Assalamualaikum dan salam sejahtera..
huuuh~semalam berakhirnya satu hari cukup bersejarah dalam hidup aku. Walaupun tak dapat banggakan mak ayah dengan anugerah pelajar cemerlang seperti adik beradik aku yang lain, tapi aku cukup puas dapat menghabiskan pelajaran selama 6 tahun ni. semalam, tiada drama tangisan air mata seperti di majlis2 konvo sebelum ni. mungkin aku anak yang akhir akhir kot, jadi mak takdela nak heran sangat,hehehe
tak dapat nak bg speech mcm best student semalam ( misss hasna, dia memang sgt layak), dapat bg speech kat blog terpencil ni pun jadila ka, cukup syarat.kekeke
Dikesempatan ini, saya ingin menyucapkan syukur kehadrat Ilahi yang telah memberi saya peluang dan ruang untuk meneruskan cita cita saya. Alhamdulillah. Engkau telah memberikan satu kehidupan yang cukup bermakna bagi insan benama Siti Khodijah Hamzah. Kepada mak...yang terlalu banyak jasanya kepada aku, mengorbankan segala2nya demi melihat amanah2nya di dunia ini berjaya. walaupun selalu gaduh2 ( gduh manja ok), she's still the best mom in the world. YaAllah..jadikanlah aku anak yang solehah untuk ibuku..amiinn.
Untuk abah.........terima kasih kerana sentiasa tunjukkan panduan hidup untuk aku dan bagi didikan dunia akhirat..
walaupun kita orang susah, tak pernah sekalipun aku rasa lapar sebab tak di bagi makan.
walaupun adik beradik ramai tak pernah rasa kurang kasih sayang( kalau ada pun, gedik2 je.hok2)
walaupun abah dah takde, abah sentiasa hidup dalam doa dan hati kita...malam sebelum konvo, ada drama dgn diri sendiri...huhu, rindu saat2 berborak pasal kerjaya dan cita2 dengan abah, he is the best man I ever had. tak pernah tegur aku dengan nada yang kasar...but tegas!
(kami anak2 perempuan, memang sangat2 rapat dengan abah..even masa abah sihat pun, kte mandikan abah, gosok2 belakang abah, buat facial kat abah, beruskan gigi palsu abah, potong kuku abah, sapu losyen kat badan abah..abah pun sangat suka dimanja2kan mcm tu..huhuhuhu..rinduuuunya masyaAllah!). ok fullstop. pecah kang empangan,huk2..moga kita sekeluarga bersatu kembali di tempat kekal paling istimewa di sana kelak.
to my siblings, abg leh, kak ti, kak milah, abg poji, kak midah, abg mamat, abg piki, abg daus, leha n epi, daannn kepada adik beradik tambahanku..kak ani, abg suib, abg ajis, kak lela, kak fahima, kak liza, kak ann dan fikri...terima dengan jasa dan pengorbanan anda sepanjang tempoh pembesaran (?) saya.huhu...tak dapat saya balas jasa anda semua, andai semua perlukan pertolongan saya, saya sedia hulurkan tangan, andai ada yang bole dibantu..saya bantu..insyaAllah..saya amat hargai ikatan kasih yang Allah telah jalinkan ini. Keluarga ini antara anugerah terbesar dalam hidup saya..
kepada sahabat perjuangan dari saya mulakan kembara ilmu sampailah sekarang, terima kasih yang tak terhingga di atas segala jasa kalian, saya sgt2 sayang kamu semua, tuhan saja yang tahu betapa rindunya saya kala ini mengenangkan waktu2 bersama dulu.. hanya Allah dapat membalas jasa kalian. moga ikatan hati kita ikhlas keranaNya dan Allah sentiasa memelihara hubungan ini..
dan last but not least, untuk insan yang bakal hidup bersama saya..terima kasih kerana hadir dalam hidup saya, kehadiran anda amat bermakna dalam hidup ni..saya minta maaf atas segala salah silap saya. terlalu banyak kelemahan yang saya ada sampai kadang2 saya lupa akan kelebihan yang Allah bagi..moga Allah sentiasa menjaga dan memelihara hubungan ini.
Ijazah yang saya pegang ini adalah satu amanah yang akan Allah persoalkan kembali..saya akan berusaha sebaiknya menunaikan amanah ini..moga2 kalian semua dapat mengingatkan kembali saya andai saya tersasar dari landasan yang sepatutnya..amin.
No comments:
Post a Comment