Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Thursday, July 28, 2011

Menjelang Ramadhan

Assalamualaikum

Akhirnya Harry Potter yg terakhir berjaya ditonton, yeah! mmg misi tonton n pulang la sebab ada kerja yg harus di buat (yeke?..a'ah la)..Dan zaman sekolah rendah dulu rasa mcm in love jgk la dgn harry potter ni..buku 1st buku aku habis baca tau.In english tu..jgn memain,walaupun masa tu tahap benci dengan bahasa inggeris kurang sikit je dari rasa benci dgn Hitler.haha. tapi sbb da suka dgn harry,baca jugak ok.(Tapi sekarang saya xpernah belajar bahasa melayu selain subject bahasa melayu di UIA,dah terima dengan rela hatinya ye=))

Bercerita pasal zaman bersekolah rendah @ kanak2 punya zaman, pengalaman paling indah pastinya ketika Ramadhan menjelang.hehehe..Ingat je sudah bikin aku tersengih sengih. Dan memori yg paling indah semestinya memori bersama Abah (En. Hamzah b. Kusiran). Walaupun kadang2 berlainan pendirian dan pendapat tapi Abah is the most man yg paling aku respect. Tau kenapa?..

Kami tergolongan dlm kolongan keluarga yg bukan susah sangat dan bukan senang sangat.Ada tempat berteduh, cukup makan(xpernah aku kelaparan,sakit perut sbb kenyang adala..haha), cukup diberi didikan formal dan tak formal, kiranya tahap sederhana yg x sederhana la.mcm miskin tapi xla miskin gila..haha.faham la tu kan.Mmg mcm mcm yg Abah aku buat utk sara kami sekeluarga (i ada 11 adik beradik tau plus mak n abah= 13,besar x besar juga la familyku ini).dari mengajar,bertani,meniaga,menukang..semua kerja yg boleh di buat pasti dia buat.Alhamdulillah Abah dikurniakan dgn kreativiti yg bermacam2,sampai barangan kraft pun pernah ada dlm list perniagaan beliau.Hebat kan Abah ku.dan semestinya disebalik kerja kuatnya itu ada Mak sebagai tulang belakangnya. Mak is the one yg the most precious in my life.Sorang tu jela aku xdapat nak describe dgn kata2 betapa mulianya hatinya.SubhanaAllah.

Ramadhan.tiap kali ia menjelma.perkara wajib yg akan berlaku di rumah ialah kuliah Subuh.Serius dulu mmg xfaham langsung kenapa Abah buat mcm tu,rasa susah,malas dan mcm2 yg buruk la bila disuruh pegi rumah atas dgr kuliah subuh.Dahla dah dengar tazkirah lepas terawih kat surau(Abah jugak la yg bagi tazkirah tu).kena dgr lagi kat rumah.Tapi sebab takut Abah(hahaha)naik jugak kat ruang solat rumah atas tu.walaupun masa tu mcm da salah konsep niat tapi sebab anak yag baik(=p) tetap jgk ikut..sampai sekarang terngiang2 tazkirah Abah..word paling aku ingat

"masuk kanan keluar kiri xpe sebab masuk jugak,adala asap2 tinggal dalam telinga tu,tapi jangan sampai mantul, tu xmasuk langsung namanya..susah dah tu"

memang nostalgik..waktu tu,lepas je Abah balik subuh kat surau setiap anak akan dipanggil menyertai aktiviti,no excuse..bawakla selimut ke,bantal ke,tilam ke..janji ko duduk dpn Abah dengar,nak tido ke apa ke buatla..biasanya Abah akan bacakan hadith2 dari Hadith 40 dan tafsiran dari ayat2 Al Quran dari tafsir (aku x perasan tafsir apa sbb yg aku ingat buku tebal gila dan berbalut kertas warna putih..aku yg tolong balut,hehe..sbb Abah cakap aku balut kemas.hehe).Baru sekarang aku tau kenapa Abah didik kami begitu...rasa nak rewind balik waktu,aku manusia biasa kan..huhu,benarlah...sesuatu perkara akan jadi sangat berharga apabila ianya sudah tiada.

TV adalah dilarang waktu itu,masa periksa lagila TV rosak,hahaha(tapi xde pun dpt no 1,hehe).TV hanya untuk tengok berita jam 8 dan berita jam 12.Lain waktu kira nasib2 la dapat tengok,time mood Abah baik ke,Abah g surau ke..hehe.Masa sekolah rendah kitorang siap ada jadual waktu dirumah lagi..bangun pukul berapa,mandi pukul berapa,balik sekolah buat apa..time tu mmg i follow la.

Tapi bila masuk sekolah menengah, start duduk asrama,keadaan mula berubah sedikit demi sedikit...dengan kesihatan Abah yg makin merosot.Tahun 2005, bulan 7, Abah masa tu temporary completely blind..dahla aku jauh gak dari rumah..mmg sgt sedih masa tu.Abah dah mula demotivate masa tu..byk diam,mungkin nak adapt dgn keadaan kesihatan dia..start dari tahun tu sampai aku masuk UIA mmg setiap ramadhan kesihatan Abah akan merosot.(Abah ada chronic Diabetic) dah more than 25 tahun Abah ada diabetic. Kidney pon dah weak, sekarang mmg inject insulin everyday.Now mata Abah mmg dah kabur,nak membaca pun tak nampak,jalan x larat sangat, Alhamdulillah Mak masih ada di sisi Abah.

Ramadhan tahun ni, sekali lagi kemungkinan tinggi kesihatan Abah akan kurang memuaskan( based on past record) tapi hopefully kami mampu bertahan dan sama2 bersabar melakukan ibadah ini. Bukan menjanggakan yang buruk2 tapi bak kata Ust Pahrol Juoi,kenal pasti kekuatan dan kelemahan kita dalam sesuatu perkara, barulah ada persediaan yg lebih effisien utk menghadapinya. Moga IbuBapaku,adik beradik ku, Ahli keluarga, sahabat handai, seluruh kaum muslimin dan muslimat dapat memanfaatkan ramadhan ini sebaiknya.Sama sama kita mencari berkat didalamnya.InsyaAllah

P/s : petikan dari buku Nota Fikir untuk Zikir "Lihat pada apa yg kita ada, barulah kita bersyukur. Jangan dikenang apa yang tiada ,nanti kita kufur..."

No comments:

Post a Comment