Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Wednesday, October 17, 2012

Kongsi Kongsi Sikit

Assalamualaikum..
dah reda rasanya musim hot aku ni..(uweek!!).hehe..sesuai kot sekarang upload gambar sikit untuk tatapan rakan2 disini..lagipun blog ni ramai tak sedar kewujudannya. Jadi, untung nasibla siapa yang jd kawan blog aku nih..hehe. 

Sedang bersiap sementara menunggu kehadiran rombongan.
rilek je ingat belum gerak dari masjid. tiba tiba call, dah gerak..ohh!!kena cepat!

dah sampai depan rumah. dannn 11 kereta ok!hehe..alhamdulillah, ramai tetamu datang. murah rezeki mak aku.
mak andam sedang berusaha menghias aku dengan sepantas kilat sebab rombongan dah datang. thanx you so much zeti for your love n sweat,=p.hehe
Hantaran sebelah lelaki, tetiba meningkat jadi 9. 
Siap siap bersiap terus ke fasa adegan meyarung cincin. Okeh, aku pun tak jumpa lagi apa reason atas adegan ini. cumanya aku followkan je. atas reason, orang nak bagi hadiah elok2, terima pun kenala elok2. lagipun pihak sebelah sana nak tengok kita katanya. so kenala cantik2 sikit kan??hehehe 
sebelum sarung cincin,mukal bakal mertua aku ni maintain je.
selepas..empangan pecah, menangis terharu katanya..gugup aku kejap. nak buat apa ni ye..last2, ni aku punya pujukan
aku : makcik, sabar ye (sambil usap2 belakangnya).
hahahaha...macam ntah pape je kan aku. tak kena betul dengan situasi..huhu
my lovely mum. terima kasih mak..tak cukup rasanya ucapan tu..hanya Allah mampu membalas segala jasamu mak...budak chik yang sebelah aku tu.deena bangun bangun terus minta aku dukung. hehe.
waa...mak saya makin bertambah insyaAllah..bole tak rasa disayangi??hehe
kawan kawan serumah yang sudi datang memeriahkan suasana. thank you so much ye!!
dari pihak kami. pun meningkat kepada 12. pagi kejadian baru siap ok semua ni.
jamuan makan tetamu
berehat setelah kepenatan bekerja keras. merekalah segala segalanya dalam hidup aku.huhuhu. terima kasih semua. 

majlis yang sederhana, hanya dihadiri saudara mara dan sahabat handai terdekat. Niat dari dulu memang taknak bertunang dan kalau pun bertunang taknak heboh heboh, iyalah baru bertunang. tapi bila memikirkan kondisi keluarga aku. memang takla kan. dann..niat aku kongsi dengan kawan kawan kat sini pun, agar kalian dapat mendoakan segalanya berjalan lancar..soalan wajib ditanya oleh semua orang. bila tarikh istimewanya??

jawapan aku : tungguuu...dengan sabar ye. aku pun tengah sabar sabar je ni..haha. 

Thursday, October 11, 2012

Antara darjat dan kasih sayang

Tempat : lokasi di rangkaian kesihatan terkemuka di Tropicana City Mall.

Selepas selesai membuat pembayaran, maid kepada seorang perempuan mat saleh dalam lingkungan usia 50an terus menyusun barang di dalam beg plastic dan mahu mengangkatnya. tiba tiba..

Madam A : don't! don't do it, it so heavy, let me carry that things.
Her maid : It's ok madam, this is my job.
Madam A : please don't, it's heavy! just let me do it.
Her maid : No, no madam, let me carry all these things


then, masing masing sama2 angkat barang sambil berpeluk lengan..SubhanAllah
Akrabnya hubungan antara seorang tukang gaji dan majikannya. (saya punya assumption berdasarkan gaya pemakaian dan perbualan mereka, jelas terserlah)

Dan terbukti, darjat itu hanya ujian buat manusia. Kita beragama islam, sepatutnya akhlak kita terhadap orang bawahan lebih baik, realitinya?

p/s: saya rindu budaya senyum dan salam di UIA...saya rindu memberi salam dan menjawab salam yang diberikan oleh makcik2 cleaner. 

