Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Monday, March 14, 2011

Perintah berkurung.

assalamualaikum.

*semalam orang kesayangan telefon
dibawah perbualan kami

mak : dah sihat belum ni?
aku : dah2,dah bole makan banyak2,hehe
mak : ada duit x?
aku : ada2 (dalam hati...huhuhuhu)
mak : betul ke ni?ada duit nak makan x?
aku : ada,betul2 ni..mak jgn risau ok,perut asyik penuh je ni,hehe
mak :jadi mak ni mmg risau je kalau fikir anak2nya,lagi2 jauh kat sana tu,taulah ko nanti rasanya bila jadi mak..kalau ada apa2 cakap,xde duit ke,jgn diam2 je...lagi satu,batuk tu nape tak baik2?ada madu?(feveret ubat yg mak aku paling suka sarankan).kalau xde beli ye.
aku : mak baik..hehe
mak : bila balik rumah?
aku : bulan 4,tarikh xsure lagi
mak : ha,dah jangan nak pergi mana2,jangan nak pergi program jauh2,balik rumah pun x payah,tunggu habis sem terus baru balik..tunggu betul2 sihat nak pergi mana pun pergilah. asyik sakit je..napela dengan ko ni,degil pulak tu bila dah cakap jgn pergi nak juga pergi...badannya tu bkn larat sgt pun...duduk jela kat sana tu elok2
aku : kita kan kuat mak,sihat je ni ha(buat2 bunyi bersemangat)

tak de manusia yang boleh sayang kita mcm mak sayang kita kan?tapi sayang kita sendiri terhadap mak?
saya sayang ibu saya walaupun beliau suruh saya berkurung diam2 di sini!=) (boleh ke aku duduk diam2 je....?*thinking...)

p/s : nak sgt join mission pergi pakistan bulan 5 ni,4 minggu berkhidmat di sana tapi masalahnya masa tu tgh internship...boleh ke???huhuhu+ mak bagi ke?(soal no 2 sbb mak saya boleh dipujuk,=D)
soal no 1 : sapa nak sponsor duit tiket?(main problem)

Sunday, March 13, 2011

Apabila perut berbunyi di malam hari...

perutku berbunyi kriuk kriuk kriuk..huhu
tapi dah malam....hujan+cafe+jauh+malas tukar baju.

akhirnya ni la penyudah nya..megi telur..(ermm,kalau ada nasik putih panas2 lagi sedap...tapi malangnya sem lepas encik nyet telah berjaya menceroboh bilik kami,habis beras sedapur..huhu)..makan apa yang ada jela ek.=)
simple+sgt satisfied+fav!-
WARNING! jangan amalkan-MSG,rosakkan neuron cell(*.*)

p/s : buat blog walking-recently asyik terbaca blog orang nak kawin,sedang kawin,baru lepas majlis kawin,honeymoon,nak dapat baby...semua mau kawin ye,semangat sungguh.selamat berbahagia la ye=D

Saturday, March 12, 2011

Secret Garden*

assalamualaikum
=)
hari ni hari mood mengada ngada,=p
balik symposium biomedical kunun2 dalam hati nak buat brisk walk tapi takde maknanya ok,jadi sesi potography guna hphone kurang canggih aku adala.

serius,pertama kali jejakkan kaki kat taman sebelah mahalah maimunah(byk betul perkara pertama kali di tahun 2011 ni ye,uhuk.).pergi sini atas hasutan?? kak H,hehe(maaf ye=p).subhanallah!cantik + nyaman!,umpama taman terbiar tapi masih kekal cantik..dan agak terkejut bila tau ada padang bola dekat dengan masjid(kesian x aku..huhuhu).

pokok2 di taman terbiar...


today main model*tak bertauliah,bole?=p
rasa2 wujud x baby buluh betung ek?kenapa pokok buluh dia tumbuh berumpun mcm ni ek?
ada perasaan berada di bukit bendera kan?hehe

berbaju oren : cameragirl a.k.a 2nd model *tak bertauliah hari ni,=p
aku : zira2!cepat snap gambar org tu.
zira : pergh...layan giler duk sini
aku : tau xpe..
zira : aku nak buat cenggini juga la.mkn2,lukis2..jom2 beli buku sketch!

aku : a'ah kan,best gak kan.

