2013 dah lepas
2014 pon dah bulan 10
last blog ni di update may 2013. belum kahwin pon masa tu. sekarang ni aku dah kahwin dan beranak pon..lahai, cepatnya masa berlalu.
Sekarang dia ni dunia aku. Hadiah terindah yang Allah bagi.
Siti Zinnirah Addeena. My precious one.
Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan
Thursday, October 9, 2014
Monday, May 6, 2013
Current Fav
wahahahha
serius sekarang tgh IN LOVE dengan....
serius sekarang tgh IN LOVE dengan....
ini
ini
dan...
ini!!!!!
yang atas atas tu tengah working on, yang bawah ni tengah sakit kepala nak carik kat mana tak jumpa jumpa.HUHUHU ( big sigh** here)
Friday, May 3, 2013
PRU 2013
Assalamualaikum..
macam lama gler dah tak update blog. memang pun..huhu.
nak cerita pasal PRU kali ni bole? tak la nak cerita deep sangat sbb aku pun tak tau hal hal politik dalam negara. jahil dan kurang berminat.
nak cerita sikit sikit je ni..nak luahkan ke tidak puas hatian. serius rasa nak complain dan merungut macam2 skrg ni. tapi xde telinga yang nak dengar. jadi lepas kat sini pun jadikla ye, ermmm...tak faham la sebenarnya kenapa bila masuk waktu berkempen ni ( dari sebelum2 waktuu kempen lagi) macam macam hal buruk pihak lawan masing masing dibangkitkan.
argghh...sakit mata tau baca, tak pasal2 sakit hati. dapat liver necrosis.huhu.ok melalut. pasal orang2 yang berpolitik nih ada je menda yang buruk keluar. toksah la cakap mana2, kerajaan ke pembangkang ke. sama je. masing masing nak tunjuk eksen yang diorang tau semua. hebat dah sgt. orang tu jahat, orang ni jahat. orang tu kurang ilmu agama, org ni terlebih ilmu agama, jaja cerita porno (isu isu lucah ni masuk bab porno kan? ntah, aku pun tak pasti).
hmmmm...tak boleh ke berkempen secara suci yang memfokuskan pada tugas seorang pemimpin. tanggungjawab pada rakyat. yang elok2 la. tak payah dok tambah asam jawa, ikan masin, budu, cencaluk, ajinamoto semua dalam "lauk" tu. cukupla balance kan dengan garam n gula..huhu
aku nak vote parti bawah ni bole? sebab ak org jawa.hahaha

P/s : dari gaya aku cerita nampak sgt kan yang aku tak belajar sosiologi. haha. ada aku kisah.
Tuesday, April 30, 2013
Waktu hujan
waktu waktu hujan macam ni..
rindu waktu dulu2 bermain dengan selut lumpur tepi kebun
tanah liat lembik dibentuk2 menjadi kereta, motor, buah2 buahan dan sebagainya
mak jerit memanggil2 jangan main hujan
tapi telinga entah kemana dah dicampak
selesai main selut, berkubang dalam kolam tadah hujan pulak
tak terfikir langsung takut dengan macam2 microorganisma yang ada
alhamdulillah, takdela sakit mcm2 pulak (tipu sikit, adala demam sikit sbb sejuk,haha)
post lepas rindu.(^.^)

Monday, February 25, 2013
Ilmu Common Sense
Assalamualaikum
Minggu lepas 20/2 genap setahun pemergian abah tercinta, tapi entah kenapa rasa macam abah ada lagi. bila orang cakap "arwah" abah, rasa macam tak best,huhu. bole ke eh rasa cenggitu??tapi hati dah redha dah, moga Allah tempatkan abah dikalangan orang orang yang soleh. amin
Cerita hari ini, COMMON SENSE.
hurmm. hurmm. hurmm lagi. biasa kan dengar menda ni. biasa sangat orang perkatakan, dan biasa sangat orang lupakan. (orang tu refer to aku jugek..uhuhu) orang lupakan tu maksudnya, apabila seseorang itu sedar tentang sesuatu perkara tapi dia buat dek je macam takde hal apa apa (aku pun kurang pasti common sense dikategorikan sebagai attitude ke apa ke. bole jela kot kategorikan sebagai attitude)
Dan yang aku perasan, bila attitude common sense xde dalam diri seseorang, maka akan terkesanlah sedikit kepincangan pada tingkah lakunya. tak kira kat sapa sapa pun. Antara common sense yang selalu orang terlepas "pandang"
1. Campak sampah keluar dari kereta
2. Tong Sampah dah penuh dan berbau tapi tetap nak buang sampah kat situ jugak
3. Bila makan tak reti nak basuh pinggan
4. Bila dah lepas "kareb" tak reti nak flush
5. Bila nak keluar rumah/opis/ mana2 pun tak reti nak tutup letrik
6. Nampak sampah tak reti nak kutip
7. Bangun tido tak reti nak kemas tempat tido
8. Bilik air dah serupa hutan tapi tak reti nak cuci
9. Badan "baeng" tak reti nak cover
yang diatas punya ketidakprihatianan aku boleh blah lagi, tapi tang bawah ni yang aku masih tengah belajar sabo kat spesis manusia gitu.
