Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Friday, February 8, 2013

Jom Doa!

Assalamualaikum..=)

Semalam, bila hati merindui sahabat mula la start jadi stalker selongkar blog sorang sorang. Yes, tiba tiba datang perasaan rindunya dengan zaman belajar. haha. ceh dulu kemain belagak takdela nak feeling2 sangat merindui zaman di UIA tu. Sekali tu dia..-_-!

Erm..bila baca perkembangan kengkawan ni, majority nya mesti ada conflict dengan anjakan paradigma yang berlaku. haha. termasuk aku. perubahan dari seorang pelajar ke seorang orang awam,eh?(=p). Berubahnya dari segi ruang lingkup sosial, persekitaran, budaya sekeliling. dan banyak lagi la.

Dan bila di fikir2 kan semula, memang sangat2 bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi sekarang. Dapat housemate ok walaupun main terjah je duduk rumah tu, family dah dekat jadi bole jumpa mak tiap2 minggu walaupun tak balik tiap tiap minggu, tunang yang ok (gedik giler, hahaha) walaupun aku ni ngeng ( bersyukur tau ada orang nak, bila masuk keje baru sedar menda ni,huhu) dan ada sumber kewangan yang bole menampung diri sendiri.=)

Dan yang paling aku rasa bersyukur sangat sangat. Environment tempat kerja sekarang. walaupun tempat ni tempat research, tapi mudah nak dapatkan sumber agama. sebab? setiap hari ada kelas agama. bukak kitab okeh, ustaz berbeza untuk setiap topik. Jumaat kelas khas untuk perempuan. MasyaAllah, nak tak nak je pergi. walaupun aku pun kadang2 je pergi.huhu

Terubat rasa rindu kat UIA, dulu kan tiap2 minggu ada usrah..(walaupun masa final year, ada gak ngelat2 tak datang,huhu). Bila keje kat PPUM macam kosong sikit sebab budaya yang berbeza dengan UIA. Tup2 dapat keje IMR, Allah maha mendengar. huhu. 

“Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang orang yang sombong yang tidak mau menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina” (Al Mu’min 60)

Walaupun takdela Islamic mana suasana dan budayanya, sekurang kurangnya, budaya berusrah tu ada. Jarang tau nak jumpa tempat kerja yang ada usrah. membincangkan hal ehwal agama. makcik2, pakcik2 yang ramah. Alhamdulillah.  Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Macam hari ni, baru lepas balik dari usrah Jumaat.tu yang semangat nak kongsi doa sikit yang Rasulullah ajar. Ramai dah tau kot cuma saja nak share =). Moga2 kita sama sama dapat amalkan setiap hari.

Pagi pagi waktu nak melangkah keluar pergi kerja or pergi mana mana ke baca doa ni: 

" Allahumma inni as aluka ilman nafian, wa rizqan thayyiban, wa amalan mutaqabbalan. (HR. Ibnu Majah "

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amal yang diterima.

Jom amalkan!=)

No comments:

Post a Comment