Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Wednesday, January 2, 2013

2012 yang penuh kenangan~

Assalamualaikum

Tahun baru masihi 2013 dah muncul. xde mood pun nak wish happy new year. sebab?? kita dah sambut new year kan awal muharam hari tu?hehe. Apa2 pun, tahun baru tetap tahun yang baru. 2012 dah selamat meninggalkan kita..dan aku rasa tahun 2012 ni la paling byk warna warni dalam kehidupan aku. 

Antaranya..

JAN:
Tak ingat apa yang berlaku..haha. tapi seingat aku, tengah struggle menyiapkan FYP and gigih balik hospital sebab abah kena warded dekat 3 bulan...memang kerap la balik selangor. dan masa ni tengah final exam untuk first sem year 4. masih teringat malam2 tu dok study bersuluhkan lampu kat koridor ward sebab gelap. pastu Dr. yang yang round2 dok intebiu aku blaja apa, bla bla bla..

FEB:
Abah dah tenat sangat waktu ni...tapi masih ingatannya masih segar..waktu masa ni memang masing2 dah mula redha apa pun ketentuan Allah. dalam dalam redha tu aku tetap ada simpan harapan lagi abah boleh sihat cergas semula. Alhamdulillah Allah bg kesempatan kami adik beradik tunaikan tanggungjawab sebagai anak, walaupun tak sesempurna mana. 

4.40am 20 Feb, Pagi Isnin..abah pergi meninggalkan kami. kembali ke sisi Penciptanya. Mula mula, memang blur..betul ke abah dah takde..betul ke betul ke...abah..abah..abah...yang buat rasa sangat2 kehilangan tu sebab abah memang manja dengan anak2nya...buat facial, mandikan, potong kuku, sapukan losyen, sapukan minyak..bila dah takde, rasa macam macam macam...tak bole nak describe, siapa siapa yang tak pernah rasa hilang bapak jgnlah claim korang tau perasaannya mcm mana. 

hilang pakcik ke, atuk ke apa ke, lain okeh rasanya dengan hilang bapak sendiri. Jadi kalau dgr anak2 yatim ni mengadu, dengar je...dengan penuh empati, bukan compare2 dengan diri sendiri punya situasi, nak compare2 diri sendiri lagi kesian ke apa ke, tak payah ok. tak membantu pun. emo plak, sebab penah berlaku kat aku menda tu, tu yang aku emo sikit tu. 

MAR:
1st birthday tanpa abah...sedih woo, tapi simpan dalam2 punya. Moga Allah sentiasa memberkati dan merahmati abahku..Hamzah Kusiran, dan dimasukkan dalam golongan orang2 yang beriman..amin.

APRIL:
Giat menyiapkan tugasan FYP sebab dah masuk final sem final year. waktu ni rasa tua betul kat UIA kuantan tu.haha

MAY: 
Submit keje FYP and start final exam, waktu ni memang gambang kuantan tu laluan utama kami. meronda kawasan lori2 tu sebab nak cari hardcover bound untuk bukukan thesis FYP. Duit mengalir macam air, sewa kete, minyak, photostat, binding, makan, duit enjoy untuk terakhir kalinya sebagai pelajar tahun akhir degree.   

JUN: 
Selepas habis exam and thesis submission. wohoo!!! saya dah habis belajar! bunyik macam seronok kan?? tapi tak pun sebenarnya. tipulah pulak kata tak seronok langsung kan...setelah 6 tahun berhempas pulas belajo, akhirnya habis jugak..sekarang boleh la jawab dgn senang hatinya soalan makcik2 n pakcik2 yang dok tanya ko bila nak habis belaja ni..ehem, saya dah habis belajar dah dan saya tak extend ok. course di UIA memang lama sikit.

Pening pulak fikir nak sambung study ke, keje ke, keje2 dakwahnya mcm mana, soal berumahtangganya lagi,ahaha. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki dapat keje terus. dan dan submit thesis terus dapat keje kat PPUM. 

JULY:
sambung next entri la, panjang sgt pulak rasanya.

No comments:

Post a Comment