10. Tengok kawan kau banyak kerja, tibe2 ko tanya dia "banyak eh keje?" sambil hirup2 milo panas pastu duduk depan PC ko layan nyanyi2 lagu sambil tengok youtube. padahal keje2 kawan ko tu keje ko jugak. ko rasa halal tak kena sekeh manusia gitu??
P/S: Spesis2 macam ni agaknya time2 belajo yang suka lambat hantar esemen atas sebab2 yang tak munasabah. dan kadang2 aku rasa diorang ni memang spesis yang tau je nak reka alasan. walaupun 100 orang rasa alasan tu tak logik, dia tetap tegas alasan dia logik. YaAllah, minta jauhlah dari pe'el2 tak senonoh gini dan diberi ilmu common sense..amin
Friday, February 8, 2013
Jom Doa!
Assalamualaikum..=)
Semalam, bila hati merindui sahabat mula la start jadi stalker selongkar blog sorang sorang. Yes, tiba tiba datang perasaan rindunya dengan zaman belajar. haha. ceh dulu kemain belagak takdela nak feeling2 sangat merindui zaman di UIA tu. Sekali tu dia..-_-!
Erm..bila baca perkembangan kengkawan ni, majority nya mesti ada conflict dengan anjakan paradigma yang berlaku. haha. termasuk aku. perubahan dari seorang pelajar ke seorang orang awam,eh?(=p). Berubahnya dari segi ruang lingkup sosial, persekitaran, budaya sekeliling. dan banyak lagi la.
Dan bila di fikir2 kan semula, memang sangat2 bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi sekarang. Dapat housemate ok walaupun main terjah je duduk rumah tu, family dah dekat jadi bole jumpa mak tiap2 minggu walaupun tak balik tiap tiap minggu, tunang yang ok (gedik giler, hahaha) walaupun aku ni ngeng ( bersyukur tau ada orang nak, bila masuk keje baru sedar menda ni,huhu) dan ada sumber kewangan yang bole menampung diri sendiri.=)
Dan yang paling aku rasa bersyukur sangat sangat. Environment tempat kerja sekarang. walaupun tempat ni tempat research, tapi mudah nak dapatkan sumber agama. sebab? setiap hari ada kelas agama. bukak kitab okeh, ustaz berbeza untuk setiap topik. Jumaat kelas khas untuk perempuan. MasyaAllah, nak tak nak je pergi. walaupun aku pun kadang2 je pergi.huhu
Terubat rasa rindu kat UIA, dulu kan tiap2 minggu ada usrah..(walaupun masa final year, ada gak ngelat2 tak datang,huhu). Bila keje kat PPUM macam kosong sikit sebab budaya yang berbeza dengan UIA. Tup2 dapat keje IMR, Allah maha mendengar. huhu.
“Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang orang yang sombong yang tidak mau menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina” (Al Mu’min 60)
Walaupun takdela Islamic mana suasana dan budayanya, sekurang kurangnya, budaya berusrah tu ada. Jarang tau nak jumpa tempat kerja yang ada usrah. membincangkan hal ehwal agama. makcik2, pakcik2 yang ramah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Macam hari ni, baru lepas balik dari usrah Jumaat.tu yang semangat nak kongsi doa sikit yang Rasulullah ajar. Ramai dah tau kot cuma saja nak share =). Moga2 kita sama sama dapat amalkan setiap hari.
Pagi pagi waktu nak melangkah keluar pergi kerja or pergi mana mana ke baca doa ni:
" Allahumma inni as aluka ilman nafian, wa rizqan thayyiban, wa amalan mutaqabbalan. (HR. Ibnu Majah "
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amal yang diterima.
Thursday, February 7, 2013
Marriage~
"It was like having someone else jump into your canoe. Suddenly, everything shifts. You have to adjust your position. The load is greater but so your paddle power"
-Nick Vijicic-
source : google
What a spirit la today..hehe.
Monday, January 21, 2013
Dua Jasad Satu Hati
Assalamualaikum
wah..tajuk..kemain..bukan apa, tetibe terfikir tentang masa depan. Masa depan yang kita tak pasti. yang confirm pasti hanya mati. Tapi xdela agama kita ajar suruh tunggu mati semata mata kan.
”Apabila telah ditunaikan sholat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah karunia
Allah...............” (Al-Jumu’ah;10).
