Aktiviti petang
Alhamdulillah,memandangkan sudah boleh kembali bernafas seperti biasa (walaupun suaraku masih seperti suara yonghwa,=p),jadi rutin petang yang tergendala seketika dijalankan semula..hehe. brisk walk di tasik bandar.nak jogging x mampu lagi,huhu...nak detoxify drug kat liver ni, tu yang kena rajin sikit,poyo x ayat?haha
mood nak menaip entry pun datang kembali,so layankan jela ek.=D
setelah duduk dekat2 3 tahun kat kuantan ni baru aku perasan, rajin orang2 kat kuantan ni bersenam,serius...setiap petang mesti penuh je tasik bandar ni dengan manusia2 sihat..semua lingkungan usia korang boleh nampak,bagus kan?teringat sms dari abg aku,berbunyi "selagi belum mati wajib jaga kesihatan tu dik"..saya jaga kesihatan ok,cuma dah sampai masa nak diberi ujian..huhu,see saya rajin buat brisk walk tau..tiap2 hari.
antara pemandangan di tasik bandar..kolam ni penuh dengan ikan,banyaaak sangaat!
teman sebilik juga teman "jalan cepat"hehe
stop jap di tempat senaman,terserempak dengan ika..tengok ika gembira bersenam bersama si comel tu,budak2 kecik pun rajin execise tau,bagus tak bagus la org kuantan ni,hehe
aku yang kembali sihat,dah beberapa hari ni dok dengar kengkawan complaint muka pucat..muka saya sudah berdarah kembali ok=p,aku pun xtau tengah senam apa ni,tapi ala yang pusing2 tu biasa ada kat taman2,alat bantu senam nak bagi pinggang ramping kot namanya,hehe,ntahla
lagi gambar di tasik
mari melintas,dah petang dah..nak pergi Baitul Husna pulak lepas ni,lama dah tak melawat adik2 tu rasanya..
sempat snap pintu gerbang UIA ni,see admin building( bangunan yang belakang tu) pun dah nak siap,dah bertukar wajah UIA K,aku pun xhabis ronda lagi bangunan2 baru tu,kesian x?=(
selesai solat maghrib,aktiviti biasa,ajar adik2 mengaji...terharu jap tadi masa tengok adik sorang ni amek wudu',masa mula2 masuk BH dulu,waktu solat pun xtahu...bila nampak adik sorang ni amek wudu' dengan tertib...rasa rasa rasa mcm2 dalam hati (semua rasa2 yang bahagia ok)boleh?huhu
lepas solat isyak,teman adik2 ni buat kerja sekolah kejap then pulang semula ke UIA,time aku plak siapkan kerja sekolah...jom,sapa nak teman aku stay up?=D
p/s :(terfikir2 jadual hidup bila sudah berkerja dan beranak nanti..sempat@larat tak nak ngadap anak buat kerja sekolah..?kadang2 takut nak fikir masa depan tapi kena jugak fikir..ermm)
salam yonghwa. hee~~
ReplyDeletebila boleh jumpa? mau pulangkan ghibli kamu.
jaga diri k. makan ubat. jaga makan. maaf sebab pegang ghibli lama sangat. ampun ye...
waalaikumussalam,tadi jumpa dia yang xbawak..huhu=p
ReplyDelete