Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Wednesday, January 12, 2011

Insan Bernama manusia

subhanAllah.
indahnya pagi ni...
entah kenapa setiap hari rabu hati rasa lain,rasa mcm berbunga2(sebab xde kelas =p).lagi satu sebab aku lahir hari rabu kot,tu yang rasa setiap hari rabu rasa jadi orang baru,freshnya!=)

rasa mahu cerita soal manusia.manusia yg dijadikan serba indah penciptaannya. tapi jika silap jalannya boleh jadi makhluk terhina. kadang2 terasa nak rasa mcm mana perasaannya jadi daun,siput,tikus,kura2 dan mcm2 lagi makhluk.apa pandangan makhluk2 lain ni pada manusia ye?haha,boleh?

hidup memang misteri kerana hanya Allah yang tahu rahsianya tapi Allah maha penyayang.

".....,sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan dirri mereka sendiri,..."(Al Ra'd : 11)

Dia beri peluang manusia untuk memilih.Dia beri manusia akal untuk berfikir.Dia beri kita nyawa untuk merasai kehidupan. Dia menciptakan manusia dengan ciptaan yang saling melengkapi ,lelaki dan perempuan.

lelaki dan perempuan,punya tanggungjawab dan peranan yg berbeza tetapi sama penting dalam membangunkan kehidupan.jangan di persoal tanggungjawab dan peranan mana yg lebih berat kerana dua2 ada peranan yang sama berat.saling melindungi.

untuk hawa sekaumku, sehebat atau setaraf lelaki itu bukan sesuatu yg perlu dikejar.berusahalah jadi diri anda sebaiknya. jadikan tugas2 yg kelihatan biasa itu luar biasa.

untuk kaum adam,jika jiwamu benar2 tulus dan tunduk pada Ilahi, pasti lurus perananmu sebagai lelaki.

untuk kedua2 kaum,inginkan sesuatu?berilah sesuatu.hanya tangan yg sudi memberi berhak menerima pulangannya.=)

tiba2 rasa berat boleh?hehe...mcm post motivasi la pula kan,sekadar sedikit perkongsian bagi siapa2 yg baca.
p/s : kagum dengan parent aku yg dah 47 tahun kahwin alhamdulillah masih bersama lagi.tiap2 hari gaduh tapi tiap2 hari juga baik,mcm mana tu?hehe...heran tak heran juga la aku.
moga2 hari2 yang mendatang mematangkan lagi diri ini,amin!



No comments:

Post a Comment