelah ditunjukkakan arah jalan ke kg org beriman,pergilah pemuda itu dengan hati yg sangat berharap.tetapi pemuda itu mati di pertengahan perjalanan sebelum sampai ke destinasi.

2 malaikat berebut inginkan roh pemuda. malaikat 1 ingin mengambil roh pemuda itu dimasukkan dlm golongan org yg tidak bertaubat kerana pemuda tersebut blm sempat utk bertaubat. malaikat 2 ingin memasukkan pemuda tersebut dlm golongan org yg bertaubat kerana kesungguhannya.maka turunlah perintah Allah untuk mengukur jarak mana yg lebih hampir dari tempat pemuda itu mati.setelah diukur,dengan rahmat Allah,jaraknya lebih hampir dengan kg org beriman.maka diri nya disenaraikan dlm golongan org bertaubat.

walau apapun harapan kita,sandarkan harapan itu padaNya. dalam rasa roja' (berharap pd Allah) sertakan juga dengan rasa khauf (takutkan Allah). bukan takut atas halangan2 didunia. Dunia itu sementara,akhirat itu utama tapi perlu diingat,dunia ini ladang untuk ke akhirat."berkerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup seribu tahun, beribadahlah kamu seolah2 kamu akan mati pada esok hari".

minta, percaya dan terima. insyAllah.mintalah dari Dia yg satu,percayalah dengan rahmatnya, dan redhalah dengan pemberiannya. hindarkan pemikiran dari rasa2 negatif yg menjauhkan kita dariNya,jadi,teruskan harapan anda!=)
bermimpilah dengan impian2 yg membina

p/s : rindu ingin pergi ke pengajian kitab di kg penor.



Sunday, January 9, 2011

rahsia yg bukan rahsia

just be happy and everything will be fine.(kata kata ni teman setia hati aku)
sungguh,apply this, insyaAllah segalanya akan baik2 aje=)

ermmm...in planning nak buat vision card.vision aka dream.everything start from dream kan?

in list -dream*
-dream cgpa
-dream job
-dream car
-dream house

yaAllah,Engkaulah sebaik2 tempat untuk aku meminta,amiinn...

Saturday, January 8, 2011

Brand New Day

aku : mak,kenapa daun warna hijau?knp x semua warna merah ke oren ke?
mak : ermm...kalau nak tau kena la belajar pandai2,baru tau sebabnya kenapa daun warna hijau. sebab tu kena masuk u.
aku : kat u ada jawapan ke...u tu apa..(fikiran budak 5 tahun)

Dr. Tariq : kenapa jari,telinga dan anggota lain bdn kita berhenti membesar pada saiz2 tertentu?apa faktor yg menyebabkannya berhenti membesar pada saiz2 tertentu atau memang will of Allah sahaja?
aku :.................(faktor dari growth hormone kah,atau dari genetic kah?)

soalan2 yang nampak biasa tapi jawapannya luar biasa. luar biasa kenapa?

subhanAllah!luar biasanya kuasa Allah,mcm mana boleh ada chloroplast dlm daun yg senipis itu(chloroplast yg menyebabkan daun berwarna hijau). boleh bg response dgn persekitaran plak tu.cuba tengok chloroplast di bwh microscope,apabila terkena cahaya ia bergerak2 umpama benda hidup.bkn tu je,dalam chloroplast tu ada berlapis2 layer lg yg ada fungsi tertentu..that why jangan sesuka hati musnahkan alam. mereka tu juga hamba yg sentiasa berzikir mengingati kuasa yg Agung.

tangan kita kaki kita hidung kita telinga kita.mcm mana dia pandai2 nak adjust membesar sesuai dgn keadaan tubuh kita?(Allah punya kuasa tu semestinya jawapan yg tidak boleh ditidakkan).Allah beri kita ilmu sains untuk berfikir secara 'alami supaya dapat memahami setiap hikmah kejadiannya. jujurnya,aku xdapat lagi jawapannya. kalau faktor genetic, apa tindakbalas yg terlibat, bahagian gene mana terlibat, mcm mana?kenapa?sebab? subhanAllah,luar biasanya kuasa Allah.

Rasulullah gunakan tangan kanan untuk makan,kenapa?pergerakan yg semudah ini tetap ada penjelasan sainsnya.Islam memang satu cara hidup yang paling sempurna. RNAase enzyme di tangan kita bertindak untuk musnahkan bakteria2 yg ada di mknn kita. tapi make sure basuh tangan sebelum makan.jgn risau,enzyme tu tak hilang kalau basuh tgn.bdn kita automatic hasilkannya.continuous production.luar biasanya kuasa Allah,maha hebat!

" sungguh kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baiknya" (4 : 95)

setiap ayat terselindung bermacam hikmah,Al Quran itu diturunkan untuk dihayati dan difahami.sebaik baik kejadian! hargailah anugerah ini,kita makhluk yg Allah angkat darjatnya tinggi berbanding makhluk2nya yg lain. diangkat darjat itu dengan amanah. hamba dan khalifah.

make everyday as a brand new day. say thank you Allah in everything you get. whatever it is,either we think it good or bad, it from Allah.Allah knows the best for us.Seeking knowledge is the best ways to make up your days. knowledge increase the feelings of gratitude toward Allah.whoever you are now,a mother,a teacher, a doctor, a worker, you should learn something everyday.=)

jadi,sesiapa yg nak jd orang berilmu

bangun pagi sebut "alhamdulillah"
pijak lantai sebut "alhamdulillah"
gosok gigi sebut "alhamdulillah"
gosok baju sebut "alhamdulillah"
etc...etc...etc....sebut "ALHAMDULILLAH"
your day will be a brand new day!
gambar tambahan to feel more gratitute toward Allah.ini lah sel darah merah kita,and to make myself feeling good,this is my lovely blood!cantiknya!(puji diri sendiri boleh?=p). and the good news, i'm free from thalasemia. buat sendiri tau slide ni, walaupun xsebagus pro,this is good enough for me kan.hehe
zoom 400x. sel yg nampak mcm donut tu sel darah merah dan sel sebijik besar ada nucleus warna purple tu sel darah putih.

p/s : kalau org yg jahil tentang Islam pun boleh setiap hari rasa bersyukur dgn dirinya apatah lagi kita yg bertuhankan Allah.