Allah...............” (Al-Jumu’ah;10).
berkerjalah kamu seolah olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beribadahlah kamu seolah olah esok kamu akan mati. Allah berfirman suruh manusia berusaha mencari rezeki yang Allah dah sediakan. bukan extreme dengan ibadah semata mata dan bukan extreme dengan dunia semata mata. Jadilah manusia yang seimbang dan jangan terlalu berlebih lebih atas sesuatu perkara.Yang jelas, perlu letakkan matlamat akhir, mendapatkan redha Allah dalam setiap perkara ( sedang berusaha, mencabar woo, bukan senang senang, kalau senang maksudnya ada something wrong somewhere la tu kan. tapi tetap tak mustahil =))
panjang intro.haha..sebenarnya nak cerita sweet pasangan orang tua zaman dolu2..tu yang tajuk gitu. contoh yang paling dekat mak n abah aku la. (aku suka cerita pasal diorang, tak tau kenapa,hehe). mak abah aku memang suka nooo gaduh gaduh mulut. kadang kadang aku macam pelik, apahal la diorang ni, sebab tu pun bole jadi gaduh. lupa letak pisau je pun kadang kadang. tapi gaduh gaduh mak abah aku tak lama pun, hanya beberapa minit, tak pun jam, paling lama pun 2-3 hari kot. bergantung kepada sebab gaduh.
tapi tak pernah aku dengar dari mulut diorang kata kata yang macam nak berpisah ke apa ke. kata kata yang tak senonoh ke, tak penah dengar la. paling koman mak aku merajuk tak nak cakap dengan abah aku. hahaha. comel ok, tapi abah aku tak heran pun..buat dek je. Tapi bila tak nampak mak depan mata barulah melilau mencari. Ingat lagi masa mak pergi haji, abah aku mcm orang angau, hehe..kesian pun ada tapi lawak ok. sebab depan depan fuhh buat main ego, depan kitorang cair dah.hehe
sweet kan?hehe, kadang kadang terfikir, mcm manalah hidup lepas kawin nanti (ahaha, gatal ok, nak buat cenggana, faktor umur kot,=p). bole ke aku jadi sabar mcm mak aku. huhuhu. Need to learn a looot of things. Mcm mana agaknya kehidupan aku lepas ni kalau masih dipanjangkan umur. baru kelmarin kakak aku mimpi aku meninggal mengejut. insaf kejap aku. dahla, tu je, tak tau nak tulis apa dah,hehe
P/S: Mak abah aku bole dipanggil Dua Jasad Satu hati kot.hehe
Wednesday, January 9, 2013
Bila waktu dah petang...
Dulu ketika belajar
Bila dah petang..Samaada
1. Tengah dalam lab buat experiment
2. Tengah dalam kelas kusyuk mendengar(??) kuliah.
2. Tido sebab penat kelas pagi penuh
3. Tengah layan anime or cerita korea
4. Masak memasak di dalam bilik sebab bosan dengan makanan cafe
Sekarang bila dah bekerja
Bila dah petang..Samaada
1. Ngantuk sementara tunggu waktu balik
2. Sibuk menyiapkan kerja sebab taknak esok harinya bertambah kerja
Nampak tak beza seorang pelajar dan seorang pekerja??masa belajar ada banyak pilihan aktiviti tapi bila dah keje, ada 2 pilihan je..dan sekarang pilihan ke dua tu mcm tiap2 hari je..-.-. Alhamdulillah( cuba untuk ikhlas.hoho)

Monday, January 7, 2013
2012 yang penuh kenangan~Continue
Sambungan entri ini
JULY
ermm..apa yang berlaku ek bulan ni...Oh, aku dapat keje. Alhamdulillah, 1st job after grad. Di Jabatan perubatan psikologi. PPUM. masa ni betul betul rasa macam bebas. wahh!!aku dah jauh dengan segala quiz, assignment, lab report bagai. Seronok? biasa je..hehe. layan kehidupan macam biasa.
AUGUST
event paling aku ingat kala ini ialah pertama kali beraya tanpa abah, sadis tau perasaannya, no words can describe. tapi Allah maha adil, bila dah sedih Allah bagi perkara gembira, ada orang masuk meminang. =).perasaan? (...............seronok kot?hehe)
SEPTEMBER
Officially menjadi tunangan orang. chewahhh..masa ni macam tak rasa apa apa. lepas tu macam pelik pelik apakah itu darah manis??