best ok pot ni,banyak biawak,haha..dengan angin petang yg mcm nak hujan(dah berhari2 hujan kuantan ni,petang ni stop kejap dia).sebenarnya kepala serabut banyak perkara xbuat lagi dan byk barang yang tgh misplaced.cari berhari2 xjumpa2..hurmm.tapi buang tepi dulu,the best way nak tenangkan fikiran pandang dan hayati alam,insyaAllah hati ini kembali dgn fitrahnya.=)

p/s : hargai apapun yang berada disekeliling kita,jangan sampai xsempat kita merasai keindahannya kerana kebodohan kita sendiri,go green!(terlewat tak aku?=p)

Thursday, March 10, 2011

Unplanned Lunch


assalamualaikum=)
tajuk hari ni mmg best kan?rezeki yang datang tiba2(yeke..poket sendiri punya sponsor ok,huhu...Allah nak bagi mkn sedap hari ni kot,hehe,positive kan?walaupun ada RM6.50 je dalam tangan,haha)

Niat asal nak beli sepotong kek je,yela...sem ni baru ni ha sekali singgah tempat makan ni kot,tu perut menanges2 nak makan kek di bawah..ntah mcm mana,tiba2 terduduk kat meja siap terorder sekali,boleh?
dah lepas order baru teringat niat asal nak mkn kek je,ermmm...nak salahkan siapa?nafsu?*huhuhu...nafsuku besar hari ni kot..*sigh
drpd salahkan sapa2 baik bersyukur dapat rezeki yg best hari kan?Alhamdulillah=D(teringat pesan mak aku,kalau nak makan ni jangan nak berkira2 sangat..)tapi kalau tengah sengkek sangat cenggananya???hehe..
Lunchku....
lagi....sedap ok!=)
sama juga sedap=)
selesai...masa2 kebulur biasalah.hehe
ermmm...kurang menarik sikit la bab ni,tiba nak join kitorang makanan serangga alah ni..

nak dijadikan cerita,bila dah nama tak dirancang tu Allah la nak tentukan,jadi terimalah dgn redhanya(memang redha pun!=D,haha)
rezeki tu milik Dia,hak kita minta...tengok betapa sygnya Allah kat kita,kalau kita merengek2 kat org nak perhatian ke,mengadu ke,minta2 kat orangke,ada diorang suka?kena balik adala...paling tidak pun diorang buat bodoh je,malas nak layan..ye tak?mmg tak semua...tapi itu sifat yang semua manusia ada

tapi Allah lain,makin kita merengek2 kat Dia,mengadu2 kat dia,meminta2 kat Dia,makin Dia suka,betul x?jadi nak apa2 minta la pada yang Satu.Allah maha mendengar bukan?=)

YaAllah,murahkanlah rezeki hamba2Mu ini..
p/s : dalam meminta jangan lupa berusaha ok!
-dalam 3 tahun kat kuantan ni,1st time lunch kat kedai makan ni ok,memang rezeki kan..hehe

Wednesday, March 9, 2011

Ringtone~

hahaha...rasa nak gelak pagi2 bole?=p
sebab xde orang nak teman stay up jadi aku pun merantau la ke musolla,nampak kak wahid,kak ira dan im dah bergelimpangan di situ,aku pun apalagi terus amek pot side2 diorang....and sambung buat keje sikit tiba2....zzzzzzzzzzzzzzzz..tup2 dah pukul 5 pagi.hehe(aku biasala...xde kemananya niat stay up tu,kejap je...siang x rest langsung,mana nak tahan mata,huhu)

dan lepas subuh pun terlena seketika....
nak dijadikan cerita..dalam terlena terkejut dengar bunyi lagu "siti khadijah"...menggelabah cari hphone.cek hphone..tapi diam je pun hphone aku...???(bagi sesiapa yg xtau,ringtone i lagu siti khadijah ok,obses dgn nama sendiri,bole?haha=p),pandang sekitar...lahh...hphone org lain yg bunyi rupanya....=p
jadi kesimpulan : memang kita berbeza tapi adakalanya kita tetap serupa sebab kita sama sama manusia..dapat?=D(senang ckp bukan ko sorang yang ada nama tu,hik hik hik ;p)

pagi yang segar dan indah!have a nice day!=D

Tuesday, March 8, 2011

Kembali Segar

Aktiviti petang

Alhamdulillah,memandangkan sudah boleh kembali bernafas seperti biasa (walaupun suaraku masih seperti suara yonghwa,=p),jadi rutin petang yang tergendala seketika dijalankan semula..hehe. brisk walk di tasik bandar.nak jogging x mampu lagi,huhu...nak detoxify drug kat liver ni, tu yang kena rajin sikit,poyo x ayat?haha


mood nak menaip entry pun datang kembali,so layankan jela ek.=D
setelah duduk dekat2 3 tahun kat kuantan ni baru aku perasan, rajin orang2 kat kuantan ni bersenam,serius...setiap petang mesti penuh je tasik bandar ni dengan manusia2 sihat..semua lingkungan usia korang boleh nampak,bagus kan?teringat sms dari abg aku,berbunyi "selagi belum mati wajib jaga kesihatan tu dik"..saya jaga kesihatan ok,cuma dah sampai masa nak diberi ujian..huhu,see saya rajin buat brisk walk tau..tiap2 hari.

