Alhamdulillah, selesai majlis pernikahan sahabat saya pd sabtu lepas, 1/10. beliau ni bole kata kawan yg awal2 aku ada sejak aku lahir, mmg dari perut dah kawan sbb dudukberjiran n mak2 kami pun mmg shbt baik, lahir sama2, tido mandi makan semua sama2..main sama2, sekolah sama2..masuk sekolah menengah jalan kami berbeza, tapi kawan tetap kawan..tahniah ye medot!(dia marah aku panggil medot kat public ni, tapi dia xkan baca blog aku,tu yg berani tu,haha).
memang nervous, sampai aku turut sama nervous,hehe..siap pengantin perempuan bole ajak aku lari sbb nervous sgt,ada ke..he, semua urusan berjalan lancar, rasa bersalah sbnrnya xdpt tolong sungguh2...banyak kekangan,kalau aku dok rumah je mmg setiap hari aku merewang rumah dia.

Alhamdulillah,selesai akad,sessi bersalaman dgn keluarga baru masing2..masa ni mmg terkedu kejap tgk pengantin lelaki menangis teresak2,bukan nangis sikit2 je tau..siap terhenjut2 bahu masa salam parents tu...pengantin perempuan tak payah mention la confirm2 la nangis jgk,sampai serabut mekap=p,hehe..walaupun kita jd pemerhati je, mmg waktu ni rasa sangat2 besarnya tanggungjawab lepas ijabkabul tu...dari status hidup seorg diri dah upgrade jadi hidup berdua org...kalau seorg diri pun dah mencabar apalagi berdua kan? moga2 perkahwinan ni akan sentiasa diredhai Allah..
dan seperti biasalah...sessi posing dipelamin mmg tabiat aku n leha,hehe
my sis ni plak insyaAllah tunggu hari je..moga2 waktu tu aku dah x berapa bz..bole tlg buat persiapan kat rumah nnt.ok tu cerita pasal kawin shbt saya. apa pulak kaitan dgn tajuk poligami nih?hehe..cenggini ceritanya.
keesokan hari slps majlis, seorg shbt call, dpt berita sedih dari dia...dan aku biasala,awal2 dgr mmg beremosi la, lelaki ni mmg mcm ni la tu la (padahal perempuan pun ada mcm tu jgk...) cuma aku biasa jumpa lelaki la...apa2 pun yg berlaku pasti ada hikmahnya, sedih mmg sedih,sakit mmg sakit, manisnya?confirm lagi manis...tunggu aje,Allah itu maha Adil kan=)..
dok tgh rasa mcm2 tu teringat dalam majalah solusi bil 36 ada sentuh soal poligami di ruangan Fitrah,tajuknya "menyantuni fitrah berpoligami". agak terkejut sbnrnya bila Dr Harlina ada sebut perempuan pun ada naluri berpasangan lebih dari satu.gulp!patutla ada byk kes perempuan curang... tapi itu semua sekadar naluri. Naluri @ fitrah yg wajib dibendung dgn akal dan iman. cuma lelaki Allah bg kelebihan utk dihalalkan fitrah semulajadi nya tu atas sebab2 kukuh yg Allah lebih tahu. Dia maha mengetahui atas segala ciptaanNya. Jujurnya la kan bagi aku sendiri pun, berkongsi tu mmg best lg2 kalau mknn ke apa, tapi berkongsi suami.....ermmmm...xmau cakap lebih2 sgt, kita tak tau bila kita akan diuji kan?tapi bila diuji tu maksudnya Allah ingat kita.
lepas tu teringat lagi perbualan waktu semester pertama minggu pertama di UIA kuantan ni,isu ni jgk yg naik...malam tadi, kononnya nak meluahkan rasa hati, tup2 dapat tazkirah sejam..alhamdulillah. walaupun xnak dengar sgt sbnrnya(=p) tapi at last, hati jadi tenang bila diperjelaskan..apa2 pun Allah tu yg pertama, jgn terlalu terikut2 dgn budaya asing yg dihidangkan sekarang.
Perempuan mmg kebanyakkan emosinya akan tersentuh dahulu berbanding akalnya, jadi...kalau dia manusia normal,akal rasionalnya akan dtg jg. Bagi lelaki2 yg benar2 ingin berpoligami, pastikan agamanya nombor satu dahulu...rasanya perempuan tidak menolak lgsg poligami,bahkan menerima cuma mungkin kerana terlalu sygkan suami, takut2 di akhirat sana si suami byk yg tersangkut bila soal tanggungjawab dipersoalkan...sedangkan satu sudah berat apatah lagi lebih kan? kalau boleh didunia mahu bahagia di akhirat pun mahu lebih bahagia kan. ukur baju di badan sendiri!=)
mahu sambung baca buku,annyong!=)
ada paper esok n lusa, doakan saya ye!
p/s : sawah sgt cantik....
No comments:
Post a Comment