Fasa perubahan.
Mungkin tu yang paling sesuai untuk describe keadaan diri aku sekarang. Banyak perkara terjadi dalam 1 masa. Betul2 menguji emosi...
Mahu berkongsi sedikit disini.
Andai kita tak rasa kita takkan tahu, aku suka dgn frasa ni.
Dan manusia fitrahnya, bila dah tak mampu menahan, tendency untuk mengadu dgn org terdekat tu tinggi, dengan harapan ringan sikit beban di hati..iye, Allah tempat mengadu pertama kita, tapi Dia juga hadiahkan nikmat hidup bermasyarakat, manusia sesama manusia. Baru2 ni aku belajar sesuatu, betapa pentingnya kemahiran mendengar berbanding kemahiran merespon. Ramai di antara kita suka berfikir, bila seseorang datang meluahkan masalah, dia mahukan penyelesaian dari kita.
Tidak, apa yang mereka mahukan ialah seseorang yang sudi mendengar dan memahami keadaan mereka. walaupun sekadar mengangguk atau berkata "bersabarlah, ada hikmah disebaliknya ni" cukup buat jiwa si pencerita sedikit stabil. ketenangan akan hadir sendiri bila emosi stabil. dan bila emosi stabil tanpa sedar penyelesaian akan datang sedikit demi sedikit. Walaupun apa yang diluahkan oleh si pencerita kadangkala melampau dan perlu dinasihati. Jangan terburu2 menasihati. Tenangkan dulu si pencerita.
Ringkasan :
-Berikan sepenuh tumpuan ketika teman anda menceritakan masalah. meminimumkan perkataan ketika merespon. cuba memperbaiki dan menasihati ketika sesi luahan perasaan hanya akan memburukkan keadaan.
-Cuba memahami sifat,peribadi, dan latarbelakang hidup teman anda sebelum menenangkan nya.
Contoh, jika anda sedia maklum teman anda seorang yang zahirnya dekat dgn tuhan, biasanya org2 begini akan menjadikan Penciptanya tempat pertama untuk mengadu,dan dia mencari anda kerana merasakan keperluan sesama manusia. cuba tenangkan dia dgn cara sedikit berbeza tapi masih lagi mengikut syariat agama.Tapi perlu tegaskan. wajib jadikan Allah tempat mengadu pertama
-Andai ada yang perlu ditegur, ambil masa, tunggu tenang. sehari, dua hari, seminggu. baru ditegur. elakkan guna bahasa negatif seperti tak elok, tak suka, benci dan sebagainya. dan, cuba rendahkan hati ketika menegur, setiap manusia serba kekurangan termasuk diri kita sendiri.
Setelah semalaman berfikir, baru aku rasa betapa pentingnya sifat Allah(sama'), dalam sifat 20 ada sebut sama' (mendengar). Bila kita mengadu kat Allah, Allah tak direct respon dengan aduan kita. Dia akan biar kita mengadu dan mengadu dan mengadu. dan akhirnya Dia akan tunjukkan respon dengan hikmahNya. Maha indah cara Allah kan?
Tujuan kita belajar sifat Allah untuk mengetahui kebesaranNya dan mencontohi sifat2Nya kan. tak salah mencontohi bukan, kerana yang Maha mendengar tu tetap Allah.Wallahu'alam.
Moga aku boleh jadi seorang pendengar yang baik.
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu(ujian) sebagaimana halnya orang orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan ( dengan bermacam macam ujian)"
Al Baqarah : 214
No comments:
Post a Comment