Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Monday, April 25, 2011

tatkala matahari tegak di atas kepala

lapor..
makanan xdo
pergi rumah makcik petang nanti..lama lg tu baru dapat makan
sebijik megi dah berjaya di telan...tapi bergelodak2 lagi lipatan rague dalam perutku (teringat time exam toxico punya lapar sampai org belakang dan sebelah boleh dengar perutku berkompang.hehe)

serius penyakit mim menyerang semula,adess...

mari meneruskan menyiapkan assignment.(cepat betul hilang fokus kamu ni dodi!)
dodi : a'ahla...nak buat mcm mana,asyik teringat ada orang nak belanja mkn makanan korea..tapi orang tu dah lupa kot..sob sob sob

P/s : nanti aku ada rumah memang stok mknn sebukit aku simpan ( aku x bermaksud sarcastic ye cik ya,=p)hehe.nasib la ko xselalu baca blog aku.

aja aja fighting!

Bahagia Seadanya

Kadang kadang lelah..
apabila memikirkan sedang hidup dalam zaman yang serba "modern" dan "maju"
mahu lari sejauh2nya
tapi bumi ini milik yg Esa,sejauh mana kita mahu menghilang kita tetap milikNya. Dia sentiasa ada memerhatikan kita...

Malu rasanya dengan Maha Memberi
bilamana amanah wajib yang diberikan tidak dijalankan sebaiknya
tetapi nikmat yang diberi terlalu banyak...
tak terhitung,tak terhingga
layakkah kita untuk merungut memikirkan takdir diri..?
(.....hanya sedikit dari mereka yang benar benar bersyukur)

(statement orang yang rasa bersalah bila xdapat pergi PMG dan PMGK dan Misi II ke Yala, selatan Thai dan lambat hantar laporan)...memang xelok buka aib. Disini sekadar luahan rasa...semestinya bukan sengaja, ada faktor2 tertentu yang menyebabkan ianya berlaku,tapi itu tetap kesalahan sendiri. tiada alasan untuk org yang bersalah ok.
dodi : huhuhu

Moga perjalanan sahabat2 ke Yala di permudahkan dan sentiasa diberi kekuatan untuk berbakti di sana.

Masuk bab lain sikit----->

perkara semasa cuti.

Things to do :
1. membantu menyiapkan assignment abg aku yg sambung belajar(keje aku masa cuti adalah jadi assistant cikgu,sbb tu xpernah ada impian nak jadi cikgu sejak dari kecik lagi,hehe).hopefully bole siapkan b4 26 april.
2. membantu "mengosongkan"rumah makcik aku yg bakal kenduri 30 april nih (makcik aku cakap aku pakar buang barang,haha)
3. menyiapkan proposal untuk FYP (ni lambat2 sikit pun xpe tapi kena mula awal jugak)
4. memindahkan barang2 ke rumah kakakku ke selayang (nak minta belas ihsan sapa la ni..buku2 aku lagi tu,xtau status lokasi kat mana sekarang)
5. g survey pengangkutan awam yang mudah nak ke tempat practical( lagi seminggu je weh),xpernah lagi aku naik lrt dari kg. Baru ke Al Islam specialist center tu.
6. hilangkan "bunga2" di dagu yang dah mcm janggut nih,adeh...buat ngeri org tengok je..huhu. hilang manis i,=p
7. Jaga kesehatan. mak aku sampai bekalkan minyak ikan sebagai makanan tambahan semasa hidup nomad nih. aku pun pelik dgn badan sendiri. kenapa ntah baru sekarang nak jadi fragile...banyak mkn ponstan kot,hehe
8...
9...
10...

ok,tak mahu nak list banyak2. 5 bulan cuti ( dekat setengah tahun, mau beratus menda kena list.hehe=p)

selamat malam dan pagi,bye

p/s : baru pulang dari rumah kakak di selayang ( jadi bibik kejap). borak agak panjang juga dgn abg aku...erm..memang bukan perkara yang mudah tapi kena lalui juga..apa tu?(biarlah rahsia..hehe)...mari kita bahagia dgn apa yg ada..=)
25 april..tarikh yang best dan bermakna.=)

