Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. (tiba tiba kann..=))
Ramadhan dah hampir berlalu..teringat post ramadhan tahun lepas. Indeed, it become reality. Last year is the last ramadhan with abah. Alhamdulillah. tak ada la nak cerita sedih sedih kat sini. Walaupun memang sedih, tapi itu hakikat kehidupan, yang hidup akan mati dan yang mati akan di hidupkan semula. Semua akan melalui cycle yang sama. Jadi sementara hidup,mari sedaya upaya bekalkan diri dengan bekal yang sepatutnya di hari perhitungan kelak.
Entri lepas aku ada mentioned pasal program di kg org asli kan. Alhamdulillah, program telah berjalan dengan lancar. sepanjang 4 hari disana ( for me, 3 hari aje sebab Isnin KL tak cuti kena keje..), macam macam pengalaman yang kami dapat. Pengalaman paling best, dapat mengenali bangsa orang asli dan cara kehidupan mereka.
SubhanAllah, betapa kerdilnya aku rasa kala menjejakkan kaki di perkampungan kecil yang serba serbi kekurangan. kenapa? Walaupun mereka kurang dari segi segala bagai keperluan kehidupan, tapi mereka dekat dengan alam...perkampungan ini dikelilingi dengan bukit bukau y menghijau. nyaman..
Bangsa Orang asli terbahagi kepada 3 kumpulan besar iaitu, Melayu proto, Semang dan Senoi. dalam setiap kumpulan besar ini, terdapat pecahan lebih kurang 6 suku kaum berbeza yang mana aku tak ingat.huhu..cuma yang aku pasti kebanyakan penduduk yang mendiami kawasan lapangan kami ini datangnya dari suku kaum semai, yang berada dalam kumpulan Senoi.
Maha suci Allah..
Pagi di Pos bersih 3, Ulu Slim, Perak.
Hanya 3 dari 16 keluarga yang beragama Islam di Pos tugasan kami. Niat kami, mendapat redha Allah, kami bantu yang Islam atas dasar persaudaraan dan yang bukan Islam atas dasar keinsanan, moga2 terbuka hatinya tertarik dengan Agama Islam ini. Keadaan di siang hari ramadhan selari dengan misi simulasi kami iaitu bantuan bencana kemarau. Dalam keadaan perut kosong dan kekeringan kami melaksanakan tugasan yang diberikan. Mendekati Orang Asli dan memberikan bantuan semampu kami kepada mereka.
pemeriksaan kesihatan
barangan dapur
gosok gigi=D
kebersihan anggota badan.
untuk pengetahuan, rumah rumah di sini tiada tandas. paip tu ada, air dari bukit, tapi paip ajela..jadi most of the time, mandi ialah di sungai. refreshing kan? ermm..buang2 bagai pun kat sana jugakla. ewww, mcm mana tu?orang nampak macam mana?
ok, macam ni, orang kat sana dah jadi lumrah hidup diorang melepaskan segalanya di sungai, jadi diorang dah tak heran dah menda2 macam tu. Cuma pandai pandai nak buat macam mana kan, takkan nak expose sangat, dan gunakan kawan yang dipercayai tu ok.
bagi aku, sekarang alhamdulillah, dah boleh menyesuaikan diri dengan keadaan keadaan yang begini, hasil ke sana ke mari program2 yang terdahulu..walaupun pengalaman aku masih hijau, ianya banyak membantu aku sewaktu berada di sana.
moga hati hati ini akan terus di kuatkan untuk terus menerus melaksanakan tanggungjawab di muka bumi ini. Dan harapan aku dari dulu, moga mak dan abah mendapat bahagian dari apa yang aku kerjakan ini. aku tak mampu nak mewahkan mak dan abah dengan harta benda...
andai amalan ini mampu bahagiakan mereka di sana kelak, maka mudahkanlah jalan aku menyumbang ke masyarakat. Abah selalu cakap, selagi boleh, sumbanglah pada masyarakat. InsyaAllah. I'll always keep that words.
P/s : moment yang paling tak boleh lupa kat sana
aku : eh, natasha, mana selipar? nanti masuk cacing tau tak pakai selipar
natasha: .........(diam)
aku : selipar natasha tinggal kat rumah ye?
natasha: mak xde duit nak beli selipar...
aku :.............(terkedu beberapa saat). Nanti kalau mak ada duit beli selipar ye, lapik kaki tu ye. dah, nanti basuh kaki dulu sebelum masuk rumah ye)
natasha :(senyum)
Lihat gambar di bawah dan renunglah..nikmat mana yang kita sudah syukuri? (reflection esp for me.....)
No comments:
Post a Comment