Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Sunday, March 20, 2011

Jejak Cinta dari Hati

Assalamualaikum
ni nak kira entri emosi ke jiwang ek?ermm..bole jela dua2 tu.hehe
sebelum ni ada buat en3 pasal perintah berkurung,ye mak saya xbagi saya kemana2...tapi kalau dah namanya siti khodijah....(minta maaf mak,kita dah siapkan semua keje sekolah yg kena hantar cepat sebelum pergi smlm,kira lab report settle sudah,alhamdulillah).dalam dilarang larang tu dah "ter"pergi 2 program,minggu lepas (rujuk pic badge bawah ni) ke training program dan minggu ni ke program "jejak sunnah dengan cinta"
-program kat training cube ni basically pasal grooming and communication skill punya training,sangat seronok tau!
"Dengan yang demikian,sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan,sedang dia beriman,maka tidaklah disia siakan amal usahanya dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya"(21:94)

berbekalkan ayat diatas,atas pelawaan seorang sahabat akhirnya aku berkesempatan jejakkan kaki ke bumi taman sri putri cheras.sebenarnya program ni anjuran medical society UIA k,aku biasalah,buat muka xmalu je join,hehe
bagi yang tak tahu,taman sri putri ni adalah rumah perlindungan wanita dan kanak2.kebanyakan dari mereka(boleh kata semua) pernah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral hingga mengandungkan anak luar nikah.tempat ni dikendalikan oleh jabatan kebajikan masyarakat.
sayu...
sedih...
terkilan...
hati dah hujan renyai2 seawal tiba di muka pintu pusat tersebut...
dengan wajah adik adik yang innocent,perut yang membulat,badan yang masih lagi memerlukan belaian seorang ibu,terpaksa menanggung derita atas kesilapan sendiri..paling terkilan,mereka saudara islam kita,sebangsa melayu dengan kita...tapi hati tetap yakin mereka masih punya masa depan.

perasaan2 negatif tadi tak sesekali mematahkan semangat untuk meneruskan misi di situ.
Alhamdulillah,penghuni disitu menerima kami dengan respon yang cukup baik.paling muda berumur 12 tahun (sedang pregnant 8 bulan) dan paling tua berumur 20 tahun (masih dalam tempoh di reman).kebanyakan dari mereka sedang mengandung 7-9 bulan.walaupun adik2 ni masih muda kagum dgn tindakan mereka meneruskan kandungan.sekurang2nya mereka x gugurkan kandungan atau buang baby tu kan.

saat paling menguji aku,saat adik2 ni ceritakan kisah silam mereka,time ni bukan setakat renyai,dah bah dah dalam hati sampai terkeluar air bah tu,huhuhu..nasib baik cepat cover kunun2 nak buat air kat luar.tak tahan tau...boleh bayangkan x kalau anak kita sendiri ke,adik ke,anak sedara ke,duduk depan kita,umur baru dalm 13-14 tahun sedang mengandung,ceritakan kisah hidup mereka dan punca utamanya adalah keruntuhan institusi kekeluargaan mereka sendiri.seawal usia 10 tahun sudah di suruh bekerja,tidak bersekolah...tidak diajar membaca,menulis,soal agama semestinya jauh sekali..adik2 ni kadang2 tak tahu pun apa yang salah apa yang betul.sebab?tiada contoh yang baik dalam kehidupan sekeliling mereka.

semestinya besar cabarannya untuk mengubah semula pemikiran dan cara hidup mereka,tetapi tidak mustahil juga bukan?mana tahu mungkin suatu hari nanti mereka akan jadi insan yang jauh lebih baik dari kita..aminn!(itu harapan saya)

dalam hal ni,soal tanggungjawab ibubapa yang perlu dipersoalkan semula,kenapa sebuah rumahtangga itu didirikan...kalau setakat nak berkasih syg lelaki perempuan,nak hasilkan anak,"bela" anak tanpa memikirkan masa depan anak,emosi anak...
kena tambah2 ilmu dulu kot?ye tak?

peringatan untuk diri sendiri juga, adik adik yang berada di pusat2 begini mereka sangat2 dahagakan kasih sayang dan perhatian dan juga bimbingan. jngan sesekali sisihkan mereka,terima mereka dan cuba tunjukkan contoh yang terbaik buat mereka. mereka hanya budak biasa yang tersasar dari landasan kerana kesalahan kita yang dewasa.
awal pagi sekitar jam 7.30 pagi kami sampai ke lokasi
bertolak dari kuantan jam 2.00 pagi.

p/s :
wanita hiasan dunia..
seindah hiasan adalah wanita solehah
yang akan membahagiakan..
syurga..
didalam rumahtangga..

apa masa depan depan anak2 yang bakal lahir itu nnt...tanggungjawab kita bersama utk selesaikan
*hati tetap berharap adik2 di sana masih punya harapan yang cerah!

No comments:

Post a Comment