Sunday, April 17, 2011

Sunrise di Bukit Panorama

Assalamualaikum
alhamdulillah..tamat sudah final exam. perasaan..gembira!^^
belum mahu fikir perkara akan datang,mari relakkan otak dengan aktiviti.hehe

seusai exam kelmarin, terus ke cafe utk berjumpa loqman n ali ( adik2 dari gombak yang merempit ke kuantan,hehe..) dan juga ada meeting sekejap. selepas je selesai urusan di cafe terus pulang ke bilik dgn harapan mahu rehat seketika tetapi xde maknanya.kemas bilik dulu okeh. punggah punya punggah tup2 dah pukul 11 lebih tapi x settle lagi.bayangkan la barang sepanjang 6 sem nak kemas suku hari je mana sempat kan. tengah2 mop bilik siti najihah yahya@ rummate kesayangan=p ajak ke bukit panorama pukul 4.30 pagi esoknya. adeh..letih study x hilang lagi+ letih punggah barang tapi disebabkan keinginan membuak2 aku pun cakap "nak2!nak ikut..".selesai kerja pembersihan,pukul 2.00 pagi baru terlena.bermula la kisah memanjat bukit bertangga.

4.30 pagi

SNY : Dodi!bangun2 jom nak g panjat bukit x?
SKH : ah?..nak2,aku naik dgn sapa ni?(dgn muka terkejut2 n blur..)
SNY : khai,cepatla siap2
SKH : ok2..

memandangkan semua pakaian dah siap packing.yang tinggal hanya jeans yang tergantung dan t shirt tidur yang tersarung di badan. aku pun dengan langkah selambanya memakai pakaian tersebut utk memanjat bukit. cuma tambah sarung cardigan je sbb baju blengan pendek. mandi x?haha..mestilah mandi balik nanti....=p

5.00 pagi

bermula la perjalanan kami ke bukit panorama tersebut yang letaknya lebih kurang 40km perjalanan dari bandar kuantan.kami konvoi beramai2 dalam 7 kereta n total participants ialah seramai 31 orang. Rubi, ko mmg PM berjaya la. ko sorang bole cover semua post yg ada.hehe

6.00 pagi. sampai di masjid berdekatan bukit untuk solat subuh. selesai solat terus berangkat menuju ke destinasi.

6.30 pagi

memulakan pendakian dengan memanjat tangga.awal pendakian. dengan langkah confident sambil ambik2 gambar...
suku perjalanan.hampir pancit..hahaha.lama sangat2 dah x panjat bukit,last time tahun 2003...huhu.rasa nak terkeluar jantung n buah pinggang.tapi kena teruskan niat juga,nak tengok kebesaran Allah kan..hehe. memang banyak kali la berhenti.sampai x terkira..

7.00 pagi

tepat jam 0701 pagi. sampai ke puncak.agak berlari la masa panjat tu sbb xnak rasa penat sgt + tercabar dengan pakcik n budak kecik yang sama2 mendaki..muka steady je.muka aku? mcm orang hilang darah...haha.dah terang dah waktu ni kat atas tu n ramai manusia2 di situ,budak sekolah rendah pun ramai. buat program la agaknya. subhanAllah! Alhamdulillah! Allahuakbar! cantik sangat ok pemndangan atas bukit tu. dengan kabus yang masih tebal menutupi bukit2 yg ada di sekitar ditambah dengan matahari yang masih segan2 nak keluar. terpana aku sekejap. tiba2 dengar org main gitar sambil nyanyi lagu cina...aiseh,terganggu perhatian aku menikmati keindahan alam ni,haha







subhanAllah,cantik kan?last pic ni waktu lebih kurang dalam 8.15 gitu,tapi dah agak panas kat atas bukit tu. sampai2 je memang buat sesi potography x habis2.bole tengok di fb saya ye.hehe...cantik memang cantik.dan semestinya rasa diri ni kecik sungguh2 la berada di depan ciptaan Allah ni..

lepas puas bergambar dan main belon next destinasi semestinya kedai makan, lapar ok. (sempat pau 3 keping roti dari alia sebab perut dah berkeroncong kelaparan,hehe).
sampai di pekan sungai lembing, cari2 kedai semua kedai cina maa...(pekan ni kebanyakan penduduknya berbangsa cina).cari2 nampak kedai kopi salmah.salmah kan confirm nama melayu.masukla kami beramai2..

ni lagi satu cerita lawak.kami kan pergi 7 kereta,ramai.. kedai tu kecik je ditambah dgn pelanggan yg sedia ada memang x muatla kedai..baki2 aku n kwn2 lain terpaksa mkn kat bangku luar kedai.dok2 mkn tu kena halau pulak dgn seorg pakcik yg kurg sihat mentalnya..marah dia sebab kitorang amek port dia,haha..akhirnya dah xde tempat terpaksa
merempat la tepi jalan menunggu mereka yg lain mkn..

