Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Friday, August 3, 2012

Aku dah Grad!! Konvo belum lagi.hehe


Assalamualaikum

Salam Jumaat.
Alhamdulillah...Finally, after result FYP keluar saya secara rasminya telah menamatkan pelajaran dalam bidang Sains Bioperubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Yeay!!
Ok sedikit dah basi punya cerita sbb dah agak lama menda ni..

Reason tak update ialah kerana sekarang tengah menyibukkan diri belajar tentang research baru! haha..gila cintakan ilmu kan..(hopefully).

Sebenarnya, niat hati after finish all my FYP works, nak bermalas malasan bekerja yang tak de kaitan dengan research kejap. Tapi kejap jela sebab sedar diri yang awak tu memang bidang kerjanya buat research. Bukan apa..trauma sebenarnya buat FYP aka research ni, byk betul dugaannya..sedangkan FYP dah gitu, apakah lagi kajian yang berat berat juta2 punya bajet kaaannn..

Tapi betullah, Jika Allah kata jadi maka jadilah..lepas seninggu submit thesis, aku terus dapat keje as Research Assistant di PPUM(Pusat perubatan Universiti Malaya). Project pasal Women study. project di bawah Jabatan Perubatan Psikiatrik. 

dapat? walau cuba nak lari tapi kalau dah itu jalannya, bersyukur dan terima dengan gembiranya ajela..=). 1st job kan, tak nak memilih sangat, experience first ok!hehe. Belajar la sedikit sebanyak pasal jenis2 sakit jiwa ni..dari kanak kanak, remaja, org dewasa sampaila orang tua..kanak2 pun banyak sakit jiwa tau.

Now, after almost 2 months keje ( sebulan lebih sikit je baru,=p). I'm looking for the more interesting research job. minggu depan ada interview di salah satu Institusi bioperubatan terkemuka di ibu negara. same position but different research. Harap sangat dapat. Sama2 doakan saya ye..=). kalau memang ada rezeki disitu moga2 Allah mudahkan.

Programsss..
Dah lama kan tak update prog..ada pergi tapi kurang rajin nak update..the latest last week, xla dipanggil program pun, pergi iftar bersama adik2 di rumah pengasih Baitul rahmah di Ampang, tido sana sekali..xde pun plan nak tido pada awalnya tapi memikirkan datang hanya berborak2, sembang2 kenal2 dengan diorang..rasa tak menyumbang apa pun..tula yg decide tido sana, at least boleh ajar sikit sikit pasal pelajaran, share apa2 ke kannn. 

Fyi,rumah Baitul Rahmah ni ialah rumah yang menempatkan remaja2 yang hamil sebelum nikah..sapa yang tak sedih kan tengok remaja kita sekarang jadi macam ni, tapi sedih je tak cukup...teach and guide them, they really need our guidance..diorang jadi mcm tu salah siapa jugak..dan..tolongla terima mereka dalam masyarakat, dengan cara itu baru kita dapat bimbing mereka. Nak benci bole...BENCI perbuatan mereka ok!

Dan the newest program..sedang dalam program sebenarnya ni, skip sessi pagi dan tengahari kejap sebab kerja kan hari jumaat ni. Program Tautan Kasih 7 by Malaysian Relief Agency (MRA) bermula semalam di IYC, cheras dan petang ni akan berangkat ke lapangan iaitu di Kg. Orang Asli. di Pos Bersih, Ulu Slim, Perak hingga hari isnin, tapi malam ahad dah kena balik sebab Isnin kerja. sempat bersama 4 hari jela. Moga Allah melancarkan perjalanan program kali ini.

Last but not least, jom ponder sama sama kata kata ni.(ok ni ingat2 lupa, taapi kalau tak tak silap dari saidina Ali)
"Jangan ditanya pada yang bodoh kenapa mereka bodoh, tapi tanya pada yang cerdik pandai kenapa mereka tak memberi tunjuk ajar kepada yang bodoh"

hapa carca merba punya entri daa..hehe. tarikh konvo 6/10/2012.yeay! cepat kumpul duit manyak2 kasi bunga cantik2 sama saya.hehe

No comments:

Post a Comment