Berjuang Bukan satu Pilihan Tetapi satu Kewajipan

Monday, October 8, 2012

Ucapan Konvo.~hehe

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

huuuh~semalam berakhirnya satu hari cukup bersejarah dalam hidup aku. Walaupun tak dapat banggakan mak ayah dengan anugerah pelajar cemerlang seperti adik beradik aku yang lain, tapi aku cukup puas dapat menghabiskan pelajaran selama 6 tahun ni. semalam, tiada drama tangisan air mata seperti di majlis2 konvo sebelum ni. mungkin aku anak yang akhir akhir kot, jadi mak takdela nak heran sangat,hehehe

tak dapat nak bg speech mcm best student semalam ( misss hasna, dia memang sgt layak), dapat bg speech kat blog terpencil ni pun jadila ka, cukup syarat.kekeke

Dikesempatan ini, saya ingin menyucapkan syukur kehadrat Ilahi yang telah memberi saya peluang dan ruang untuk meneruskan cita cita saya. Alhamdulillah. Engkau telah memberikan satu kehidupan yang cukup bermakna bagi insan benama Siti Khodijah Hamzah. Kepada mak...yang terlalu banyak jasanya kepada aku, mengorbankan segala2nya demi melihat amanah2nya di dunia ini berjaya. walaupun selalu gaduh2 ( gduh manja ok), she's still the best mom in the world. YaAllah..jadikanlah aku anak yang solehah untuk ibuku..amiinn.

Untuk abah.........terima kasih kerana sentiasa tunjukkan panduan hidup untuk aku dan bagi didikan dunia akhirat..
walaupun kita orang susah, tak pernah sekalipun aku rasa lapar sebab tak di bagi makan.
walaupun adik beradik ramai tak pernah rasa kurang kasih sayang( kalau ada pun, gedik2 je.hok2)
walaupun abah dah takde, abah sentiasa hidup dalam doa dan hati kita...malam sebelum konvo, ada drama dgn diri sendiri...huhu, rindu saat2 berborak pasal kerjaya dan cita2 dengan abah, he is the best man I ever had. tak pernah tegur aku dengan nada yang kasar...but tegas!
(kami anak2 perempuan, memang sangat2 rapat dengan abah..even masa abah sihat pun, kte mandikan abah, gosok2 belakang abah, buat facial kat abah, beruskan gigi palsu abah, potong kuku abah, sapu losyen kat badan abah..abah pun sangat suka dimanja2kan mcm tu..huhuhuhu..rinduuuunya masyaAllah!). ok fullstop. pecah kang empangan,huk2..moga kita sekeluarga bersatu kembali di tempat kekal paling istimewa di sana kelak.

to my siblings, abg leh, kak ti, kak milah, abg poji, kak midah, abg mamat, abg piki, abg daus, leha n epi, daannn kepada adik beradik tambahanku..kak ani, abg suib, abg ajis, kak lela, kak fahima, kak liza, kak ann dan fikri...terima dengan jasa dan pengorbanan anda sepanjang tempoh pembesaran (?) saya.huhu...tak dapat saya balas jasa anda semua, andai semua perlukan pertolongan saya, saya sedia hulurkan tangan, andai ada yang bole dibantu..saya bantu..insyaAllah..saya amat hargai ikatan kasih yang Allah telah jalinkan ini. Keluarga ini antara anugerah terbesar dalam hidup saya..

kepada sahabat perjuangan dari saya mulakan kembara ilmu sampailah sekarang, terima kasih yang tak terhingga di atas segala jasa kalian, saya sgt2 sayang kamu semua, tuhan saja yang tahu betapa rindunya saya kala ini mengenangkan waktu2 bersama dulu.. hanya Allah dapat membalas jasa kalian. moga ikatan hati kita ikhlas keranaNya dan Allah sentiasa memelihara hubungan ini..

dan last but not least, untuk insan yang bakal hidup bersama saya..terima kasih kerana hadir dalam hidup saya, kehadiran anda amat bermakna dalam hidup ni..saya minta maaf atas segala salah silap saya. terlalu banyak kelemahan yang saya ada sampai kadang2 saya lupa akan kelebihan yang Allah bagi..moga Allah sentiasa menjaga dan memelihara hubungan ini. 

