Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru

tepat jam 2.05 pagi,1 jan 2011,selamat tiba semula di perkarangan UIA. alhamdulillah Allah mudahkan xpdc dakwah sebentar td walaupun hujan lebat sementara menunggu jam 10.kerjasama antara JAIP,IPT tempatan dan NGO di sekitar kuantan sendiri.
lokasi asal kami, megamall,benteng, dan teluk cempedak tetapi memandangkan cuaca yg agak tidak menentu, lokasi teluk cempedak terpaksa dibatalkan.

lokasi aku?aku memilih untuk join pasukan di sekitar sungai pahang aka benteng. ada event disana. bunga api n concert.
ermmm,nak kongsi apa ek?
realiti masyarakat kita....pedih tapi kena telan jugak.itu cabaran zaman sekarang yg perlu ditempuhi kan.
ha, ada perkara menarik yg agak menarik perhatian aku sepanjang xpdc td. kaum adam lg senang untuk didekati berbanding kaum hawa sendiri. padahal yg kami ni kaum hawa juga kot.

situasi 1 :
aku : assalamualaikum makcik
makcik :.....(xpandang aku pun)
aku : erm...sy ada risalah sikit ni,makcik ambiklah buat baca2 sikit..(sambil tersengih 9)
makcik : kecik sgt tulisan ni xboleh nak baca
aku : ha....nah makcik,yg ni besar sikit tulisan dia
makcik :.......(diam sambil jln melepasi kami)


situasi 2 :
aku : assalamualaikum pakcik
pakcik : waalaikumussalam (jwb dgn bersemangatnya)
aku :
sy ada risalah sikit ni,pakcik ambiklah buat baca2 sikit..(sambil tersengih 9)
pakcik : risalah apa ni dik??....owh,pasal agama...
aku : baca la sikit2 pakcik sementara tunggu ikan tu
pakcik : bgs2...dari mana ni dik??
layan borak dgn pakcik2 tu....

tu kisah2 golongan dah berusia sikit

yg muda mudi pulak faham2 jela...nampak kitorang je terus menyimpang mengelakkan kitorang...yg sempat tegur tu sempatla,yang tak tu doakan dlm hati jela..
yg aku berat hati sgt td pasal adik2 perempuan kita ni la.beraninya tgh2 mlm berseorangan perempuan dikelilingi belasan org lelaki,berpeluk2 pulak tu...terdetik dalam hati xbaca berita ke pasal kes2 rogol ni,xtakut ke, fikir ke tak mak bapaknya kat rumah tu...
bila ditegur cakap kenal dah dgn lelaki2 tu, kejap lagi balik la rumah, tau perangai lelaki ni mcm mana..
aish....dah tau knp la cari pasal lagi...aku pun tak tau la apa yg ada dlm fikiran diorg. sesuatu yg kita semua perlu fikir dan mencari solusinya.

alhamdulillah mlm ni bertambah lg pengalaman aku dlm menjayakan misi sepanjang hayat ni.emosi pun dah bertambah stabil berdepan dgn golongan remaja ni. experience is the best teacher right?=)

ok, tahun dah bertambah,umur pun dah bertambah, tanggugjawab juga bertambah, kerja juga bertambah, yang pastinya semuanya bertambah. satu je yg semakin berkurang...makin kurang waktu kita di dunia ni.sesuatu yg perlu difikirkan juga usia yg semakin mendekati yg Esa ni.=)


p/s : berusaha menghabiskan the secret.next time story eh.selamat tahun baru

No comments:

Post a Comment