Monday, October 8, 2012

Ucapan Konvo.~hehe

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

huuuh~semalam berakhirnya satu hari cukup bersejarah dalam hidup aku. Walaupun tak dapat banggakan mak ayah dengan anugerah pelajar cemerlang seperti adik beradik aku yang lain, tapi aku cukup puas dapat menghabiskan pelajaran selama 6 tahun ni. semalam, tiada drama tangisan air mata seperti di majlis2 konvo sebelum ni. mungkin aku anak yang akhir akhir kot, jadi mak takdela nak heran sangat,hehehe

tak dapat nak bg speech mcm best student semalam ( misss hasna, dia memang sgt layak), dapat bg speech kat blog terpencil ni pun jadila ka, cukup syarat.kekeke

Dikesempatan ini, saya ingin menyucapkan syukur kehadrat Ilahi yang telah memberi saya peluang dan ruang untuk meneruskan cita cita saya. Alhamdulillah. Engkau telah memberikan satu kehidupan yang cukup bermakna bagi insan benama Siti Khodijah Hamzah. Kepada mak...yang terlalu banyak jasanya kepada aku, mengorbankan segala2nya demi melihat amanah2nya di dunia ini berjaya. walaupun selalu gaduh2 ( gduh manja ok), she's still the best mom in the world. YaAllah..jadikanlah aku anak yang solehah untuk ibuku..amiinn.

Untuk abah.........terima kasih kerana sentiasa tunjukkan panduan hidup untuk aku dan bagi didikan dunia akhirat..
walaupun kita orang susah, tak pernah sekalipun aku rasa lapar sebab tak di bagi makan.
walaupun adik beradik ramai tak pernah rasa kurang kasih sayang( kalau ada pun, gedik2 je.hok2)
walaupun abah dah takde, abah sentiasa hidup dalam doa dan hati kita...malam sebelum konvo, ada drama dgn diri sendiri...huhu, rindu saat2 berborak pasal kerjaya dan cita2 dengan abah, he is the best man I ever had. tak pernah tegur aku dengan nada yang kasar...but tegas!
(kami anak2 perempuan, memang sangat2 rapat dengan abah..even masa abah sihat pun, kte mandikan abah, gosok2 belakang abah, buat facial kat abah, beruskan gigi palsu abah, potong kuku abah, sapu losyen kat badan abah..abah pun sangat suka dimanja2kan mcm tu..huhuhuhu..rinduuuunya masyaAllah!). ok fullstop. pecah kang empangan,huk2..moga kita sekeluarga bersatu kembali di tempat kekal paling istimewa di sana kelak.

to my siblings, abg leh, kak ti, kak milah, abg poji, kak midah, abg mamat, abg piki, abg daus, leha n epi, daannn kepada adik beradik tambahanku..kak ani, abg suib, abg ajis, kak lela, kak fahima, kak liza, kak ann dan fikri...terima dengan jasa dan pengorbanan anda sepanjang tempoh pembesaran (?) saya.huhu...tak dapat saya balas jasa anda semua, andai semua perlukan pertolongan saya, saya sedia hulurkan tangan, andai ada yang bole dibantu..saya bantu..insyaAllah..saya amat hargai ikatan kasih yang Allah telah jalinkan ini. Keluarga ini antara anugerah terbesar dalam hidup saya..

kepada sahabat perjuangan dari saya mulakan kembara ilmu sampailah sekarang, terima kasih yang tak terhingga di atas segala jasa kalian, saya sgt2 sayang kamu semua, tuhan saja yang tahu betapa rindunya saya kala ini mengenangkan waktu2 bersama dulu.. hanya Allah dapat membalas jasa kalian. moga ikatan hati kita ikhlas keranaNya dan Allah sentiasa memelihara hubungan ini..

dan last but not least, untuk insan yang bakal hidup bersama saya..terima kasih kerana hadir dalam hidup saya, kehadiran anda amat bermakna dalam hidup ni..saya minta maaf atas segala salah silap saya. terlalu banyak kelemahan yang saya ada sampai kadang2 saya lupa akan kelebihan yang Allah bagi..moga Allah sentiasa menjaga dan memelihara hubungan ini. 

Ijazah yang saya pegang ini adalah satu amanah yang akan Allah persoalkan kembali..saya akan berusaha sebaiknya menunaikan amanah ini..moga2 kalian semua dapat mengingatkan kembali saya andai saya tersasar dari landasan yang sepatutnya..amin.