Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Monday, January 7, 2013

2012 yang penuh kenangan~Continue

Sambungan entri ini

JULY

ermm..apa yang berlaku ek bulan ni...Oh, aku dapat keje. Alhamdulillah, 1st job after grad. Di Jabatan perubatan psikologi. PPUM. masa ni betul betul rasa macam bebas. wahh!!aku dah jauh dengan segala quiz, assignment, lab report bagai. Seronok? biasa je..hehe. layan kehidupan macam biasa. 

AUGUST

event paling aku ingat kala ini ialah pertama kali beraya tanpa abah, sadis tau perasaannya, no words can describe. tapi Allah maha adil, bila dah sedih Allah bagi perkara gembira, ada orang masuk meminang. =).perasaan? (...............seronok kot?hehe)

SEPTEMBER

Officially menjadi tunangan orang. chewahhh..masa ni macam tak rasa apa apa.  lepas tu macam pelik pelik apakah itu darah manis??

OKTOBER

Oh, ini bulan memang tragedi oktober...kerana kawan aku keciwa. sakit tau kena betray atas hal yang aku tak faham. Tapi kesimpulannya bila hal ini berlaku, tak payah la simply percaya kat orang. mungkin rambut sama kerinting tapi hati Allah je tahu. bukanlah nak mengajar kita jadi berburuk sangka sesama manusia tapi sekurang kurangnya jadi lebih berhati hati bila berkawan. ok? salah sendiri juga termakan dengan sikap manusia yang banyak topeng ni. including me. ( jom perbaiki dan muhasabah diri..huhu)

NOVEMBER

wohoo tukar kerja sudah, Alhamdulillah. moga keberkatan Allah sentiasa bersama saya (and anda semua) waktu ini dan sampai bila bila. masih lagi belajar tentang hidup. dan nak polish lagi skill kat IMR ni. 

DISEMBER 

Baru rasa kot erti darah manis tu..huhu. Moga Allah sentiasa memberi kesabaran dan keimanan dalam diri ini.

Conclusion? Sambung next entri la~

No comments:

Post a Comment