Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Monday, August 30, 2010

Ziarah Mahabbah Thailand-Siri 1-

Alhamdulillah,Alhamdulillah,alhamdulillah....maha suci Allah.. masih diberi kesempatan bernafas hari ini...minggu ni boleh aku katakan minggu yang penuh dengan kenangan..seribu satu kenangan apabila diberi peluang menjejakkan kaki ke selatan thai.Peluang yang aku rasakan jarang2 akan dapat..sbb tu aku pujuk juga mak aku untuk beri keizinan pergi..alhamdulillah,pujuk punya pujuk..mak aku bg green light....aku: seronoknya!=D
(lg 1 aku rasa sekarang mak aku dah percaya n yakin kot dengan aku,dah xde halang apa2...tiba2 rasa dah besar..bole x?^.^ )..ayat mak aku paling best masa dia beri keizinan tu,

mak : anak2 ni semua pinjaman dari Allah untuk mak, kalau dah sampai masa Allah ambil balik mak redha je...selagi mana dia nak berkhidmat mak izinkan..tapi hati2,jgn lupa solat hajat banyak2 ye...

aku : terima kasih mak..ni mcm ayat aku je..hehe...doakan anak mak ini sentiasa berada dlm jln yg benar(aku tau mak aku berat hati sbnrnya,tapi aku yakin apa yang aku buat ni perkara baik,insyaAllah dilindungi...)

26 Ogos 2010

jam 11 mlm tepat ,9 dari 11 org peserta berkumpul di cf brother untuk mendengar sesi taklimat dari muiz(PM)..9 dari kami : muiz,ukasyah,pejal,pakchan,aku,dila,tirah,ika n murni...lina terus dari gombak ke terminal makmur dan irwan sehabis tugasan di hospital terus ke terminal.

jam 12.30 mlm,semua dari kami sudah berkumpul dan memulakan perjalanan dari kuantan...terus ke ranjau panjang.

27 0gos 2010

jam 7.30 pagi,selamat sampai ke stesen ranjau panjang...cik musa dah menunggu kami(cik musa ni volunteer di yayasan).cerita berdasarkan gambar yg dipaparkan=)
melepasi imigresen ke selatan thai...hok ni cik musa...(asyik terkena je aku dgn pakcik ni)
selesai urusan di imigresen...matahari baru nak naik masa ni
baju kuning : cik wan..jumpa di muktamar sanawi lepas,dia yang jd org tengah antara pihak kami dan pihak di thai
dari kiri : ukasyah,muiz,pakchan(birthday boy hari tu=D),che wan,irwan dan pejal
dari kiri : tirah, dila, ika, aku, lina dan murni (aku terasa seperti gergasi..wahaha)

dari imigresen kami menaiki kereta ke stesen keretapi..seawal sungai golok dah jumpa askar bersenjata...jakun gak la aku masa ni,hehe
see.....askar yg bermuka serius,cuak aku..huhu

map ke yala...ambik masa lebih kurang 2 jam setengah naik keretapi ke bandar yala


tiket free...hehe,mek au bayar

yey!keretapi sampai..rasa mcm tahun 60-an je masa ni,hehe..sbb thailand lmbt sejam dari malaysia,so kena tunggu dekat 1 jam lebih tren ni..kul 9.30 jam thailand baru sampai tren
semua dok jangok naik keretapi kayu...hehe
termasuk aku...=p
muka kanak2 excited,hehe

lagi aku yang jakun..huhu,sibuk je muka si XX ni(merujuk kpd....tettttt)haha
cik musa dok kabo apo tah tu....asik kena temberang je aku masa ni....huhu
haa....kan,ada tentera lg tu...dlm tren pun nak menyibuk bagai....x paham aku
subhanaAllah...pemandangan hijau yg menyejukkan mata di sepanjang perjalanan

ni la rupa setiap stesen..klassik kan?era 60-an punya mood..hehe
setelah setengah jam perjalanan..inilah hasilnya...hahaha(gambar ni juara lelaki,juara wanita rahsia~hehe)..pejal dengan gaya manja melentok kat bahu cik musa,cik musa sempoi je masa ni..haha
jam 12 sampai di bandar yala....banyak tuktuk!
kenderaan rasmi kami di sana...syok ma naik ini tuktuk=D..open air


12.30:tiba di seketariat Yayasan pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia..singgah untuk mandi,berehat dan sesi taklimat

to be continue...

SELAMAT BERIBADAH


No comments:

Post a Comment