OKTOBER
Oh, ini bulan memang tragedi oktober...kerana kawan aku keciwa. sakit tau kena betray atas hal yang aku tak faham. Tapi kesimpulannya bila hal ini berlaku, tak payah la simply percaya kat orang. mungkin rambut sama kerinting tapi hati Allah je tahu. bukanlah nak mengajar kita jadi berburuk sangka sesama manusia tapi sekurang kurangnya jadi lebih berhati hati bila berkawan. ok? salah sendiri juga termakan dengan sikap manusia yang banyak topeng ni. including me. ( jom perbaiki dan muhasabah diri..huhu)
NOVEMBER
wohoo tukar kerja sudah, Alhamdulillah. moga keberkatan Allah sentiasa bersama saya (and anda semua) waktu ini dan sampai bila bila. masih lagi belajar tentang hidup. dan nak polish lagi skill kat IMR ni.
DISEMBER
Baru rasa kot erti darah manis tu..huhu. Moga Allah sentiasa memberi kesabaran dan keimanan dalam diri ini.
Conclusion? Sambung next entri la~

Wednesday, January 2, 2013
2012 yang penuh kenangan~
Assalamualaikum
Tahun baru masihi 2013 dah muncul. xde mood pun nak wish happy new year. sebab?? kita dah sambut new year kan awal muharam hari tu?hehe. Apa2 pun, tahun baru tetap tahun yang baru. 2012 dah selamat meninggalkan kita..dan aku rasa tahun 2012 ni la paling byk warna warni dalam kehidupan aku.
Antaranya..
JAN:
Tak ingat apa yang berlaku..haha. tapi seingat aku, tengah struggle menyiapkan FYP and gigih balik hospital sebab abah kena warded dekat 3 bulan...memang kerap la balik selangor. dan masa ni tengah final exam untuk first sem year 4. masih teringat malam2 tu dok study bersuluhkan lampu kat koridor ward sebab gelap. pastu Dr. yang yang round2 dok intebiu aku blaja apa, bla bla bla..
FEB:
Abah dah tenat sangat waktu ni...tapi masih ingatannya masih segar..waktu masa ni memang masing2 dah mula redha apa pun ketentuan Allah. dalam dalam redha tu aku tetap ada simpan harapan lagi abah boleh sihat cergas semula. Alhamdulillah Allah bg kesempatan kami adik beradik tunaikan tanggungjawab sebagai anak, walaupun tak sesempurna mana.
4.40am 20 Feb, Pagi Isnin..abah pergi meninggalkan kami. kembali ke sisi Penciptanya. Mula mula, memang blur..betul ke abah dah takde..betul ke betul ke...abah..abah..abah...yang buat rasa sangat2 kehilangan tu sebab abah memang manja dengan anak2nya...buat facial, mandikan, potong kuku, sapukan losyen, sapukan minyak..bila dah takde, rasa macam macam macam...tak bole nak describe, siapa siapa yang tak pernah rasa hilang bapak jgnlah claim korang tau perasaannya mcm mana.
hilang pakcik ke, atuk ke apa ke, lain okeh rasanya dengan hilang bapak sendiri. Jadi kalau dgr anak2 yatim ni mengadu, dengar je...dengan penuh empati, bukan compare2 dengan diri sendiri punya situasi, nak compare2 diri sendiri lagi kesian ke apa ke, tak payah ok. tak membantu pun. emo plak, sebab penah berlaku kat aku menda tu, tu yang aku emo sikit tu.
MAR:
1st birthday tanpa abah...sedih woo, tapi simpan dalam2 punya. Moga Allah sentiasa memberkati dan merahmati abahku..Hamzah Kusiran, dan dimasukkan dalam golongan orang2 yang beriman..amin.
APRIL:
Giat menyiapkan tugasan FYP sebab dah masuk final sem final year. waktu ni rasa tua betul kat UIA kuantan tu.haha
MAY:
Submit keje FYP and start final exam, waktu ni memang gambang kuantan tu laluan utama kami. meronda kawasan lori2 tu sebab nak cari hardcover bound untuk bukukan thesis FYP. Duit mengalir macam air, sewa kete, minyak, photostat, binding, makan, duit enjoy untuk terakhir kalinya sebagai pelajar tahun akhir degree.
JUN:
Selepas habis exam and thesis submission. wohoo!!! saya dah habis belajar! bunyik macam seronok kan?? tapi tak pun sebenarnya. tipulah pulak kata tak seronok langsung kan...setelah 6 tahun berhempas pulas belajo, akhirnya habis jugak..sekarang boleh la jawab dgn senang hatinya soalan makcik2 n pakcik2 yang dok tanya ko bila nak habis belaja ni..ehem, saya dah habis belajar dah dan saya tak extend ok. course di UIA memang lama sikit.
Pening pulak fikir nak sambung study ke, keje ke, keje2 dakwahnya mcm mana, soal berumahtangganya lagi,ahaha. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki dapat keje terus. dan dan submit thesis terus dapat keje kat PPUM.
JULY:
sambung next entri la, panjang sgt pulak rasanya.

Monday, December 17, 2012
Sedarkah kita??
Assalamualaikum..