Ijazah yang saya pegang ini adalah satu amanah yang akan Allah persoalkan kembali..saya akan berusaha sebaiknya menunaikan amanah ini..moga2 kalian semua dapat mengingatkan kembali saya andai saya tersasar dari landasan yang sepatutnya..amin.

Thursday, September 27, 2012

Pre : Hijrah

Assalamualaikum

"Sesungguhnya orang orang yang beriman, dan orang orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha pengampun, Maha penyayang"
(Surah Al Baqarah : 218)

Berapa kali agaknya seseorang manusia akan melalui fasa perubahan?

Jawapan saya : countless

mari renungkan ayat di atas. dan kaitkan dengan fasa perubahan. next entri nak cerita pasal ayat di atas. Tunggu nak olah ayat comel2.haha

Salam Jumaat. (advance plak).hehe

p/s : saya yang sedang diuji.sekian. 


Tuesday, September 11, 2012

Alkisahnya dan InsyaAllah..

Assalamualaikum


Alhamdulillah..

memang itu word yang betul2 pap terlafaz di hati waktu mak cakap bole, datangla...

cerita pasal apa ni sebenarnya??

Ok, begini..berkenaan entri oh ye? yang lepas. Taknak share pada mulanya sebab seeloknya di diamkan..tapi macam semua dah tau je dan bukan lagi rahsia, jadi mahu kongsi pengalaman di sebalik tabir.=). Yang elok jadikan pedoman yang tak elok jadikan sempadan ye.

Seingatnya la, aku tak pernah mention aku bercinta ke berkawan ke dengan sapa2 ke dalam dunia virtual ni. Hakikatnya, ehemmm..hehehe. 4 tahun lebih kami berusaha sedaya upaya cuba memperolehi keizinan untuk meng'sah'kan hubungan ini. Tidak adalah jawapan bagi kedua2 keluarga. Masing masing menggunakan alasan aku masih belajar. Jadi jangan gedik ok, sila habiskan belajar anda. huhu..

Ok..kami masing2 akur dengan pendirian parent masing2 dan hanya mampu berdoa dan berserah apa yang terbaik untuk kami..tak mau cerita la apa yang kitorang lalui sepanjang berkawan panjang ni. Tapi itu yang membuatkan aku tambah percaya dengan ketentuan Ilahi.=) 

Semester terakhir di UIA, bagi aku. itu titik tolaknya. Kenalan abah datang ke rumah merisik aku. Ok, boleh percaya tak??aku?dirisik orang? rabun agaknya orangnya tu..hahaha. Jadi, yang terlintas di kepala..

Ialah ini..mungkin sebab abah dia datang merisik..aku dari dulu ada perasaan pelik bila orang show interest kat aku. biasanya kan orang ni suka kat orang cantik2 je..aku?cantik? tak pernah terlintas kat kepala aku yang aku ni mampu menarik perhatian orang..ngeh2..cumil sikit tu adala,;p.ahahaha. 

Nasib la mak tau aku sedang berkawan dgn seseorang. lantas menggunakan alasan aku masih belajar. Dann aku pun menceritakan halnya pada dia. Reaksi dia??no komen. =p. Tup2 aku dapat khabar dari dia mak dia dah belikan cincin merisik. ha?? nak datang rumah bulan 7?

Ok..ni khabar yang sgt excited ni. Then, berlakulah berbualan antara dua ibu..tapi, mak aku tak bgi keizinan lagi..dengan reason, abah masih baru je pergi, hatinya tak cukup kuat lagi...ok, kita hold sampai Syawal la ye.

Reaksi aku? huhuhuhuhu..sedih dan terkilan tapi bila fikir kondisi mak...baiklah mak..doa dan tawakal itu kekuatan saya. akhirnya Ramadhan tiba..nak kata pulun habis bulan Ramadhan ni tak jugak, cuma..doa agar dimudahkan segala gala urusan tidak penah lekang dari hati ini. Andai itu memang jodohnya, mudahkan jalannya..andai bukan, redhakanlah hati2 ini..Allah maha mengetahui yang terbaik.

Adala beberapa kali mak bertanya, keluarga sebelah sana nak datang bila. aku punya reaksi, ntahla mak..(bunyi2 sedih nya suara). setelah aku berbincang sikit dengan dia. Raya ke dua, mak dia call mak aku..borak2, mak cakap. bole nak datang..raya ke 5! 

