Assalamualaikum
Alhamdulillah masih lagi diberi peluang bernafas di bumi tuhan ini. Jam 6.15 pagi 19/8/2011 selamat tiba di Terminal Bas Pudu. Bertolak dari Bandar Hatyai jam 7.30 malam waktu thailand. Masih terngiang2 kata2 mahu ke sini selatan thai semula tepat setahun yg lepas. Alhamdulillah Allah makbulkan hajat. Mcm xsangka pun ada berpeluang datang lagi..
Sememangnya perjalanan yang mencabar kesabaran ( asyik tido je,huhu). Mana tidaknya, kebanyakan lokasi2 terletak jauh di pedalaman dan berjauhan antara satu sama lain. memang penat tido dalam van kesihatan jiwa tu la..hehe. Entry ke thailand kali ni tidaklah se detail kali seperti kali pertama dahulu. Jika dulu Ziarah mahabbah kali ni Misi Bantuan..
Walau tidak banyak yang dapat kami bantu, tetapi pengalaman kali ni cukup menginsafkan tambah lagi dengan kehadiran senior yg membantu memahamkan kami tentang situasai sebenar di sana. Rasa sangat diri ini masih sangat2 kekurangan ilmu. melopong2 mendengar penjelasan dari seorang senior dari Malaysia tentang Birokrasi antarabangsa (malu okeh..huhu).
di bawah catatan serba ringkas sepanjang perjalanan dan aktiviti ketika di Selatan Thailand.
14 August 2011
selepas waktu Asar tiba di KL Sentral. Berbuka dan Maghrib disana. Usai berbuka kami terus bergerak ke Terminal Putra. Jika kali lepas peserta sepenuhnya datang dari UIA Kuantan kali ini peserta datang dari berlainan Institiusi. Antaranya, UIA Kuantan,UIA Gombak, UM dan UKM. seramai 7 orang peserta bergerak dari Kuala Lumpur, seorang dari kedah dan seorang lagi sudah menunggu di Kelantan.
15 August 2011
Jam 5 pagi tiba di stesen Rantau Panjang, Kelantan. Selesai subuh sahabat dari Thailand menjemput kami dengan menaiki van. Selesai urusan imigresen kami terus ke Yayasan Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia yang terletak di Bandar Yala. Perjalanan mengambil masa kira2 2 jam. kami tiba jam 11.30 waktu thai. Setibanya di Yayasan kami diberi penerangan activity sepanjang disana.Kami terus berangkat ke Kg. Susuk yg terletak di Songkhla selepas berehat dan solat zohor/asar . Di sana kami menemui beberapa buah Keluarga mangsa keganasan tentera. Seramai 19 orang pemuda mati ditembak . kebanyakan di tembak beberapa kali ni anggota badan. Marah, Benci,Bengang dan perasaan sewaktu dengannya menguasai hati..huhu,nasibla penulis ni ingat diri ni masih lagi berpuasa. Allah Maha menilai sesuatu..Sebaik2 keadilan ialah keadilan disisi Allah. kami menziarahi kuburan para korban kejahatan tentera. Sebak bila melihat ibu bapa tua yg kehilangan harapan keluarga. anak2 kehilangan tempat bergantung. Isteri2 kehilangan teman hidup...para ibu,isteri yg sepatutnya menjaga keselesaan dan melakukan kerja2 di rumah terpaksa menoreh dan bekerja keras utk mencari sesuap nasi utk keluarga. T.T...(nak nangis lebih2 xboleh, x gentleman la kan?)huhu. Selesai solat maghrib/ isyak(buka Petai rebus terbaik!=p) kami pulang ke yayasan utk dibahagikan dgn keluarga angkat masing2...peserta wanita seramai 5 orang ditempatkan rumah yg sama di kg lemuk,masih di wilayah Yala.
16 August 2011
hari kedua bermula dgn baik. seawal jam 8 pagi ( sudah panas di sana) kami berjalan di sekitar kg melihat pemandangan pagi di sana. Kami singgah sebentar di subuah nursei yg di panggil Raudhah. Nurseri ni mcm ala2 tadika di malaysia cumanya pelajarnya seawal umur 2 tahun- 6 thaun. Ada sesi bertemu pengetua raudhah. Pengetua menzahirkan perasaan gembira yg bersungguh atas kedatangan kami. kagum mmg kagum dgn semangat beliau mendirikan raudhah. sudah beberapa kai diarahkan tutup oleh kerajaan. dalam2 tekanan Raudhah sudah beroperasi lebih 25 tahun. SubhanAllah. Sememangnya mencari ilmu itu salah satu dari Jalan Jihad. seterusnya kami berangkat ke kg Jamu Tiga.sebelum bergerak kami sempat join pembahagian baju kepada anak yatim di sana. hampir 100 org yg hadir Kali kedua datang kesini.keadaan masih sama. masih ada askar yg berkawal. orangnya masih sama, cuma ada beberapa penduduk yg baru dibebaskan dari tahanan. disini banyak perkara baru yg dipelajari termasuklah Immunity law yg jika difikirkan logik langsung x masuk akal. situasinya sama seperti di kg Susuk, pemuda dibunuh tanpa usul periksa. Para pemuda lebih2 lagi guru dan ustaz di anggap sebagai pengganas negara. hurrmm..tulisan disini tidak cukup nak gambarkan emosi sewaktu disana.kami berbuka bersama org kampung.Hidangan cukup sederhana tapi tetap superb! bikin beratku naik 2kg barangkali..hehe.Terharu dgn layanan org kg yg cukup2 mesra.
to be continue.
No comments:
Post a Comment