Sekarang, tengah dalam mood syok baca buku omputeh dan semestinya self improvement punya genre. Novel novel omputeh ni tak layan sangat sebab...sebab..sebab...saya taknak cemarkan fikiran saya.hahaha. ( dulu ada la layan layan jugak,hehe)
Done
source
Must read! hohoho tapi dia ni preacher. so faham faham la kandungan tentang ketuhanannya. Jadi sila ambik yang positif side dari dia. Abaikan kalau dia ada state nas nas dari bible. Al Quran and As Sunnah are still the very best guidances. The things yang aku suka sangat bila baca buku ini ialah berkenaan perjalanan hidup beliau. Obviously beliau kekurangan anggota fizikal yang normal. Tapi kesedaran beliau tentang nilai kehidupan sangat tinggi kalau nak dibandingkan dengan kita yang cukup sifat fizikal ni. ..he really cherish his faith. Dia sedar yang dia dijadikan atas muka bumi ini dengan sebab dan tujuan.
Biasa dengar kan? kita diciptakan oleh Allah sebagai sebaik sebaik kejadian. Diciptakan untuk beriman dan menghambakan diri kepadaNya..Juga sebagai khalifah yang memakmurkan dunia. saban hari kita dengar, tapi berapa ramai yang ambik tindakan atas perintah Allah tu?
Sebagai seorang Islam, sungguh aku malu...betapa Islam ini adalah agama yang benar benar lengkap dari segala segi. Perfect. Kalau diperhatikan la, kita ni..orang melayu, Islam, dari kecik seawal 4 tahun dah dimasukkan sekolah..disuruh belajar, lulus periksa, keje elok2.bla bla bla...see, nampak kan silapnya dimana, Jarang nak tengok yang pesan bila masuk sekolah, cari ilmu banyak2, belajar tentang hidup, Jadi orang yang berguna, bg manfaat kat orang ramai. jalankan tanggungjawab yang kita pegang sejak kita dilahirkan di dunia ini. Kebanyakan dari kita tak diterapkan purpose of life ni dari kecik. Adapun dalam subjek pendidikan islam, tapi tak diterangkan sungguh sungguh pun oleh ustazah. sekadar belajar untuk periksa. boleh start dari sekarang fikir the best way nak terangkan kat bakal anak anak kita nanti. (haha.amboi)
Memang bagus kalau selalu dengar tazkirah, ceramah ceramah agama, baca buku buku agama. Ramaii boleh buat kan mendengar menda baik Tapi berapa ramai yang bole apply dan praktik apa yang di dengar? agak agak kan kalau ramai yang boleh praktik, aman dunia kan..takde masalah dalam masyarakat, keluarga, rumahtangga, kawan kawan...jauh dari segala sifat dan kesan iri hati sakit hati dan sebagainya ni.Jadi marilah kita sama sama berusaha menjadi segelintir orang yang sentiasa berusaha me"makmurkan" diri dan dunia supaya bahagia kehidupan disana.

Dan ini buku kedua beliau. sedang baca dan plan b4 ujung minggu ni kena habiskan..bahaya bila dah pegang buku ni..tak ingat apa apa dah. huhu.
p/s: Memang benarlah..Ilmu tanpa amal umpama pohon yang rendang tapi tak berbuah. Tak guna ilmu setinggi langit andai tidak dipraktikkan dalam hidup. Huhu..
Wednesday, December 12, 2012
Wednesday, December 5, 2012
Baru
Assalamualaikum
nak update diri kejap je ni..lama sangat dah tak menjengah kat ruangan blog ni. huhu. Betullah dunia pekerjaan sangat berbeza dengan dunia belajar. Masuk bulan 12 bermakna hampir 6 bulan aku telah meninggalkan dunia kampus. sekejap je kan masa berlalu. Dah bertukar kerja pun..hehe. Bulan 11 yang lalu telah berhenti kerja di PPUM. dan sekarang sedang berkhidmat di Institut for Medical Research. Masuk kerja baru bulan 11 hari tu. Alhamdulillah..rezeki di sini. dan sekarang sedang menunggu panggilan untuk jawatan tetap. mari doaa sama sama..=). sambung next entri la nak cerita panjang panjang.
Moga moga kita sentiasa berada di landasan yang betul . Dan, bergantung dan kuatkanlah hati untuk percaya pada Ilahi. Dia yang Maha Pemurah Maha penyayang. always.
Wednesday, October 17, 2012
Kongsi Kongsi Sikit
Assalamualaikum..
dah reda rasanya musim hot aku ni..(uweek!!).hehe..sesuai kot sekarang upload gambar sikit untuk tatapan rakan2 disini..lagipun blog ni ramai tak sedar kewujudannya. Jadi, untung nasibla siapa yang jd kawan blog aku nih..hehe.