"if it is a new thought to you that gratitude brings your whole mind into closer harmony with the creative energies of the universe,consider it well,and you will see that it is true"
Wallace Wattles

Sunday, January 2, 2011

Azam

udara segar tahun baru...=)
kuantan dah jd mcm cameron,dgn kabus bukit belakang ni ditambah dgn hujan renyai2 sentiasa.
wah~aku berada di kuantan ke ni???=p

bercerita pasal azam tahun baru, harapan tetap harapan,jadi,haraplah yg terbaik barulah hasilnya hasil yg terbaik,mcm dlm buku 7 habits by stephen covey tu. 2nd habit, kalau x salah, kita sentiasa perlu ada bayangan akhir utk hasil kerja atau perbuatan kita. kiranya gambaran matlamat tu perlu jelas di minda.baru kita nampak mcm mana jalannya nak capai matlamat tu kan?mari bayangkan diri mendapat yg terbaik.

azam wajib :self improvement !
pelaksanaan?

attitude improvement
-be non judgemental especially for myself
-do not assume anything
-always positive
kawan2 positive bantu saya ye=)
bacalah dgn nama Allah
nota hati seorang lelaki.

mengenali,memahami,merasai,menjiwai~
Allah beri masa dan pengetahuan supaya kita boleh berhenti sejenak untuk berfikir dan menilai kehidupan kita..
sahabat2...stongly recommended.ada masa sila baca=)

p/s:
talk dari ustaz hasrizal(ISLAM is the holistic way of life)malam td melengkapkan pembacaan buku the secret.
sedikit perkongsian dari the secret,"your feeling determine your thought, your thought determine your life"

Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru

tepat jam 2.05 pagi,1 jan 2011,selamat tiba semula di perkarangan UIA. alhamdulillah Allah mudahkan xpdc dakwah sebentar td walaupun hujan lebat sementara menunggu jam 10.kerjasama antara JAIP,IPT tempatan dan NGO di sekitar kuantan sendiri.
lokasi asal kami, megamall,benteng, dan teluk cempedak tetapi memandangkan cuaca yg agak tidak menentu, lokasi teluk cempedak terpaksa dibatalkan.

lokasi aku?aku memilih untuk join pasukan di sekitar sungai pahang aka benteng. ada event disana. bunga api n concert.
ermmm,nak kongsi apa ek?
realiti masyarakat kita....pedih tapi kena telan jugak.itu cabaran zaman sekarang yg perlu ditempuhi kan.
ha, ada perkara menarik yg agak menarik perhatian aku sepanjang xpdc td. kaum adam lg senang untuk didekati berbanding kaum hawa sendiri. padahal yg kami ni kaum hawa juga kot.

situasi 1 :
aku : assalamualaikum makcik
makcik :.....(xpandang aku pun)
aku : erm...sy ada risalah sikit ni,makcik ambiklah buat baca2 sikit..(sambil tersengih 9)
makcik : kecik sgt tulisan ni xboleh nak baca
aku : ha....nah makcik,yg ni besar sikit tulisan dia
makcik :.......(diam sambil jln melepasi kami)


situasi 2 :
aku : assalamualaikum pakcik
pakcik : waalaikumussalam (jwb dgn bersemangatnya)
aku :
sy ada risalah sikit ni,pakcik ambiklah buat baca2 sikit..(sambil tersengih 9)
pakcik : risalah apa ni dik??....owh,pasal agama...
aku : baca la sikit2 pakcik sementara tunggu ikan tu
pakcik : bgs2...dari mana ni dik??
layan borak dgn pakcik2 tu....

tu kisah2 golongan dah berusia sikit

yg muda mudi pulak faham2 jela...nampak kitorang je terus menyimpang mengelakkan kitorang...yg sempat tegur tu sempatla,yang tak tu doakan dlm hati jela..
yg aku berat hati sgt td pasal adik2 perempuan kita ni la.beraninya tgh2 mlm berseorangan perempuan dikelilingi belasan org lelaki,berpeluk2 pulak tu...terdetik dalam hati xbaca berita ke pasal kes2 rogol ni,xtakut ke, fikir ke tak mak bapaknya kat rumah tu...
bila ditegur cakap kenal dah dgn lelaki2 tu, kejap lagi balik la rumah, tau perangai lelaki ni mcm mana..
aish....dah tau knp la cari pasal lagi...aku pun tak tau la apa yg ada dlm fikiran diorg. sesuatu yg kita semua perlu fikir dan mencari solusinya.

alhamdulillah mlm ni bertambah lg pengalaman aku dlm menjayakan misi sepanjang hayat ni.emosi pun dah bertambah stabil berdepan dgn golongan remaja ni. experience is the best teacher right?=)

ok, tahun dah bertambah,umur pun dah bertambah, tanggugjawab juga bertambah, kerja juga bertambah, yang pastinya semuanya bertambah. satu je yg semakin berkurang...makin kurang waktu kita di dunia ni.sesuatu yg perlu difikirkan juga usia yg semakin mendekati yg Esa ni.=)


p/s : berusaha menghabiskan the secret.next time story eh.selamat tahun baru