antara pemandangan di tasik bandar..kolam ni penuh dengan ikan,banyaaak sangaat!
teman sebilik juga teman "jalan cepat"hehe
stop jap di tempat senaman,terserempak dengan ika..tengok ika gembira bersenam bersama si comel tu,budak2 kecik pun rajin execise tau,bagus tak bagus la org kuantan ni,hehe
aku yang kembali sihat,dah beberapa hari ni dok dengar kengkawan complaint muka pucat..muka saya sudah berdarah kembali ok=p,aku pun xtau tengah senam apa ni,tapi ala yang pusing2 tu biasa ada kat taman2,alat bantu senam nak bagi pinggang ramping kot namanya,hehe,ntahla
lagi gambar di tasik
mari melintas,dah petang dah..nak pergi Baitul Husna pulak lepas ni,lama dah tak melawat adik2 tu rasanya..
sempat snap pintu gerbang UIA ni,see admin building( bangunan yang belakang tu) pun dah nak siap,dah bertukar wajah UIA K,aku pun xhabis ronda lagi bangunan2 baru tu,kesian x?=(
selesai solat maghrib,aktiviti biasa,ajar adik2 mengaji...terharu jap tadi masa tengok adik sorang ni amek wudu',masa mula2 masuk BH dulu,waktu solat pun xtahu...bila nampak adik sorang ni amek wudu' dengan tertib...rasa rasa rasa mcm2 dalam hati (semua rasa2 yang bahagia ok)boleh?huhu

lepas solat isyak,teman adik2 ni buat kerja sekolah kejap then pulang semula ke UIA,time aku plak siapkan kerja sekolah...jom,sapa nak teman aku stay up?=D

p/s :(terfikir2 jadual hidup bila sudah berkerja dan beranak nanti..sempat@larat tak nak ngadap anak buat kerja sekolah..?kadang2 takut nak fikir masa depan tapi kena jugak fikir..ermm)

Tungku

wah,lama x meninggalkan jejak disini walaupun selalu singgah rumah sendiri.hehe.internet slow punya pasal la ni..huhu(yela...ke ada penyakit mim alif lam sin bak kata siti najihah=p).

alhamdulillah,nikmat sihat datang kembali setelah diberi rehat..(gara2 minum air sungai congkak)pengajaran,JANGAN MINUM AIR SUNGAI even org cakap dah bersih ke dah tapis ke yang penting JANGAN MINUM ok lagi2 bagi mereka2 yang ada system biology skema mcm aku.

kembali kepada gambar diatas,comel macam bantal kan?tapi hakikatnya,itu bukan bantal.xtaulah kalau aku yang baru tau ke biasala aku ni pesen ketinggalan zaman sikit,huhu

dari pengetahuan aku tungku tradisional biasanya diperbuat dari batu sungai.nak guna kena panaskan atas api lepas tu balut dengan daun2 herba sikit balut dengan kain baru tuam2 kat badan.tapi tungku zaman moden ni nak guna senang sangat,hanya perlu cas 10minit mcm cas hphone tu lepas tu terus guna.mudah kan?=).yang lagi best sapa2 boleh guna.kalau dulu aku ingat tungku ni hanya utk mak2 orang je.belum jadi mak orang x elok guna(yeka?)tapi madam aku cakap bole je sbnrnya,kesahihannya aku belum kaji,so x berani cuba lagi.hihi
tapi antara kebaikan bertungku dapat melancarkan peredaran darah.bila panas blood vessel kita ni mengembang la kan.lancar la sikit blood flow tu.

ermm...dalam pertimbangan nak jadikan harta atau tidak gambar diatas...menarik memandangkan status kesihatan yang cepat sangat letih sekarang.huhu

p/s :rindu adik2 LAKEP saya. kiah,dayah,lina,hassyati,mirul,amir,lah dan fathi.
moga kalian diberi kekuatan dalam berjuang
dalam meminta diberi kemudahan jangan lupa diminta diberi kekuatan dalam menghadapi ujian2 hidup=)