Sedang bersiap sementara menunggu kehadiran rombongan.
rilek je ingat belum gerak dari masjid. tiba tiba call, dah gerak..ohh!!kena cepat!
dah sampai depan rumah. dannn 11 kereta ok!hehe..alhamdulillah, ramai tetamu datang. murah rezeki mak aku.
| mak andam sedang berusaha menghias aku dengan sepantas kilat sebab rombongan dah datang. thanx you so much zeti for your love n sweat,=p.hehe |
| Hantaran sebelah lelaki, tetiba meningkat jadi 9. |
sebelum sarung cincin,mukal bakal mertua aku ni maintain je.
selepas..empangan pecah, menangis terharu katanya..gugup aku kejap. nak buat apa ni ye..last2, ni aku punya pujukan
aku : makcik, sabar ye (sambil usap2 belakangnya).
hahahaha...macam ntah pape je kan aku. tak kena betul dengan situasi..huhu
my lovely mum. terima kasih mak..tak cukup rasanya ucapan tu..hanya Allah mampu membalas segala jasamu mak...budak chik yang sebelah aku tu.deena bangun bangun terus minta aku dukung. hehe.
waa...mak saya makin bertambah insyaAllah..bole tak rasa disayangi??hehe
kawan kawan serumah yang sudi datang memeriahkan suasana. thank you so much ye!!
dari pihak kami. pun meningkat kepada 12. pagi kejadian baru siap ok semua ni.
jamuan makan tetamu
berehat setelah kepenatan bekerja keras. merekalah segala segalanya dalam hidup aku.huhuhu. terima kasih semua.
majlis yang sederhana, hanya dihadiri saudara mara dan sahabat handai terdekat. Niat dari dulu memang taknak bertunang dan kalau pun bertunang taknak heboh heboh, iyalah baru bertunang. tapi bila memikirkan kondisi keluarga aku. memang takla kan. dann..niat aku kongsi dengan kawan kawan kat sini pun, agar kalian dapat mendoakan segalanya berjalan lancar..soalan wajib ditanya oleh semua orang. bila tarikh istimewanya??
jawapan aku : tungguuu...dengan sabar ye. aku pun tengah sabar sabar je ni..haha.
Thursday, October 11, 2012
Antara darjat dan kasih sayang
Tempat : lokasi di rangkaian kesihatan terkemuka di Tropicana City Mall.
Selepas selesai membuat pembayaran, maid kepada seorang perempuan mat saleh dalam lingkungan usia 50an terus menyusun barang di dalam beg plastic dan mahu mengangkatnya. tiba tiba..
Madam A : don't! don't do it, it so heavy, let me carry that things.
Her maid : It's ok madam, this is my job.
Madam A : please don't, it's heavy! just let me do it.
Her maid : No, no madam, let me carry all these things
then, masing masing sama2 angkat barang sambil berpeluk lengan..SubhanAllah
Akrabnya hubungan antara seorang tukang gaji dan majikannya. (saya punya assumption berdasarkan gaya pemakaian dan perbualan mereka, jelas terserlah)
Dan terbukti, darjat itu hanya ujian buat manusia. Kita beragama islam, sepatutnya akhlak kita terhadap orang bawahan lebih baik, realitinya?
p/s: saya rindu budaya senyum dan salam di UIA...saya rindu memberi salam dan menjawab salam yang diberikan oleh makcik2 cleaner.

Monday, October 8, 2012
Ucapan Konvo.~hehe
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
huuuh~semalam berakhirnya satu hari cukup bersejarah dalam hidup aku. Walaupun tak dapat banggakan mak ayah dengan anugerah pelajar cemerlang seperti adik beradik aku yang lain, tapi aku cukup puas dapat menghabiskan pelajaran selama 6 tahun ni. semalam, tiada drama tangisan air mata seperti di majlis2 konvo sebelum ni. mungkin aku anak yang akhir akhir kot, jadi mak takdela nak heran sangat,hehehe
tak dapat nak bg speech mcm best student semalam ( misss hasna, dia memang sgt layak), dapat bg speech kat blog terpencil ni pun jadila ka, cukup syarat.kekeke
Dikesempatan ini, saya ingin menyucapkan syukur kehadrat Ilahi yang telah memberi saya peluang dan ruang untuk meneruskan cita cita saya. Alhamdulillah. Engkau telah memberikan satu kehidupan yang cukup bermakna bagi insan benama Siti Khodijah Hamzah. Kepada mak...yang terlalu banyak jasanya kepada aku, mengorbankan segala2nya demi melihat amanah2nya di dunia ini berjaya. walaupun selalu gaduh2 ( gduh manja ok), she's still the best mom in the world. YaAllah..jadikanlah aku anak yang solehah untuk ibuku..amiinn.
