Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Tuesday, August 24, 2010

Rohingya refugee..

Alhamdulillah,alhamdulillah alhamdulillah...dah masuk 14 ramadhan,maksudnya ada lg baki setengah ramadhan..ahh,cepatnya masa berlalu...
syukur aku masih lg diberi peluang hidup..hidup ynag lebih banyak aku merungut dari aku bersyukur...yaAllah,benarlah seperti dalam firman Allah dalam surah al-mulk : 23..."........sedikit sekali kamu bersyukur"


22 hb ogos 2010..
aku n shbt2 UIA kuantan diberi peluang oleh Allah untuk berbakti kpd pelarian2 myanmar di area pasar selayang...nak tau lebih lanjut pasal kaum rohingya ni, search here (http://en.wikipedia.org/wiki/Rohingya_people.)

1st impression aku bila jumpa dengan saudara2 aku sendiri ni...perasaan insaf...dan2 lg dalam bulan ramadhan ni..huhu
kami diberi peluang untuk buat medical check up untuk kanak2 di sana,lebih kurang dalam 120 orang la gitu kanak2 yg ada..(aku pun x berapa perasan sbb ramai kan). medical check up tu buat kat madrasah diorang ( kagum x,dalam2 pelarian ni boleh buat madrasah untuk anak2 yatim ni belajar...nampak betapa diorang ni masih memelihara anugerah islam n iman tu even hidup serba susah dan daif).

cerita pasal daif,yang paling buat aku sebak bila anak2 kecil ni kerumun kita, cerita pasal hidup diorang kat situ ( untuk pengetahuan, x ramai dari diorang ni yang bole cakap melayu, sikit2 bole la...ada yg xtau langsung). jdla mcm ayam dengan kambing bila kami berkomunikasi...

ha,menda yang buat aku sebak tu, bila anak2 ni tunjuk aku tempat tidur diorang....tau x tidur kat mana diorang ni???..bawah katil...ala,single bed punya katil tu...bawah tu diorang tidur ramai2 dalam 5, 6 orang..berhimpit2....bayangkan la,umur dalam lingkungan 4-6 tahun ni bersesak2 masa tidur...tabah kot aku menahan empangan dari pecah sbb mcm xpatut pulak nak nangis time muka diorang mcm happy je masa cerita tu ( guna bhs diorang)...siap bole kenakan aku lg..huhu...ermmm...tabah betul kanak2 ni....mmg aku betul2 kagum hari tu...kagum dengan Allah yg bg semangat yg cukup kuat dekat mereka2 ni..tore2!(bagus dalam bhs myanmar...sempat aku belajar dgn adik2 ni..hehe)..amirkhan,hasan ali,suhail,junaik,sohait,aisha,..nama2 adik2 ni,comel2 semuanya...

sesak kepala aku bila fikir masa depan diorang ni..(xde kewarganegaraan,xde negara,xde identity...) tapi...Allah maha mengetahui,Dia menguji hambanya2 sesuai dengan tahap kemampuannya..Allah tu maha penyayang,bkn zalim...=)..doakan agar mereka sentiasa dekat dengan Allah.

conclusion nya :
  • bersyukur,bersyukur,bersyukur.....lah wahai manusia2(terutama aku)
  • hidup di dunia ni xlama....dan segalanya milik Allah, jangan sesekali dibangga2kan pangkat, kedudukan,ilmu, harta yang Allah bagi pinjam ni...pinjaman semua ni..sampai masa Allah akan ambik balik termasuk diri kita ni..
  • tolong,tolong dan tolonglah....semua sama di sisi Allah,jgn2 bezakan2 manusia ni dengan status n taraf kehidupan mereka....yg Allah nilai,iman di hati kita bukan pangkat di dada kita...walau tinggi mana pun taraf kita,kita ni semua tetap asalnya dari tanah yg kita pijak hari2 ni...jangan sesekali lupa diri ( ni pesan mak aku)
p/s: nak upload pic tapi tenet tengah seng2 al la..

by : "wa shau le"

No comments:

Post a Comment