9.00 pagi

selesai makan, plan asal ada nak pergi mandi air terjun di panching tapi disebabkan ada yg xnak pergi so separuh ke air terjun dan separuh ke destinasi lain. aku dah g panching tu so malas nak gi lagi. jadi join la group yg nak teroka alam ni.hehe...3 kereta g pusing2 sekitar sg lembing.
destinasi 1 : ke kedai teh cina depan kedai kopi salmah. friendly sungguh uncle tu..layan je kitorang.

destinasi 2 : ke muzium sg lembing. bekas lombong. lepak2 dalam muzium ni mcm rumah sendiri.haha

destinasi 3 : site bekas lombong. kelihatan sgt creepy walaupun di sianghari..tutup sbb under construction..dia buat apa ntah kat depan site tu..tapi still nampal tinggalan2 perlombongan..luas sgt kawasannya.

destinasi 4 : jambatan gantung dan kilang kecik buat mee kuning..(x sengaja terjumpa tempat ni).jumpa air sungai yg best..tapi x mandi tengok je..hehe

destinasi 5 : lunch! best kot mknn kat situ ( ke sebab lapar sangat,hehe).

1.00 petang

pulang semula ke UIA dgn rasa seronok sangat+ penat..huhu. sampai2 je terus settlekan yang x settle punya barang2 dan petang keluar semula menguruskan hal2 penting.pulang ke UIA semula hampir maghrib. jam 8.30 mlm lepas isyak mmg terus kiok..meeting ke hapa mmg x ingat dah,huhu. Jadinya mmg release habis la semalam.Alhamdulillah seronok!next time kita ronggeng lagi ye!hehe

Tuesday, April 12, 2011

Rindu

"mummy, cik ya, cik epi semua dah datang, kenapa cik dod x datang umah adeef lagi? erm, cik dod sombong ,belagak ye.."-ayat adeef.

huhuhuhu...dah 2 bulan lebih x "kelon2" adeef. sangat2 rindu dengan mok. nnt cik dod balik cik dod belikan bola ek.

p/s : baru lepas phone call dgn adeef. "cik dod cakap la kuat sikit, adeef xdengar la..".hahahaha. aku bercakap sampai satu blok boleh dgr, boleh x dengar ye adeef?hehe..anak,anak..hehe

serius, sangat kangen dgn my mok yang xmau berhenti cakap ni..T.T
zaman2 baru pandai jalan dan belum pandai cakap lagi.see muka manja yang mengada2.hehe

Saturday, April 9, 2011

Usrah wida' dan Steambot lagi?!!

Tengah2 nak exam,sempat nak update blog.curik masa study sikit.release tension(kunun2...apa ntah yang nak di tensenkan tu,=p)

mlm tadi usrah terakhir semester ini bersama kak bahyah. byk jenis usrah kat UIA Kuantan ni. mmg kena amek masa la kalau nak explain satu2. bab usrah rumah kak bahyah ni dijalankan 2 minggu sekali. paling best pasal usrah ni sebab setiap kali dtg alhamdulillah confirm dapat mknn mewah.x caya? meh join.tapi sisters only la. kalau bro di panggil usrah abg najib plak(suka2 letak nama,hehe..act nama usrah ni usrah siti khadijah..nama aku tu.tu yang cam segan2 nak panggil nama usrah ni,cait!hehe).

sungguh aku sangat kagum dgn pasangan suami isteri ni.abg najib n kak bahyah. isteri doctor suami engineer, sibuknya korang boleh bygkan la kan. terbang sana sini, on call tgh2 pagi buta tapi tetap mereka mempunyai sebuah keluarga yang terurus. anak2 yang behave. Yang paling buat aku kagum mereka masih lagi attach dgn jemaah dan guide adik2 mereka ni( kami la tu..). ingat senang ke? (merenung masa depan aku..always positif ok!hehe)

mknn mlm tadi mmg superb!(sbb aku yang masak.ye aku poyo=p. tapi bukan sorang2 la,ramai2..). lagi best, kak bahyah ni setiap kali kitorang buat usrah memang dia bg kitorang handle rumah tu bulat2.kadang beliau belum balik kerja or ada urusan lain. memang korang buatla mcm rumah sendiri. korek jela apa yang ada dlm peti ais tu. masak la pape.makan jela apa2. almost dah 2 tahun lebih x silap aku usrah bersama family kak bahyah.