Alhamdulillah...tahun ni dia bukan datang raya saje2 dengan kawan2 macam tahun2 lepas, tapi dengan family. Datang dengan hajat besar. Dalam hidup aku tak pernah mengimpikan majlis pertunangan or kahwin yang dahsyat2..cukupla follow syariat. simple dan cute mcm aku, eh?=p. Jadi, expect dalam kepala, alang2 dah datang tunang terus la. tapi...

5 Syawal 1433 H, keluarga sebelah lelaki datang merisik..siap ada adegan menyarung cincin bagai, taktau la pulak aku kena sarung2 cincin...aku boleh siap lepak belakang rumah jaga anak buah aku, nak tidokan, tiba2 ada orang panggil suruh masuk bilik, nak sarung cincin. Ha?? layankan je,nasib la aku lengkap berbaju kurung. tak pakai uniform dapur macam selalu.

Ikutkan kami, mahu terus bertunang. kan mahu simple..itu aku. huhu..tapi abang yang sulung tak bagi..kena ikut adat katanya..aku tak mahu banyak cakap. Ok kan aje. Jadi Next phase ialah majlis co called pertunangan..dah lari sikit dari konsep bertunang yang sebenar. insyaAllah. tarikhnya bila? rahsia, tapi kejaaapp je dah..huhu..mana2 dapat tau dari FB nanti nasibla, akan adala org upload gambar2..tak terkawal ok.  

Boleh je terus jalan hari tu..aku dahla baru keje, faham2 la situasi kewangannya..huhu.. Dodi, ikutkan je, ko jugak yang nak kahwin kan..baik! 

Siapa bakal tunangnya??hehe..siapa yang dah tau, hehe kan jela ye..yang tak tau..dia lelaki sederhana yang insyaAllah mampu melengkapkan hidup aku.ececece..mintak2 la brader tu tak baca.=p

p/s : doakan kami jugak ya! keberkatan dan kelancaran majlis majlis akan datang. amin! 

Thursday, August 30, 2012

Oh Ye?

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua.
Cerita menarik di hari raya..
Jeng jeng jeng..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




I'm officially reserved. =D.hehe
Sorry ye, takde saham dah bole jual.hahaha.=p

Thursday, August 16, 2012

Kg Orang Asli Pos Bersih 3 : Bersyukurkah kita?

Assalamualaikum

dan selamat sejahtera. (tiba tiba kann..=))
Ramadhan dah hampir berlalu..teringat post ramadhan tahun lepas. Indeed, it become reality. Last year is the last ramadhan with abah. Alhamdulillah. tak ada la nak cerita sedih sedih kat sini. Walaupun memang sedih, tapi itu hakikat kehidupan, yang hidup akan mati dan yang mati akan di hidupkan semula. Semua akan melalui cycle yang sama. Jadi sementara hidup,mari sedaya upaya bekalkan diri dengan bekal yang sepatutnya di hari perhitungan kelak.

Entri lepas aku ada mentioned pasal program di kg org asli kan. Alhamdulillah, program telah berjalan dengan lancar. sepanjang 4 hari disana ( for me, 3 hari aje sebab Isnin KL tak cuti kena keje..), macam macam pengalaman yang kami dapat. Pengalaman paling best, dapat mengenali bangsa orang asli dan cara kehidupan mereka. 

SubhanAllah, betapa kerdilnya aku rasa kala menjejakkan kaki di perkampungan kecil yang serba serbi kekurangan. kenapa? Walaupun mereka kurang dari segi segala bagai keperluan kehidupan, tapi mereka dekat dengan alam...perkampungan ini dikelilingi dengan bukit bukau y menghijau. nyaman..

Bangsa Orang asli terbahagi kepada 3 kumpulan besar iaitu, Melayu proto, Semang dan Senoi. dalam setiap kumpulan besar ini, terdapat pecahan lebih kurang 6 suku kaum berbeza yang mana aku tak ingat.huhu..cuma yang aku pasti kebanyakan penduduk yang mendiami kawasan lapangan kami ini datangnya dari suku kaum semai, yang berada dalam kumpulan Senoi. 

Maha suci Allah..
 
Pagi di Pos bersih 3, Ulu Slim, Perak.


