Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Monday, December 17, 2012

Sedarkah kita??

Assalamualaikum..

Sekarang, tengah dalam mood syok baca buku omputeh dan semestinya self improvement punya genre. Novel novel omputeh ni tak layan sangat sebab...sebab..sebab...saya taknak cemarkan fikiran saya.hahaha. ( dulu ada la layan layan jugak,hehe)

Done 

source

Must read! hohoho tapi dia ni preacher. so faham faham la kandungan tentang ketuhanannya. Jadi sila ambik yang positif side dari dia. Abaikan kalau dia ada state nas nas dari bible. Al Quran and As Sunnah are still the very best guidances. The things yang aku suka sangat bila baca buku ini ialah berkenaan perjalanan hidup beliau. Obviously beliau kekurangan anggota fizikal yang normal. Tapi kesedaran beliau tentang nilai kehidupan sangat tinggi kalau nak dibandingkan dengan kita yang cukup sifat fizikal ni.  ..he really cherish his faith. Dia sedar yang dia dijadikan atas muka bumi ini dengan sebab dan tujuan. 

Biasa dengar kan? kita diciptakan oleh Allah sebagai sebaik sebaik kejadian. Diciptakan untuk beriman dan menghambakan diri kepadaNya..Juga sebagai khalifah yang memakmurkan dunia. saban hari kita dengar, tapi berapa ramai yang ambik tindakan atas perintah Allah tu? 

Sebagai seorang Islam, sungguh aku malu...betapa Islam ini adalah agama yang benar benar lengkap dari segala segi. Perfect. Kalau diperhatikan la, kita ni..orang melayu, Islam, dari kecik seawal 4 tahun dah dimasukkan sekolah..disuruh belajar, lulus periksa, keje elok2.bla bla bla...see, nampak kan silapnya dimana, Jarang nak tengok yang pesan bila masuk sekolah, cari ilmu banyak2, belajar tentang hidup, Jadi orang yang berguna, bg manfaat kat orang ramai. jalankan tanggungjawab yang kita pegang sejak kita dilahirkan di dunia ini. Kebanyakan dari kita tak diterapkan purpose of life ni dari kecik. Adapun dalam subjek pendidikan islam, tapi tak diterangkan sungguh sungguh pun oleh ustazah. sekadar belajar untuk periksa. boleh start dari sekarang fikir the best way nak terangkan kat bakal anak anak kita nanti. (haha.amboi)

Memang bagus kalau selalu dengar tazkirah, ceramah ceramah agama, baca buku buku agama. Ramaii boleh buat kan mendengar menda baik Tapi berapa ramai yang bole apply dan praktik apa yang di dengar? agak agak kan kalau ramai yang boleh praktik, aman dunia kan..takde masalah dalam masyarakat, keluarga, rumahtangga, kawan kawan...jauh dari segala sifat dan kesan iri hati sakit hati dan sebagainya ni.Jadi marilah kita sama sama berusaha menjadi segelintir orang yang sentiasa berusaha me"makmurkan" diri dan dunia supaya bahagia kehidupan disana. 

Dan ini buku kedua beliau. sedang baca dan plan b4 ujung minggu ni kena habiskan..bahaya bila dah pegang buku ni..tak ingat apa apa dah. huhu. 

p/s: Memang benarlah..Ilmu tanpa amal umpama pohon yang rendang tapi tak berbuah. Tak guna ilmu setinggi langit andai tidak dipraktikkan dalam hidup. Huhu..


No comments:

Post a Comment