Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Saturday, August 20, 2011

Misi Bantuan Selatan Thai II

17 August 2011

kg Jamu Tiga terletak di Wilayah pattani kalau x silap( sedikit gelong waktu itu).. perjalanan hari seterusnya adalah ke Ke Kg Ayer Tempayan. terletak di hujung Wilayah Pattani
. Mmg jauh perjalanan,sampai nak terjatuh2 dari seat.huhuhu..sebelum sampai ke kg ayer Tempayan kami singgah sebentar di kg Gajah Mati di Wilayah Narathiwat. juga kali kedua buat penulis ke sini. Sempat kami agihkan sedikit barangan mentah untuk kegunaan harian. kg ni masih lagi dilabel sebagai red area. dapat informasi dari keluarga disitu berkenaan ziarah penulis yg lepas. Rupanya sejurus kami keluar dari kg terus pihak askar bergegas ke rumah kami berkumpul bertanyakan pelbagai soalan mencurigakan.

jadi kali ini hanya 4 -5 org kampung sahaja yg brkumpul,itupun hanya sebentar. Mendengarkan kisah hidup seorang ibu tua yg hidup sehelai sepinggang cukup membuatkan hati terasa berombak2. Hanya manusia yg tak normal akan melakukan kekejaman serupa itu. bayangkan ibu tua itu xde rumah,anak dan suami sudah mati ditembak...hidup merempat di tanah2 orang. Dengan tubuh kecil dan halus cukup menggambarkan kesengsaraan yg dialami...Kampung ini mmg sangat kekurangan pemuda kerana ramai pemuda dah mati ditembak dan ditahan.paling menyayat hati. Ada jenazah pemuda dihantar ke rumah dengan menggunakn tali dari helicopter. semasa ditangkap masih sihat walafiat. tetapi selepas 3 hari di tahanan yang dikembalikan hanyalah jasad sejuk penuh kesan luka.........

setelah bertanya tentang kedudukan kg kpd masyarakat sekitar (kg ni terletak jauh di pedalaman,berdekatan kaki bukit) akhirnya kali sampai juga. disini seramai 10 orang mati ditembak,12 orang cedera sewaktu kejadian pada tahun 2009. mendengarkan pengalaman mangsa yg masih hidup semasa kejadian cukup menggambarkankan betapa ngerinya keadaan waktu itu,peluru bersimpang siur di dalam masjid. mangsa2 ditembak waktu sedang rakaat kedua solat isyak...cukup keji pihak askar yg membuat onar.. masih ada kesan peluru di pintu2 masjid..Kami juga melawat kuburan mangsa.

selesai mengucapkan kata semangat kpd penduduk kg,kami berangkat pulang ke Yayasan. seterusnya,Jam 5 kami bertolak ke Kg bandar yg terletak di Wilayah Pattani. sebelum sampai sempat kami singgah di masjid Kreu se. Masjid yg berusia ratusan tahun(>300 thun). di masjid ni juga berlaku pembunuhan beramai2 yg pernah saya mention dalam entry ini

http://dodihamzah.blogspot.com/2010/09/ziarah-mahabbah-thailand-siri-3.html

kami tiba hampir waktu berbuka di situ. makanan berbuka sangat la lazat dan enak. dia punya murtabak mmg buat kita rasa nak datang lagi.hehe.serius sedap.selepas solat maghrib/ isyak kami menziarahi seorang remaja yg kehilangan kedua belah mata kerana ditembak oleh askar. remaja berkenaan ditembak dibahagian kepala.Ajal milik Allah..remaja tersebut masih terselamat dan masih bersemangat meneruskan kehidupan.kejadian berlaku sekitar tahun 2008, berita harian ada menyiarkan peristiwa tersebut. Dalam perjalanan pulang kami singgah di kedai makan sekitar masjid Wilayah Yala utk "medang2".makanan di sana kebanyakannya pedas dan masam. Teh ais dia mmg terbaik!cukup rasa!
Pulang ke rumah keluarga angkat menikmati buah buahan tempatan.DUUURRIIIIANNN!!!!!hehe

18 August 2011

pagi2 lagi kami sudah berkumpul utk sessi POA. Bahagi kepada dua kumpulan utk bincangkan dua situasi.
Kumpulan 1 : Zaleha, Ruzanna, Zikri, Zudin dan Suhairi..membincangkan pembaikkan issue dari dalaman
Kumpulan 2 : Penulis,fatimah,Ina,dan Amir..menbincangkan masalah luaran

Selesai berbincang, sempat curik masa belajar thai..hehe,,sikiit jela mcm belajar ABC 123 gitu..neng song sam si ha hok jed peet kau sip.
yip sip sam....samm sip ed...hehe (ddiorang cakap aku cakap mcm cina,haha)

2 dari kami meneruskan perjuangan ke sekolah rantau panjang(follow up prog di sana), baki 7 orang berpoya poya???=p di Hatyai. sebelum berpecah sempat kami ronda Bandar Yala.

perjalanan ke Hatyai mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit dgn menaiki van. (rasanya kali ni punya trip mmg banyak dalam kenderaan...) selepas berbuka kami terus ke tempat menaiki bas. hhuhuhu..lambat tu sesuatu yg boleh dijangka barangkali kan?. Awal cakap jam 6.30 bas,then jam 7.00 last2 jam 7.45 bru sampai..tapi rilek sudah kan...kami keluar melalui sempadan Kedah.

19 August 2011

jam 6. 15 pagi kami sampai ke Hentian Pudu setelah 5 kali berhenti di beberapa hentian..huhu(lbh 10 jam dalam bas...patut 8 jam sampai dah..). Nag Ahjussi terpaksa tunggu lama. minta maaf la ye..hehe. Pulang dalam keadaan letih sebab penat tido..bole??huhu

finally:

"Wahai manusia! sungguh janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia menperdayakan kamu dan janganlah (syaitan) yg pandai menipu memperdayakan kamu tentang Allah...

Sungguh syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh,kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yg menyala nyala"
(Al Fatir : 5-6)

sesungguhnya setiap muslim itu adalah bersaudara.tanggungjawab bersama yg perlu dipikul untuk menolong sesama kita..walau dimana kita berada.Kesedaran dan kebersamaan itu penting dalam memajukan ummah.Tiada paparan gambar kerana penulis cuai tidak membawa camera dan Hanphone penulis mengalami kecederaan serius. xdapat nak share gambar.nnt kalau dah ada akan di upload gambar ya.

By : Hati dari Yala

2 comments:

  1. sungguh indah perjuanganmu wahai gadis..disulami mekar indah hatimu..termenterai janji Allah pada niatmu..jgnlah usahamu terlentur pada hakikat ini sahaja..moga Allah mekar dlm jiwamu wahai gadis hamba Allah yg mulia

    ReplyDelete