Assalamualaikum
alhamdulillah..tamat sudah final exam. perasaan..gembira!^^
belum mahu fikir perkara akan datang,mari relakkan otak dengan aktiviti.hehe
seusai exam kelmarin, terus ke cafe utk berjumpa loqman n ali ( adik2 dari gombak yang merempit ke kuantan,hehe..) dan juga ada meeting sekejap. selepas je selesai urusan di cafe terus pulang ke bilik dgn harapan mahu rehat seketika tetapi xde maknanya.kemas bilik dulu okeh. punggah punya punggah tup2 dah pukul 11 lebih tapi x settle lagi.bayangkan la barang sepanjang 6 sem nak kemas suku hari je mana sempat kan. tengah2 mop bilik siti najihah yahya@ rummate kesayangan=p ajak ke bukit panorama pukul 4.30 pagi esoknya. adeh..letih study x hilang lagi+ letih punggah barang tapi disebabkan keinginan membuak2 aku pun cakap "nak2!nak ikut..".selesai kerja pembersihan,pukul 2.00 pagi baru terlena.bermula la kisah memanjat bukit bertangga.
4.30 pagi
SNY : Dodi!bangun2 jom nak g panjat bukit x?
SKH : ah?..nak2,aku naik dgn sapa ni?(dgn muka terkejut2 n blur..)
SNY : khai,cepatla siap2
SKH : ok2..
memandangkan semua pakaian dah siap packing.yang tinggal hanya jeans yang tergantung dan t shirt tidur yang tersarung di badan. aku pun dengan langkah selambanya memakai pakaian tersebut utk memanjat bukit. cuma tambah sarung cardigan je sbb baju blengan pendek. mandi x?haha..mestilah mandi balik nanti....=p
5.00 pagi
bermula la perjalanan kami ke bukit panorama tersebut yang letaknya lebih kurang 40km perjalanan dari bandar kuantan.kami konvoi beramai2 dalam 7 kereta n total participants ialah seramai 31 orang. Rubi, ko mmg PM berjaya la. ko sorang bole cover semua post yg ada.hehe
6.00 pagi. sampai di masjid berdekatan bukit untuk solat subuh. selesai solat terus berangkat menuju ke destinasi.
6.30 pagi
memulakan pendakian dengan memanjat tangga.awal pendakian. dengan langkah confident sambil ambik2 gambar...
suku perjalanan.hampir pancit..hahaha.lama sangat2 dah x panjat bukit,last time tahun 2003...huhu.rasa nak terkeluar jantung n buah pinggang.tapi kena teruskan niat juga,nak tengok kebesaran Allah kan..hehe. memang banyak kali la berhenti.sampai x terkira..
7.00 pagi
tepat jam 0701 pagi. sampai ke puncak.agak berlari la masa panjat tu sbb xnak rasa penat sgt + tercabar dengan pakcik n budak kecik yang sama2 mendaki..muka steady je.muka aku? mcm orang hilang darah...haha.dah terang dah waktu ni kat atas tu n ramai manusia2 di situ,budak sekolah rendah pun ramai. buat program la agaknya. subhanAllah! Alhamdulillah! Allahuakbar! cantik sangat ok pemndangan atas bukit tu. dengan kabus yang masih tebal menutupi bukit2 yg ada di sekitar ditambah dengan matahari yang masih segan2 nak keluar. terpana aku sekejap. tiba2 dengar org main gitar sambil nyanyi lagu cina...aiseh,terganggu perhatian aku menikmati keindahan alam ni,haha
subhanAllah,cantik kan?last pic ni waktu lebih kurang dalam 8.15 gitu,tapi dah agak panas kat atas bukit tu. sampai2 je memang buat sesi potography x habis2.bole tengok di fb saya ye.hehe...cantik memang cantik.dan semestinya rasa diri ni kecik sungguh2 la berada di depan ciptaan Allah ni..
lepas puas bergambar dan main belon next destinasi semestinya kedai makan, lapar ok. (sempat pau 3 keping roti dari alia sebab perut dah berkeroncong kelaparan,hehe).
sampai di pekan sungai lembing, cari2 kedai semua kedai cina maa...(pekan ni kebanyakan penduduknya berbangsa cina).cari2 nampak kedai kopi salmah.salmah kan confirm nama melayu.masukla kami beramai2..
ni lagi satu cerita lawak.kami kan pergi 7 kereta,ramai.. kedai tu kecik je ditambah dgn pelanggan yg sedia ada memang x muatla kedai..baki2 aku n kwn2 lain terpaksa mkn kat bangku luar kedai.dok2 mkn tu kena halau pulak dgn seorg pakcik yg kurg sihat mentalnya..marah dia sebab kitorang amek port dia,haha..akhirnya dah xde tempat terpaksa
merempat la tepi jalan menunggu mereka yg lain mkn..
9.00 pagi
selesai makan, plan asal ada nak pergi mandi air terjun di panching tapi disebabkan ada yg xnak pergi so separuh ke air terjun dan separuh ke destinasi lain. aku dah g panching tu so malas nak gi lagi. jadi join la group yg nak teroka alam ni.hehe...3 kereta g pusing2 sekitar sg lembing.
destinasi 1 : ke kedai teh cina depan kedai kopi salmah. friendly sungguh uncle tu..layan je kitorang.
destinasi 2 : ke muzium sg lembing. bekas lombong. lepak2 dalam muzium ni mcm rumah sendiri.haha
destinasi 3 : site bekas lombong. kelihatan sgt creepy walaupun di sianghari..tutup sbb under construction..dia buat apa ntah kat depan site tu..tapi still nampal tinggalan2 perlombongan..luas sgt kawasannya.
destinasi 4 : jambatan gantung dan kilang kecik buat mee kuning..(x sengaja terjumpa tempat ni).jumpa air sungai yg best..tapi x mandi tengok je..hehe
destinasi 5 : lunch! best kot mknn kat situ ( ke sebab lapar sangat,hehe).
1.00 petang
pulang semula ke UIA dgn rasa seronok sangat+ penat..huhu. sampai2 je terus settlekan yang x settle punya barang2 dan petang keluar semula menguruskan hal2 penting.pulang ke UIA semula hampir maghrib. jam 8.30 mlm lepas isyak mmg terus kiok..meeting ke hapa mmg x ingat dah,huhu. Jadinya mmg release habis la semalam.Alhamdulillah seronok!next time kita ronggeng lagi ye!hehe
No comments:
Post a Comment