Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Tuesday, September 11, 2012

Alkisahnya dan InsyaAllah..

Assalamualaikum


Alhamdulillah..

memang itu word yang betul2 pap terlafaz di hati waktu mak cakap bole, datangla...

cerita pasal apa ni sebenarnya??

Ok, begini..berkenaan entri oh ye? yang lepas. Taknak share pada mulanya sebab seeloknya di diamkan..tapi macam semua dah tau je dan bukan lagi rahsia, jadi mahu kongsi pengalaman di sebalik tabir.=). Yang elok jadikan pedoman yang tak elok jadikan sempadan ye.

Seingatnya la, aku tak pernah mention aku bercinta ke berkawan ke dengan sapa2 ke dalam dunia virtual ni. Hakikatnya, ehemmm..hehehe. 4 tahun lebih kami berusaha sedaya upaya cuba memperolehi keizinan untuk meng'sah'kan hubungan ini. Tidak adalah jawapan bagi kedua2 keluarga. Masing masing menggunakan alasan aku masih belajar. Jadi jangan gedik ok, sila habiskan belajar anda. huhu..

Ok..kami masing2 akur dengan pendirian parent masing2 dan hanya mampu berdoa dan berserah apa yang terbaik untuk kami..tak mau cerita la apa yang kitorang lalui sepanjang berkawan panjang ni. Tapi itu yang membuatkan aku tambah percaya dengan ketentuan Ilahi.=) 

Semester terakhir di UIA, bagi aku. itu titik tolaknya. Kenalan abah datang ke rumah merisik aku. Ok, boleh percaya tak??aku?dirisik orang? rabun agaknya orangnya tu..hahaha. Jadi, yang terlintas di kepala..

Ialah ini..mungkin sebab abah dia datang merisik..aku dari dulu ada perasaan pelik bila orang show interest kat aku. biasanya kan orang ni suka kat orang cantik2 je..aku?cantik? tak pernah terlintas kat kepala aku yang aku ni mampu menarik perhatian orang..ngeh2..cumil sikit tu adala,;p.ahahaha. 

Nasib la mak tau aku sedang berkawan dgn seseorang. lantas menggunakan alasan aku masih belajar. Dann aku pun menceritakan halnya pada dia. Reaksi dia??no komen. =p. Tup2 aku dapat khabar dari dia mak dia dah belikan cincin merisik. ha?? nak datang rumah bulan 7?

Ok..ni khabar yang sgt excited ni. Then, berlakulah berbualan antara dua ibu..tapi, mak aku tak bgi keizinan lagi..dengan reason, abah masih baru je pergi, hatinya tak cukup kuat lagi...ok, kita hold sampai Syawal la ye.

Reaksi aku? huhuhuhuhu..sedih dan terkilan tapi bila fikir kondisi mak...baiklah mak..doa dan tawakal itu kekuatan saya. akhirnya Ramadhan tiba..nak kata pulun habis bulan Ramadhan ni tak jugak, cuma..doa agar dimudahkan segala gala urusan tidak penah lekang dari hati ini. Andai itu memang jodohnya, mudahkan jalannya..andai bukan, redhakanlah hati2 ini..Allah maha mengetahui yang terbaik.

Adala beberapa kali mak bertanya, keluarga sebelah sana nak datang bila. aku punya reaksi, ntahla mak..(bunyi2 sedih nya suara). setelah aku berbincang sikit dengan dia. Raya ke dua, mak dia call mak aku..borak2, mak cakap. bole nak datang..raya ke 5! 

Alhamdulillah...tahun ni dia bukan datang raya saje2 dengan kawan2 macam tahun2 lepas, tapi dengan family. Datang dengan hajat besar. Dalam hidup aku tak pernah mengimpikan majlis pertunangan or kahwin yang dahsyat2..cukupla follow syariat. simple dan cute mcm aku, eh?=p. Jadi, expect dalam kepala, alang2 dah datang tunang terus la. tapi...

5 Syawal 1433 H, keluarga sebelah lelaki datang merisik..siap ada adegan menyarung cincin bagai, taktau la pulak aku kena sarung2 cincin...aku boleh siap lepak belakang rumah jaga anak buah aku, nak tidokan, tiba2 ada orang panggil suruh masuk bilik, nak sarung cincin. Ha?? layankan je,nasib la aku lengkap berbaju kurung. tak pakai uniform dapur macam selalu.

Ikutkan kami, mahu terus bertunang. kan mahu simple..itu aku. huhu..tapi abang yang sulung tak bagi..kena ikut adat katanya..aku tak mahu banyak cakap. Ok kan aje. Jadi Next phase ialah majlis co called pertunangan..dah lari sikit dari konsep bertunang yang sebenar. insyaAllah. tarikhnya bila? rahsia, tapi kejaaapp je dah..huhu..mana2 dapat tau dari FB nanti nasibla, akan adala org upload gambar2..tak terkawal ok.  

Boleh je terus jalan hari tu..aku dahla baru keje, faham2 la situasi kewangannya..huhu.. Dodi, ikutkan je, ko jugak yang nak kahwin kan..baik! 

Siapa bakal tunangnya??hehe..siapa yang dah tau, hehe kan jela ye..yang tak tau..dia lelaki sederhana yang insyaAllah mampu melengkapkan hidup aku.ececece..mintak2 la brader tu tak baca.=p

p/s : doakan kami jugak ya! keberkatan dan kelancaran majlis majlis akan datang. amin! 

5 comments:

  1. tahniah dodi & abg tuttt..hehe..aku tahu sapa org nye ;p

    ReplyDelete
  2. syukran wani..doakan ye,=).hehe..aku kawin k0 wajib datang.hehe

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. nak kad..nak kad... :P

    ReplyDelete
  4. ok, kad akan sampai juga..tapi bukan tahun ni,hehe.doakan la cepat2 sampai.;p

    ReplyDelete