Untuk abah.........terima kasih kerana sentiasa tunjukkan panduan hidup untuk aku dan bagi didikan dunia akhirat..
walaupun kita orang susah, tak pernah sekalipun aku rasa lapar sebab tak di bagi makan.
walaupun adik beradik ramai tak pernah rasa kurang kasih sayang( kalau ada pun, gedik2 je.hok2)
walaupun abah dah takde, abah sentiasa hidup dalam doa dan hati kita...malam sebelum konvo, ada drama dgn diri sendiri...huhu, rindu saat2 berborak pasal kerjaya dan cita2 dengan abah, he is the best man I ever had. tak pernah tegur aku dengan nada yang kasar...but tegas!
(kami anak2 perempuan, memang sangat2 rapat dengan abah..even masa abah sihat pun, kte mandikan abah, gosok2 belakang abah, buat facial kat abah, beruskan gigi palsu abah, potong kuku abah, sapu losyen kat badan abah..abah pun sangat suka dimanja2kan mcm tu..huhuhuhu..rinduuuunya masyaAllah!). ok fullstop. pecah kang empangan,huk2..moga kita sekeluarga bersatu kembali di tempat kekal paling istimewa di sana kelak.
to my siblings, abg leh, kak ti, kak milah, abg poji, kak midah, abg mamat, abg piki, abg daus, leha n epi, daannn kepada adik beradik tambahanku..kak ani, abg suib, abg ajis, kak lela, kak fahima, kak liza, kak ann dan fikri...terima dengan jasa dan pengorbanan anda sepanjang tempoh pembesaran (?) saya.huhu...tak dapat saya balas jasa anda semua, andai semua perlukan pertolongan saya, saya sedia hulurkan tangan, andai ada yang bole dibantu..saya bantu..insyaAllah..saya amat hargai ikatan kasih yang Allah telah jalinkan ini. Keluarga ini antara anugerah terbesar dalam hidup saya..
kepada sahabat perjuangan dari saya mulakan kembara ilmu sampailah sekarang, terima kasih yang tak terhingga di atas segala jasa kalian, saya sgt2 sayang kamu semua, tuhan saja yang tahu betapa rindunya saya kala ini mengenangkan waktu2 bersama dulu.. hanya Allah dapat membalas jasa kalian. moga ikatan hati kita ikhlas keranaNya dan Allah sentiasa memelihara hubungan ini..
dan last but not least, untuk insan yang bakal hidup bersama saya..terima kasih kerana hadir dalam hidup saya, kehadiran anda amat bermakna dalam hidup ni..saya minta maaf atas segala salah silap saya. terlalu banyak kelemahan yang saya ada sampai kadang2 saya lupa akan kelebihan yang Allah bagi..moga Allah sentiasa menjaga dan memelihara hubungan ini.
Ijazah yang saya pegang ini adalah satu amanah yang akan Allah persoalkan kembali..saya akan berusaha sebaiknya menunaikan amanah ini..moga2 kalian semua dapat mengingatkan kembali saya andai saya tersasar dari landasan yang sepatutnya..amin.
Thursday, September 27, 2012
Pre : Hijrah
Assalamualaikum
"Sesungguhnya orang orang yang beriman, dan orang orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha pengampun, Maha penyayang"
(Surah Al Baqarah : 218)
Berapa kali agaknya seseorang manusia akan melalui fasa perubahan?
Jawapan saya : countless
mari renungkan ayat di atas. dan kaitkan dengan fasa perubahan. next entri nak cerita pasal ayat di atas. Tunggu nak olah ayat comel2.haha
Salam Jumaat. (advance plak).hehe
p/s : saya yang sedang diuji.sekian.

Tuesday, September 11, 2012
Alkisahnya dan InsyaAllah..
Assalamualaikum
Alhamdulillah..
memang itu word yang betul2 pap terlafaz di hati waktu mak cakap bole, datangla...
cerita pasal apa ni sebenarnya??
Ok, begini..berkenaan entri oh ye? yang lepas. Taknak share pada mulanya sebab seeloknya di diamkan..tapi macam semua dah tau je dan bukan lagi rahsia, jadi mahu kongsi pengalaman di sebalik tabir.=). Yang elok jadikan pedoman yang tak elok jadikan sempadan ye.
Seingatnya la, aku tak pernah mention aku bercinta ke berkawan ke dengan sapa2 ke dalam dunia virtual ni. Hakikatnya, ehemmm..hehehe. 4 tahun lebih kami berusaha sedaya upaya cuba memperolehi keizinan untuk meng'sah'kan hubungan ini. Tidak adalah jawapan bagi kedua2 keluarga. Masing masing menggunakan alasan aku masih belajar. Jadi jangan gedik ok, sila habiskan belajar anda. huhu..