Hanya 3 dari 16 keluarga yang beragama Islam di Pos tugasan kami. Niat kami, mendapat redha Allah, kami bantu yang Islam atas dasar persaudaraan dan yang bukan Islam atas dasar keinsanan, moga2 terbuka hatinya tertarik dengan Agama Islam ini. Keadaan di siang hari ramadhan selari dengan misi simulasi kami iaitu bantuan bencana kemarau. Dalam keadaan perut kosong dan kekeringan kami melaksanakan tugasan yang diberikan. Mendekati Orang Asli dan memberikan bantuan semampu kami kepada mereka. 


pemeriksaan kesihatan

barangan dapur


gosok gigi=D

kebersihan anggota badan.

untuk pengetahuan, rumah rumah di sini tiada tandas. paip tu ada, air dari bukit, tapi paip ajela..jadi most of the time, mandi ialah di sungai. refreshing kan? ermm..buang2 bagai pun kat sana jugakla. ewww, mcm mana tu?orang nampak macam mana? 

ok, macam ni, orang kat sana dah jadi lumrah hidup diorang melepaskan segalanya di sungai, jadi diorang dah tak heran dah menda2 macam tu. Cuma pandai pandai nak buat macam mana kan, takkan nak expose sangat, dan gunakan kawan yang dipercayai tu ok.

bagi aku, sekarang alhamdulillah, dah boleh menyesuaikan diri dengan keadaan keadaan yang begini, hasil ke sana ke mari program2 yang terdahulu..walaupun pengalaman aku masih hijau, ianya banyak membantu aku sewaktu berada di sana. 

moga hati hati ini akan terus di kuatkan untuk terus menerus melaksanakan tanggungjawab di muka bumi ini.  Dan harapan aku dari dulu, moga mak dan abah mendapat bahagian dari apa yang aku kerjakan ini. aku tak mampu nak mewahkan mak dan abah dengan harta benda...

andai amalan ini mampu bahagiakan mereka di sana kelak, maka mudahkanlah jalan aku menyumbang ke masyarakat. Abah selalu cakap, selagi boleh, sumbanglah pada masyarakat. InsyaAllah. I'll always keep that words. 

P/s : moment yang paling tak boleh lupa kat sana

aku : eh, natasha, mana selipar? nanti masuk cacing tau tak pakai selipar
natasha: .........(diam)
aku : selipar natasha tinggal kat rumah ye?
natasha: mak xde duit nak beli selipar...
aku :.............(terkedu beberapa saat). Nanti kalau mak ada duit beli selipar ye, lapik   kaki tu ye. dah, nanti basuh kaki dulu sebelum masuk rumah ye)
natasha :(senyum)
  
Lihat gambar di bawah dan renunglah..nikmat mana yang kita sudah syukuri? (reflection esp for me.....)

Friday, August 3, 2012

Aku dah Grad!! Konvo belum lagi.hehe


Assalamualaikum

Salam Jumaat.
Alhamdulillah...Finally, after result FYP keluar saya secara rasminya telah menamatkan pelajaran dalam bidang Sains Bioperubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Yeay!!
Ok sedikit dah basi punya cerita sbb dah agak lama menda ni..

Reason tak update ialah kerana sekarang tengah menyibukkan diri belajar tentang research baru! haha..gila cintakan ilmu kan..(hopefully).

Sebenarnya, niat hati after finish all my FYP works, nak bermalas malasan bekerja yang tak de kaitan dengan research kejap. Tapi kejap jela sebab sedar diri yang awak tu memang bidang kerjanya buat research. Bukan apa..trauma sebenarnya buat FYP aka research ni, byk betul dugaannya..sedangkan FYP dah gitu, apakah lagi kajian yang berat berat juta2 punya bajet kaaannn..

Tapi betullah, Jika Allah kata jadi maka jadilah..lepas seninggu submit thesis, aku terus dapat keje as Research Assistant di PPUM(Pusat perubatan Universiti Malaya). Project pasal Women study. project di bawah Jabatan Perubatan Psikiatrik. 

dapat? walau cuba nak lari tapi kalau dah itu jalannya, bersyukur dan terima dengan gembiranya ajela..=). 1st job kan, tak nak memilih sangat, experience first ok!hehe. Belajar la sedikit sebanyak pasal jenis2 sakit jiwa ni..dari kanak kanak, remaja, org dewasa sampaila orang tua..kanak2 pun banyak sakit jiwa tau.