kesimpulannya. berbuat baiklah sesama manusia, pasti Allah akan membalas yang sama pada kita. kadang2 Allah bagi rezeki untuk orang lain melalui kita. kita yang perlu setiasa beringat segalanya milik Allah.


sayur campur pedas ( terlebih letak lada,huhu)
ayam goreng rempah.
agar agar buah
sate
putu buluh(betul ke nama ni?ntahla..tapi aku xmakan sbb aku allergy mknn yang ada gula merah ni.poyos je allergy)
Steambot!!!terima kasih kak joh!=D
ok. bahagian aku ni je.(dodi : tipu)healthy giler kan?.haha
makan time.mari memenuhkan perut sebelum memenuhkan hati.=)

"Dan orang orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, sungguh benar benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan jalan Kami."( Al Ankabut : 69)

p/s : gambar tunggang terbalik. xperasan .nak cepat kunun xnak buang masa,=p. topic feveret dibincangkan mlm tadi Tarbiatul awlad. dari dulu asyik2 fasal satu je dibincangkan tapi practicalnya bila ntah,=p.( ni mood menyimpang jap,haha).

doakan saya dapat buat yang terbaik dan moga dapat keputusan cemerlang!sahabat2 juga.=)
dapat teh o panas pagi ni..Alhamdulillah.nikmat2..

Tuesday, April 5, 2011

Kisah Toxico-Ubi Kayu

Hari ni rasa mcm dah hilang bodohnya sikit( bak kata akid,hehe) setelah ada kesedaran sivik study ( xhabis lagi pun,;p)
kesimpulan toxicology: sangat seronok belajar subject ni dan baru tahu kenapa subject ni jadi subject2 last core course.

dah banyak letak entri lagho ni nak bagi entri berinfo sedikit.hehe
berkaitan Cassava (ubi kayu)
nak selit cerita aku sikit bole?hehe. kalau balik kampung makanan yang aku selalu mintak mak aku buat adalah ubi rebus/ pulut putih + sambal tumis mak aku. feveret tuh ( dah nama jawa,tekak pun tekak jawa la kan.haha). memang boleh habis seperiuk tanpa pengawasan mak aku.

nak dijadikan perkongsian info..dok2 study toxicology tadi. sampai topic plants toxin. iaitu tajuk wany ( baru aku perasan tajuk group ko best,hehe..time korang present hari tu aku dah tahap nyawa2 ikan menahan ngantuk kat belakang.nasib baik ada Dr. Fiona ronda. kalau tido time tu mau tiba2 dapat kejut free).

ubi kayu ni mengandungi toxin yang bernama Cyanide.Cyanide ni juga hadir dalam bentuk gas. chronic effect dia pada CNS (central nervous system) yang mana boleh bagi harm sampai tahap membawa kpd kematian. bole bagi kebahayaan kepada manusia bila cara handle ubi kayu ni x betul dan bila di consume excessively. ada kes di jakarta 6 siblings meninggal dunia disebabkan cyanide poisoning kerana 2 weeks berturut2 ubi kayu ni dijadikan mknn ruji.(bila over jadi bahaya ok)

ha lagi satu,entire part of plant ni adalah poison kalau over makan termasuk pucuk dia( pucuk ubi aku kurang suka, xtau nape..tapi kalau ada aku balun je.hehe). jadi bagi mereka2 yang suka ubi rebus mcm aku. sila take note beberapa perkara ni sebelum masak ubi tu :

-bau ubi tu. kalau bau xbest terus buang jauh2 xpun tanam balik dalam tanah.kalau bau ok bole start prepare
-basuh ubi tersebut dengan air bersih
-lepas kupas basuh sebersih2 nya lagi sekali
-potong2 then basuh lagi
-kasi hilang betul2 hablur2/ getah putih pada ubi tersebut
pastikan masak sebelum dimakan( jangan sesekali dimakan mentah samaada daun atau ubinya)

Jadi, mau kongsi di sini

" all substances are poisons ; there is none that is not poison. the right dose differentiates a poison and a remedy" (Paracelusus a.k.a bapa modern toxicology)