Ok..kami masing2 akur dengan pendirian parent masing2 dan hanya mampu berdoa dan berserah apa yang terbaik untuk kami..tak mau cerita la apa yang kitorang lalui sepanjang berkawan panjang ni. Tapi itu yang membuatkan aku tambah percaya dengan ketentuan Ilahi.=)
Semester terakhir di UIA, bagi aku. itu titik tolaknya. Kenalan abah datang ke rumah merisik aku. Ok, boleh percaya tak??aku?dirisik orang? rabun agaknya orangnya tu..hahaha. Jadi, yang terlintas di kepala..
Ialah ini..mungkin sebab abah dia datang merisik..aku dari dulu ada perasaan pelik bila orang show interest kat aku. biasanya kan orang ni suka kat orang cantik2 je..aku?cantik? tak pernah terlintas kat kepala aku yang aku ni mampu menarik perhatian orang..ngeh2..cumil sikit tu adala,;p.ahahaha.
Nasib la mak tau aku sedang berkawan dgn seseorang. lantas menggunakan alasan aku masih belajar. Dann aku pun menceritakan halnya pada dia. Reaksi dia??no komen. =p. Tup2 aku dapat khabar dari dia mak dia dah belikan cincin merisik. ha?? nak datang rumah bulan 7?
Ok..ni khabar yang sgt excited ni. Then, berlakulah berbualan antara dua ibu..tapi, mak aku tak bgi keizinan lagi..dengan reason, abah masih baru je pergi, hatinya tak cukup kuat lagi...ok, kita hold sampai Syawal la ye.
Reaksi aku? huhuhuhuhu..sedih dan terkilan tapi bila fikir kondisi mak...baiklah mak..doa dan tawakal itu kekuatan saya. akhirnya Ramadhan tiba..nak kata pulun habis bulan Ramadhan ni tak jugak, cuma..doa agar dimudahkan segala gala urusan tidak penah lekang dari hati ini. Andai itu memang jodohnya, mudahkan jalannya..andai bukan, redhakanlah hati2 ini..Allah maha mengetahui yang terbaik.
Adala beberapa kali mak bertanya, keluarga sebelah sana nak datang bila. aku punya reaksi, ntahla mak..(bunyi2 sedih nya suara). setelah aku berbincang sikit dengan dia. Raya ke dua, mak dia call mak aku..borak2, mak cakap. bole nak datang..raya ke 5!
Alhamdulillah...tahun ni dia bukan datang raya saje2 dengan kawan2 macam tahun2 lepas, tapi dengan family. Datang dengan hajat besar. Dalam hidup aku tak pernah mengimpikan majlis pertunangan or kahwin yang dahsyat2..cukupla follow syariat. simple dan cute mcm aku, eh?=p. Jadi, expect dalam kepala, alang2 dah datang tunang terus la. tapi...
5 Syawal 1433 H, keluarga sebelah lelaki datang merisik..siap ada adegan menyarung cincin bagai, taktau la pulak aku kena sarung2 cincin...aku boleh siap lepak belakang rumah jaga anak buah aku, nak tidokan, tiba2 ada orang panggil suruh masuk bilik, nak sarung cincin. Ha?? layankan je,nasib la aku lengkap berbaju kurung. tak pakai uniform dapur macam selalu.
Ikutkan kami, mahu terus bertunang. kan mahu simple..itu aku. huhu..tapi abang yang sulung tak bagi..kena ikut adat katanya..aku tak mahu banyak cakap. Ok kan aje. Jadi Next phase ialah majlis co called pertunangan..dah lari sikit dari konsep bertunang yang sebenar. insyaAllah. tarikhnya bila? rahsia, tapi kejaaapp je dah..huhu..mana2 dapat tau dari FB nanti nasibla, akan adala org upload gambar2..tak terkawal ok.
Boleh je terus jalan hari tu..aku dahla baru keje, faham2 la situasi kewangannya..huhu.. Dodi, ikutkan je, ko jugak yang nak kahwin kan..baik!
Siapa bakal tunangnya??hehe..siapa yang dah tau, hehe kan jela ye..yang tak tau..dia lelaki sederhana yang insyaAllah mampu melengkapkan hidup aku.ececece..mintak2 la brader tu tak baca.=p
p/s : doakan kami jugak ya! keberkatan dan kelancaran majlis majlis akan datang. amin!
Thursday, August 30, 2012
Oh Ye?
Assalamualaikum
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua.
Cerita menarik di hari raya..
Jeng jeng jeng..
I'm officially reserved. =D.hehe
Sorry ye, takde saham dah bole jual.hahaha.=p
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua.
Cerita menarik di hari raya..
Jeng jeng jeng..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
I'm officially reserved. =D.hehe
Sorry ye, takde saham dah bole jual.hahaha.=p
Subscribe to:
Posts (Atom)