Now, after almost 2 months keje ( sebulan lebih sikit je baru,=p). I'm looking for the more interesting research job. minggu depan ada interview di salah satu Institusi bioperubatan terkemuka di ibu negara. same position but different research. Harap sangat dapat. Sama2 doakan saya ye..=). kalau memang ada rezeki disitu moga2 Allah mudahkan.

Programsss..
Dah lama kan tak update prog..ada pergi tapi kurang rajin nak update..the latest last week, xla dipanggil program pun, pergi iftar bersama adik2 di rumah pengasih Baitul rahmah di Ampang, tido sana sekali..xde pun plan nak tido pada awalnya tapi memikirkan datang hanya berborak2, sembang2 kenal2 dengan diorang..rasa tak menyumbang apa pun..tula yg decide tido sana, at least boleh ajar sikit sikit pasal pelajaran, share apa2 ke kannn. 

Fyi,rumah Baitul Rahmah ni ialah rumah yang menempatkan remaja2 yang hamil sebelum nikah..sapa yang tak sedih kan tengok remaja kita sekarang jadi macam ni, tapi sedih je tak cukup...teach and guide them, they really need our guidance..diorang jadi mcm tu salah siapa jugak..dan..tolongla terima mereka dalam masyarakat, dengan cara itu baru kita dapat bimbing mereka. Nak benci bole...BENCI perbuatan mereka ok!

Dan the newest program..sedang dalam program sebenarnya ni, skip sessi pagi dan tengahari kejap sebab kerja kan hari jumaat ni. Program Tautan Kasih 7 by Malaysian Relief Agency (MRA) bermula semalam di IYC, cheras dan petang ni akan berangkat ke lapangan iaitu di Kg. Orang Asli. di Pos Bersih, Ulu Slim, Perak hingga hari isnin, tapi malam ahad dah kena balik sebab Isnin kerja. sempat bersama 4 hari jela. Moga Allah melancarkan perjalanan program kali ini.

Last but not least, jom ponder sama sama kata kata ni.(ok ni ingat2 lupa, taapi kalau tak tak silap dari saidina Ali)
"Jangan ditanya pada yang bodoh kenapa mereka bodoh, tapi tanya pada yang cerdik pandai kenapa mereka tak memberi tunjuk ajar kepada yang bodoh"

hapa carca merba punya entri daa..hehe. tarikh konvo 6/10/2012.yeay! cepat kumpul duit manyak2 kasi bunga cantik2 sama saya.hehe

Thursday, June 21, 2012

hardbound cover @ hardcover bound??

Assalamualaikum 


fuuhhhh............................
lega, alhamdulillah, final result untuk semester terakhir di UIA telah keluar. PASS sudah cukup buat debaran di hati berkurang. walaupun agak kecewa target tak capai. ironiknya, subject yang study sungguh sungguh sampai sakit kepala 3 hari tak hilang2 dapat errmmm..cukup2 makan je tapi subject yg study depan laptop sambil tengok drama korea boleh dapat A. kes sem lepas pun gitu jugak kesimpulan, aku rasa aku kena study depan laptop sambil tengok park ji sung.hahahahaha.


nah gambar park ji sung! yg putih tu ek park ji sung.;p. salute dengan hero asia ni. tak pernah2 dalam sejarah hidup aku download dokumentari pasal org. haha


Alhamdulillah, thesis hardcover dah siap setelah hampir 7 hari mengembara dari gambang ke kuantan, kuantan ke gambang, gambang ke kuantan..???. terima kasih mak bg duit tambahan. huhuhu. thesis ni ( aku pun tak pasti nak sebut hardbound cover ke hardcover bound) adalah hasil usaha 1 tahun project. serius terharu bila tengok thesis ni. Moga2 esok dapat settle tanda tangan2 pihak2 berkenaan :
-Dekan
-HOD
-Supervisor
-Examiner 1
-Examiner 2
menjelajah UIA le esok. Kaki. sila bersedia.


Nak ngokngek macam2 tapi ketandusan ayat dan kata kata nak rencana cerita.hehe. coming update la nak cerita pasal "aku dah grad!!!!!" -cuma belum konvo.hihi.