Islam juga dgn jelas mengajurkan hidup penuh kesederhanaan. dari semua segi. jadi manusia2 jangan over ek. xdela aku nak berangan makan ubi satu periuk lepas ni...serius jadi paranoid dgn mcm2 sejak belajar subject toxico ni.ntah pape ntah

p/s :
aku bole mintak mak aku masakkan yang simple2 je sebab kalau mintak yang lain mesti mak aku cakap mcm ni
" masak sendiri, belajar masak dr skrg nanti xdela makan kat luar setiap hari, jangan buat malu mak kat depan mak mertua ko nanti".

bagus kan mak aku,hehe..ermm cantiknya bilik aku bila study. segan nak letak pic study sebab kang xde orang nak kawin dgn aku plak bilik s_ _ _ _.=p

Monday, April 4, 2011

Entri Bercampur Baur

Dilanda wabak "M".
dah 2 hari x jejak tanah okes.huhuhu.
makanan utama 3 hari ni : vico oat,roti, biskut,kerepek..x bernutrisi betul ( sampai tahap critical dah stok mknn aku)
Nila jadinya kalau satu level senyap je sebab ramai yang balik rumah..

rutin harian dlm tempoh 3 hari ni :
-blogwalking (gedik sgt buat perangai mcm ni tengah2 musim peperiksaan + progarm)
-variety showing ( bukan korean holic ye, cuma suka sangat tengok je,=p).baru2 ni sgt suka dgn cha seung won. kalau adik aku tau la mesti dia komen mcm ni ;

"asal yang ko suka semua tua2 ek?suka la SHINee ke, BIG BANG ke"

hahaha,aku pun xtahu kenapa, sangat cool ok cha seung won ni.deabak! umur 41.xla tua sgt kan,=p ( suka dengan niat, indahnya ciptaan tuhan,aci x?hehe)
muka serabut
kurang serabut. walaupun gambar di atas lagi macho tapi aku tetap suka gambar yang bawah sbb lagi neat. (gambar dari google.harap la aku tangkap sendiri)

tengok!
kenapa aku jd mengada x tentu hala ni.
punca nya..sbb "M" nak fikir dan ingat menda bukan2
seminggu dua ni mcm nak sedih2 tapi xboleh...kesian x aku.
nasibla sapa baca post aku ni( ntah ada org baca ke tidak,hehe)...sekadar ngomelan xtentu hala di petang hari.

Sabda Rasullullah S,A.W
" Barangsiapa menempuhi suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga" (Riwayat Muslim)

membara2 jap lepas baca hadith ni.
AIM.Malam ni sambung menelaah Toxicology ok!(dodi : yeah!)


p/s :
pasal PMG( Program Menara Gading)

PMG......1st time miss ok.xpernah miss lagi sejak 2008. agak disengajakan pulak tu walaupun x dirancang + memang ada sebab kukuh xleh balik.huhuhu.ye, kadang2 aku memang jahat..huhu.
* M : mim alif lam sin

Saturday, April 2, 2011

Holothuria scabra



*gambar di ambil dari google

ni la haiwannya Holothuria scabra tu. atau lebih terkenal di malaysia dgn panggilan gamat. biasa yang kita tahu gamat kaler dia gelap2,hitam keperangan kan? haa...spesis yang bakal aku guna ni lebih dikenali sebagai sandfish(gamat putih)atau aku suka nak panggil mak putih(suka2 je bagi nama,hehe). ...terbayang2 kat fikiran aku nak ngendeng2 dengan budak marine sem dpn,;p

x geli ke weh?
hahahaha....cabaran. aim aku untuk final year adalah mencabar diri sendiri. biaq pi la dengan rasa geli2 ni kan. bole tahan lagi kot selagi ianya bukan haiwan bersegmen panjang kaler pink tu. ala2 ulat ni boleh terima lagi la.

kenapa memilih tajuk berkaitan physiology dan pharmacology?agak2 apa jwpnnya.
untuk org yg simple minded mcm aku mestila jawapannya sbb aku suka.hahaha.jawapan standard aku.;p.

serius aku x suka langsung belajar teori...sebab tu result subject yang belajar xnampak contoh biochemistry I,biochemistry II,molecular biology semua dapat tettt. haha,tapi yang pasti lulus dan bukan C. tu pun setelah sedaya upaya menyukakan sikit2 dgn subject tu. moga2 hemato n oncology dapat result yang cemerlang!ameen!

lagi gambar dari google. saja nak bagi korang tengok byk2 haiwan ni,geli x,geli x?;p