Assalamualaikum
Cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar aku sudah memasuki semester terakhir untuk pengajian peringkat ijazah sarjana muda di UIAM ni. semester yang ke 14 kalau dikira dari zaman matrikulasi. rasa nak post satu entry pasal ni tapi nanti dulu la. hari ni nak share cerita sikit pasal perbualan aku dan kakak aku tempoh hari.
leha : ko nak tau tak, ada kawan aku sakit kena buatan orang..
aku : siannya...dah berubat ke?
leha : dah..dia berubat dengan ustaz ni, pastu ustaz tu ajar mcm2 bacaan yang boleh ubatkan diri sendiri. kawan aku tu tanyala kenapa org ni suka dengki/ dendam dgn orng lain ye.pastu ko nak tau tak ustaz tu ckp apa kat kawan aku tu?
aku : nakk.
leha : ustaz tu cakap,
"kita ni selalunya suka mempersoalkan kenapa orang tu dengki dengan kita, kenapa orang tu tak senang tengok kita, kenapa orang tu suka jeles dengan apa yang kita ada, padahal kita tak buat salah apa apa pun kat diorang.
tapi jarang di antara kita yang berfikir begini,salah aku kot orang tu tak suka kat aku."
aku : a'ah.
Ramai di antara kita (aku pun)selalu meletakkan kesalahan yang berlaku di atas bahu orang lain walaupun terang2an memang orang lain yang melalukan kesalahan.
sedarkah kita, gagal menunjukkan sikap atau sifat yang meyenangkan pada mata2 yang memandang juga adalah satu kesalahan. Iye, memang kadangkala kita sendiri tak tau atau tak faham kenapa sesetengah org begitu mudah membenci org lain. padahal kalau dikira puncanya mcm tak logik untuk membenci.
Contoh, A beli kasut baru, pastu jalan2 pakai kasut baru depan B yang dah lama tak beli kasut baru. B jeles dengan A.
remeh bukan? tapi, kerana ke ignorance nya A tadi menyebabkan B mula sakit hati. padahal A tak buat apa pun, cuma memakai kasut yang baru dibelinya.
begitulah mudahnya manusia mendapat penyakit hati. dan akhirnya jika tak terkawal akan menyebabkan perkara2 yang lebih teruk terjadi. Dalam soal ini, adakalanya kita terlalu fikirkan kesalahan orang lain tanpa memuhasabah diri terlebih dahulu kenapa perkara sebegitu terjadi pd diri sendiri.
Jadi kesimpulan disini, adalah lebih mulia dan lebih baik andai kita nilai dan betulkan diri kita sendiri dari cepat melatah menuding jari terus ke arah pelaku kesalahan. Si penuding jari 4x melalukan kesalahan. Sakit, fitnah, itu adalah ujian, Allah beri ujian untuk kita merenung kembali dan muhasabah dan menilai perilaku kita sendiri.
Jangan terlalu difikirkan kenapa orang asyik berbuat salah pada kita, fikirkan apa yang kita dah buat sampai hati orang sakit tu lagi penting. menunjukkan contoh yang terbaik itu tugas seorang mu'min bukan?
moga kita semua dapat menjadi orang yang memikirkan perasaan org lain terlebih dahulu dari diri sendiri.=) . Mari amalkan ayat 19 : surah assyura. moga lembut hati2 yang memandang kita.
No comments:
Post a Comment